Assalamualaikum...selamat tengahari..sudah 15Ramadan...Alhamdulillah,aku still boleh berpuasa...hehehehe...
Hari ni aku nak mengajak korang untuk berfikir beberapa perkara yang mungkin akan dimodenkan oleh masyarakat kita tentang hari raya satu hari nanti...
Segala makanan tradisi kita macam rendang, ketupat,dodol,lemang yang sekarang ni proses membuatnya adalah secara tradisional, akan berubah satu hari nanti.Adakah makanan tradisi ini mungkin akan digantikan dalam bentuk yang lebih moden atau segera?itupun zaman la ni kita dah boleh jumpa kat kedai ketupat segera jenama Nona tak silap aku...
rendang pun sekarang ni dah ada dalam bentuk segera..agaknye zaman akan datang,lemang dengan dodol plak...Raya sekali setahun je cik kak, makcik2, cik abang oiii...apala salahnya kita masak je rendang sendiri...barulah sedap...benda segera2 ni bukan elok pun...macam maggie jugaklah...asyik terlalu selalu segera makan makanan segera,..kita pun akan segera pergi...
Mungkinkah satu hari nanti, kita takkan lagi menziarah sanak saudara dan sahabat handai lagi??Yelah kan..teknologi sekarang pun dah makin canggih...semuanya di hujung jari je..nak tengok orang jauh pun boleh pakai webcam bagai...siap boleh sembang2 lagi..
alah..budak2 zaman sekarang ni pun dah malas nak ikut mak ayah pergi ziarah saudara mara...asyik duk mengadap rancangan raya 24jam...jadi tak hairanlah bila budak2 ni dah ada anak2 nanti...anak2 diorang dah langsung tak pergi ziarah2 lagi dah..apatah lagi balik kampung beraya dengan mak ayah.....guna webcam je say selamat hari raya...
ade sesetengah orang plak, bila raya gi jenjalan makan angin kat tempat lain...why mase raya baru nak pergi makan angin??budaya ziarah2 ni orang dah pandang remeh je dah...
Duit raya plak, setakat ni takde plak aku dengar yang bank-in duit raya...mungkin satu hari nanti ada gak kot...kita tunggu dan lihat...
"di hari raya..terkenang daku kepada si dia..kampungku indah nun jauh di sana...ayah serta bondaku..."pergghhh..lagu2 raya nostalgia memang memberi kesan yang mendalam bila tiba raya...
tapi,apakan daya, lagu2 raya sekarang sudah tak memberikan aku 'impak maksima' untuk aku dengar berulang kali..dengan dirapkan,ditechnokan,diacapellakan lagu2 raya ni sesuka sesuki hati...hilang feel raya aku...maaflah yer penge"rap" malaysia...
i dont like korang ubah2 lagu raya dulu...tak sedap..dengar tak?tak sedap...
Mungkinkah satu hari nanti baju kurung, baju melayu bukan lagi menjadi keutamaan di hari raya??apatah lagi di hari raya pertama...zaman la ni pun, dah ada fesyen baju raya skirt...
lagi2 dalam majalah yang tunjuk gambar model2..kunun2nya baju kasual raya la...hampehh..errkkk...nak gi ziarah orang takkan nak pakai skirt cik kak oiii...berpada2lah jugak no...
1 comment:
kadang2 sebab cite kt tv best diorg mlas nk g ziarah sedara mara..xpaham tul
Post a Comment