Assalamualaikum w.b.t..
selamat malam semua...Kini saya kembali untuk mencoretkan sesuatu yang dapat kita sama2 insafi
dan jadikan ikhtibar bagi diri kita. Ingin saya kongsikan dengan anda pandangan saya mengenai pergolakan
yang berlaku di Mesir diantara penyokong pro Perdana menteri Mesir Hosni Mubarak dan penyokong pro anti Hosni yang mendesak Hosni supaya berundur daripada terus menerajui tampuk kepimpinan Mesir.Disana setiap hari bermandikan darah,bermainkan senjata seperti botol-botol kaca,pisau dan pedang sehingga melibatkan orang-orang yang tidak berdosa. Apatah lagi pemberontakan yang berlaku memberi kesan kepada institusi pendidikan, dan kehidupan harian terjejas dengan teruk sehinggakan diisthytiharkan darurat,bekalan makanan berkurangan,komunikasi tergendala dan keselamatan yang tidak terjamin. Dari apa yang saya baca melalui blog2 lain, mengatakan bahawa pemberontakan berlaku akibat daripada pemerintahan kuku besi Hosni.Sesungguhnya pergolakan yang berlaku di sana seharusnya memberikan keinsafan dan pedoman kepada kita rakyat Malaysia..Jauh berbeza keadaan disana yang huru hara berbanding di Malaysia yang aman damai.
Jika anda bertanya kepada saya apa perasaan saya, apa yang dapat saya katakan,perasaan saya bercampur baur..sedih mengenangkan pertumpahan darah yang berlaku di sana...kesal dengan pemerintahan yang tidak adil dan saksama dari pemerintahnya. Risau memikirkan rakyat2 malaysia yang berada di sana untuk menuntut ilmu terpaksa melalui pengalaman dan dugaan yang hebat. Juga rasa bersyukur kerana di Malaysia masih aman dan damai...Sungguh!! apabila saya membaca kisah2 dan pengalaman yang dilalui mereka yang berjaya pulang ke Malaysia,segunung rasa insaf menyelubungi diri ini. Bagaimana seandainya negara kita melalui detik2 sukar itu berhadapan dengan segala mungkin musibah yang melanda.Nauzubillah..
Ya Allah...Kau selamatkanlah mereka2 yang tidak bersalah di sana..Lindungilah mereka Ya Allah..Aku bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di dalam negara yang aman damai dan ku mohon,Kau kekalkan keharmonian di negaraku ini...Jauhkanlah dari musibah...hanya padaMu Ya Allah aku bermohon...Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Amin..
No comments:
Post a Comment