Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

‎4 Golongan lelaki ditarik wanita

Assalamualaikum...Salam 6Ramadhan 1432h...

jom baca sebuah artikel yang dipetik dari perkongsian sahabat aku...

‎Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul! 

PERTAMA - AYAHNYA Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya. 

KEDUA - SUAMINYA Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya. 

KETIGA ABANG-ABANGNYA
 Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. 

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap. 

Firman ALLAH SWT:- 
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. 

ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita. "



Friday, August 5, 2011

"KEKASIH Vs IBU"





Sewaktu kecil...
orang kata aku lahir dari perut ibu...
bila dahaga, yang susukan aku ibu...
bila lapar, yang suapkan aku ibu...
bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku...ibu...
kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut...bu!...
bila bangun tidur, aku cari...ibu...
bila menangis, orang pertama yang datang...ibu...
bila nak bermanja, aku dekati ibu...
bila sedih,yang boleh memujukku hanya ibu...
bila nakal, yang memarahi aku ibu...
bila merajuk yang memujukku cuma ibu...

Sewaktu alam persekolahan...
sebelum berangkat ke sekolah yang menciumku ibu...
mengajarku mengenal a,b,c...1,2,3...alif,ba,ta juga ibu..
masakkan makanan kegemaranku hanya ibu...
sanggup berjaga malam ketika aku sakit...ibu...
menangis ketika aku di tahan di wad juga ibu...
sujud kepadaNya memohon kesembuhanku juga ibu...
bila exam yang paling sibuk juga ibu...
yang paling gembira dengan kecemerlanganku juga ibu..

Setelah bekerja dan mempunyai kekasih hati...
bila berseronok...aku cari kekasihku...
bila sedih...aku cari ibuku...
bila berjaya...aku ceritakan pada kekasihku...
bila gagal...aku luahkan pada ibu...
bila-bila...aku telefon kekasihku...
entah bila...baru aku telefon ibuku...

Setelah berkahwin...
bila bahagia...aku peluk erat kekasihku...
bila berduka...aku cari ibuku...
bila bercuti aku bawa kekasihku...
bila sibuk aku hantar anak-anak ke rumah ibuku...
bila sambut hari kekasih...aku hadiahkan bunga kepada kekasihku...
bila hari ibu...hanya dapat ucapkan Selamat Hari Ibu...
selalu...aku ingat kekasihku...
selalu...ibu ingat dekat aku...

*credit to Muhd Azam Azraai

-ADILKAH LAYANAN KITA SEPERTI CONTOH DI ATAS KEPADA INSAN YANG BEGITU MENYAYANGI KITA SEJAK KECIL IAITU IBU?...-YANG MENGIKUTI PERKEMBANGAN KITA SEJAK KECIL HINGGA KITA DEWASA DAN BERKAHWIN DENGAN PASANGAN MASING-MASING...

-YANG HANYA MERUNGUT KELETIHAN DAN KELELAHAN DI BELAKANG KITA TETAPI DI HADAPAN KITA MANIS SUNGGUH WAJAHNYA...

-TIDAK KIRALAH APA PANGGILANNYA IBU,MAMA,EMAK,UMMI...SAYANGI DAN HORMATILAH MEREKA..SELAGI NYAWA MEREKA MASIH ADA..



ALONG SAYANG MAK!!!!


Saturday, July 23, 2011

Bila awek 'usha' lelaki???

Assalamualaikum..selamat malemm...

Entry sebelum tido.eh..bukan entry info pun sebab bukan aku explain ape2 kat kome..aku nak kome yang explain kat aku..hehehe...



Agak2 kome, boleh ke tidak awek 'usha' lelaki??perigi carik timba? kalau lelaki yang cari perempuan itu lumrah..bak kate orang, gentleman la kan lelaki yang mulakan dulu bab mengayat2 ni. Tapi ini terbalik..awek plak usha lelaki...dan aku tanya pade adik aku sendiri dan die cakap, dia tak kisah pun kalau hati sama2 suka...zaman dah modennn..hambooii dikk..jawapan ko...

ape pendapat korang? adakah disebabkan bilangan perempuan lebih ramai berbanding lelaki? atau...lelaki sekarang merupakan lelaki  berKUALITI??err...ada gak yang perasan jap lagi ni...-_-''

pelik ke perempuan usha lelaki dulu pada zaman sekarang ni??banyak pulak soalan aku....saje aku nak tahu pendapat kome....hehehe..

tapi betul jugak kan kata adik aku..kalau kena dengan cara, rasanya takpa la kowt perempuan usha lelaki dulu.. asal tak menggedik, takpa la kowt...Aku?? aku kalau suka kat seseorang, aku jenis senyap je...malulah nak usha2 macamtu...aku tak kira.. timba jugak kene cari perigi....ape nak jadi..jadilah..hahahaha...




cukuplah aku merepek...selamat malam...






Thursday, May 26, 2011

mendung tak bererti hujan...

Assalamualaikum and selamat malam....kamu2 sume dah tido ke?

alaa..janganlah tido lagi...maila dengar ana potpet dulu kejap..boleh ea..boleh ea..
haa..macamtula budak baik...hehe..

*ehsan google

berdasarkan tajuk entry di atas...ya!!memang sah dan benar...mendung tak bererti hujan..
seringkali kita skeptik dgn mendung..ate mendung je nak hujan..ate mendung je nak hujan...
tidak..tidak..mendung tak semestinye akan hujan..tak semestinye kome kene angkat baju dijemuran..
hehehe...ok..xlawak..

*ehsan google

apa yang ana nak katakan di sini...jika sesuatu perhubungan tu berantakan..janganlah anda beranggapan bahawa  perhubungan itu dah tak boleh diselamatkan lagi...mungkin masa lama atau cepat jelah untuk pulih...yang penting sabar..ana cakap kat sini untuk peringatan bersama dan utk diri ana sndiri...jangan buat tindakan melulu yang akhirnya mungkin boleh menyebabkan kita kehilangan orang yang kita sayangi...akhirnya menangis tak berlagu...

dan..satu lagi..jangan cepat beranggapan yang bukan2 yang kita sendiri xpasti betul atau tak...sebab itu hanya akan mengurangkan kepercayaan pasangan kita pada diri kita...(diri sendiri la ni)..cuba fahami keadaan pasangan kita..kalau kita nak orang fahami kita,kita sendiri pun kene fahami diri orang lain...

*ehsan google

so....mendung tak bererti akan hujan...and...kalaupun hujan..mana tahu akan muncul pelangi selepas hujan...cantik kan aturan Tuhan??^_^



sentiasa berusaha yang terbaik utk perhubungan....doa...tawakal...bak kata lecturer ana...don't worry be happy...hehe..oklah..nak tido....gudnite...Assalamualaikum..=)

Tuesday, May 24, 2011

Rumput Dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.
Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.
cinta kepada Allah..cinta yang hakiki..cinta kepada ibu bapa kekal bersemi...cinta sesama manusia, suburkan dengan ketaqwaan..