Assalamualaikum...selamat tengahari...untuk tengahari ni, saya kongsikan dengan anda semua DOA BERPAKAIAN yang boleh kita aplikasikan lepas ni..sejujurnya, saya sendiri tidaklah setiap masa berdoa ketika mahu berpakaian..sekecil-kecil perkara itu selalunya kita pandang mudah walhal sebenarnya banyak hikmahnya yang kita boleh perolehi. Bukankah doa itu satu ibadat di mana ianya menjadi satu cara hambaNya menunjukkan kerendahan diri kepada Allah.. Jadi diharapkan selepas ini,saya dan anda dapat selalu mengamalkan doa ini..
Bismillahhirrahmanirrahim..
"Ya Allah, Hanya bagi Mu segala pujian. Engkaulah yang memberi pakaian ini kepadaku. Aku memohon kepadaMu untuk memperoleh kebaikannya dan kebaikan dari tujuan dibuatnya pakaian ini. Aku berlindung kepadaMu dari keburukannya dan keburukantujuan dibuatnya pakaian ini."(Shahih Sunan Abu Daud)
Pengajaran yang kita dapat perolehi daripada doa di atas dimana apabila kita mengenakan pakaian, kita dahulukan dengan rasa syukur kepada Allah yang telah memberikan kita pakaian itu sekalipun pakaian yang kita pakai itu bukanlah pakaian yang mahal dan sederhana.
Kita juga berdoa kepada Allah agar pakaian itu memberikan kebaikan kepada kita, iaitu menutup aurat, melindungi kita daripada kesan cuaca dan memelihara maruah diri kita.Dan akhir sekali kita berdoa agar tujuan kita berpakaian pada hari itu tidak melahirkan sifat ujub,sombong dan banding-membanding dengan orang lain.wallahualam...^_^
2 comments:
kak anna, jom join contest ni. simple je. jom laaaaa. :)
http://syacraft.blogspot.com/2011/07/cute-girl-photo-contest-by-syas-craft-8.html
salam...
join lah.sila2...'buku' itu perlukan pelbagai genre penulisan...
tq terjah.
Post a Comment