Saturday, February 5, 2011

Mencegah Rambut Cepat Beruban

Assalamualaikum...

Selamat malam buat pelayar2 internet sekalian.Cik anna harap anda semua sihat2 belaka..
Untuk malam ini,suka cik Anna untuk berkongsi dengan anda info tips yang cik anna rasa amat berguna buat anda yang sememangnya amat mementingkan kecantikan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. 


Cik anna baru sahaja terbaca mengenai sebuah artikel yang cik anna baca dalam majalah wanita mengenai cara-cara mencegah rambut daripada cepat beruban.Yelah,sebagaimana yang kita ketahui,UBAN ni adalah proses semulajadi yang berlaku ke atas semua orang apabila usia menginjak tua. Tapi,tidak semua orang terutamanya wanita yang sukakan situasi tersebut malah kalau kita perasan,umur masih muda belia pun uban dah tumbuh.Daripada yang cik anna dapat agak, pertumbuhan uban yang cepat dikalangan sesetengah muda mudi ni,mungkin akibat dari persekitaran yang tercemar atau mungkin juga disebabkan gaya hidup yang kurang sihat menggalakkan uban tumbuh sebelum waktunya.




Atau mungkin juga disebabkan faktor keturunan. Seseorang itu mungkin akan mengalami situasi uban tumbuh dengan cepat atas faktor keturunan, yakni daripada ibu bapa.Selain faktor itu, kemunculan uban ni mungkin akibat daripada kekurangan Vitamin B6, penyakit diabetes,penyakit tiroid,Penyakit anemia,stress dan juga akibat daripada pemakaian bahan kimia pada produk rawatan rambut seperti pewarna rambut atau syampu yang mempunyai kandungan sulfur yang tinggi.

LANGKAH PENCEGAHAN:-

KAEDAH PERTAMA:- Sapukan campuran air limau dan minyak kelapa seminggu sekali.Biarkan ia selama lebih kurang 15 minit sebelum dibilas.

KAEDAH KEDUA:- Ambil secawan teh pekat. Anda tambahkan satu sudu makan garam. Setelah sejuk, tuangkan secara merata pada rambut dan urut perlahan-lahan agar ia meresap ke kulit kepala.Kemudian, biarkan selama 1jam sebelum dibilas dengan air sejuk tanpa menggunakan syampu.Rawatan ini anda boleh lakukan seminggu sekali.

KAEDAH KETIGA:- Anda juga boleh menggunakan CREAMBATH disertai dengan urutan di kepala bagi membantu melancarkan perjalanan darah di kulit kepala serta membuatkan akar rambut lebih sihat dan kuat.

KAEDAH KE-EMPAT:- Kaedah ini memerlukan ketekunan jugak cik anna rasa.Bagi yang kurang menggemari sayur -sayuran tu, cik anna syorkan cuba2lah berjinak2 makan sayur-sayuran.Cik anna sangat2 suka makan sayur dan buah-buahan dan mungkin sebab tu, alhamdulillah,rambut cik anna setakat ni tiada uban...hehehe...Lagipun,pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan ni amat penting dalam memastikan badan kita menerima nutrisi yang diperlukan seperti :-


  • VITAMIN A yang membantu menjaga kesihatan kulit kepala dan membuatkan rambut lebih bersinar dan sihat.
  • VITAMIN B pula dapat melancarkan produksi minyak yang berfungsi menjaga kelembapan dan kesihatan rambut.
  • VITAMIN E berfungsi dalam melancarkan perjalanan darah di kulit kepala. Uban lebih cepat tumbuh sekiranya perjalanan darah tidak lancar.
  • MINERAL ESSENTIAL pula terdapat dalam daging,ayam,telur,bijian,dan juga makanan laut.Tapi awas,jangan terlampau banyak pula makan daging dan ayam.Pengambilan makanan yang seimbang amat2lah penting dalam memastikan rambut sihat,cantik lagi bersinar...
Jadi, bagi memastikan rambut ditumbuhi uban sebelum waktunya, ada baiknya anda mengambil langkah pencegahan dari awal lagi. Amalkanlah rutin2 yang anda baca di atas.

~Mencegah adalah lebih baik daripada merawat~ Pinjam ayat Hospital..hehehe...


No comments: