Wednesday, July 20, 2011

Dari Hati Lelaki


Assalamualaikum...jom kita lihat beberapa info berkenaan lelaki yang mungkin anda ada yang korang tahu atau tak tahu...(bagi kaum hawa la..)..check this out ladies...:p

  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat.
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu banyak yang boleh dikongsi bersama.
  • Lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama.
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat wanita.
  • Bila lelaki berkata " Em...tengoklah dulu..." itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya fasal perempuan dari perpustakaan atau buku. Oleh itu, mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tidak paham kenapa perempuan bersikap begitu, begini dan sebagainya. Mereka perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan agar hubungan dapat berjalan dengan baik.
  • Lelaki juga rasa sedih bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan., cuma dia tidak menunjukkan kesedihannya di hadapan orang.
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tidak berupaya menolong wanita.
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi.
  • Lelaki juga tidak 100% sempurna. Jadi, janganlah mengharapkan semuanya sempurna yer..
         peace..tata...



4 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
macam kena x ray pulak bila baca

Ukhtifarhana said...

waalaikumsalam..hahaha..awat smpai kena xray plak ceq oii?haha

Lehrer Afiq said...
This comment has been removed by the author.
Lehrer Afiq said...

nice.... ^_^