Friday, April 8, 2011

TIPS ELAK DARI JADI PELUPA

Assalamualaikum..selamat petang semua....minggu ni cik anna nak berkongsi tentang tips2 yang boleh korang amalkan dalam kedhidupan korang..tak kire lah tips kesihatan ke...tips kecantikan ke...tips belajar ke..ape2 jelah..asalkan namanya aja TIPS...hehehehe...

pernah mengeluh seperti ini?"adohaiiii...apesal aku lupa ni....penat je aku hafal malam tadi..tapi nape takleh nak ingat niii....." atau....haishhhh..mane la pulak aku letak buku aku ni..." atau.....alaaa,sorylah kawan...aku lupa la malam tadi kita ada discussion....sorry ekk..."



haa..ce cite...penah ke korang jadi hal seperti di atas atau dalam erti kata yang lain JADI PELUPA??mesti pernah kan?cik anna pun xterkecuali...(Sebab selalu lupa je kat poket beg mana letak my handphone,letak belah poket kiri..duk pi check dlm poket belakang)hahaha...jom intai macamana nak elak diri dari terus jadi pelupa...



1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dicampurkan ke dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu( pasangan suami isteri yer)
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan kita akan menjadi sihat, fikiran menjadi tenang dan insyaallah memanjangkan umur kita dengan izinNya.Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh memberi implikasi lain pada antibody kita macam panas badan, pecah gusi dan lain2...

so,bolehlah diamalkan tips2 ni ok...tata..=)






1 comment:

Unknown said...

Saya ni pelupa harian .. Mekasih untuk tips