Assalamualaikum....selamat tengahari..
Wahai lelaki!!korang ada kekasih cemburu??perhubungan baru bermula dan tak tahu lagi tahap cemburunya??hahahaha...check this out...
*gambar ehsan abang google*
Umumnya cemburu selalu dikaitkan dengan wanita kerana dikatakan sukar mengawal emosi.Tetapi bagi aku, lelaki juga tidak terkecuali daripada perasaan cemburu kerana perasaan cemburu ni memang wujud dalam diri setiap manusia. Kali ni aku sediakan 10semakan untuk kaum lelaki tanda-tanda yang kekasih kesayangan korang tu seorang yang terlalu kuat cemburu!!!!
Si dia selalu bertanya kepada korang "adakah dia seorang yang cantik".Beware!! soalan yang diajukan kepada korang itu besar kemungkinan bukan sekadar soalan tetapi jawapan yang korang berikan mungkin akan memerangkap diri korang jugak.Jawapan korang, jika Ya dia pasti tidak percaya dan jika jawapan lain yang korang berikan, dia menyangka yang korang mempunyai kekasih lain.
Si dia sangat cemburu dengan keluarga korang. Kata-katanya selalunya agak memedihkan..sebagai contoh.."awak ni asyik lebihkan keluarga awak daripada saya.."nahhh...nampak sangat yang si dia cemburu walaupun belum lagi berkahwin.
Si dia sering menanyakan siapakah nama pekerja perempuan di tempat kerja korang. Kalau boleh, semua pekerja sepejabat korang semuanya dia mahu tahu dari nama sehinggalah status rakan sejawat korang itu.
SI dia akan marah2 sekiranya korang memuji-muji artis wanita pujaan korang.Mungkin korang ikhlas memuji artis yang korang sukai, tetapi si dia langsung tidak boleh menerima pujian itu.
Si dia tidak suka korang pergi kemana-mana tanpa dirinya. Kalau boleh,kemana saja korang pergi, dia nak ikut dan WAJIB pulak membawanya bersama....masalah2...
Bila korang keluar dengan kawan2 lelaki, si dia akan bertelefon tak sudah2 bertanyakan bila korang nak balik, kenapa sembang lama sangat, pergi mana dan ada perempuan lain atau tidak selain dari kawan2 lelaki korang.
Si dia tidak boleh menerima yang korang ada kawan perempuan yang rapat dengan korang...walaupun hanya sekadar kawan biasa..dan korang mengenali kawan korang tu lebih dahulu daripada korang mengenali si dia, si dia tetap tidak dapat menerima..ni lagi masalah..
Si dia akan menghubungi korang setiap dua jam sekali hanya untuk bercakap I LOVE YOU. Sebenarnya si dia bukannya nak ucapkan selalu sangat pun, tapi si dia nak tahu korang ada di mana dan dengan dengan siapa...masalah2...
Mempunyai perasaan cemburu ni sebenarnya baik dan penting jugak dalam sesuatu perhubungan. Bagi aku ianya dapat beri motivasi antara aku dan dia dalam mempertahankan perhubungan. Prasangka pun salah satu sifat cemburu jugak. Tapi perlulah cemburu tu bertempat..umpama menjaga hati dua belah pihak supaya tidak sama2 terluka..Tapi janganlah sampai cemburu yang keterlaluan sampaikan nak buat kerja lain pun tak boleh..buat yang tu tak kena..buat yang ni tak kena...
so, if korang ada kekasih yang kuat cemburu, harap korang pandailah kawal dan cuba slow talk elok2 dengan kekasih korang tu..alaa..lagipun cemburu ni suatu perasaan yang boleh diubati..yang penting.....
UBAH SIKAP DAN JANGAN CEPAT BURUK SANGKA!!!
6 comments:
berat kalo macam ni.
cannot2. haha
yang penting kepercayaan lam hubungan,.agak susah gakz lau kuat cemburu nie,..nanti apa2 pon tak boleh,.
betul cuma sbg lelaki, aku xleh trima cemburu dgn keluarga.
lelaki perlu utamakan keluarga. kalo si gadis tgk laki tu utamakan keluarga, mcm tu lah laki tu utamakan keluarga bila dah kawen. even after 10 years of marriage!!
pendapat saya:)
masalah....... kalo MS bf lebih cemburu....sampai tahap suh kite benti keje je dulu..huhuhu..skang da ok sikit perangai die
haha. kalo aku lebihkan family and sidia tamaw terima. clash je lah. simple. :D
haha~ tak guna nak cemburu2 sgt ni. rimas aish..
Post a Comment