Showing posts with label isi hatiku. Show all posts
Showing posts with label isi hatiku. Show all posts

Sunday, October 4, 2015

Kusut

Assalamualaikum..

Pernah tak rasa bila mana kita sendiri tak faham dengan diri kita sendiri?Pernah tak rasa bila kita rasa apa kita cakap tu betul but at the same time ada satu suara bisik, kita salah sebenarnya?

Entah. Memang terkadang tu aku tak faham dengan diri aku sendiri.Aku akan cakap bila aku rasa aku perlu cakap, tapi beberapa minit lepas tu hati aku kata, aku dah buat silap.Aku tak tahu la.Aku rasa baik aku tak payah berhubung dengan sesiapa pun, supaya hati aku tak terluka, dan hati orang lain pun tak terluka sama.

Kusut.

Tuesday, September 29, 2015

Tarbiyah dari ujian





Ketika ALLAH SWT mengujiku, 
aku tau bahawa Dia sedang memperlihatkan perhatian-NYA, 
ALLAH sedang memperbaiki kehidupanku.

Ujian itu bagiku satu tarbiyah,
Belajar dari kelemahan,
Memperbaiki kesilapan,
Masakan manusia tak pernah diuji,
Malahan kesenangan juga satu ujian,
Lahirkan syukur atau hidup dalam kealpaan..

Teringat lirik nasyid hijjaz

"Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti

Merasai pemberianNya,
Itulah tanda bersyukur,
Akan ditambah lagi,
Nikmat yang diberi.."

Rai kehidupanmu,
Ucap syukur selalu.

-ukhtifarhana-
1.45 am


Saturday, February 25, 2012

Beri aku Kesempatan

Wahai manusia2 yang aku sayangi,
berilah aku kesempatan untuk menyayangi kalian,
janganlah kau bertanyakan kenapa aku menyayangi kalian
kerana aku hanya manusia yang berusaha menghargai
perasaan yang diberi oleh Illahi..

Wahai manusia2 yang aku sayangi,
janganlah kalian bertanyakan mengapa aku berbuat baik,
tolonglah beri aku ruang untuk memperbaiki diri,
memperbaiki perhubungan aku dengan kalian..
kerana siapalah aku untuk mementingkan diri
kerana aku juga peminjam harta Illahi..

Wahai manusia2 yang aku sayangi,
aku juga manusia biasa..
sama lemahnya dengan kalian..
sama khilafnya bila melakukan sesuatu
sama lekanya bila tidak diingatkan..

namun..
aku sedang belajar
bertatih dari mula,
kerana aku bimbang tiada lagi
kesempatan untuk diriku di dunia ini..

Friday, February 17, 2012

Dibuka kembali mata hati



Assalamualaikum...




Seringkali alpa, seringkali aku leka
tika hiba menghimpit hati, Dia yang aku cari,
namun tika gembira,Dia aku lupa..
kemudian..tiba2..
Dia mendugaku lagi..
aku mula berputus asa..
mencari kesalahan diri sendiri,
meratapi nasib diri,
manusia aku cari melempias isi hati

itulah manusia!!!itulah aku!!
ketika Dia senantiasa disisi kau,
mengapa Dia kau jauhi?

Pergilah!!pergi kembali kepadaNya,
Dia tak pernah menolakmu,
malah xpernah sedetik menjauh darimu,
buka kembali mata hatimu..
Ya Rabbi,terimalah aku kembali...

-nukilan hati anna farhana-

Thursday, February 9, 2012

Penantian suatu Penyeksaan??



Assalamualaikum...selamat malam..

Kata orang, penantian itu satu penyeksaan..Tidak kira dalam bentuk apa pun penantian itu, contohnya menunggu keputusan peperiksaan..Adakah keputusan yang diperolehi nanti adalah keputusan yang cemerlang atau sekadar lulus sahaja.Aku mula rasa tidak senang duduk, kerisauan mula merajai hati, adakah khabar gembira atau duka..



Ya!!Sudah tentu  menginginkan keputusan yang cemerlang, Sudah hampir seminggu aku memikirkan tentang keputusan peperiksaan yang bakal aku ketahui esok.Debaran mula dirasai..Setelah apa yang telah berlaku untuk semester yang lepas, aku redha dengan apa jua keputusan yang mungkin aku dapat. Bohonglah sekiranya aku katakan yang aku langsung tak risau..sangat2 risau, tapi aku tahu aku perlu kuatkan hati. 

Aku jumpa satu ayat yang membuatkan kepala aku terhangguk2 tanda setuju.

"Penantian satu penyeksaan.Tak tepat. Penantian bersama2 dengan Allah adalah satu kemanisan. Usaha kerana Allah,tawakal pada Allah."

Sebaik2 perancangan manusia, sebaik2 usaha manusia, pasti tidak akan dapat menandingi perancangan Allah. Pernah satu ketika aku merasai kegagalan, dikala itu aku rasa diri ini tidak diadili dengan saksama.Aku kata pada diri,"kenapa aku tak dapat result seperti kawan2 aku yang lain, aku study lebih daripada diorang, carrymark aku lagi tinggi dari diorang, aku bangun pukul4 pagi setiap hari untuk study, puan/encik tak adil bagi aku result macamni.." aku menangis kerana tidak dapat result yang bagus waima aku tidaklah gagal.

Bodohnya aku ketika itu. Menidakkan segala perancangan Allah. Sungguh, Kalau diputarkan masa, aku tak mahu menangis,menyalahkan nasib dan ketentuan hidupku ketika itu. Benar kata seorang rakan, bila sekali kita merasai  kita gagal,itu bukanlah bermakna kita lemah, mungkin usaha kita yang masih tidak kuat atau belum lagi rezeki untuk kita meraih seperti yang kita inginkan.Fikir kembali, apa tujuan sebenar kita belajar?hanya semata2 demi meraih segulung diploma?menunjuk kepada orang lain, akulah hebat diantara semua?buat sekian kalinya aku menangis atas kekhilafan sendiri.

Apa pun keputusannya esok, aku redha..jika baik keputusannya alhamdulillah..jika tidak,bukanlah bermakna aku akan gagal selamanya..masih ada peluang dan jalan untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan..Apa lagi,ubah niat kita..Bersandar pada Allah segala2nya..Menantilah bersama dengan iringan doa semoga diberi ketenangan dan kesabaran..Moga diperkenankan Allah.

cetusan rasa hati- Anna Farhana-

Saturday, January 14, 2012

bukan sekadar suami..

Assalamualaikum..


sebuah senyuman,
sebening pandangan mata hati,
mungkin itu aku yang dulu...


selakar kata-kata manis,
indah ucapan cinta,
mungkin itu aku yang dulu...


selaut kasih diimpi,
setinggi langit memayungi diri,
itu mungkin aku yang dulu...


namun...hanya dengan sepatah kata...
aku kini mahu menjadi yang baru...



sebuah senyuman,
sebening pandangan mata hati,
biarlah untuk aku yang nanti bergelar sang isteri..



selakar kata-kata manis,
indah ucapan cinta,
biarlah untuk aku yang menunggu selesai ijabkabulku..



selaut kasih diimpi,
setinggi langit memayungi diri,
biarlah untuk aku yang bergelar kekasih syurgamu..


kasih yang ku simpan bukan seperti dulu..
yang aku cari bukan sekadar suami,
tetapi pembimbing diri..


yang aku cari yang boleh menunjukkan salahku,
yang aku cari yang tidak menafikan kekhilafanku..
yang aku cari yang sentiasa membuatkan aku 
sentiasa mengingati....
YANG MAHA MEMBERI KASIH INI...






moga sentiasa diberi sabar..manusia selalunya bila ternampak kelemahan pada orang yang dicintai,kita mahu ubah dia supaya dia jadi seperti yang kita nak..hakikatnya,kalau benar dia yang kau cinta,walau bagaimanapun dia,kau takkan mengubahnya melainkan dari hatinya sendiri...


orang yang kau cinta bukan yang bisa memelukmu untuk menenangkan kamu selagi kamu bukan yang halal baginya..orang yang kau cinta bukan yang menggenggam jari2mu menunjukkan keprihatinannya selagi tiada namamu dalam lafaz akadnya..orang yang kau cinta akan menghormati kamu sebagai wanita..bukan untuk dijadikan penghibur diri...






Friday, January 13, 2012

bukan hamba cinta,cuma secebis rasa




   Assalamualaikum..




bukan ku memperhambakan cinta,
cuma menyimpan secebis rasa sayang untuk yang dihati..
tak pernah terluah daripada lisanku,
biarlah begitu hingga benar kau penyeru ijab kabulku..
namun tetapku simpan dihati
biar Dia saja yang mengerti...

terima kasih kerana berada di persada hati..
kekal lah di situ..
moga bertemu nanti..

-setia menanti bersama Allah-



nukilan hati-anna farhana-

Saturday, January 7, 2012

Aku orang Asing..



Assalamualaikum..

rugikah aku sekiranya kehilangannya?orang yang tidak menghiraukan aku?bukan hasrat hati meminta lebih dari yang selayaknya aku terima..aku tahu masih ada batas antara kita..selayaknya kita menjaganya sebaik mungkin kerana pandangan Allah sentiasa memerhatikan hambaNya...tetapi sikapmu buat aku lelah..aku juga punya perasaan..hiba rasa hati bila di hadapan yang lain,aku seperti orang asing...


-nukilan hati-
anna Farhana

Thursday, January 5, 2012

Puisi buatMu Illahi..

Assalamualaikum...



Aku kini aku yang baru..
lelahku biar Dia saja yang tahu..
tak perlu ada kamu lagi di sisiku..
sejak awalnya tak pernah ada kamu..
tapi Dia selalu menemani sejak lahirnya aku..

aku kini ingin redha dengan segalanya..
tenang hati bila Dia tempat aku mengadu..
memohon ampun  atas kesilapan lalu..
sejak itu,ingatanku bukan lagi kamu...

tapi bukannya bermakna hati ini tiada lagi kamu..
kerana Dia yang memberi rasa itu..
sukar untuk aku lemparkan jauh dari sudut hati..
sejak mula lagi telah ku tanam kamu imamku..

namun..ketentuan Dia siapa yang tahu..
dalam sujud iskthirahku sahajalah tempat aku meminta..
agar ada impian mahligai kasihku denganmu...
biar kasih sayang hanya dalam diamku..

Tautan kasihku kini,lebih adanya Dia..
yang mencipta kita hambaNya yang lemah..
apalah dayaku andai tiada Dia..
lemahlah aku tanpa Dia..

Terima Kasih pada Sang Pencipta..
Allahu Robbi...Tuhanku Yang Satu...

nukilan hati- Anna farhana-

Monday, December 5, 2011

warkah buatmu..

Maafkan aku kerana terus memendam rasa ini,
sesungguhnya ianya bukanlah sesuatu yang mudah bagi aku
tapi aku tahu..
aku harus terus tegarkan hati untuk menerima semua ini...


bohonglah kalau aku katakan yang aku sangat tabah..
adakalanya aku lemah dengan perasaan sendiri..
amat2 sukar bagi aku untuk tersenyum dan redha dengan segalanya..
tapi..aku tahu..aku tak boleh terus lemah..
aku tak mahu kamu lihat air mata aku..
sampai bila2 pun aku tak mahu kamu lihat..
kerana itu..aku pura2 gembira bila di depan kamu..
aku perlu kuatkan juga hati...


aku bukan seorang yang sempurna..
aku juga tidak pernah merasakan aku adalah pilihan utama..
tapi..aku mahu kamu tahu..
aku senantiasa melihat kamu dari jauh..
aku senantiasa ada untuk memastikan kamu bahagia..
biarpun kewujudan aku dipandang sepi tanpa kata-kata..
tapi..aku bahagia melihat kamu sentiasa bahagia di samping teman2mu..
itu sudah cukup bagi aku...


aku tahu aku tak boleh terus mengharap..
kerana aku bimbang andai aku akan kecewa buat kedua kalinya..
maafkan aku andai satu hari nanti,aku tak lagi mampu memendam rasa hati
cuma satu aku mahu kamu tahu..
kamu amat penting dalam hidup aku....
dan aku tak mampu menipu..
yang aku sayang kamu....



doakan aku untuk terus sabar menunggumu..

Friday, November 25, 2011

Menata Hati

Assalamualaikum....




Walau bagaimanapun hari ini
moga Allah mengusap lembut hatiku..
menjadikanku orang-orang yang berjiwa tenang....



Jika aku tak mampu menjadi pohon yang rendang yang dapat meneduhkan kamu...
Biarlah aku menjadi rumput lembut yang menjadi tempat berpijak agar kakimu tak lagi terluka..

Jika aku tak dapat menjadi yang terbaik pada pandangan kamu,
Biarkanlah aku menjadi pendorong dan pemberi semangat kamu...

Kasih,sayang dan cinta ini...
adalah Perjuangan aku..

untuk terus mencipta kesetiaan...

izinkan aku terus menyimpan secebis rasa kasih terhadapmu
Tanpa melupakanNya Yang Satu...

…



Wahai Yang Maha Mendengar...
Jagalah hatiku agar tidak mudah berpaling...
Jagalah hatiku agar tidak mudah berkecil hati..
Jagalah hatiku dari perasaan buruk sangka..
Jagalah hatiku agar tetap setia menunggunya..


"Berserah diri pada Rancangan Allah"

Monday, November 21, 2011

di laman hati

Assalamualaikum...

terdetik di hati
dalam lamunan yang mengiringi akal ini
apakah sempurnanya aku hingga mahukan yang sempurna
hingga menyalahkan segala ketentuan yang punya hikmah tentunya




maafkan aku...
atas kebiadaban diri ini
Maafkan aku Ya Allah..

Aku bersyukur atas segala kurnia
kerana tanpaMu takkan ku kenal erti hidup
Ya Allah, terima kasih kerana
selalu berada di pertapaan hati ini
memberikan aku kesabaran menempuh ujianMu

Kugagahkan diri ini
mengharungi pahit derita dalam segenap jiwa ini
Takkan aku lupa akanMu CINTAKU YANG SATU
LORONGKAN AKU di jalanMu
agar tidak lagi aku kesesatan
dalam pencarian KasihMu..

Wednesday, November 2, 2011

ku tinggalkan luka di sana..











Biarkanlah..
Aku lupakan luka semalam di sana
agar tak terlihat lagi oleh pandanganku
aku singkirkan kesakitan semalam ke laut biru
biar aku tak lagi menangis dalam tangisan sendu..


Namun,
aku tahu..
biar sejauh mana pun ku cuba membuangnya..
sekali sekala ianya menjengah juga di sudut ingatan..
bukan untuk aku ratapi..
tapi utk aku jadikan sempadan diri...
luka di jiwa..bukan untuk aku sesali diri..
tapi untuk menguji ketabahan hati...
nyatanya..
kisah semalam menjadikan aku lebih menghargai diri..

Wednesday, October 19, 2011

cinta dalam diam...


kamu mengajarku erti kesabaran..
kesepianmu ku anggap kerana kau mahu menjaga batas sempadan antara kita..
sikapmu itu mengajar aku untuk terus setia padamu...
ketidakhirauanmu ku anggap sebagai kau mahu menjaga hati kita agar tidak lupa padaNya..
agar kita tidak terus hanyut dengan perasaan yang belum halal untuk kita..
biarkan aku mencintaimu dalam diam..
agar cinta itu terus mekar di hati ini...^_^


Ya Allah..satukanlah hati2 kami..


-nukilan hatiku~anna...