sesungguhnya ianya bukanlah sesuatu yang mudah bagi aku
tapi aku tahu..
aku harus terus tegarkan hati untuk menerima semua ini...
bohonglah kalau aku katakan yang aku sangat tabah..
adakalanya aku lemah dengan perasaan sendiri..
amat2 sukar bagi aku untuk tersenyum dan redha dengan segalanya..
tapi..aku tahu..aku tak boleh terus lemah..
aku tak mahu kamu lihat air mata aku..
sampai bila2 pun aku tak mahu kamu lihat..
kerana itu..aku pura2 gembira bila di depan kamu..
aku perlu kuatkan juga hati...
aku bukan seorang yang sempurna..
aku juga tidak pernah merasakan aku adalah pilihan utama..
tapi..aku mahu kamu tahu..
aku senantiasa melihat kamu dari jauh..
aku senantiasa ada untuk memastikan kamu bahagia..
biarpun kewujudan aku dipandang sepi tanpa kata-kata..
tapi..aku bahagia melihat kamu sentiasa bahagia di samping teman2mu..
itu sudah cukup bagi aku...
aku tahu aku tak boleh terus mengharap..
kerana aku bimbang andai aku akan kecewa buat kedua kalinya..
maafkan aku andai satu hari nanti,aku tak lagi mampu memendam rasa hati
cuma satu aku mahu kamu tahu..
kamu amat penting dalam hidup aku....
dan aku tak mampu menipu..
yang aku sayang kamu....
doakan aku untuk terus sabar menunggumu..
2 comments:
sy doakan awk mendapat kebahagiaan yang awk impikan selama nie...
semoga perjalanan kamu dpermudahkan olehNya.. :)
Post a Comment