Tuesday, June 14, 2011

resepi ari ini~nasi ayam madu



Assalamualaikum w.b.t..pe kabo kome2 sekalian?ana harap sihat2 la yer..malam ni nak berkongsi resepi NASI AYAM MADU..ana dah buat petang tadi untuk abah mak sebab mak puasa ari ni..so,hati sangat2 puas bila tengok mak makan dengan happy..dan rasa happy sebab mak abah cakap ana dah makin pandai masak!!!itu yang ana nak dengar sebenarnye..actually,dah lama xmasuk dapur sejak duk uum..bila balik, aktiviti yang seronok adalah mencuba resepi yang tak pernah dibuat lagi..sooo..jom intai2 camane nak buatnye..senang je kawan2..^_^


original gambo yer ni...amacam?terliur x?hahaha


bahan-bahan yang diperlukan:-
(untuk sup nasi ayam)
-1/2 ekor ayam
-bawang merah
-bawang putih
-halia
-2kiub pati ayam
-1 sup bunjut adabi

(untuk nasi)
-sedikit halia
-daun pandan
-beras(ikutla kuantiti bape orang nak makan)

(untuk perap ayam)
- sos tiram
-kicap pekat(ikut ler kicap kipas udang pun xpe)
-madu( ana guna madu tualang atas jenama agro mas)
-sedikit lada putih

(untuk sos nasi ayam)
- cili merah(bukan cili kering)
-bawang putih
-garam
-gula
-pes sup ayam

(untuk kicap nasi ayam)
- bawang putih
-kicap
-pes sup ayam

(untuk hiasan)
-bawang goreng
-timun
-tomato
-daun salad
-daun bawang
-daun sup

cara-cara nak buat:-

1) tumiskan bawang putih,bawang merah(bawang besor pun xpe),halia...sume bahan2 ni ditumbuk.biarkan sehingga naik bau dan kekuningan.kemudian masukkan air dan ayam.kemudian masukkan 2kiub pati ayam,pecah2kan dan masukkan sekali sup bunjut adabi.tunggu sampai ayam masak dan sup menggelegak.

2)untuk nasi...basuh beras dulu yer...selepas tu masukkan sup ayam tadi ke dalam periuk nasi.masukkan jugak daun pandan dan halia.tunggu ler sampai nasi masak macam biase.

3)untuk ayam madu, keluarkan ayam dari sup tadi..perapkan bersama sos tiram,kicap pekat,madu dan sedikit lada putih.perapkan selama 20minit. sesudah itu, goreng ayam di dalam minyak yang penuh..

4)untuk buat sos..blender cili merah,bawang putih dan masukkan sedikit sup ayam..pastu bubuh garam dan gula secukup rasa.untuk kicap plak, tumiskan bawang putih..dah kekuningan masukkan kicap dan sedikit sup ayam.



ayam goreng madu..nyum2..




selamat mencuba resepi di atas..sebarang pertanyaan leh tanya ana ea..hehehehe..

p/s: nanti nak try buat ketupat sotong plak...my tuuutt suka makan ketupat sotong...hehehe..


Sunday, June 12, 2011

8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki




Assalamualaikum...selamat malam...ana xnak cakap panjang...cuma ana terbaca satu fakta menarik yang boleh dikongsi bersama....check this out..


Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona...

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna...
Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Zulira Mohmad melalui http://www.tentangcinta.com

p/s: errmmm...agak2 saya ni ade ke ciri2 tu ea awk?hahaha...

Saturday, June 11, 2011

sarapan pagi~~

Assalamualaikum...selamat tengahari...
takdak apa nak cita...otak beku pikir entry apa nak cita...
yang ada hanyalah rutin2 seorang anak di rumah semasa cuti semester 3bulan!!!!hahahaha

apa yang boleh dimanfaatkan cuti 3bulan selain dari keje?kalau xboleh keje ape ag..blajo memasak ler..

ermm...pagi tadi speacial sikit...ana buat nasi lemak..sambil di guide oleh my mama...nasi lemak mak yang buat,sambal tumis ikan bilis ana buat...hehehehehe...

mak kata,anak dara walau belaja tinggi camana pun dapur kene masuk...ok mak...along faham tu...hehehehe...ana pun xdelah pandai sangat masak...masih lagi banyak kene blaja...so,mmg kene rajin mencuba!!!

ingat nak buat kek batik minggu depan..lame dah xbuat...nanti ana post kat sini macamne cara2 buat ikut my resepi ya..hehehehe...

nah!!!nak makan?mai la umah ana...hahahahaa...



sedap x awak?hehehehe..

oklah..assalamualaikum...(^_^)





Bakti siswa perdana 2011


Assalamualaikum w.b.t...selamat malam..ape kabo?sihat?ana sihat2 je...cerita malam ni masih lagi mengenai kenangan sebelum ana balik bercuti....ini cerita minggu lepas punya baru mau cerita...adoyai...penyakit malas update blog la ni...haha..


program bakti siswa perdana ni sebuah program keluarga angkat anjuran dpp misc,hostel tempat ana  duduk...dan ni jugak 1st time ana join program anak angkat camni...lokasi asalnye nak buat di Trolak perak,tapi terpaksa diubah ke lokasi yg lebih dekat dgn UUM..di Jitra je..penah dengar KG.CHEGAR,TUNJANG???haa...kat situ la kami buat baksis ni...walaupun dekat and hanya melibatkan 26 orang,tapi kami sangat2 happening..orang2 kampung pun sangat2 sporting...ana and atik bertuah dapat keluarga angkat yg sangat baik...and paling best dapat adik angkat yang satu kepala...hahahaha...shahir dan shahirah..kak ana sayang korang..walaupun shahirah istimewa,tapi dia paham ape yang berlaku di sekeliling dia..melihat dia buat ana rasa bersyukur dilahirkan cukup sifat,sihat,boleh berjalan...ujian yang kita tempuh sebenarnya xseberat apa yang dia tanggung and mak tanggung...and ana sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang serba lengkap,cukup makan pakai..rumah yang sempurna..insyaallah,ada masa nanti sure ana datang melawat mak,pakngah,shahir,shahirah..dan terima kasih mak bagi tudung bawal tu...boleh ana pakai raya nanti..hehehe...

ermm..jomlah layan gambar2 sepanjang program berlangsung...hehe..

hak3...1st time ana naik lori..^_^
sempat ag..hehehe...hye baju oren belang2 tu...^_^
nak tlg leh makcik?tlg tgkap gambo..hehe..
atik dah ade ciri2 ibu...ana suka amek pic macamni..nampak penuh kasih sayang..^_^
sebahagian dripada kwn2 baksis..happening!!!
wajah2 gembira...si rizal je penuh...ade je gambo die..nakal ea!!!haha..
sukaneka rakyat..suka budak2 tu masuk bendang...mesti makcik2 atas ni nak buat menantu
kat diorang yg dah msuk bendang..hehehehe...

Rewang di rumah kenduri kawin...goreng ayam je pun...hehehe...

ini plak gambar my family angkat..
^_^...rindu....

and last....

me with my sweetheart.....hihihi...^_^


gudnite...assalamualaikum...