Tuesday, August 2, 2011

BAHAYA!!PERKARA REMEH YANG DIPANDANG RINGAN

Assalamualaikum...entry tengahari untuk tengahari ni suka untuk aku kongsikan dengan korang sedikit sebanyak info yang aku perolehi dari majalah dara mengenai beberapa fakta yang selalu dipandang remeh oleh kita yang akhirnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan diri.


Nak tahu apa dia?jom terjah...

DITEMANI KIPAS ANGIN
-Aik?kenape pulak dengan kipas angin?dah panas,mestilah pasang kipas angin.Tak ada salahnya pasang kipas angin ni, tetapi ada kaedah yang perlu kamu ketahui. Tahukah kamu bahawa sekiranya kamu membiarkan kipas angin "statik" sahaja menghala ke muka dan leher, keesokkannya kamu berisiko untuk sakit kepala!! Leher kita bersambung dengan otot,pembuluh darah dan saraf. dan kawasan ini yang mnyebabkan tubuh kamu menjadi tidak selesa.Jadi lepas ni,sila pastikan kipas angin mengena pada serata tubuh dan letakkan jauh sikit dari posisi tubuh kamu.



Zzzzz "PLUS" TV
- Sesetengah daripada kita suka 'mengonline'kan diri depan tv..termasuklah aku sampai kadang2 tertidur depan tv jugak. Perlu kamu ketahui bahawa sekiranya berlarutan ini akan menyebabkan kamu mudah pening kepala,mudah berasa cemas,tertekan dan menyumbang kepada penyakit "KANSER".Menurut WHO, alat2 eletronik mengeluarkan gelombang elektromagnetik yang boleh menggangu kestabilan tubuh dan alat elektrik yang paling mengeluarkan gelombang ni adalah TV dan PENGERING RAMBUT...Jadi, kalau nak tengok tv,tengok tv sudah..kalau takmau tengok,tutup ok..naikkan bil elektrik adolaa..hahaha..


MENAHAN "DIRI"
-menahan diri ape?errr..maksud aku..menahan diri dari buang ayaq kencing.Rasanya ramai yang tahu kot,menahan kencing ni boleh menyebabkan infeksi batu karang.dan..aku nak "aim"kan pada kaum2 wanita yang infeksi ni berisiko pada kaum kita berbanding lelaki kerana uretra wanita lebih pendek. Seandainya tak dirawat, boleh menyebabkan kerosakan ginjal!!!!uwaaaa...aku takmau tahan2 dah...nak pi mana2, siap sedia dulu...takdelah nak terkucil mase dalam perjalanan..


Kuku "VITAMIN"
- Ni untuk yang suka GIGIT KUKU.. walaupun kamu dah cuci kuku kamu tu lepas gigit, tapi belum 100peratus bersih lagi tahu.Maksud aku masih ada bakteria lagi kat situ dan ketahuilah semasa kamu sedang gigit2 kuku tu,bakteria dah berpindah dalam mulut kamu..eee..yeaakkksss...RISIKONYA? akan berlaku masalah pencernaan dan kulit sekitar kuku pun akan mudah tergelupas dan berdarah..


KUTIL JERAWAT!!
- Ingat kutil jerawat tu jerawat tu tak datang dah ke kat kulit kamu?Lagi banyak bakteria bermaharajalela adala...kena radang kulit..mesti kamu tak suka kan??so, lepas ni,kalau ada jerawat kat muka kamu,walaupun kat batang hidung kamu pun,jangan sesekali duk kutil2..biarkan je..bagi can kejap dia nak singgah..hehe..gurau2..
ataupun, lapkan pelan2 muka kamu dengan tuala yang direndam dengan air suam..

MAKIN KETAT MAKIN BAGUS??
-Amaran keras buat yang suka pakai seluar ketat2...cukup tak berkenan aku..Tidak ke kamu rasa payah nak berjalan?tidak ke ada kesan2 berbekas kemerahan pada pinggang atau pinggul kamu?PIKIR SENDIRI YER..

So, jangan pandang remeh yer perkara2 di atas..Kalau rasa sayang dengan kesihatan diri, sila notekan hal2 ni ok..peringatan untuk diri aku sendiri jugak sebenarnya...oklah..semoga bermanfaat untuk kamu..

Assalamualaikum...PEACE!!^_^




8 comments:

Pendamba Mawar said...

bguna.akan di aply

are_tik25 said...

kamu mmg suke tdo dpn tv...hahaha

Unknown said...

hehe nice info....

kueh bakar said...

nak komen susah...chatbox mengganggu..huhu

shamyheart said...

info baru ni..

LyaLuna said...

heehee thx 4 d infooo. pling ta shuke org ggit kuku. lau na ptik kuku sy boleyh bg. heehee. ohhyeahh. tak elok pkai suar ketat2. mcm kaki itik dahhh >.<

http://yanadimple.blogspot.com/

Anonymous said...

Ιt's perfect time to make a few plans for the future and it is time to be happy. I've lеarn this put uρ anԁ if I could I wаnt to suggеst yοu few fascinating thingѕ
or suggestіοns. Peгhaρs you can wгite next articles rеlаtіng to thiѕ article.
I ωіѕh to learn mоrе things аpprοxіmatеly
it!

Also visіt mу wеb-sіte :: Http://Www.Marable.Pl

Anonymous said...

Nice post. Ι useԁ tο be chеcκing
continuouslу this ωeblog and І am іmpressed!
Veгу useful infο particulаrly the remaіning sесtion :
) I mаintain such information а lot. I uѕеd tо be ѕeеking
thiѕ certаin information for a vеry long time.
Thank you and best оf luck.

Ϻy wеbsite: praca magisterska