ASSALAMUALAIKUM to all my readers...apa kabo semua?kamu sihat ke?jaga kesihatan baik2 yer..yang tak sihat tu,jangan malas2 nak pergi klinik or hospital...kalau sudah melarat siapa yang susah...kamu jugak..sambil2 berehat di hujung minggu ni...jom baca TIPS HARI INI iaitu bagaimana NAK MEMILIH KAWAN YANG SEBENAR-BENAR SAHABAT...CHECK THIS OUT!!
Ada yang kata, kalau kita nak tahu sikap seseorang, kita perlu tengok orang yang berada di sekelilingnya...dengan siapa dia berkawan..elok ke tidak perangai kawan2nya...kalau elok kawan2nya,maka secara tak langsung eloklah jugak sikapnya...ye tak?so....apa kaedah yang kita boleh gunakan untuk memilih kawan yang benar2 kawan ni?mari ikut kaedah ini....
PERTAMA:-
Pilihlah kawan yang senantiasa suka melindungi kawannya,yang ketika kawannya susah, dia sentiasa ada menghulurkan bantuan...dia suka membantu kita jika kita di dalam kesusahan.
KEDUA:-
Pilihlah kawan yang apabila kita menghulurkan jasa baik atau bantuan kita, dia suka menerima dengan rasa terharu dan menghargainya...dan jika dia melihat kebaikan yang ada pada diri kita, dia suka menyebut2nya..dan jika dia melihat keburukan kita,dia suka menutupinya.
KETIGA:-
pilihlah kawan yang apabila kita meminta sesuatu daripadanya,dia beri dengan rasa gembira...jika dia melihat kita diam,dia menyapa kita...dan jika dia melihat ada kesukaran dan kesedihan yang kita sedang tempuhi,dia suka membantu dengan menghiburkan hatimu.
KEEMPAT:-
Pilihlah kawan yang apabila kita berkata-kata, dia suka membenarkan kata2 kita..dan jika kita berkata-berkata yang tidak baik,dia suka menegur dan memberi nasihat..jika kita mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dan sukar, dia berusaha untuk menyelesaikannya..dan ketika kita berselisih pendapat dengannya,dia suka mengalah demi kawannya..
Untuk memilih kawan..carilah kawan yang baik akhlaknya,baik budi bahasanya,baik perlakuannya..carilah sahabat yang memahami diri kita dan sentiasa membawa kita ke jalan yang diredhai Allah...dan ketika kamu sudah menemuinya, ketahuilah dia adalah kawan yang benar2 sahabat..kawan mungkin kita boleh dapat beribu2..tapi di dalam beribu itu,belum tentu ada yang sudi menjadi sahabat.
dan ketahuilah juga bahawa jika kita mahukan kawan yang benar2 sahabat, kita juga perlu bentuk diri kita menjadi sahabat yang baik kepada orang lain.Insyaallah,sekiranya kita berjaya mendidik diri menjadi insan yang baik,maka sudah tentu kita akan dikurniakan sahabat yang baik juga..insyaallah...amin...
4 comments:
jgn silap pilih kwn,nanti jadi lawan. :)
yeahh..setuju dengan kamu...=)
Nice blog ! suka entry..arda da follow awk.. :D
tq arda..jap ea anna jenguk n follow arda balik..=)
Post a Comment