Assalamualaikum..selamat
tengahari..Alhamdulillah,kita sedang berada di hari pertama dalam bulan
Ramadhan. Ketenangan menjengah dalam hati aku. Sedikit bingkisan yang boleh
dikongsi dari aku untuk mereka-mereka yang mungkin sedang berada dalam
kesedihan dan merasakan tidak pernah beroleh keceriaan dalam kehidupan mereka..Tahukah
anda bahawa sebenarnya setiap daripada
kita mempunyai butang-butang yang boleh
membuatkan diri kita ceria. Sebagai contoh, menelefon ibu dan ayah, melihat
pemandangan yang cantik, mendengar alunan sungai yang mengalir, mendengar muzik
dan membaca al-quran.
*gambo dari google* |
Tetapi jangan disalahtafsirkan apabila
dikatakan perkara-perkara yang menceriakan dengan melakukan perkara-perkara
yang tidak bermanfaat dan salah di sisi agama seperti pergi ke kelab malam,
bergaul bebas lelaki dan wanita, melihat perempuan dengan syahwat dan
sebagainya. Melakukan perkara-perkara di atas memang menyeronokkan tetapi
mendatangkan dosa. Kita sebagai orang islam perlulah tahu membezakan diantara
yang baik dengan yang buruk.
Dalam memilih butang-butang
ceria, kita perlu memikirkan dan melakukan perkara-perkara yang tidak
mendatangkan tekanan dan gangguan kepada diri kita. Jadi berusahalah
menceriakan diri anda walaupun diri berada dalam masalah. Jangan dijadikan masalah
sebagai satu titik terakhir kehidupan. Memang benar setiap dari kita takkan
terlepas dari fitrah merasakan kesedihan tetapi, harus diingat selalu bahawa
semua perasaan itu datangnya dari Allah. Setiap musibah yang mendatang ada
hikmahnya.Allah sayangkan anda kerana itu diberinya ujian….LA TAHZAN…^_^
6 comments:
sama2 kite berubah ke arah kebaikan...
selamat berpuase.. ;)
yer ila...selamat berpuasa...=)
selamat berpuasa.. jgn byk tdo :D
selamat berpuasa yaa...suka entry ni..hehe..
butang ceria..yeahhh
slamat berpuasa!
yer.. allah bg ujian sbb dia sayangkan kitaa..
eniwei, selamat berpuasa.. jom jejalan kat blog ungu saye.. hehe
Post a Comment