Saturday, December 31, 2011

Moga masih ada kesempatan buat diri ini..

Assalamualaikum...

selamat petang semua..hampir sebulan rasanya blog saya ini tidak dijengah memandangkan terlampau sibuk dengan tugasan2 yang perlu diselesaikan..sahabat2 semua sihat ke?semoga kita sentiasa berada di bawah redha Allah..

banyak dugaan yang saya tempuhi sepanjang semester ini..dan sangat2 menguji kesabaran saya..hingga tak terbendung lagi air mata.Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih lagi diberi lagi rasa sabar untuk menghadapinya.

Saya bersyukur kerana pelbagai dugaan yang datang membuatkan saya muhasabah diri sendiri dengan segala dosa yang pernah dilakukan..saya kerap kali mengingati mati,bagaimana nanti jika saya dijemput Allah..setiap kali tidur,saya takut saya tidak akan buka mata lagi...dan selepas itu,apa akan saya jawab?ketika itu,air mata terus mengalir mengenangkan diri ini yang sudah jauh dari Allah..Saya solat 5 waktu,tetapi dengan solat sahaja tak cukup..ada perkara yang salah saya lakukan...saya kurang buka kitab Allah..saya lebihkan duniawi..

Hidayah Allah sudah lama mengetuk pintu hati,tetapi saya yang buta tidak mahu memulakan..kerana mentaliti saya ketika itu,saya takut kalau saya berubah,saya tetap buat dosa..dan orang akan mengata saya,mengutuk saya. Saya tundakan solat taubat,sebab saya takut saya akan mengulanginya lagi.Jadi saya biarkan hidayah yang sudah singgah di pintu hati.Sungguh bodohnya saya kerana merugikan masa yang dah tiba..

Kalau saya tidak mulakan sekarang,saya takut saya tidak sempat nanti...keadaan sekeliling,huru hara dunia,dengan segala macam maksiat,betul2 menginsafkan saya..Saya takut nanti saya mati dalam keadaan yang tidak sempurna iman..Allah,ampunkan aku..

buat sahabat2 sekalian,saya mohon ampunkan segala kesalahan saya..jika ada sikap saya,perlakuan saya yang tidak elok,maafkan saya..Maafkan saya sekiranya saya bukan sahabat yang baik buat kalian.post2 saya di dalam blog ini,yang baik anda ambillah..yang buruk jangan diambil..saya akan delete segala post yang tidak mndatangkan manfaat..

sampai disini dulu..insyaallah,kita jumpa lagi..selamat menduduki peperiksaan..Assalamualaikum..=)

Monday, December 5, 2011

warkah buatmu..

Maafkan aku kerana terus memendam rasa ini,
sesungguhnya ianya bukanlah sesuatu yang mudah bagi aku
tapi aku tahu..
aku harus terus tegarkan hati untuk menerima semua ini...


bohonglah kalau aku katakan yang aku sangat tabah..
adakalanya aku lemah dengan perasaan sendiri..
amat2 sukar bagi aku untuk tersenyum dan redha dengan segalanya..
tapi..aku tahu..aku tak boleh terus lemah..
aku tak mahu kamu lihat air mata aku..
sampai bila2 pun aku tak mahu kamu lihat..
kerana itu..aku pura2 gembira bila di depan kamu..
aku perlu kuatkan juga hati...


aku bukan seorang yang sempurna..
aku juga tidak pernah merasakan aku adalah pilihan utama..
tapi..aku mahu kamu tahu..
aku senantiasa melihat kamu dari jauh..
aku senantiasa ada untuk memastikan kamu bahagia..
biarpun kewujudan aku dipandang sepi tanpa kata-kata..
tapi..aku bahagia melihat kamu sentiasa bahagia di samping teman2mu..
itu sudah cukup bagi aku...


aku tahu aku tak boleh terus mengharap..
kerana aku bimbang andai aku akan kecewa buat kedua kalinya..
maafkan aku andai satu hari nanti,aku tak lagi mampu memendam rasa hati
cuma satu aku mahu kamu tahu..
kamu amat penting dalam hidup aku....
dan aku tak mampu menipu..
yang aku sayang kamu....



doakan aku untuk terus sabar menunggumu..

Sunday, December 4, 2011

Perkara tentang lelaki?betul ke??



Assalamualaikum...xde ape pun yang best entry aku ni..just nak kongsi satu bende yang aku tak tahu hujung pangkalnye betul ke tak.....


Perkara tentang lelaki..!!!
1) Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).
2) Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya)
3) Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini)





bende ni aku terbace kat satu wall page ape ntah..huh..yeke statement2 kat atas ni???kaum2 adam..cer komen sikit..bgtau aku kalau betul...


untunglaa kalau betul...



Wednesday, November 30, 2011

BACALAH KALAU SUDI...

Assalamualaikum...


selamat malam..aku nak releas tension kejap..letih la perah otak dengan assignment core mechanic ni..ke ade sesiapa nak tolong aku?hahaha...nak cerita apa malam ni yer..


oklah, jom baca aku potpet pasal dinner misc semalam...


Alhamdulillah, lega sebab tugas aku dalam dinner misc dah lepas..aku rasa seronok dapat join jawatankuasa dinner ni..tak aku nafikan memang letih..sampaikan tertidur aku mase tunggu yang lain habis menyapu..masa tu memang aku dah tak larat sangat dah..aku tolong tengok je budak2 lelaki menyapu..kekeke...jangan marah yer korang..bukan aku tak mau tolong...kaki aku dah problem tetiba mase tu...(tak tahula bile nak pergi check)..hurmm, macam biasa,pasti akan ada feedback dari semua berkenaan dinner tu..aku tak nafikan memang banyak kelemahan yang perlu diperbaiki..but, we just human..pasti ada kesilapan jugak..bukan tak usaha memberikan yang terbaik,sudah cuba..tapi,ketentuan Allah mengatasi segalanya yang kita rancangkan..


pada pandangan peribadi aku, semua ajk dah memberikan sumbangan masing2 dalam dinner tersebut..semua dah jalankan tanggungjawab masing2..ada la satu dua yang perlu di"topup"kan supaya pada masa depan tak berlaku lagi...


ermm..rasa kesal ada..rasa nak tergelak ada..macam2lah yang aku rasa bila baca segala komen dalam group misc kat facebook tu..yang kondem ada..yang perli2 pun ada jugak..yang menyokong pun ada,tak kurang jugak yang jadi batu api..biase lah kan..manusia..ada macam2 perangai...cuma, kadang2 kita tak sedar, kita perli2 tu,kita kondem2 tu kita dah tunjukkan diri kita seorang yang bagaimana...mungkin ada yang tak setuju dengan kenyataan aku..mungkin ada yang kata....


 "suka hati akulah"..."mulut aku, ikut suka hati akulah".."hello,aku taknak hipokrit ok"...ataupun..."kalau tak boleh terima kutukan,jangan jadi ajk"..."kami kutuk sebab nak bagi penambah baikan.."


Setiap orang ada hak untuk bersuara..ya,itu memang benar...tapi..tahu kan Allah benci orang yang suka kutuk2,melemparkan ayat2 yang tidak elok...


Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa: Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor dari orang lain.Demikian juga firman Allah SWT yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor. (Surah An-Nahl: 25)


semua dah dewasa..semua dah bergelar mahasiswa...jadi lebih baik kita tunjukkan diri kita sebagai seorang yang berhemah ketika memberi pandangan...mengkritik itu tak salah...tapi,mesti ada point apa yang boleh kita buat supaya yang tak elok tu boleh jadi elok..apa yang kita boleh elak,akan dapat dielakkan...


Aku  tulis yang baik-baik di Facebook ataupun blog, bukan bermaksud aku ni orang yang alim atau terlampau baik... aku juga manusia yang tak terlepas dari ksilapan..Aku cuma taknak, bila aku menulis sesuatu yang buruk2, apa yang aku tulis tu akan jadi ikutan orang lain yang membacanya. Lebih baik aku ajar orang supaya menulis yang baik2 daripada orang tulis yang buruk kerana dari ajaran aku...


ape pun..aku ucap terima kasih sebab beri pandangan korang...insyaallah, tahun depan orang lain yang handle pulak,dapat jadikan pengajaran..


"orang akan hormati kita sekiranya kita turut sama hormati orang lain"


oklah..yang baik kita ambil..yang buruk kita tolak tepi..aku nak sambung buat assignment..doakan aku..hehehehe...salam keamanan..peace!!! ^_^

Friday, November 25, 2011

Menata Hati

Assalamualaikum....




Walau bagaimanapun hari ini
moga Allah mengusap lembut hatiku..
menjadikanku orang-orang yang berjiwa tenang....



Jika aku tak mampu menjadi pohon yang rendang yang dapat meneduhkan kamu...
Biarlah aku menjadi rumput lembut yang menjadi tempat berpijak agar kakimu tak lagi terluka..

Jika aku tak dapat menjadi yang terbaik pada pandangan kamu,
Biarkanlah aku menjadi pendorong dan pemberi semangat kamu...

Kasih,sayang dan cinta ini...
adalah Perjuangan aku..

untuk terus mencipta kesetiaan...

izinkan aku terus menyimpan secebis rasa kasih terhadapmu
Tanpa melupakanNya Yang Satu...




Wahai Yang Maha Mendengar...
Jagalah hatiku agar tidak mudah berpaling...
Jagalah hatiku agar tidak mudah berkecil hati..
Jagalah hatiku dari perasaan buruk sangka..
Jagalah hatiku agar tetap setia menunggunya..


"Berserah diri pada Rancangan Allah"

Monday, November 21, 2011

di laman hati

Assalamualaikum...

terdetik di hati
dalam lamunan yang mengiringi akal ini
apakah sempurnanya aku hingga mahukan yang sempurna
hingga menyalahkan segala ketentuan yang punya hikmah tentunya




maafkan aku...
atas kebiadaban diri ini
Maafkan aku Ya Allah..

Aku bersyukur atas segala kurnia
kerana tanpaMu takkan ku kenal erti hidup
Ya Allah, terima kasih kerana
selalu berada di pertapaan hati ini
memberikan aku kesabaran menempuh ujianMu

Kugagahkan diri ini
mengharungi pahit derita dalam segenap jiwa ini
Takkan aku lupa akanMu CINTAKU YANG SATU
LORONGKAN AKU di jalanMu
agar tidak lagi aku kesesatan
dalam pencarian KasihMu..

Thursday, November 10, 2011

APABILA AKU MENGARUT 1





Assalamualaikum....hai..hai...hai...hohohohoho,lamenye tak update blog kesayangan ni...ditambah dengan sedikit kemalasan,maka seperti yang anda lihat blog ku ini bersawang dan tak bertukar2 sejak sekian lama..alahh,ape dehal dengan design blog ni kan kalau cantik camane pun tak berupdate pun tak guna gak kan..hahahahha...

sebenarnye tahap kemalasan aku masih berganda ni..tak surut2 pun apatah lagi duduk kat rumah.ESOK dah nak gerak balik UUM der....adoiiiii,malas gila..project aku plak tak jadi2 lagi ni.design cantik dah,part coding cam hampeh..hahahaha...

ermmm..aku nak mengarut apa pun tak tahu... dont have any point..so,korang bacelah ape yang jari aku duk taip2 ni ea..fikiran aku KOSONG umpama lagu NAJWA LATIFF...KOSONG!!KOSONG!!!!

sudahh...nurfarhana shahari..apekena kamu ni..cer sopan sikit..

opss,baiklah...

beginilah aku apabila dilanda kerunsingan..rungsing dengan perkara2 yang bakal aku hadapi setelah sampai ke UUM TERCINTA.ARGHHHHHHHHH!!! sampai tahap,aku rasa aku nak cepat2 habis belajar ni..aku nak blah dari sana..bukan aku tak sayang atau tak suka U aku tu..cume,aku dah letih belajar..ermm,pasni sure ade yang bagi nasihat..belajarlah sehingga ke negara china...jangan merungut..tak baik...

ya..ya,..ya...aku tahu aku tak boleh merungut..aku kena bersyukur sebab tak semua orang berpeluang untuk sambung belajar..tapi,aku taknak tipu hati aku..serius der..waktu ini,di ketika ini..itulah yang aku rasakan...normal lah kan bila tengah rungsing..macam2 perasaan hadir..

hurmmm...nanti dah kerja..baru tahu langit tu tinggi ke rendah..susah tak susahnya bekerja...letih tak letihnya...
mase tu,baru kau tahu ana oiiii....

ok2...aku tahu la....syiuhhh2..dah2...pergilah kau kata hati..aku saje je nak meluah kat diary terbuka aku ni..nak tulis dalam diary selalu yang jadi,beli diary,tulis sampai 2,3bulan..pastu....suci dan murni la diary aku tu sampai ke akhir tahun...hahaha..so,gune diary ni sudahhh.

dahla membebel ana...aku tau ko mengantuk..gi gi la tido nuh..esok ko nak blah balik UUM kan...

yelah2..aku nak tido la ni..alamakkkkkkk,ade lagi yang tak berkemas...camane nak tido!!!

padan muka kau...hahahahahahahhaha...

ok,nite..:p




Wednesday, November 2, 2011

ku tinggalkan luka di sana..











Biarkanlah..
Aku lupakan luka semalam di sana
agar tak terlihat lagi oleh pandanganku
aku singkirkan kesakitan semalam ke laut biru
biar aku tak lagi menangis dalam tangisan sendu..


Namun,
aku tahu..
biar sejauh mana pun ku cuba membuangnya..
sekali sekala ianya menjengah juga di sudut ingatan..
bukan untuk aku ratapi..
tapi utk aku jadikan sempadan diri...
luka di jiwa..bukan untuk aku sesali diri..
tapi untuk menguji ketabahan hati...
nyatanya..
kisah semalam menjadikan aku lebih menghargai diri..

Monday, October 31, 2011

Indahnya perkenalan....

Assalamualaikum...selamat malam...ape kabar semua insan2 blogger sekalian?sihat ke korang?aku alhamdulillah..sihat je..baru je balik dari 2pulau..hahahaha...tak pernah dibuat orang pergi dua pulau dalam masa 1minggu...berjalan sakan!!!

maunye tak penat..tapi, pengalaman yang sangat2 seronok...actually, aku join program BAKSIS@Bakti Siswa di Pulau Pangkor..fuh..memang seronok..tambah2 aku dapat pulak keluarga angkat yang sangat sempoiii..memang la best..rumah pulak memang betul2 belakangnya laut,ade beranda rehat2 lagi..memang macam homestay tepi laut!!!memang terbaikkk...aku happy sebab dapat kenal dengan mak ngan abah angkat aku..diorang sangat2 baik..sungguh,aku rasa selesa sangat..lagi2 adik beradik angkat aku...peramah yang amat!!hahaha...abg cik, rindu plak akak kat ko tau dik...abang dengan adam senyap sikit orangnya..so,kami tak berapa banyak bercakap.. abg cik la banyak layan kami pi jalan2...bawak gi sana sini...tolong bawak pegi kedai...tq acik!!!ade mase nanti kita jumpe k..bukan jauh pun...hehe..

banyak nak cerita sebenarnya..tapi,better aku cerita esok2 jelah...hahahahaha..sekali dengan gambar...lagi umpp kan..saje nak bagi korang jelesss..hahaha...oklah,aku mengantuk gila dah ni...perlu rehat yang cukup....gudnite!!! Assalamualaikum...^_^

Tuesday, October 25, 2011

kebahagiaan...





Assalamualaikum...


Secebis kasih membuatkan kita sayang..
seucap janji membuatkan kita percaya...
Secebis luka membuatkan kita kecewa..
tetapi..
secebis senyuman menjadikan kita lebih ceria..
dan keceriaan itulah yang membuatkan kita lebih bahagia....


Namun hidup tak selalunya indah... 
tapi selagi kita ikhlas kebahagiaan itu pasti menjadi milik kita..
kata orang hargailah apa yang ada didepan mata... 
kerana itu mungkin kebahagiaan kita.... 
Cantik dimata tak semestinya cantik di hati...
Cantik budi itulah dicari....=)

Thursday, October 20, 2011

~~penantian~~



Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi



Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Wednesday, October 19, 2011

cinta dalam diam...


kamu mengajarku erti kesabaran..
kesepianmu ku anggap kerana kau mahu menjaga batas sempadan antara kita..
sikapmu itu mengajar aku untuk terus setia padamu...
ketidakhirauanmu ku anggap sebagai kau mahu menjaga hati kita agar tidak lupa padaNya..
agar kita tidak terus hanyut dengan perasaan yang belum halal untuk kita..
biarkan aku mencintaimu dalam diam..
agar cinta itu terus mekar di hati ini...^_^


Ya Allah..satukanlah hati2 kami..


-nukilan hatiku~anna...

Monday, October 17, 2011

Jika benar kau kasihkan lelaki/wanita itu...









‎~ WAHAI LELAKI ~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu
•• Bawalah dia ke jalan Allah
•• Nasihatilah dia
•• Perbetulkan kesilapannya
•• Jagalah dia dgn baik
•• Kasihanilah dia
•• Lindungilah dia
•• Berilah kasih syg padanya
•• Hargailah dia
•• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•• Bersabar dengannya
•• Terimalah & cintailah kekurangannya
•• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya

~ WAHAI PEREMPUAN ~

Jika benar kau kasih & cintakan lelaki itu
•• Setialah kepadanya
•• Hormati kepadanya
•• Mencintainya sepenuh hati
•• Berlaku jujur kepadanya
•• Sentiasa disisinya
•• Hargailah dia
•• Jagalah maruahnya
•• Bersabar dengannya
•• Terimalah & cintailah kekurangannya
•• Jadi seorang ibu yang mithali kepada anak2nya.



~perkongsian bersama~~~


Cinta ini Allah yg beri...
dan selagi rasa ini tidak diambilnya..
Aku tetap aku yg dulu...cinta hatimu......=)


Sunday, October 16, 2011

BANGUN DARI KESILAPAN SENDIRI...

Assalamualaikum...selamat pagi semua...memang la terbaik aku tak tidur lagi masa2 ni...hahaha..takdelah..sebenarnya aku busy sikit malam ni...menyiapkan coding yang tak jadi sampai ke sudah...jadi, aku menyiapkan coding blog jelah..:p

sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih pada seorang sahabat yang selalu ada waktu susah,senang,sedih dan gembira aku...iaitu tak lain tak bukan MAZITA BINTI ABU OMAR@ nama glamnye ISMI MAZITA...

tq so2 much my dear bestfriend atas nasihat2 yang kamu beri tadi....sungguh,kata2 perangsang..kata2 semangat dia membuatkan aku buka kembali mata aku malam ni...maksud aku..untuk menjadi seorang yang lebih matang,seorang yang lebih sabar...kalau dibandingkan masalah aku berbanding dia..apa yang dia tempuh jauh lebih menyedihkan..dan dia mampu bertahan hingga apa yang dia inginkan dimakhbulkan...

NURFARHANA SHAHARI...please wake up!!! belajar menjadi manusia yang cekal...terima apa yang terjadi sebagai satu kebaikan untuk dirimu...Cuba mengerti makna tersirat di sebalik segala yang terjadi...Allah berikan dugaan berupa dugaan yang mampu dirimu untuk menanggungnya...setiapnya ada jalan penyelesaian....SUBHANALLAH...Besarnya KuasaMu Ya Allah...

aku jugak nak ucapkan terima kasih sangat2 untuk orang yang aku sayangi...Zulkifli Nafi...terima kasih sebab nasihati saya...saya sedar itu memang silap saya sendiri..mungkin sebab tu jugak hati saya rasa gelisah..yelah,perkara yang salah dan saya still jugak buat walaupun tahu...jahilnya saya...

Ampunkan dosa2ku Ya Allah...kuatkan iman,kuatkan rasa istiqamahku dalam mencapai redhaMu...

Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah.
Allah Maha Tahu jodoh kita siapa.
Cintai dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan..^_^

Saturday, October 15, 2011

Manusia cepat berubah..

satu yang ku pelajari dari kehidupan ini..
ia perlu diteruskan..


satu perkara yang kupelajari dari cinta
bahawa ia tidak selalu bertahan..


satu perkara yang aku pelajari dari manusia
bahawa manusia itu cepat berubah...


~cicinta.com~

PULANGLAH DUKA..

i dont know why...something happen to me this night...rasa dah xlarat nak tunggu lagi...hummmm...dari dulu sampai hari ni aku still jadi farhana yang dulu..aku cuba untuk jadi kuat...xmudah menangis..tapi aku xboleh..mungkin aku turun dari mak aku kowt...huhuhu...mak, along perlukan bahu mak..along nak tidur ngan mak...supaya hati along tenang..tapi,along tahu..along kat sini kena belajar kawal diri...hurmmm..

aku ada hati....ada perasaan...aku menangis bukan sebab aku manja...ini naluri aku sebagai wanita...ini kelemahan aku..aku mengaku aku mudah mengalirkan air mata....aku menangis sebab aku nak keluarkan rasa sedih aku..rasa terkilan di hati aku...aku tak mintak dipujuk..

Ya Allah..aku hanya hambaMu yang lemah..tak terdaya aku untuk buang perasaan yang kau ciptakan untuk hambaMu...Kau perkuatkanlah kesabaran dalam diriku...kabulkanlah doa2ku...='(

Thursday, October 13, 2011

MAHLIGAI KASIH..





Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia..

Tuesday, October 11, 2011

SATU CERITA DALAM BICARA...



Jangan kata aku hanya pandai bermain kata2
kerana aku manusia biasa..
apa yg aku bicarakan lahir daripada Hati
aku menulis kerana aku cinta
aku menulis kerana aku menghargai kurniaan yg ESA
aku menulis kerana aku tahu apa ertinya CINTA
dan kerana itu aku jadikan satu cerita dalam bicara...
sama ada suka atau duka..

~babylove~

BERCELARUUUUUU...

Assalamualaikum...jam sudah menginjak ke angka 1.41 pagi ketika saat aku mengarang ayat2 ini...ku gagahi jua untuk tinta pena malam ini....aku tak kisah andai ada pembaca atau tidak..pada yang menjenguk di sini, mungkin anda sering perhatikan yang aku lebih banyak bercerita mengenai keluh kesahku berbanding dari sebelum ini dimna aku banyak berkongsi dengan orang ramai dengan tips dan jugak tutorial...Sementelah kehidupan aku sudah mula sibuk,maka aku tidak punya masa yang penuh untuk berbuat demikian...sebab itulah,entry aku lebih menjurus kepada kehidupan,suka dan duka aku di sini...

semester ini adalah semester yang paling banyak duit aku keluar..huhu..dengan buku2nya...kebanyakan buku semua rm80 ke atas...tak beli,aku nak study dengan apa nanti...no more slide notes ok...you must to buy this book..said my lecturer..ok sir..i already buy your book..

Ditambah pulak dengan kegunaan harian dan subjek fotografi aku, aku agak pening memikirkan kewangan aku semester ni..bukanlah abah dan mak tak boleh support aku..memamg diorang mampu, tapi aku kalau boleh nak elak dari meminta2 dari mak abah...Ptptn aku just dapat separuh je..tu pun just dapat tolak duit yuran je..duit belanja aku memang takdelah..100% PAMA...itu yg merunsingkan aku...aku dah sedaya upaya untuk berjimat, lupakan kehendak dan utamakan keperluan..

Alhamdulillah pinjaman Mara aku dah nak dekat abis bayar..syukurlah aku hanya perlu bayar 3ribu lebih..kalau tak 25ribu jugaklah aku sepatutnya kena bayar....satu beban bakal berlalu..lepas ni bayar 6ribu plak..

plan aku lepas abis degree nak kerja terus...rasa otak aku dah makin tepu...abah aku pulak harapkan aku untuk sambung lagi belajar...hummm..entahlah...memangla hajat hati aku nak belajar lagi..tapi,mampu ke aku????semester depan adalah semester akhir aku kat uum dan lepas tu,aku dah start praktikal..6bulan...and then......not sure..Master at USM or stop study and work...kalau korang??

otak aku sangat bercelaru sekarang....rasa nak marah orang pun ada...rasa nak berjauhan dari orang ramai pun ada...rasa nakkkkkkkkk...arghhhhhh!!!!!=(

Sunday, October 9, 2011

Ku mahu kau tahu..hanya ini yang aku mahu...




aku hanya ingin disampingmu..
aku hanya ingin menjadi permaisurimu..
aku hanya ingin menjadi ibu pada anak2mu kelak...
aku hanya ingin berkongsi rasa suka dan duka denganmu..
aku hanya ingin menjaga dirimu ketika kamu sakit..aku hanya ingin merawat luka hatimu...
aku hanya ingin dibimbing kamu ke jalan Allah yg satu......
aku hanya ingin kamu mendodoikan malamku kala waktu beradu...
dan aku ingin menjadi yang halal untukmu dan kekal hingga ke syurga..
hanya itu yang aku mahu..



Ya Allah..pertemukan aku dan dia pada pengharapanku padaMu dalam sujud istiqarahku...Amin...

Wednesday, September 28, 2011

GEMBIRA DALAM DUKA.....




Assalamualaikum...selamat malam...fiuhh..sangat2 penat hari ni..ke sana ke mari...macam robot plak aku rasa semester ni...tapi takpelah..sekurang2nya aku dapat lupakan kesedihan dalam hati yang aku tanggung sejak balik sini...mungkin aku dah makin lali dengan situasi tu..so,buat tak tahu jelah kan...be patient farhana...Allah always there for you....

malam ni ada sambutan hari raya di Bukit Kachi...dan malam ni jugak aku ditugaskan untuk jaga gerai DPP(dewan penginapan pelajar) aku ni.Sebenarnya aku ada latihan Angklung,jadi aku telah memontengkan diri aku malam ni...aku harap jurulatih aku tak marahla sebab aku ponteng..ni pun sebab tanggungjawab...pening jugak aku dibuatnya memikirkan yang mana patut aku dahulukan...so,oleh kerana aku dah perasan yang aku main memang dah ok angklung tu,aku pun dengan bangganya ponteng latihanlah....hahahahaha...sorry encik Aliff....esok saya pi la yer...hehe..

Malam ni jugak...hati aku terusik dengan kehadiran seseorang...aku ingat dia tak datang.setelah beberapa hari jugak aku tak 'ter'jumpa dengan dia..akhirnya hari ni bersua muka walau hakikat lahiriahnya aku dan dia masih zip mulut...ntahla..sampai bila keadaan ni pun aku tak tahu..mungkin sampai akhir sem..mungkin sampai minggu depan...mungkin sampai habis bulan ni...nobody knows...biarlah...mungkin itu yang dia suka..apa yang mampu aku buat hanya tunggu...sampai bila???biar Allah saja yang tentukan...

Tipulah aku kata aku tak rindu...malah yang amat2 rindu...he's so handsome for me this night...hehehehe..muka dia tetap sama..."selenga" je kata orang perak...ntah,aku suka tengok dia pakai baju melayu...look like charming...hehe...adakalanya melihat dari jauh pun aku rasa tenang...same as pertama kali aku tengok dia...tengok dari jauh lah..(tadi dia depan kau je ana,kau tak pandang pun kan...buat2 sibuk cedok rendang kan....padahal dia depan kau kan...)..ooii2 hati...aku malulah!!!

tapi...hanya dari jauh jelah aku tengok...nak tunggu aku tegur dulu??for your information, aku ni sangat penyegan...haha...lagi2 lepas apa yang jadi baru2 ni buat aku rasa agak malu lah...hurmmm..sedih pun ada..tapi,bila fikir2 balik,harap2 dia tahu yang aku betul sayang dia...tq pada seorang kawan yang nak bantu pulihkan keadaan...aku hargai usaha dia walaupun mula2 aku agak marah..tapi,aku tak salahkan kawan aku tu dan aku dah maafkan dia...Moga Allah temukan aku dengan dia...Moga akulah tulang rusuknya...

memang ramai yang nak bantu aku untuk pulih balik ke keadaan asal..tapi,aku tak nak dia terpaksa..aku nak dengan rasa rela hati dari hati dia...bukan sebab sesiapa...sebab tu jugaklah aku masih bertahan..aku masih bersabar...sebab aku sayang dia...sekurang2nya dia tak pernah marah2 aku apatah lagi tinggikan suara...

Ya Allah...Kau lembutkan hatinya...berikan kami jalan yang terbaik ya Allah...himpunkan dan sematkan rasa kasih sayang di dalam hati kami...sebagaimana Engkau sematkan di dalam jiwa Adam dan Hawa...aku redha dengan segala ujianMu...Ampunkan dosa2 kami...Jauhkanlah kami dari perkara2 yang tidak mendapat redhaMu Ya Allah...Amin...

AWAK,SAYA SAYANG AWAK...TQ DATANG MALAM NI..SAYA RINDU AWAK..=')

Tuesday, September 27, 2011

Tangan Tak Sampai...

Pernahkah kau dengarkan burung2 menyanyi
pernahkah kau dengarkan dia menangis..
tawa dan tangis yang ku dengar sama merdunya...
ataukah memang aku tak tahu senandungnya...

ku ingat ada senyum yang abadi di bibirmu
mengapa tiada lagi kini sayang.....
semua duka yang kau alami sudah nasibmu
untuk apa kau sembunyikan senyum di bibirmu

walaupun hatimu memeluk gunung
manalah mungkin tangan tak sampai
walau ingin hatimu memetik bintang
manalah mungkin tiada sayapmu

biarlah yang hitam menjadi hitam
jangan harapkan jadi putih
biarlah rembulan di atas sana
manalah mungkin turun ke sini......

lihatlah malam ini kau tak lagi sendiri
bolehkah ku ingin menemanimu sayang...
ingin ku dengar ceritamu,tentang hidupmu....
nikmatilah apa yang kau dapat di dunia...

Monday, September 26, 2011

Hatiku disakiti







Assalamualaikum...selamat petang..apakhabar hati?baikkah hari ini?


waalaikumsalam...tidak jiwa..hati aku disakiti lagi...


kenapa?siapa yang buat kamu begini hati?ceritakanlah padaku..


aku sangat2 kecewa dengan sikap manusia..mereka mempersendakan aku...persendakan kasih sayang aku..kenapa mereka kejam kepadaku..aku tak berbuat salah pada mereka..siapa orangnya,tak perlulah kamu tahu wahai jiwa...biar aku yang simpan..


hati2...Kamu tak boleh terus bersedih macamni...Kamu lupa kamu masih punya Yang Esa...kamu masih punya mak dan abah yang sangat2 menyayangi kamu...


aku tahu itu wahai jiwa...kerana Yang Esa lah aku masih lagi bertahan...kerana orang tua ku lah aku masih mampu bersabar...aku cuma tertanya2...kenapa perlu mereka lakukan aku sebegini...takkah mereka juga punya perasaan...punya rasa sedih seandainya dipersendakan kasih sayang mereka?salahkah aku untuk menyayangi..salahkah aku untuk meminta secebis kasih sayang dari seseorang yang aku sayangi?


ya...tak salah...Kamu berhak untuk menyimpan rasa sayang...kamu berhak menyimpan rasa kasih kepada seseorang...tapi hati,Kau perlu juga terima redha..redhalah wahai hati...ini semua ujian buatmu...kamu harus terus bersabar...jangan patahkan semangatmu...


Kalau itu nasihatmu wahai jiwa...baiklah...aku bersabar lagi...tapi sampai bila?


Kamu berdoalah dan minta pada Dia...Hati yang benar2 ikhlas akan diberikan hati yang satu lagi yang juga ikhlas menerimamu...dan akhirnya bersatu dengan IzinNya..


Terima kasih jiwa...terima kasih kerana sentiasa bersamaku...Aku redha dengan semua ini...

Sunday, September 25, 2011

BUAT SAHABATKU MAZITA ABU OMAR




Assalamualaikum...selamat petang..entry ini aku tujukan buat sahabatku MAZITA...Ta, saya tak berniat nak lukakan hati awak...awak kata saya dah lupakan awak...DEMI ALLAH,tak pernah pun saya lupakan awak...kita kenal dah lama...saya tak pernah berubah..saya tetap ana yang awak kenal...ana yang selalu menangis bila hatinya terusik...cuma adakala saya terkhilaf...adakala saya tak sedar saya kurang bagi perhatian pada awak...tapi,saya tak pernah lupa awak..hari raya hari tu pun saya bagi message pada awak kan?saya bagitahu awak kan saya nak datang KL ari tu kan??cuma kita xberkesempatan untuk jumpa...saya sedar kadang2 saya tak balas message awak..tapi bukan saya xnak balas...kadang2 saya tengah buat kerja..jadi saya tangguhkan dulu nak balas message awak...hingga terlupa terus..

ya,saya mengaku saya tak suka awak terus berkawan dengan lelaki tu...tapi,itu tak bermakna saya halang awak untuk teruskan perhubungan awak dengan dia...saya tak pernah kata saya larang kan??saya cuma tak suka tengok awak terluka lagi...apa yang awak tulis kat blog awak,suma tu buat saya sakit hati dengan sikap dia...saya rasa saya bersalah sebab benarkan awak berkawan dengan dia..saya kesal dia tak tunaikan janji dia untuk jaga awak baik2...salahkan seorang kawan nak tengok kawannya bahagia awak????

saya mintak maaf andai awak rasa saya dah lupakan awak...saya tak tahu macamana nak betulkan kesilapan saya...tapi,saya harap awak maafkan saya..beri saya peluang untuk jadi sahabat yang baik...saya nak jadi sahabat awak dunia akhirat..bukan sekadar sahabat waktu susah..tapi waktu senang jugak...

saya harap awak jaga diri baik2 kat sana...pergi mana2 kalau boleh jangan sorang2...berteman...hati2 dengan orang2 sekeliling....pasal percintaan, saya sentiasa doakan kebahagiaan awak...saya harap dia tak lukakan hati awak lagi...awak perlu percaya satu perkara...JODOH RAHSIA ALLAH...mintak pada Dia...saya jugak pernah kecewa dan awak sendiri tahu kan kisahnya...tapi, itu semua ada hikmahnya..Allah nak bagi yang lagi baik...sebab tu,sekarang saya cuba untuk motivasi diri sendiri..belajar bersabar...insyaallah..apa yang kita mintak akan dimakhbulkan Allah...ape yg penting,sekarang kita sama2 fokus pada pelajaran...demi keluarga dan masa depan diri sendiri...

Saya sayang awak..ya,saya ramai kawan yang rapat dengan saya sekarang...saya perlu jaga ramai hati...kadang2 saya tak tahu nak dahulukan yang mana...saya sangat takut kawan2 kecil hati dengan saya...dan yang tulah yang saya paling tidak suka..bermasam muka...saya nak jadi sahabat terbaik untuk kawan2 saya...jadi,lepas ni..saya harap awak jangan simpan2...bagitahu saya cepat2 kalau saya tersilap...jangan simpan...saya boleh terima...

Saya sayang awak..saya dah anggap awak macam adik beradik saya sendiri...saya nak Mazita yang dulu..yang ceria...please kembalikan dia pada saya....='(


Saturday, September 24, 2011

SI RATU AIR MATA




Assalamualaikum..

mudahnya air mata ini mengalir..
secebis duka..waima tak besar mana..

ah!!sejujurnya aku cuba menahannya..
tapi...aku tak mampu...
hibanya hati Tuhan saja yang tahu...

Ya Allah..aku tahu aku perlu kuat..
tapi,aku hanya manusia biasa..

Kau berikanlah aku petunjukMu...
berikan aku ketenangan hati...
untuk aku menempuh dugaanMu...





TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA...



Assalamualaikum...selamat tengahari...hope korang sihat2 yer...aku macam biasa..alhamdulillah..sihat walafiat lagi...cuma agak busy dan badan selalu letih..tapi tu perkara biasa la kan..alah bisa tegar biasa...haha

sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih yang teramat2 pada semua kawan2 aku,kawan2 facebook sama ada yang aku kenal ataupun tidak....yang wish kat aku sempena hari jadi aku 19 september lepas...TERIMA KASIH SANGAT2....TERIMA KASIH jugak atas doa2 kalian....

To my lovely emak...terima kasih sebab wish kat along....along tak perlukan hadiah belated...mak ingat birthday along pun,along dah seronok...pengorbanan mak pada along selama ni pun semua tu hadiah buat along....tak mampu along nak balas mak.....sungguh,along rindu kat mak..rindu nak peluk,tidur dengan mak...Along mintak maaf sebab balik sini along jarang call mak...tapi,along tak pernah lupa doa untuk keluarga,along tak pernah lupa mak...buat abah,along ucapkan terima kasih atas nasihat2 abah sebelum along balik sini...along pegang kata2 abah...pelajaranlah yang dapat bela nasib diri sendiri satu masa nanti..supaya orang tak permainkan diri kita...

buat adik2 ku..Zulaikha....thaks for wish my bufday...thanks sebab mintak kawan2 along jaga along kat sini...sedih along bace statement kamu tulis kat fb kak atik,kak mas sume...and to my little bro...Muzhaffar..owwh,tak wish kat along pun yer...ok fine..along faham kamu nak final exam...goodluck!!!buat yang terbaik...dah janji kan dengan abah mak...kamu je anak lelaki yang ada..pengganti abah kalau abah dah tak ada nanti..kamu wali along...jadi,mula dari sekarang, belajarlah rajin2..jadi orang berguna dan bertanggungjawab....

To my lovely sister...SITI MASTURAH DAN NURUL NAIMI..time kasih yer tudung dengan mug tu...mekna suko sangat2...hehe...To my lovely friend...ATIKAH ABU BAKAR...tq sebab jadi kawan saya yang paling gila...hahahahaha...To my rumate..NURBAHIAH...time kaceh yer bagi bantal angry bird tu..ingatkan itik...hehehe..leh bawak peluk malam2...HAPPY BUFDAY jugak kat kamu!!!!hadiah nanti ana bagi yer...nak tunggu kamu xbape nak ingat dah,,baru surprise..hahaha...macamtu jugak dengan kawan2 JKPS...kak AYU, Fakhri, Ogy,Ima,Cik fizz,Balqis,Joe,Ramlee,Pijon,Chu,Nawal,aishah,Effa,Aween,Fauzan,hasrol...time kasih wish bufday pada ana...to adik Ima Althafunnisa...kak ana terharu sangat ima buat entry pasal bufday akak kat blog ima...hehehe...tq yer adik sayang...<3

dan....untuk seorang insan yang sangat saya sayangi...terima kasih atas kejutan yang sangat saya tak sangka...saya suka dan saya sangat hargai apa yang awak beri...saya akan sentiasa pakai...dan saya faham keadaan awak dan akan selalu memahami awak...saya tunggu..saya sentiasa doakan awak...moga Allah permudahkan segala urusan awak semester ni...doakan saya jugak..=)

baru aku ada kesempatan nak say thanks kat sini melalui entry...bila memikirkan aku hanya ada lagi 2sem di sini...tiba2 plak rasa sedih...rasa sayang nak tinggalkan alam belajar...hajat hati nak sambung lagi...tapi,mungkin aku nak kerja dulu..ada rezeki,sambung lagi...ilmu terlalu banyak...sampai kita tua pun,ilmu belum pernah dan takkan pernah cukup...oklah..aku nak pergi beli makanan..lapar la pulak..lepas tu nak study sikit...ok..Assalaamualaikum....

Friday, September 23, 2011

CERITA TANPA TAJUK


Assalamualaikum...Selamat pagi...korang ape kabo?sihat ke?hmmm...aku sihat je..Alhamdulillah...sekarang ni aku dalam mood belajar + busy dengan macam2 aktiviti dan latihan fotografi aku....but, aku suka busy macamni...sekurang2nya aku dapat lupakan kesedihan aku dengan membusykan diri...apatah lagi 3bulan boring tanpa kerja..so, sekarang masa untuk keluarkan energy yang telah tersimpan lama la kan...hahaha...
Siang tadi masa kelas fotografi, we got 1st exercise...kami kene produce 5 gambar berkenaan foreground frame, leading line, shadow,silhouette and repetitive form...kena submit isnin ni through picasa.Interesting kan?Ni lah masa nya skill aku akan diasah...insyaallah,berkat kesabaran mana tahu aku boleh buat duit nanti dengan fotografi ni....lagipun, ambil gambar memang hobi aku...

Dalam masa yang sama, ada projek2 lain yang menyusul lepas ni...semester ni aku kena buat GAME!!!aiyyya....boleh ke aku buat game nih!!! tetiba plak jadi GAME DESIGNER...actually memang la aku kene buat game dah subjeknye pun nama GAME...so far,aku sangat2 bersyukur dari mula semester aku study kat uum ni, aku dapat lecturer2 yang ok...maksud aku bukanlah lecturer killer2 macam sesetengah kawan2 aku dapat....hope aku dapat naikkan balik pointer aku sem ni...

berapa kali daa aku menguap ni...aku perlu tidur sekarang...esok ada taklimat perlesenan dan gerai pulak...huhuhu...oklah..selamat malam semua....insyaallah,ada masa lagi,aku update...thanks all sebab sudi singgah sini...^_^

~much love~ anna~

Monday, September 19, 2011

MAAFKAN AKU...



Assalamualaikum..selamat pagi...sudah 1.40pagi...hmm..dah bape hari aku tak update..disebabkan esok aku klas start pukul3setengah,maka dengan ini aku nak isytiharkan yang aku tidur lewat malam ni..huhu...bagus betul anak dara...haha..takdelah..kejap lagi aku tidurlah..saja nak berkongsi rasa dengan diari perkongsian aku ni dengan korang...if korang sudi baca pun aku dah bersyukur...

Alhamdulillah..untuk semester 4 ni, mungkin semester yang mencabar bagi aku disebabkan aku dipertanggungjawabkan untuk menggalas jawatan sebagai timbalan exco integrasi,komuniti dan antarabangsa di hostel tempat tinggal aku kat uum ni..ditambah pulak dengan tugas seorang pelajar...

mula2 aku ragu-ragu jugak nak terima jawatan ni..bukan sebab aku takut atau tak yakin diri, tapi risau dengan penerimaan orang lain..walaupun aku pernah dan ada pengalaman dalam kepimpinan,tapi ruang lingkup di universiti ni tak sama dengan sekolah dulu..budak2nya pemikiran lebih kritis,punya pendapat dan pandangan masing2...tapi,kalau aku tak rebut peluang yang datang, tak ada apa nilai tambah yang aku boleh bawak bila aku dah grad nanti...so,aku terima setelah berbincang dengan abah mak..

so,far setakat ni alhamdulillah, aku suka dan rasa selesa dengan ahli2 dalam jkps MISC ni...semuanya menerima aku dengan baik..Aku harap aku dapat jalankan tanggungjawab aku dengan baik,jujur dan amanah...insyaallah..Allah ada kan?..^_^

Dalam kegembiraan ni jugak, hati aku agak sedikit berbolak balik dengan sesuatu...tak perlulah aku ceritakan di sini sebab aku taknak ada hati yang terluka dengan statement aku...entahlah, aku sendiri tak tahu apa sebenarnya keadaan ni..mungkin aku ada buat silap yang aku sendiri tak sedar...aku harap insan tersebut maafkan aku sekiranya betul aku ada buat kesilapan terhadap diri dia...

Yup!!! u can do it farhana...dont be sad...tipulah aku kata aku tak sedih langsung..kadang2 aku tahan air mata mengalir sampai rasa sakit kat kerongkong sebab tahan nak menangis...fiuhhh...sambil menaip ni pun nak menitis dah air mata...aduhai farhana..kenapalah kau ni sensitif sangat...perlukah kau menangis?

aku ada perasaan..ini naluri aku...maafkan aku wahai insan..aku cuba untuk jadi wanita yang kuat..tak menangis..tapi,aku tak mampu...aku tak pernah menyalahkan semuanya pada kau wahai insan..aku terima semua ini dengan redha dan rendah hati...Mungkin ada hikmahnya...mungkin kau perlukan masa...

tak apalah..ambillah seberapa lama masa yang kau perlukan...aku tunggu...sungguh, aku rasa bersyukur kerana Allah pertemukan aku dengan kau, insan yang baik..menghormati aku selayaknya aku sebagai seorang  wanita...

Janji Allah itu pasti..selagi masih diberi kudrat dan nafas, tak akan aku berhenti berdoa padaNya..Dia lah tempat aku mengadu rasa hati..Dialah tempat aku menangis,merayu memohon diberi petunjuk...Kalau bukan kerna Dia, aku mungkin akan lakukan sesuatu yg di luar kawalan aku..

Andai benar rasa hati aku, sejauh mana pun kau pergi,selama mana pun kerenggangan itu, akan tersimpul jugak satu masa jika Diizinkan Allah...Jika sebaliknya, aku terima dengan redha hati...apa yang paling aku harapkan, agar kau sentiasa diberi kesihatan yang baik,senantiasa gembira,melalui kehidupanmu dengan penuh ketabahan...Semoga Allah perkuatkan imanmu dan percantikkan peribadimu dan agamamu...

jika kau terbaca luahan hati ni, aku pohon maafkan aku sekiranya aku yang bersalah...maafkan keterlanjuran kata2ku...maafkan aku atas sikap ku yang tidak menyenangkan...maaf atas segala2nya...

MENGENALIMU ADALAH ANUGERAH TERINDAH BUAT DIRIKU..

TERIMA KASIH YA ALLAH....




Friday, September 16, 2011

Assalamualaikum...selamat petang...

takde ape nak cakap...saje je...hehehe..tengah seronok siapkan persiapan untuk perbarisan malam ni...hehe...nanti malam aku update lain ea...

bai...Assalamualaikum...^_^

Rintihan hati insan bernama wanita



Ujianmu Ya Allah aku terima dgn tenang...
Walau derita ini kutanggung sendiri...
ku percaya apa yg terjadi kerana kasih sayangmu padaku... 
Hambamu yg serba kekurangan ini...
Semoga aku menjadi semakin kuat....

kita hanya dipinjamkan untuk berada didunia ini untuk seketika...begitu juga cinta...bila kita mencintai seseorang itu..
ia hanyalah pinjaman Allah s.w.t pada diri kita...
kerana itu aku bersyukur...
kerana diberi peluang mengenali dirimu..
seperti yang pernah aku inginkan dulu...
dari itu selagi nyawaku masih ada..
akan ku jaga rasa hati ini padamu..
senantiasa aku peluk hatimu dgn Doa pada yg ESA...

wahai kasih..
aku hanya wanita biasa...
yg tak punya apa2...
hanya cinta yg ikhlas buat dirimu...
menerima aku seperti aku menerimamu..



Thursday, September 15, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY # 2

Assalamualaikum..




Pepatah menyatakan..Cinta yg agung adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya, ketika dia tidak mempedulikan kita dan kita masih menunggunya dgn setia,ketika dia mencintai orang lain dan kita masih mampu tersenyum smbil berkata “aku turut bahagia untukmu”…Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang,bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita..tetapi kerana kita menyedari bahawa org itu akan lebih bahagiaapabila kita Melepaskannya...

Tuesday, September 13, 2011

PENGHARAPAN





Assalamualaikum...




"Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu utk kita,walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun, tetapi jika ALLAH sudah ditakdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap takkan mendapatkannya"


Aku hanya berserah pada Yang Esa..Yang menentukan segalanya Dia..aku tak punya kuasa menahan sesuatu yang bukan atas keinginan aku...


DEMI ALLAH!!kasih sayang yang Allah bagi pada aku,aku amat2 mensyukurinya...sentiasa aku menadah tangan memohon agar apa yang aku inginkan dimakhbulkannya..tapi,aku tahu aku perlu redha dengan Qada dan Qadar ku...


Semoga impian dan harapanku diperkenankanNya..Ya Allah..bantulah aku..perkenankan doa hambaMu yang kerdil ini..