Followers

Tuesday, March 22, 2011

Lokasi sekolah paling berbahaya di dunia

Pelajar sekolah di kawasan terpencil di China harus menghadapi jalan yang berbahaya hanya untuk hadir ke sekolah, jalan yang harus dilalui ini berupa tebing yang tinggi dan curam,ditambah dengan jalan yang sangat sempit.Sekolah yang terletak di kampung Gulu,daerah Sichuan, berada dilereng bukit dan untuk mendaki ke arah sekolah memerlukan waktu sekitar 5 jam. Sekolah rendah ini hanya memiliki satu guru dan sudah mengajar di sekolah tersebut selama 26 tahun.




Penduduk mengakui bahwa jalan itu berbahaya bagi para murid, kerana lebar jalan yang harus dilalui oleh para pelajar tersebut hanyalah sekitar setengah meter saja, dan ketinggiannya pula cukup menakutkan.Shen Qijun, 45, guru sekolah tersebut,berulang kali ingin berhenti dari mengajar di sekolah tersebut dimana dia sudah mengajar disana selama 26 tahun.Tapi telah berulang kali pula para penduduk menahannya dari melaksanakan niatnya,kerana tidak ada orang lain yang mahu mengajar pelajar di kampung tersebut.Shen mengajar Matematik dan Bahasa Cina, tapi kata Shen, selama 26 tahun ini hanya ada dua murid saja yang berjaya ke universiti.


p/s:- barulah thrill...hahahahhaa....

No comments: