Showing posts with label SANTAPAN ROHANI. Show all posts
Showing posts with label SANTAPAN ROHANI. Show all posts

Saturday, March 10, 2012









Assalamualaikum..




“Kadangkala tak perlu buat apa-apa untuk mendapat pahala..cuma DIAM.

Kadangkala takperlu berbelanja apa-apa untuk mengukuhkan tali persaudaraan..cuma SENYUM.

Dan kadangkala tak perlu apa-apa untuk meraih cinta..cuma DOA.

Diam, Senyum dan Doa adalah ‘kerja mudah yang payah’ ....

...tanpa hati yang ingat ALLAH.


-dipetik dari kisah wanita-



Thursday, March 8, 2012

Bukan Sebaliknya..





Assalamualaikum..


Bukan dengan usiamu yang habis untuk hal-hal yang tidak perlu,membalas dendam kesumat dan bertekak yang tidak bermanfaat.


Bukan dengan mengutamakan dan menimbun harta benda,hingga terpaksa mengorbankan kesihatan,kebahagiaan hati,tidur nyenyak dan ketenangan hati.


Bukan dengan sentiasa mencari kesalahan dan mengumpat orang lain dan pada waktu yang sama melupakan kesalahan dan dosa yang diperbuatnya.


Bukan dengan tenggelam dengan kenikmatan hawa nafsu dan memenuhi segala keinginan diri tanpa kawalan.


Bukan dengan menghabiskan waktu dengan orang-orang yang mengisi waktunya dengan hal-hal yang tidak mendatangkan manfaat dan sia-sia.


Bukan dengan bermacam-macam minuman yang diharamkan dan segala sesuatu yang mendatangkan keburukan.


Bukan dengan mengingat musibah lalu serta kesalahan masa lampau.


Bukan dengan melupakan akhirat dan beramal untuknya,tetapi lupa terhadap kedatangannya yang pasti.


-Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni-

Friday, August 5, 2011

PUASA DAN AURAT




Assalamualaikum...

Menginjak ke angka 5Ramadhan 1432h. Bagaimana amalan2 kita selama 4hari dibulan ramadhan ini?


ali: awak puasa?

minah: yelah..mestilah saya puasa..

ali: kenapa awak puasa?

minah:bodohnya awak..kan Allah suruh puasa, saya puasa la..

ali: habis tu..kenapa awak tak tutup aurat?

minah: eh..suka hati sayalah..hak masing-masing..

ali: owh..tapi kan..Allah yang suruh kita tutup aurat..




'Janganlah menjadi hamba kepada PUASA SEMATA-MATA..
tetapi jadilah hamba kepada Allah S.W.T. Semoga kita terpilih menjadi salah seorang hamba yang mendapat hidayah di bulan tarbiah yang penuh barakah dan rahmat ini..Tidak sempurnalah puasa sesorang itu seandainya auratnya dibiarkan bebas dilihat oleh yang bukan muhrimnya..Muhasabahlah diri kita..apakah kita mahu jadi muslim yang difaktorkan atau muslim disebabkan keturunan..'


*sumber dialog diperolehi dari sahabat di facebook bertujuan untuk kita renungi semula diri kita..bukan untuk mengajar orang..tapi menjadi kewajipan sesama kita untuk saling mengingati antara satu sama lain..


Thursday, August 4, 2011

TIDAK SEMESTINYA MENANG SETIAP MASA



Assalamualaikum...salam 4Ramadhan 1432h..Alhamdulillah, syukur aku masih diberikan kesempatan untuk berpuasa di bulan yang penuh barakah ini..sedikit perkongsian dari aku untuk kamu di tengahari ini..


Menjadi fitrah manusia mendambakan kemenangan dan kejayaan. Siapa yang tidak mahukan kejayaan?siapa yang tidak mahukan kemenangan?Namun harus kita ingat, kemenangan bukan sentiasa menjadi hak mutlak kita. Hari ini mungkin kita adalah juara, namun esok pula kita terpaksa pula menghadapi kegagalan. Apabila kita kalah, kita seharusnya kembali muhasabah diri dan berpegang kepada prinsip 


"AKU BOLEH DAN AKU AKAN BERJUANG SEHINGGA KE TITISAN KERINGAT TERAKHIR!!"

Sebagai hamba Allah yang lemah di sisiNya, kita seharusnya tidak lupa mengingatkan diri dengan ingatan...


"AKU TIDAK SEMESTINYA MENANG SETIAP MASA"


Apabila menaruh harapan yang terlalu tinggi untuk berjaya dan tidak boleh langsung menerima kekalahan, sebab itulah semangat kita mudah hancur jika kegagalan yang kita perolehi.


Jadi, setiap kali impian yang kita inginkan tidak dapat diperolehi, selalulah berkata kepada diri...


-IT'S OKAY
-AKU BOLEH CUBA SEKALI LAGI
-I'LL LEARN FROM MY MISTAKE


Semoga bermanfaat untuk diri kita...^_^

Wednesday, August 3, 2011

DIALOG ULAMA DAN PRAMUGARI



Assalamualaikum...selamat tengahari..alhamdulillah kita sudah berada di dalam hari ke-3 ramadhan...syukur aku dan kamu2 semua masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita sebagai khalifah di bumi Allah..

jom ambil ikhtibar dari sebuah dialog yang aku baca di fb yang dikongsikan oleh seorang rakan untuk dijadikan perkongsian bersama..


Seorang ulama sedang berada di dalam kapal terbang untuk ke sebuah negeri.Apabila tiba waktu, beliau pun tandas untuk mengambil wuduk.Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang itu terlalu kecil,maka beliau terpaksa membuka pintu tandas tersebut ketika berwuduk.Ketika beliau mengangkat salah satu kakinya ke singki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama tersebut lalu menegurnya.

Pramugari: Tuan tak boleh masukkan kaki di dalam singki tu..(dengan nada yang agak keras) sebab akan mengotorkan singki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!!

Ulama: Berapa kali saudari basuh muka saudari dalam sehari?(tanya ulama tersebut dengan lemah lembut)

Pramugari: (Dengan lagak yang agak angkuh) Huh!!Dua atau tiga kali sehari!!

Ulama: (Dengan bersahaja beliau menjawab) Saya mencuci kaki lima kali sehari. Ini bermakna kaki saya lebih bersih dari muka saudari...

Moral of value...Jangan memandang hina kepada mereka yang melaksanakan tanggungjawabnya. Solat adalah perkara wajib..dimana2 pun kita berada..apabila sudah masuk waktunya kita perlu laksanakannya. Kita semua sebagai muslim ada tanggungjawab yang sama. Kalau masih jugak tak mahu buat perkara wajib, jawab sendirilah di akhirat sana kelak..wallahualam...

*gambar ihsan dari www.iluvislam.com *


Tuesday, August 2, 2011

MENERIMA DIRI SEADANYA TANPA SYARAT



Assalamulaikum...perkongsian dari aku untuk malam ni sebelum tidur..Allah menciptakan kita penuh dengan kehebatan dan keistimewaan. Apa saja yang kita miliki pada tubuh kita adalah anugerah dan pinjaman sementara. Seharusnya kita sebagai hambaNya mengucapkan syukur dengan segala pinjaman yang telah diberikan kepada kita.



Seandainya anda merasakan diri anda serba kekurangan, cepat2lah mengucap dan beristighfar serta berusaha memotivasikan diri agar diri kita dipagari dengan perasaan 'memadai'. jika kita biarkan diri kita penuh dengan hasad dengki atas kelebihan orang lain tanpa kita cuba mengawalnya, sudah tentulah kita manusia yang tidak redha dengan anugerah yang diberikan kepada kita atau kepada orang yang kita dengki.

Tidak semestinya memiliki banglo mewah ataupun memiliki rupa paras yang cantik/kacak/menawan barulah kita mahu berasa lega dan menerima diri sendiri. Berapa ramai orang yang sederhana hidupnya tetapi bahagia?berapa ramai orang yang tidak cantik rupa parasnya tetapi berjaya dan cemerlang dalam kehidupannya?Dari persoalan2 inilah yang perlu kita fikirkan bahawa setiap daripada kita memiliki kesempurnaan dan kekurangan masing2..Bersyukur dan redha dengan setiap yang telah kita perolehi dalam kehidupan kita...

Diri kita yang kurang,bukan kerana kehendak Allah,tetapi kita belum lagi menggunakan setiap potensi yang ada dalam diri kita untuk menghasilkan kejayaan..Jadi,jangan segera menyerah kalah, berusaha kemudian berdoa..dan diakhiri dengan tawakal..insyaallah..Allah mendengar doa hamba2Nya...^_^



Monday, August 1, 2011

BUTANG-BUTANG CERIA



Assalamualaikum..selamat tengahari..Alhamdulillah,kita sedang berada di hari pertama dalam bulan Ramadhan. Ketenangan menjengah dalam hati aku. Sedikit bingkisan yang boleh dikongsi dari aku untuk mereka-mereka yang mungkin sedang berada dalam kesedihan dan merasakan tidak pernah beroleh keceriaan dalam kehidupan mereka..Tahukah anda bahawa sebenarnya  setiap daripada kita  mempunyai butang-butang yang boleh membuatkan diri kita ceria. Sebagai contoh, menelefon ibu dan ayah, melihat pemandangan yang cantik, mendengar alunan sungai yang mengalir, mendengar muzik dan membaca al-quran.

*gambo dari google*
Tetapi jangan disalahtafsirkan apabila dikatakan perkara-perkara yang menceriakan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan salah di sisi agama seperti pergi ke kelab malam, bergaul bebas lelaki dan wanita, melihat perempuan dengan syahwat dan sebagainya. Melakukan perkara-perkara di atas memang menyeronokkan tetapi mendatangkan dosa. Kita sebagai orang islam perlulah tahu membezakan diantara yang baik dengan yang buruk.

Dalam memilih butang-butang ceria, kita perlu memikirkan dan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan tekanan dan gangguan kepada diri kita. Jadi berusahalah menceriakan diri anda walaupun diri berada dalam masalah. Jangan dijadikan masalah sebagai satu titik terakhir kehidupan. Memang benar setiap dari kita takkan terlepas dari fitrah merasakan kesedihan tetapi, harus diingat selalu bahawa semua perasaan itu datangnya dari Allah. Setiap musibah yang mendatang ada hikmahnya.Allah sayangkan anda kerana itu diberinya ujian….LA TAHZAN…^_^

Monday, July 25, 2011

BERITA BAIK KEPADA SEMUA PEROKOK!!

Assalamualaikum dan selamat malemm..


Adakah anda perokok?Ini ada berita baik untuk para perokok2 di luar sana...Di sini, saya ingin menjemput perokok2 dari segala peringkat umur untuk menyertai cabutan bertuah!!! Saya percaya Anda semua pasti akan menang!!!

Hadiah2 menarik yang ditawarkan adalah :-

Hadiah pertama : KANSER TERBARU.

Hadiah kedua : Jangkitan Barah, sanusitif, sakit kepala, barah otak, lumpuh, asma, tekanan darah tinggi dan beguk.

Hadiah ketiga : Emsisema, Arteriosclerosis(mende ape saye xberape pasti), lemah jantung.

ANDA JUGA MEMPUNYAI PELUANG UNTUK MEMENANGI

Hadiah saguhati : Karang tatar, nafas berbau, gigi yang kuning, hilang selera makan dan gusi bengkak.

Apa tunggu lagi!!sertai sekarang..Lebih banyak anda hisap, lebih tinggi peluang untuk anda menang!! Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah2 di atas.PROMOSI ini adalah TERHAD. Sila rujuk  kepada gambar X-RAY anda untuk maklumat yang lebih TERPERINCI..

* bakal pemenang*

seronoknya terlantar kerana rokok...

Renung2kan dan selamat beramal..TERIMA KASIH!!!!!

Saturday, July 23, 2011

Selagi masih berilmu..

Assalamualaikum...

Allah berfirman yang bermaksud,
"Dan setelah datang kepada mereka sebuah kitab dari Allah (al-quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (kitab Taurat), sedangkan mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik(dengan kedatangan seorang Nabi pembawa kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan al-Quran), mereka mengingkarinya, maka (oleh yang demikian), laknat Allah menimpa orang yang kafir ingkar itu.
                                                                                                (Surah al-Baqarah:89)

Manusia yang penuh ilmu di dada tidak akan sombong dan meninggi diri mengakui yang dirinya paling pandai dan bijak. Orang yang berilmu adalah orang yang sentiasa merendah diri. Orang yang mengakui dirinya adalah yang paling pandai itu sebenarnya manusia yang paling bodoh.

*sumber dari google image*

Ibarat pepatah melayu, tin yang berisi minyak atau air, hanya akan berkocak jika isinya tidak penuh. Tetapi jika isinya penuh, maka tin itu tidak akan berkocak lagi...fikir2kan dan selamat beramal..=)


ilmu jika dikongsi ianya akan sentiasa bertambah..silalah berkongsi pandangan korang..yang baik datangnya dari Allah..dan yang buruk itu pula datangnya dari kelemahan aku sendiri..

Saturday, July 16, 2011

Ciri-ciri akhlak muslim

Assalamualaikum..selamat tengahari..menginjak ke angka 1.19 tengahari ini, molek benar sekiranya kita renungi diri dengan sedikit santapan rohani..

Seorang muslim yang benar2 muslim adalah muslim yang mana akhlaknya sentiasa terjaga. Dia tahu membezakan yang mana baik yang mana buruk, sentiasa amal maaruf nahi mungkar. Sekiranya pernah melakukan sesuatu yang jelak disisi Allah, dia berusaha berubah ke arah kebaikan dan berusaha menjaga akhlaknya..Mari kita renungi sedikit ciri-ciri akhlak islam yang perlu ada pada diri seorang Muslim.

  • Warak daripada syubhah.
  • Menjaga pandangan.
  • Memelihara lidah.
  • Malu.
  • Lemah lembut.
  • Benar dan jujur.
  • Tawaduk.
  • Menjauhi berburuk sangka, mengumpat, dan mencari keburukan orang lain.
  • Pemurah.
  • Qudwah hasanah (menunjukkan contoh yang baik).
Diharapkan dengan sedikit santapan rohani ini,kita dapat bermuhasabah diri dan berusaha untuk menjaga akhlak kita sebagai seorang muslim.Azan pun dah berkumandang.Jom kita solat yuk..Kejap lagi aku dah nak balik taiping.Doakan kami sekeluarga selamat sampai ke destinasi.Assalamualaikum...^_^

Jangan cakap saja, tapi buat!!

Assalamualaikum..

Seandainya kita ditanya, adakah kita suka dengan orang yang pandai bercakap sahaja tetapi tidak pandai membuktikan apa yang dikatakan dengan amalan?Sedah tentu kita akan menjuihkan bibir mengatakan tidak setuju sama sekali.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "wahai orang2 yang beriman, kenapa kamu perkatakan apa yang tidak kamu perbuat?Sesungguhnya amat besar kemurkaan Allah kepada mereka yang mengatakan tetapi tidak perbuat!" (As-Saf: 2-3)

Orang yang sedap bercakap akan diuji melalui kata-katanya. Oleh itu mereka ini perlu sentiasa berhati-berhati mengatur ayat. Ingatlah tanda2 orang munafik ialah orang yang apabila bercakap selalu berdusta dan berbohong.

 Berhati2lah kita agar tidak tergolong dalam golongan ini.Orang yang selalu berkata2 akan diperhatikan orang amalan2nya. Bukan manusia sahaja yang memerhati malah Allah juga Maha melihat segala sesuatu meskipun yang terlindung di mata kasar manusia.

Ceriakah orang yang hanya suka berkata-kata tanpa ada amalan dan pembuktian? Jiwa tidak akan tenang dan hati sentiasa berbisik2, "AKU CAKAP, TAPI AKU TAK BUAT..."

p/s: Diam lebih baik dari berkata-kata tetapi tidak melaksanakannya.


DALAM SATU MAJLIS...



"Sesungguhnya amat besar kemurkaan Allah kepada mereka yang mengatakan tetapi tidak berbuat."

*Sumber rujukan ini daripada buku motivasi diri PETUA UNTUK SENTIASA CERIA OLEH DATO' DR.HJ.MOHD FADZILLAH KAMSAH,HJ.MUHAMMAD ZAKARIA,ZIZI AZLINDA YUSOF.

Psss...OK TAK LUKISAN AKU??hahahahha...:p

Thursday, July 7, 2011

Tamak seorang manusia



Assalamualaikum...selamat petang...bosan2 petang ni ada baiknya kalau kita membaca sesuatu yang bermanfaat...

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua. Dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.
                                                                                                                   (Hadis Riwayat Ahmad)




TAMAK memang sikap yang sinonim dengan manusia.Tak kiralah dalam keadaan bagaimana sekalipun samada kaya,miskin,orang biasa,pemimpin,perasaan tamak tidak dapat lari walaupun sebesar hama.Kalau bukan kerana tamakkan harta, mungkin tamak kerana mahukan perhatian dan mahu seluruh tumpuan orang lain diberikan kepadanya seorang. Sifat tamak inilah yang akhirnya akan membuahkan rasa dengki hingga menyebabkan berlakunya perpecahan sesama manusia.

Sifat inilah yang akan membawa kepada kerugian kerana ia melahirkan individu yang tidak tahu bersyukur. Malah lebih berbahaya kerana boleh merosakkan hubungan dalam masyarakat dan persengketaan sesama sendiri.Seharusnya kita perlu melawan sifat ini dengan mengamalkan sikap sederhana. Bersederhana selaras dengan ajaran islam supaya kita bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya....

Friday, May 20, 2011

Dari Kekasih Buat Kekasih



Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.
Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.
Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.
Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!
Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.

Sunday, May 15, 2011

ADAB BERGURAU DALAM ISLAM

Assalamualaikum...soalan biase ana nak tanya..sihat?dah makan?ana sihat..dan dah makan dah petang tadi..Lepas dah paper database ari ni....huihh...susah benor asenye soalannye...ana pun apa lagi..sedap menggorenglah tadi..hahahaha...malam ni,ana duk cari apa nak dikongsi dengan korang...duk terjah blog tu..terjah blog ni...ana terjumpa satu entry si empunya blog yang meluahkan perasaannya apabila dia kecil hati dengan kawannya dengan gurauan yang berlebihan...so,terlintas nak search dan cari tertib dan adab2 dalam bergurau ni..Tak salah sebenarnye bergurau ni..ana sndiri pun memang suka bergurau dengan kawan2..tapi kita kene berlapiklah kan gurau2 tu...takut2 kawan kita xboleh trima dengan gurau yang kita duk buat tu...kalau dia boleh terima xpe..tapi tengok jugaklah gurauan tu..jom kita lihat apa yang boleh kita perbaiki dalam pergaulan seharian kita dengan orang sekeliling ketika bergurau..




Dalam Islam, bergurau ini boleh dilakukan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, baginda sering mengajak isteri dan para sahabatnya bercanda dan bersenda gurau untuk mengambil hati serta membuatkan mereka gembira.Namun, canda baginda tidak berlebihan dan masih ada batasnya.

Bergurau dengan niat yang benar dan tidak berlebihan.
Mulakan sesuatu amalan itu dengan niat yang benar, termasuklah ketika bergurau senda. Contohilah Rasulullah s.a.w dan teladanilah suruhannya. Perbuatan ini akan menjadi sia-sia jika ia tidak dilandasi dengan syariat yang diberikan. Usahlah berlebihan ketika bergurau kerana ia akan mengeraskan hati serta menjatuhkan kewibawaan kita di hadapan orang lain.

Jangan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau.
Setiap orang mempunyai sifat yang berbeza-beza. Sesetengah orang suka bergurau dan ada juga yang tidak suka dan lebih serius sikapnya.Justeru, bataskan perbualan dan kenali sifat orang lain terlebih dahulu ketika bergaul.Jangan biarkan gurauan kita itu mendatangkan masalah pada perhubungan.

Hal-Hal yang diharamkan ketika bergurau.

1.Bercanda atau bermain-main dengan syariat Allah SWT.

Orang yang bermain atau mengejek syariat Allah, Al-Quran atau Rasullullah serta sunnah, maka sesungguhnya dia kafir kepada Allah SWT. Allah SWT telah berfirman, maksudnya:

“ Dan jika kamu tanyakan kepada mereka(tentang apa yang mereka lakukan), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bergurau senda dan bermain-main saja.”Katakanlah apakah denagn Allah, ayat-ayatNya dan rasulNya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah engkau meminta maaf, kerana engkau telah kafir sesudah beriman..”(At-Taubah: 65-66)

Ayat ini turun berkaitan dengan seorang lelaki yang berdusta denagan mengatakan bahawa Rasulullah dan sahabatnya orang yang paling ‘buncit perutnya,’ pengecut dan dusta lisannya.Padahal lelaki ini hanya bermaksud untuk bercanda sahaja. Namun bergurau dengan mengejek syariat agama adalah dilarang bahkan akan menjatuhkan pelakunya pada kekafiran.

2.Berdusta ketika bergurau

Ada sebahagian orang yang meremehkan dosa dusta ketika bercanda dengan alasan,ia bertujuan untuk menceriakan suasana. Perkara ini telah dijawab oleh sabda Rasulullah s.a.w.

“ Aku memberi jaminan sebuah taman di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun ia berada di pihak yang benar, sebuah istana di bahagian tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dia bercanda, dan istana di bahagian atas syurga bagi seseorang yang baik akhlaknya.” (Riwayat Abu Daud)

Rasullullah s.a.w juga bergurau, namun tetap jujur serta tidak ditambahi dengan kata-kata dusta.Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku juga bercanda, dan aku tidak mengatakan kecuali yang benar,”(Riwayat At-Thabrani) 

Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda, “Celakalah seseorang yang berbicara dusta untuk membuat orang tertawa, celakalah ia.” (Riwayat Ahmad)

3.Menakut-nakutkan orang ketika bergurau.

Tidak dibolehkan seseorang itu menakut-nakutkan orang lain dengan bergurau.Bayangkan jika orang itu terkejut sedangkan dia mempunyai sakit jantung. Sudah tentulah perkara ini membawa kemudaratan yang lebih besar, iaitu meninggal secara tiba-tiba. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,

“Janganlah salah seorang dari kalian mengambil barang milik saudaranya baik bercanda ataupun bersungguh-sungguh, barangsiapa mengambil barang saudaranya hendaklah dia mengembalikannya.” (Riwayat Abu Daud)

bergurau bergurau jugak...tapi biarlah mengikut batas2 yang dibenarkan islam...kalau nak share dan nak copy silakan...=)

Assalamualaikum kawan2!!!selamat malam!!

Monday, April 4, 2011

MISS MALAYSIA PAHANG 2010


Assalamualaikum...ape kabo kome?em...sebelum cik anna mengomen...mari ler tengok dulu video dibawah ni..





apa sudah jadi?cik anna xfaham macamane event macamni boleh diadakan di Malaysia ni...mula2 ingatkan tadi perempuan..sekali kuar suara,mak oiii..lembut garau2 suara dia...(paham2lah lembut garau2 tu ape)..


kelabu mata cik anna tengok...nauzubillah...nilah yang jadi bila diberi peluang pada mereka2 ni..bila kita tegur,kata kita tak faham dengan golongan mereka...kalau anda2 semua perasan,yang SI juara tu siap bgtahu lagi terima kasih kepada suami tercinta???? wallahualam klu dia ni KUNSA..(cik anna masih mencari info2 yang tepat berkenaan KUNSA ini)


WAHAI KAUM ADAM...awak2 tahu tak..kalau awak2 semua jadi macamni,siapa yang kami golongan WANITA ni nak jadikan sebagai pelindung diri kami?siapa yang mahu jadi pemimpin kami?yang mendidik kami menjadi isteri solehah?

* Rasulullah s.a.w. pernah menghitung orang-orang yang dilaknat di dunia ini dan disambutnya juga oleh Malaikat, diantaranya ialah Lelaki yang memang oleh Allah dijadikan betul-betul Lelaki, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai perempuan dan menyerupai perempuan; dan yang kedua, iaitu perempuan yang memang dicipta oleh Allah sebagai perempuan betul-betul, tetapi kemudian dia menjadikan dirinya sebagai Lelaki dan menyerupai orang Lelaki (Hadis Riwayat Thabarani). Justru itu pulalah, maka Rasulullah s.a.w. melarang Lelaki memakai pakaian yang dicelup dengan 'ashfar (zat warna berwarna kuning yang biasa dipakai untuk mencelup pakaian-pakaian wanita di zaman itu).

Ali r.a. mengatakan: "Rasulullah s. a. w. pernah melarang aku memakai cincin emas dan pakaian sutera dan pakaian yang dicelup dengan 'ashfar" (Hadis Riwayat Thabarani)

Ibnu Umar pun pernah meriwayatkan: "Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melihat aku memakai dua pakaian yang dicelup dengan 'ashfar, maka sabda Nabi: 'Ini adalah pakaian orang-orang kafir, oleh kerana itu jangan kamu pakai dia.'"



*SUMBER DARI peacekkb.blogspot.com


Ya Allah..Kau jauhkanlah negaraku dari bala bencana..jauhkan keturunanku dari orang2 yang seperti ini...dan ku pohon Ya Allah..Engkau tunjukkanlah mereka jalan yang benar..berikanlah petunjukMu kepada mereka agar mereka sedar akan kesilapan mereka.amin...

Friday, March 25, 2011

ape kes la nak bunuh2 diri ni hah!!!

Assalamualaikum.....cik anna geram!!geram!!!geram!!! tahan gaban dengan manusia yang xtahu bersyukur dan menghargai kehidupan!!!tahap kegeramanku semakin berganda bila terlihat satu video yang dipostkan oleh kawan cik anna berkenaan seorang gadis yang cuba utk membunuh diri di KBMALL kelantan.Apa ni???

KEPADA KAU2 YANG BERHAJAT,ADA KEINGINAN NAK IKUT JEJAK LANGKAH BUDAK PEREMPUAN TU..SEBELUM KAU AMBIL TINDAKAN TU,KAU BACA, DENGAR APA AKU NAK KATA~

kau langsung xhargai kehidupan kau.Kau ambil tindakan untuk bunuh diri bermakna kau menidakkan ketentuan Tuhan!!!helo kawan,setiap masalah ada penyelesaian lah..kau ingat dengan bunuh diri kau dapat selesaikan masalah kau ke????KOSONG..kau xkan dapat apa2...kalau kau mati, kau memudahkan jalan kau ke neraka..kalau kau hidup,kau menanggung malu seumur hidup sebab satu Malaysia tahu kau cuba nak bunuh diri..apatah lagi parents kau..lagi malu..dan hidup kau akan lebih tertekan!!Kau xtahu hukumkah?jangan kau kata tak ada orang bagitahu kau.Kau sendiri yang tak guna akal dengan sebaiknya..kau hanya ikutkan kemahuan perasaan kau daripada kau fikir baik buruk tindakan kau nanti..tolonggglah...Kau tau tak,tindakan kau ni menyusahkan orang lain?kau bahayakan nyawa orang yang nak selamatkan orang macam kau yang bertindak bodoh??dari kau ambil tindakan bodoh tu,lebih baik kau mintak pada yang di atas sana.Kau solat,Kau buat solat istiqarah..kau mintak Dia tenangkan hati kau..Mungkin kau fikir Dia lambat bagi penyelesaian pada kau,TAK!!!BUKAN Dia lambat atau tak tolong kau selesaikan masalah kau..Dia Yang Maha Penyayang..Dia menjadikan setiap kejadian dan ujian kerana Dia sayangkan kau..bukan Dia nak mendera kau!!Aku jugak pernah gagal bercinta,aku jugak pernah kecundang dalam pelajaran,dan aku juga pernah punya masalah dengan kawan2 dan orang sekeliling aku..Tapi aku takkan buat tindakan bodoh tu. Kau xtanamkan sifat sabar dalam diri kau..Kau biarkan syaitan merajai hati kau..kau biarkan syaitan menari2 suka dengan tindakan kau tu..naahhhhh..kau pun nak jadi sahabat syaitan kah?jangan marah aku kata macam ni..aku memang marah sebab kau langsung tak hargai kehidupan kau..tolonglah,sebelum kau ambil tindakan tu,aku mintak sangat kau fikir sebaiknya..

KAU PILIH JALAN MANA YANG KAU NAK..JALAN SYURGA..ATAU JALAN NERAKA.TEPUK DADA TANYA IMAN KAU..BUKAN TANYA SELERA KAU....DONE!!


Saturday, March 12, 2011

Hati dan Akal Bicara Cinta


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...