Followers

Thursday, April 28, 2011

"Suara ku berharap"

Assalamualaikum...hai korang...sihat tak?lamenye anna rasa tak update blog kesayangan ni...

Alhamdulillah,semua keje dah hampir selesai...syukur pada Allah..=) jadi,ada la peluang  anna nak menulis malam ni...walaupun tak ada orang nak baca..anna tetap nak tulis jugak..hehe..

ini bukan lirik lagu suara ku berharap tu yer..hehe..

Alhamdulillah syukur sangat sekarang sebab anna dah dapat lupa apa yang jadi kat anna sebelum ni.Tuhan tahu rasa hati kita.Dia dengar keluhan kita..Kalau kita tak lupa pada Dia, Dia tak lupa kita..eh,tak...Tuhan tak pernah lupa hambaNya..hanya hambaNya yang sering melupakan Dia..anna tahu dan anna sedar sekarang yang kadang2 Allah bagi hujan,petir tu sebagai dugaan pada kita supaya bila Allah bagi pelangi yang indah,kita menghargainya dan sentiasa bersyukur dgn apa yang Allah kurniakan...yup, anna happy sekarang sebab Allah pertemukan anna dgn seseorang...dan ya,anna syg dia....tapi, anna nak berkawan dulu..kenal hati budi..harapan anna supaya perhubungan ini sentiasa diberkati...

kepada awak.."Terima kasih ya jadi kawan saya...terima kasih, hadir dalam hidup saya dan buat saya rasa happy...=)"

Di halaman sanubariku
Ada pohon cinta subur merendang
Mekar rimbunan bebunga setia
Kerana disirami keikhlasan

 Tuhan..kerana rahmatMu
Terjalin dan bersatulah cinta dalam redha
 kasih..kerana budimu
Ikrar ku menjadi teman hidup yang solehah

Bukan kilauan intan permata
Dan bukan juga wang yang berjuta
Cukup sekadar setulus cinta
Membuat ku bahagia

Andainya berguguran
Dedaun kasih dihembus dugaan
Teguhkan kesabaran
Saling percaya dan bekerjasama
Memugar cinta




Sunday, April 24, 2011

Pilihan yang terbaik??

Assalmualaikum...selamat malam...korang sihat tak?cik anna alhamdulillah..sihat2 lagi masa ni..semoge Allah sentiasa beri kesihatan yang baik untuk cik anna tempuh hari2 yang mendatang...

Hurmmm..cik anna keliru dengan diri cik anna sndiri....cik anna tak tahu patut atau tak cik anna terima balik "dia"..cik anna sendiri tak tahu cik anna masih sayang "dia" atau tak...Bukan cik anna tak maafkan "dia"..malah cik anna dah lupakan ape yang dah "dia" buat selama ni pada cik anna...tapi,entahla...luka di luar boleh sembuh..tapi luka di dalam hati belum tentu boleh sembuh...cik anna dah taknak biarkan diri menangis lagi...kenapa masa cik anna betul2 sayang "dia".."dia" tak cuba nak hargai...janji hanya tinggal janji...sebab tu cik anna paling benci orang yang berjanji..tapi dia tak boleh nak tunaikan janji tu...kalau hal2 penting,tak apala..tapi ni soal hati...cik anna tak buat2 lagi solat istiqarah....Hanya Dia sahaja yang tahu apa yang perlu cik anna buat dan boleh bagi petunjuk pada cik anna...

tapi kan..semalam cik anna mimpi..dalam mimpi tu arwah atuk datang bagitahu cik anna..jangan pilih "dia"..atuk cakap ada yang lebih baik menanti...hurmmm...mimpi mainan tidur...cik anna perlu buat solat dahulu..mungkin ape petunuk yang datang nanti lebih meyakinkan...setiap orang perlukan cinta..perlukan seseorang utk bahagia....cik anna hanya mahukan orang yang benar2 dapat bawak cik anna ke arah yang baik....yang bertanggungjawab..dan yang paling penting,tak suka marah2...bukan cik anna memilih...tapi tak salah kita mencari yang terbaik...bagi cik anna..bercinta bukan setakat untuk suka2..tapi sebagai calon suami kita..syurga seorang isteri...

oklah..cik anna nak tido dah ni...selamat malam...assalamualaikum....

Ya ALLAH..bantulah hambaMu ini..amin..

Thursday, April 21, 2011

lumrah kehidupan..

assalamualaikum buat sahabat2 seantero dunia...sihat tak?jaga kesihatan korang tau..kerja2 jugak..belajar2 jugak..makan jangan lupa..rehat jangan lupa ea...hehe..


ermm...lame betul tak update blog ni...tp cik anna rasa sangat terharu sebab masih ada yang sudi datang jengah blog ni...sory sangat2 kat korang sebab lama x blog walking...insyaallah dah selesai sume keje cik anna datang ea..so,jangan lupa tinggalkan link korang tau!!!wajib!!!hehehe...

banyak benda nak kongsi sebenarnye....ada yang happy,ada yang sedih...ape pun,kehidupan memanglah penuh dengan cabaran..adakala kita gembira,adakala kita bersedih....memang kita tak mintak untuk dapat kesedihan tu..dan tak ada orang pun yang nak hatinya sedih..tapi,tulah hakikat sebuah kehidupan..kesedihan,perkara2 yang pahit tulah yang sebenarnya mengajar kita apa erti kehidupan,apa erti sebuah kebahagiaan..cuma,harapan cik anna..waktu korang ditimpa apa2 je kesusahan dalam hidup,jangan sesekali berfikiran singkat...cuba kawal dahulu emosi...bak kata orang,ikut kata hati binasa...so...think positive ok..oklah...cik anna dah nak tido...jumpa lain kali....tata...

assalamualaikum....

p/s: kalau rasa sedih cuba dengar lagu insyaallah...by maher zain..korang pun mesti tahu kan lagu ni...hehe..

Sunday, April 17, 2011

Doa seorang kekasih




Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)
Penerbit : Faizal Osman
Penyusun Muzik : Firdaus
Hakcipta : Hijjaz Record Sdn. Bhd.



Sunday, April 10, 2011

TIPS ELAK TIDUR PETANG

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...how are you today?cik anna harap segala urusan korang dipermudahkan Illahi...amin...=)


tidur..emm..sume orang suka tidur..ye tak?termasuklah cik anna...tidur kan merupakan suatu ibadah..Tapi,apabila sudah berlebihan ianya akan mendatangkan sikap kemalasan dalam diri kita sampai kerja lain pun tergendala..Ramai dikalangan kita sukaaaa tidur petang....sebenarnya tak elok tidur petang ni...Jadi bagaimana nak elak diri kita dari tidur Petang?
jom kita check kaedah cik anna buat..hahaha..







Kaedah pertama yang boleh praktiskan adalah dengan elakkan makan terlampau banyak pada waktu tengahari..sebenarnya bagi cik anna,bila kita makan terlampau banyak masa makan tengahari,mata kita akan semakin berat..berat...berat...dan akhirnya zzzzzzzzzzzzzzzzzz...kalau asalnye tak study,jadi tak study terus...cik anna dah try dah..siap buat experimen ag..kalau makan sikit,memang takkan mengantuk..kalau termakan banyak,maka ZzzzzZZZZzzzz...

Kaedah kedua pulak, korang kene amalkan minum air putih dengan banyak..kurangkan minum air batu dan manis.Sebagaimana yang kita tahu,air putih ni memangla elok untuk tubuh badan kita...kalau dalam kelas pun,bila mengantuk cik anna akan minum air putih dan lepas tu akan segar balik..macam bunga,tumbuh-tumbuhan perlukan air untuk segarkan ia..macamtu jugak dengan badan kita.

Kaedah ketiga, korang rancang aktiviti petang yang boleh elakkan korang dari tidur..Beriadah ke...tanam bunga ke..jumpa kawan2 ke..menghadap blog ker...buat sesuatu aktiviti yang korang minat la..asalkan jangan biarkan diri korang duk terperuk je dalam bilik..apatah lagi kalau sorang2..memang akan mengundang rasa mengantuk yang amat dasyatttt..hhehehe..

itu je kowt rasanya yang cik anna cuba buat..dan berjaya mengelakkan diri dari tidur petang...lagipun memang tak elokah tidur petang ni..lagi2 selepas asar...Pakcik cik anna pernah tau tidur smpai nak senja,bila cik anna kejut bangun,dia jadi blur2..sampaikan tak bercakap..haa..ni bukan cerita dongeng,betul2 punya alkisah..pada kome2 yang memang suka tidru petang tu,cuba elakkan ea..takpun,malam2 jangan amalkan tidur lewat sebab mungkin kelewatan tidur pada waktu malam yang mengundang rasa mengantuk and nak sambung tidur pada waktu petang..(jangan jadi cam cik anna suka tidur lewat malam)hehehe..

oklah..harap berguna tips2 di atas..kalau ada lagi tips2 lain,bolehlah share..suka x entry ni?kalau suka,like ea..ngehehehehe...tata..(^_^)

Saturday, April 9, 2011

TIPS MEMILIH KAWAN

ASSALAMUALAIKUM to all my readers...apa kabo semua?kamu sihat ke?jaga kesihatan baik2 yer..yang tak sihat tu,jangan malas2 nak pergi klinik or hospital...kalau sudah melarat siapa yang susah...kamu jugak..sambil2 berehat di hujung minggu ni...jom baca TIPS HARI INI iaitu bagaimana NAK MEMILIH KAWAN YANG SEBENAR-BENAR SAHABAT...CHECK THIS OUT!!





Ada yang kata, kalau kita nak tahu sikap seseorang, kita perlu tengok orang yang berada di sekelilingnya...dengan siapa dia berkawan..elok ke tidak perangai kawan2nya...kalau elok kawan2nya,maka secara tak langsung eloklah jugak sikapnya...ye tak?so....apa kaedah yang kita boleh gunakan untuk memilih kawan yang benar2 kawan ni?mari ikut kaedah ini....

PERTAMA:-
Pilihlah kawan yang senantiasa suka melindungi kawannya,yang ketika kawannya susah, dia sentiasa ada menghulurkan bantuan...dia suka membantu kita jika kita di dalam kesusahan.

KEDUA:-
Pilihlah kawan yang apabila kita menghulurkan jasa baik atau bantuan kita, dia suka menerima dengan rasa terharu dan menghargainya...dan jika dia melihat kebaikan yang ada pada diri kita, dia suka menyebut2nya..dan jika dia melihat keburukan kita,dia suka menutupinya.

KETIGA:-
pilihlah kawan yang apabila kita meminta sesuatu daripadanya,dia beri dengan rasa gembira...jika dia melihat kita diam,dia menyapa kita...dan jika dia melihat ada kesukaran dan kesedihan yang kita sedang tempuhi,dia suka membantu dengan menghiburkan hatimu.

KEEMPAT:-
Pilihlah kawan yang apabila kita berkata-kata, dia suka membenarkan kata2 kita..dan jika kita berkata-berkata yang tidak baik,dia suka menegur dan memberi nasihat..jika kita mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dan sukar, dia berusaha untuk menyelesaikannya..dan ketika kita berselisih pendapat dengannya,dia suka mengalah demi kawannya..

Untuk memilih kawan..carilah kawan yang baik akhlaknya,baik budi bahasanya,baik perlakuannya..carilah sahabat yang memahami diri kita dan sentiasa membawa kita ke jalan yang diredhai Allah...dan ketika kamu sudah menemuinya, ketahuilah dia adalah kawan yang benar2 sahabat..kawan mungkin kita boleh dapat beribu2..tapi di dalam beribu itu,belum tentu ada yang sudi menjadi sahabat.

dan ketahuilah juga bahawa jika kita mahukan kawan yang benar2 sahabat, kita juga perlu bentuk diri kita menjadi sahabat yang baik kepada orang lain.Insyaallah,sekiranya kita berjaya mendidik diri menjadi insan yang baik,maka sudah tentu kita akan dikurniakan sahabat yang baik juga..insyaallah...amin...





Friday, April 8, 2011

TIPS ELAK DARI JADI PELUPA

Assalamualaikum..selamat petang semua....minggu ni cik anna nak berkongsi tentang tips2 yang boleh korang amalkan dalam kedhidupan korang..tak kire lah tips kesihatan ke...tips kecantikan ke...tips belajar ke..ape2 jelah..asalkan namanya aja TIPS...hehehehe...

pernah mengeluh seperti ini?"adohaiiii...apesal aku lupa ni....penat je aku hafal malam tadi..tapi nape takleh nak ingat niii....." atau....haishhhh..mane la pulak aku letak buku aku ni..." atau.....alaaa,sorylah kawan...aku lupa la malam tadi kita ada discussion....sorry ekk..."



haa..ce cite...penah ke korang jadi hal seperti di atas atau dalam erti kata yang lain JADI PELUPA??mesti pernah kan?cik anna pun xterkecuali...(Sebab selalu lupa je kat poket beg mana letak my handphone,letak belah poket kiri..duk pi check dlm poket belakang)hahaha...jom intai macamana nak elak diri dari terus jadi pelupa...



1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dicampurkan ke dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu( pasangan suami isteri yer)
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan kita akan menjadi sihat, fikiran menjadi tenang dan insyaallah memanjangkan umur kita dengan izinNya.Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh memberi implikasi lain pada antibody kita macam panas badan, pecah gusi dan lain2...

so,bolehlah diamalkan tips2 ni ok...tata..=)






TIPS PERCINTAAN JARAK JAUH

Assalamualaikum.........selamat malam..eh,silap..selamat pagi...dah pukul 1.18pagi,mata ni gatal taknak tido lagi...ok,sebenarnye tak boleh tido selagi tak post entry di sini dan di sini..hehe...




sebelum menutup tirai malam ni,cik anna nak berkongsi dengan korang bagaimana untuk mengekalkan hubungan percintaan jarak jauh..perghh..tak boleh blah tol..haha..actually cik anna memang sudah berpengalaman dalam bab cinta jarak jauh ni..dan alhamdulillah,perhubungan itu masih berjalan seperti biasa..(xleh kata berjalan lancar sebab adakala gaduh jugak..haha)..so bagi korang yang mungkin sedang bercintan cintun tapi cintan cintun hati korang tu orang jauh and korang tak tahu camana nak kekalkan...sini baca...



1)BERDOA
Sentiasalah berdoa agar hubungan dikekalkan..dan bertemu jodoh korang..kebanyakan orang lupa tentang ini...bagi cik anna,apa2 pun,semuanya kita perlu mintak pada yang Maha ESA.



2) BERUSAHA UNTUK KEKAL SETIA TERHADAP PASANGAN
of coz la korang perlu tanamkan dalam diri korang untuk sentiasa setia terhadap pasangan korang.Jangan coba2 main kayu api..eh2,kayu tiga ya...di luar sana memang tak dinafikan ramai manusia yang lawa2,hensem2...korang jangan mudah terjatuh cinta dan mulalah nak beralih arah apatah lagi bila pasangan korang jauh.ingat,apa yang didepan mata tu walaupun cantik,isinya belum tentu cantik..korang tentu fahamkan ape yang cik anna kias2kan ni..SO,fikir2kan sebelum korang berniat nak menduakan pasangan korang..jangan nanti yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.



3)KEPERCAYAAN TERHADAP PASANGAN
yang ni asas yang utama dalam mengekalkan hubungan jarak jauh.Yang dekat pun kadang-kadang susah nak percaya apatah lagi yang jauh,yang tak nampak di depan mata..ye tak?mesti ada yang kata, alaa..aku duk percaya2 kat dia,entah2 dia duk sana menggatai/menggedik ngan orang lain..tak bolehla macamtu..kalau korang nak pasangan korang percaya pada korang,korang pun kena lah percaya dia..TETAPI, jangan beri 100peratus kepercayaan tu pada pasangan korang..simpan sikit untuk diri sendiri...agar tidak nanti kecewa merana diri...



4) SELALU BERKOMUNIKASI
Dah jauh2 tu...tak reti2 ke nak calling2,message2...hehehe..handphone bukan main mahal ribu riban..black berry la,blue berry la..berry2 lah..haa..ape lagi,call jangan tak call...ini adalah salah satu kaedah memastikan korang sentiasa update dengan perkembangan kehidupan pasangan korang...nak bagi surat pun xpe...=P



5)BERI KEJUTAN/HADIAH BUAT SI DIA
Apa salahnya sekali sekala korang belanjakan sikit duit korang untuk hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk dia..belilah apa2 ja pastu send la kat dia yang duk jauh tu...ini menunjukkan yang korang senantiasa sayangkan dan ingatkan dia....



6)BERUSAHA MENCARI RUANG UNTUK BERTEMU
Cuba cari masa yang sesuai atau paling bagus,korang buat kejutan untuk bertemu dia..ha..mesti dia terkejut dan terharu campur kegembiraan yang tak terhingga seperti kawan2 di zoo...(nyet2)..
errr...ni more prefer to kaum adam lah...err..xkan perempuan nak gi jauh2 kan...ngehehehe...(dont jumpa di tempat sorok2 ya u olls...)

rasanya itu jelah kot tips2 yang boleh cik anna kongsikan dengan korang..lagipun,itu jelah yang cik anna amalkan.. kalau korang nak situasi hubungan korang sentiasa harmoni lebih2 lagi bila berjauhan, korang harus berani bertindak bukan hanya merancang tanpa sebarang tindakan susulan. Nasib perhubungan korang bergantung pada keputusan korang...cuba rancangkan yang terbaik untuk hubungan korang.Apa2 pun,jodoh pertemuan di tangan Allah...adakala kita lihat kebahagiaan orang tak semestinya dia akan kekal bahagia senantiasa...dan tak semestinya yang berpisah itu bukan jodoh kita....manusia hanya mampu merancang,Tuhanlah segala2nya yang menentukan...




oklah..dan nantuk bangat ni...selamat malam...selamat pagi...jumpa esok...=)





Thursday, April 7, 2011

JANGAN MALAS PERGI KELAS

Assalamualaikum..selamat tengahari..




krooooohhhhhh....zzzzzzz...

malasnya nak pi kelas!!!!tolong ganti cik anna ley dak?hahahaha...

merapu meraban di tengahari..wawawawa...

dah2...go to klas now farhana..jangan nak ngade2...babab baru tau...pi cepat!!bas tunggu dah tu..

ok..sabaq la..ceq nak pi la ni....tata blogku sayang...

jumpa petang satgi naa...

muahhhhh!!!more luv for u....errr..blog...hehehe...

wassalam...

PERASMIAN MY LENSA BLOG

Assalamualaikum korang...dah tidow ke?ape punye soalan ntah..mesti ler tak tido ag kan kalau tengah bace ni..

errkk..ade orang bace ke?

mai2 orang kampung kak limah..cik anna nak bagitau yang cik anna sudah membuka cawangan baru blog cik anna di alamat   http://lensaanna.blogspot.com/



pakat ramai2 pi serbuk sana na...kalau sudi follow sekali..hahaha...itu blog more kepada editing,fotografi,tutorial and kongsi my hobby singing...Almaklumlah..bakal nak dapat DSLR ni!!!semangat membara la...hahahahhaa...
i just to share to you all about the world of multimedia...coz itulah my minat sekarang..design!!design!!and design!! tunggukan kemunculan pelbagai tutorial editing gambar dari cik anna..using SOFTWARE ADOBE PHOTOSHOP..i hope so...sharing is caring rite??=)

oklah..i'm so sleepy..nak tido dah ni...sayang korang lebih2 lah...daa...muahh!!

Wednesday, April 6, 2011

BUAT DUIT DENGAN NUFFNANG

Adakah anda seorang blogger.?
Tidak kira la samada anda blogger tegar atau separuh masa, atau suka-suka.
Adakah anda membuat duit dari blog anda.?
Kalau jawapan anda TIDAK, nuffnang adalah penyelesaiannya..


Rasanya aku tidak perlu memperkenalkan lagi nuffnang secara detail, kerana aku rasa korang semua tahu apa itu nuffnang, lagi² kalau anda selalu terlibat dengan dunia maya.:).. Korang selalu boleh nampak nuffnang sekarang ini kat kebanyakan blog. Dan semestinya paling jelas anda dapat lihat dalam blog ini adalah di sebelah kanan-bawah blog ini.(kedudukan statik, so tipu la klu korang kata tak perasan..:)

Kalau korang tanya aku, betul ke boleh buat duit dengan nuffnang.?
Semestinya jawapan aku adalah YA..

Dan kalau anda tengok otai² lain pun, korang akan nampak kebanyakan mereka akan menepek nuffnang di blog mereka.

Kebiasaannya persoalan yang bermain dipikiran blogger adalah.

"ala, trafik tak tinggi la, macam tak perlu letak je, lagipun blog diari je."

"jangan pikir nuffnang sebagai pendapatan, jangan terlalu bergantung untuk mendapatkan duit dari nuffnang. anggap nuffnang sebagai satu platform untuk anda belajar membuat duit secara online secara perlahan². Kalau kata melayu, sambil menyelam minum air.
So apa salahnya kalau anda letakkan iklan nuffnang sambil² anda berblogging.
Walaupun blog anda berbentuk diari atau apa sahaja, letak sahaja kerana anda tidak rugi apa-apa"

Dah trafik tak tinggi, bagaimana hendak dapat duit, sape yang hendak klik.?

"Sebagai permulaan, anda tidak perlu untuk dapatkan trafik yang tinggi untuk nuffnang ini.Trafik yang tinggi adalah bonus. Trafik tinggi penting bila anda sudah masuk stage lain. Sebagai permulaan, anda jemput kawan² anda untuk klik nuffnang anda. Dan anda juga perlu klik nuffnang orang lain.!, kira exchange la. Ini baru dinamakan win-win situation. Dan semestinya anda pernah jumpa kat shoutbox macam ni 'datang klik ur nuff', 'klik² nuff' dan macam² lagi.

Tidakkah akan di'ban' atau dikatakan fraud click kalau klik iklan orang dengan sengaja.?

TIDAK.. Itulah keistimewaan nuffnang. Dan aku pun pernah bertanyakan soalan ini kepada nuffnang's support team, memang tiada masalah untuk klik iklan kawan.


So, sebagai permulaan untuk post ini, ini sahaja yang aku rasa perlu korang pikirkan dahulu.

1.) Jangan pikir trafik tak tinggi, terus tak mahu pasang nuffnang. Pasang sahaja kerana anda tidak rugi apa². (Kalau dah trafik tinggi, apa tunggu lagi.?)

2.) Jika trafik kurang, pertama klik nuffnang member² dahulu kemudian ajak la member klik nuffnang korang sekali. Dan aku pun buat macam ini.

3.) Jangan anggap duit dari nuffnang sebagai pendapatan. Pikir untuk suka² dahulu. Nanti bila sudah capai tahap seterusnya baru boleh pikir lain.

4.) Sambil menyelam minum air, sambil berblogging buat duit.


Kenapa nuffnang.?
Kerana polisi nuffnang adalah lebih mesra blogger.:). Jika anda menggunakan andverlets, anda tidak boleh klik kawan², tetapi nuffnang boleh.

Perkhidmatan.?
Nuffnang adalah lebih baik berbanding adverlets. Aku pernah guna anverlets, tetapi perkhidmatan slow. Balas email pun lambat. Nuffnang.? setakat ini bagi aku bagus. Email cepat je balas.:)

Boleh ke nuffnang campur dengan adverlets.?
Cadangan aku tak perlu. Kerana kalau campur korang takkan dapat status 'glitterati'.
'glitterati ni kira user special berbanding user biasa'.

Aku dapat pape ke promote ni.?
TIDAK. aku bukan dapat komisyen atau pape. Kerana ini bukan berbentuk affiliate. aku promot nuffnang bukan aku dapat duit. Tetapi bertujuan untuk menolong rakan² blogger. Sharing Is Caring..:)


*SUMBER INI CIK ANNA DAPAT DARI BLOG TUTORIAL BLOG..

so,korang yang tak pernah tahu apa itu nuffnang,bolehlah daftar sekarang!!

CLICK SINI---->
http://www.nuffnang.com.my/blogger/earnings/

errr...korang,sudi2kanlah click nuffnang cik anna..nuffnang cik anna xgerak2 pun..jeles jugak tgk org lain dpt ribu riban...hehehe...kite exchange ok...(=

Tuesday, April 5, 2011

Detailnya Isteri Simplenya Suami



DIARI ISTERI

Malam minggu – Dia bersikap pelik, tadi kami berjanji bertemu di Restoran Mamak. Aku seronok shopping dengan kawan- kawan aku sehingga aku terlambat sampai di restoran. Dia hanya diam tanpa memberi komen 

Dia mengajak aku berbual namun suaranya tidak begitu jelas kerana suasana yang bising. Kemudian aku mengajaknya dia berjalan ke kerusi di taman tepi restoran tadi yang agak lengang supaya perbualannya dapat disambung. Tapi sampai di sana dia tidak menyambung apa yang dia cakap tadi. Dia diam dan duduk agak renggang dengan aku. 

Aku tanyakan ” Bang, ada apa yang saya buat salah” , dia menjawab “tak ada pape….”. Aku tanyakan apakah kesalahannku yang membuatkan dia marah. Dia kata perkara itu tidak ada kaitan dengan aku dan minta aku tidak perlu bimbang. 

Dalam kereta semasa dalam perjalanan pulang, aku kata pada dia aku mencintainya, dia cuma tersenyum nipis dan tetap bermuka selamba. Aku tidak faham perangai dia petang itu. Aku tak faham kenapa dia tak menjawab, ” Aku juga mencintaimu”..? 

Sesampainya dirumah aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak memerlukan aku lagi. dia hanya duduk dan menonton tv, apa yang aku katakan padanya, dia hanya menjawab…”hmmm..” 

Akhirnya aku memutuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia pun masuk bilik. Aku tak tahan lagi, aku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan perkara yang sebenarnya, tapi dia terus tertidur. 

Aku mula menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Hidupku terasa kiamat.. 

DIARI SUAMI 

Hari ini MANCHESTER UNITED kalah…HAMPEHHH!!!!





*sumber didapati daripada sahabat UUMKINI melalui laman sesawang facebook.






hehehe..memang soheh lagi nyata isteri lebih detail berbanding suami..ngahahahaha..



awak2,ada perkara saya nak cakap kat awak..

Assalamualaikum...awak2,bace ni awak...ade perkara nak cakap kat awak...

1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5

2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8

3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9

4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15

5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k..

6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16

7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2

8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?

9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18

10- Blom lg la..baca NO 19 ye..

11- da pnt ke? Baca jap NO 13

12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)

13- tggal sikit ja lg bce NO 20

14- argh,pnt nih..bce NO 1

15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6

16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12

17- ades, nk ckp nih..baca NO 7

18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10

19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..

20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja






dah baca ea awak...awak jangan marah saya ea awak....thhhehehehehe...




GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA


Assalamualaikum...selamat malam buat para blogger yang kurindui lagi kusayangi..
 setelah lama tidak menyertai sebarang contest mahupun segmen2 yang dianjurkan blogger2 seluruh alam malaysia,malam ini pmbuka tirai 5/April/2011 cik anna berbesar hati nak join segmen yang dianjurkan oleh ABANG BEN ASHAARI kite..

kepada kome2 nak join,silalah join yer...
sila ke link ini...------->http://www.benashaari.com

sekian...TERIMA KASIH!!!!

Monday, April 4, 2011

MISS MALAYSIA PAHANG 2010


Assalamualaikum...ape kabo kome?em...sebelum cik anna mengomen...mari ler tengok dulu video dibawah ni..





apa sudah jadi?cik anna xfaham macamane event macamni boleh diadakan di Malaysia ni...mula2 ingatkan tadi perempuan..sekali kuar suara,mak oiii..lembut garau2 suara dia...(paham2lah lembut garau2 tu ape)..


kelabu mata cik anna tengok...nauzubillah...nilah yang jadi bila diberi peluang pada mereka2 ni..bila kita tegur,kata kita tak faham dengan golongan mereka...kalau anda2 semua perasan,yang SI juara tu siap bgtahu lagi terima kasih kepada suami tercinta???? wallahualam klu dia ni KUNSA..(cik anna masih mencari info2 yang tepat berkenaan KUNSA ini)


WAHAI KAUM ADAM...awak2 tahu tak..kalau awak2 semua jadi macamni,siapa yang kami golongan WANITA ni nak jadikan sebagai pelindung diri kami?siapa yang mahu jadi pemimpin kami?yang mendidik kami menjadi isteri solehah?

* Rasulullah s.a.w. pernah menghitung orang-orang yang dilaknat di dunia ini dan disambutnya juga oleh Malaikat, diantaranya ialah Lelaki yang memang oleh Allah dijadikan betul-betul Lelaki, tetapi dia menjadikan dirinya sebagai perempuan dan menyerupai perempuan; dan yang kedua, iaitu perempuan yang memang dicipta oleh Allah sebagai perempuan betul-betul, tetapi kemudian dia menjadikan dirinya sebagai Lelaki dan menyerupai orang Lelaki (Hadis Riwayat Thabarani). Justru itu pulalah, maka Rasulullah s.a.w. melarang Lelaki memakai pakaian yang dicelup dengan 'ashfar (zat warna berwarna kuning yang biasa dipakai untuk mencelup pakaian-pakaian wanita di zaman itu).

Ali r.a. mengatakan: "Rasulullah s. a. w. pernah melarang aku memakai cincin emas dan pakaian sutera dan pakaian yang dicelup dengan 'ashfar" (Hadis Riwayat Thabarani)

Ibnu Umar pun pernah meriwayatkan: "Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melihat aku memakai dua pakaian yang dicelup dengan 'ashfar, maka sabda Nabi: 'Ini adalah pakaian orang-orang kafir, oleh kerana itu jangan kamu pakai dia.'"



*SUMBER DARI peacekkb.blogspot.com


Ya Allah..Kau jauhkanlah negaraku dari bala bencana..jauhkan keturunanku dari orang2 yang seperti ini...dan ku pohon Ya Allah..Engkau tunjukkanlah mereka jalan yang benar..berikanlah petunjukMu kepada mereka agar mereka sedar akan kesilapan mereka.amin...

Sunday, April 3, 2011

SEBAB MUSABAB cik anna jadi BLOGGER

Assalamualaikum..selamat petang buat kamu2 sekalian yang sudi jengah blog cik anna yang tak seberapa ni..
ok,entry petang ni agak serius kowt..hahaha...serius?serius?takdelah...cik anna tak retilah nak serius2 ni...cik anna suka gelak2 je..ok,tipu disitu..(padahal kuat nangis=p)sediakan keropok dengan ayor teh panas2 sambil bace entry panjang ni..haha..saje je petang ni nak kongsi dengan korang pasaipa la cik anna ni masuk dalam dunia blogging ni...apekehe?ape yang best sangat blog ni?sebab..sebabb...sebabbbb....


 * ku kokak jugak lappy ni..kate kak limah*

 Cik anna dulu buta IT..dalam erti kata lain memang kurang tahu pasai komputer,laptop,design,facebook, dan apatah lagi blog2 ni..so,permulaan ceriteraku di dalam dunia IT dan blog adalah ketika cik anna mula2 mai UUM  ni lah..cik anna tukar kos amek MULTIMEDIA...dulu cik ana amek kos business mase diploma....manelah amek tau sangat pasai IT ni..pasal EKONOMI,AKAUN i tau lah..(tipu,tapi benar..)..kalau setakat sosial web tu just FRIENDSTER jelah...(ape kabo ler agaknye yer friendster tu..lame xbukak)sebab ape amek kos multimedia ni pun pilihan ke 3 xsilap..and then dapat kos ni dan try jelah..(gila berani buat pilihan walaupun xtau apa2 pasal multimedia)..so,satu ari tu cik anna gi kuliah kelas ASAS MULTIMEDIA..pensyarah cik anna suruhla kami2 ni yang buat blog..siap bagitau ag ana sedara dia yang umur 7tahun ada blog..oh tidakk..budak2 tau,apsal aku ni KETINGGALAN ZAMAN!!!so..mula detik itu,cik anna pun bukak ler akaun blog ni..tapi lepas tu,cik anna buat tak tau dah dengan blog ni sebab TAK RETI+ RASA SUSAH+ TENGAH GILA FACEBOOK mase tu..dan SEBENARNYE..USIA blog ni dah dekat dua tahun xsilap..tapi followers baru 200lebih..kahkahkahkah..tapi,cik anna tak kisah pun tak ramai followers..cik anna pun bukan ler banyak idea benor nak bercerita...nak perah otak menulis ni bukannye senang kan...jadi,sekarang ni la baru cik anna MENG AKTIFKAN balik blog ni... dan SILA PERCAYA CIK AWAL TAHUN NI BARU CIK ANNA TAHU APA ITU NUFFNANG..patutla cik anna pi tengok blog orang ada symbol NUFFNANG..tapi blog cik anna xdak..bahahaha..SEKARANG barula RETI dan YANG PALING PENTING CIK ANNA DAH TAK BUTA IT LAGI..HAHAHAHAHHAHAHAHAHA.
                                                               

p/s: FACEBOOK DAH BOSAN...TAK MAIN LA FACEBOOK2 DAH LA NI..CIK ANNA LAYAN BLOG JE...thhheeee.....PEACE!!!

happy birthday!!!happy birthday!!!

Assalamualaikum...
yuhuuuu...malam ni special sikit...
cik anna nak ucapkan 


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-22 


buat CIK sweetypinky..


semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..


ni special gift utk kamu..


ada kek,ada gift,ada eskream,ada cupcake...ngee...(^_^)



Saturday, April 2, 2011

earning nuffnang rm2404..

Assalamualaikum to my readers...apesal?terkejut beruk ke tengok title entry cik anna?hahaha...
ok..kenyataan yang sebenarnye bukan blog cik anna yg dapat earning nuffnang sampai 2ribu lbih tu...pergghhhh..
bestnye kalau dapat kan...blog orang tu blog popular...memang xhairanlah dapat earning sampai lagu tu...ade sesape leh kongsi ngan cik anna camane nak dapat earning yang kaw2 dari ladang camtu??

jom2...kite share2..alaa..janganla kedekut...kamu baik kan..kamu baik kan...kan2??hehehe...

oklah..sila komen ya jika ada petua...=)

daaa...

p/s: sape nak ikut pi kelas angklong....jommmmmm...bersiapppp...

Friday, April 1, 2011

Rahmat..ikut wasiat nenek ni yer cuuu..

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"


Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"





=D