Tuesday, July 19, 2011

Putus Cinta?Ayuh!!Ceriakan diri anda kembali



Assalamualaikum...




Bagi yang pernah putus cinta contohnya aku sendiri, tentulah pernah merasakan kesedihan,kepedihan yang kadang-kadang boleh membuatkan diri kita 'down'. Nak buat kerja apa pun dah jadi tak tentu hala..Aku tak pastila dengan orang lain,tapi yang tulah yang pernah aku rasa. Nak memotivasikan diri bukannnya mudah.Tapi, apa yang perlu korang tahu,sebenarnya Perpisahan atau break up bukan bermakna kamu perlu mengakhiri semua hubungan dengan orang lain dan takut untuk menerima wajah baru. Putus hubungan bermakna kamu berkesempatan untuk memulakan perhubungan baru tak kisahlah sama ada percintaan mahupun atas dasar persahabatan. Ada beberapa Tips yang mungkin boleh diaplikasikan dalam kehidupan korang yang tengah frust menonggeng.Jom tengok...

Bercuti - Pergilah bercuti dengan keluarga ataupun kawan2 kamu. Atau kepada student yang macam aku ni,bercuti mungkin perlu duit yang banyak. Korang boleh juga pergi hang out dengan kawan2 korang yang satu kepala..window shopping ke..tengok wayang ke..makan2 ke..Kalau aku tengah sedih,aku suka makan..haha..

Ubah penampilan - Bagi kaum hawa, korang bolehla ubah gaya berpakaian agar lebih segar. Maksud aku, gaya berpakaian yang masih menepati syarak dalam islam.Tak salah nak bergaya sebenarnya,asalkan auratmu terjaga.Yang penting kemas, dan boleh buat korang rasa berkeyakinan.

Membicarakan hal-hal yang kamu suka - Ketawa adalah salah satu ubat kesedihan. Kalau sebelum ni, pasangan korang sering membataskan pergaulan korang dengan kawan2, sekaranglah saat untuk korang kembali menjalinkan persahabatan. boyfrend2 jugak..kawan2 jangan plak lupa..

Ikhlas hati - Cubalah untuk menerima keadaan tersebut dengan hati yang ikhlas.Yang terjadi,biarkanlah terjadi.Anggaplah hal itu sebagai pengakhiran daripada sebuah derita.Ecewaahh..ayat...

Redha dan pasrah - Ingatlah hidup ini hanya sekali. Usah dirayu atau diratapi pada sebuah pehubungan yang telah berakhir. Yakinlah dengan ketentuan Tuhan. Percaya pasti ada pasangan yang lebih baik menanti korang dihadapan.

Menghapuskan kenangan bersama si dia - Setipa perkara yang dilakukan akan membuatkan korang mengingatinya kembali. Cuba buang dia daripada lamunan korang dan simpan hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang jauh dari jangkauan dan pandangan mata. Padam nombor phone si dia dari list name phone korang termasuklah semua SMS dan pesanan suara darinya.

Jangan menyiksa diri - Bila ada benda-benda yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, nak taknak kadang2 akan buat korang teringat jugak pada dia. Contohnya korang terdengar lagu2 kenangan atau favourite korang berdua sewaktu bersama dulu. So,please, jangan sampai membuatkan korang nak kembali kepada si dia dan membuatkan korangs sedih.

Apepun, yang perlu korang tahu dan yakin adalah dengan jodoh yang telah ditetapkan Allah.Mungkin sekarang korang putus dengan dia, di masa hadapan pulak mungkin dia jadi suami/isteri korang..dan kadang2, hikmah daripada putus cinta tu siapa tahu korang akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik daripada yang dahulu...Yang penting, selalulah berdoa semoga korang dipertemukan dan dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah...wallahualam..

nak kongsi?sila2kan..jangan simpan ape yang anda tahu..^_^

7 comments:

Nizam Ijam said...

ok...xberat pon :)

” Nizam Ijam Dot Com”

Mr.She said...

nice tips!
btw singgah sini from blog wanblur, n follow u

Ukhtifarhana said...

nizam~ tqvm..haha

miss dynda~ tq follow saye..=)

Anonymous said...

My brothеr suggeѕted I might like this website.

He was entіrеly right. This post actuаlly maԁe my ԁay.
Yоu cann't imagine just how much time I had spent for this information! Thanks!

Also visit my website :: www.hueber.lv
My web site > fungistock.com

Anonymous said...

Whаt's Taking place i am new to this, I stumbled upon this I've disсovereԁ It absolutely helpful and it hаs helped
me οut loads. I hope to give a contгіbution & assist other users like its helped me.
Great job.

My web-site ... 1

Anonymous said...

Greetings! Very useful advіce within thiѕ
article! ӏt's the little changes that will make the greatest changes. Thanks for sharing!

Feel free to surf to my web-site :: http://hamsinfon.tj/SanoraONR

Ceiling Contractors Elizabeth said...

Good reading tthis post