Monday, September 19, 2011

MAAFKAN AKU...



Assalamualaikum..selamat pagi...sudah 1.40pagi...hmm..dah bape hari aku tak update..disebabkan esok aku klas start pukul3setengah,maka dengan ini aku nak isytiharkan yang aku tidur lewat malam ni..huhu...bagus betul anak dara...haha..takdelah..kejap lagi aku tidurlah..saja nak berkongsi rasa dengan diari perkongsian aku ni dengan korang...if korang sudi baca pun aku dah bersyukur...

Alhamdulillah..untuk semester 4 ni, mungkin semester yang mencabar bagi aku disebabkan aku dipertanggungjawabkan untuk menggalas jawatan sebagai timbalan exco integrasi,komuniti dan antarabangsa di hostel tempat tinggal aku kat uum ni..ditambah pulak dengan tugas seorang pelajar...

mula2 aku ragu-ragu jugak nak terima jawatan ni..bukan sebab aku takut atau tak yakin diri, tapi risau dengan penerimaan orang lain..walaupun aku pernah dan ada pengalaman dalam kepimpinan,tapi ruang lingkup di universiti ni tak sama dengan sekolah dulu..budak2nya pemikiran lebih kritis,punya pendapat dan pandangan masing2...tapi,kalau aku tak rebut peluang yang datang, tak ada apa nilai tambah yang aku boleh bawak bila aku dah grad nanti...so,aku terima setelah berbincang dengan abah mak..

so,far setakat ni alhamdulillah, aku suka dan rasa selesa dengan ahli2 dalam jkps MISC ni...semuanya menerima aku dengan baik..Aku harap aku dapat jalankan tanggungjawab aku dengan baik,jujur dan amanah...insyaallah..Allah ada kan?..^_^

Dalam kegembiraan ni jugak, hati aku agak sedikit berbolak balik dengan sesuatu...tak perlulah aku ceritakan di sini sebab aku taknak ada hati yang terluka dengan statement aku...entahlah, aku sendiri tak tahu apa sebenarnya keadaan ni..mungkin aku ada buat silap yang aku sendiri tak sedar...aku harap insan tersebut maafkan aku sekiranya betul aku ada buat kesilapan terhadap diri dia...

Yup!!! u can do it farhana...dont be sad...tipulah aku kata aku tak sedih langsung..kadang2 aku tahan air mata mengalir sampai rasa sakit kat kerongkong sebab tahan nak menangis...fiuhhh...sambil menaip ni pun nak menitis dah air mata...aduhai farhana..kenapalah kau ni sensitif sangat...perlukah kau menangis?

aku ada perasaan..ini naluri aku...maafkan aku wahai insan..aku cuba untuk jadi wanita yang kuat..tak menangis..tapi,aku tak mampu...aku tak pernah menyalahkan semuanya pada kau wahai insan..aku terima semua ini dengan redha dan rendah hati...Mungkin ada hikmahnya...mungkin kau perlukan masa...

tak apalah..ambillah seberapa lama masa yang kau perlukan...aku tunggu...sungguh, aku rasa bersyukur kerana Allah pertemukan aku dengan kau, insan yang baik..menghormati aku selayaknya aku sebagai seorang  wanita...

Janji Allah itu pasti..selagi masih diberi kudrat dan nafas, tak akan aku berhenti berdoa padaNya..Dia lah tempat aku mengadu rasa hati..Dialah tempat aku menangis,merayu memohon diberi petunjuk...Kalau bukan kerna Dia, aku mungkin akan lakukan sesuatu yg di luar kawalan aku..

Andai benar rasa hati aku, sejauh mana pun kau pergi,selama mana pun kerenggangan itu, akan tersimpul jugak satu masa jika Diizinkan Allah...Jika sebaliknya, aku terima dengan redha hati...apa yang paling aku harapkan, agar kau sentiasa diberi kesihatan yang baik,senantiasa gembira,melalui kehidupanmu dengan penuh ketabahan...Semoga Allah perkuatkan imanmu dan percantikkan peribadimu dan agamamu...

jika kau terbaca luahan hati ni, aku pohon maafkan aku sekiranya aku yang bersalah...maafkan keterlanjuran kata2ku...maafkan aku atas sikap ku yang tidak menyenangkan...maaf atas segala2nya...

MENGENALIMU ADALAH ANUGERAH TERINDAH BUAT DIRIKU..

TERIMA KASIH YA ALLAH....




1 comment:

are_tik25 said...

jgn sedih syg....i always with u....kuatkan hati, mungkin kamu sedang diuji oleh Dia yang maha Esa....=)