Thursday, May 13, 2010

Mampukah Malaysia mengalahkan China esok?


Assalamualaikum...kabare...yeahhh,mlm ni mari kite bercerita lagi mengenai Piala Thomas yg sudah semakin ke kemuncaknye..Setelah Malaysia dikecewakan oleh Jepun,Malaysia bangkit semula melakar kemenangan ke atas Denmark pada suku akhir piala thomas.Aku ucapkan berbanyak terima kasih pade Hafiz Hashim atas semangat juangnya n seterusnya menjadi wira Malaysia dalam harapan menggapai Piala Thomas.Namun itu tidak menjamin Malaysia utk ke final kerana malaysia harus menempuh satu lagi benteng iaitu China pada saingan separuh akhir yang dijadualkan pada esok petang.Kita sedia maklum China merupakan juara berturut2 dalam piala thomas yang lalu dan kehebatan China dengan pemain2nya yang konsisten.

Bercakap mengenai prestasi pemain malaysia,pada pengamatanku, Datuk Lee Chong wei dan beregu Malaysia iaitu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dilihat sentiasa konsisten di dalam perlawanan sebelum ini dimana sentiasa membantu malaysia mendapatkan mata. Manakala pemain veteran malaysia wong Choon Han dan beregu kedua malaysia mohd zakry abd latif/mohd fairuzizuan mohd tazari/Hoon Tien How/Ong Soon Hock dilihat kurang memberikan saingan pada pihak lawan.Sementelah perseorangan malaysia hafiz hashim pula pada mulanya tidak memberikan aksi cemerlang namun bangkit membantu malaysia mendapatkan tempat di separuh akhir esok.

Apapun, aku percaya rakyat malaysia sudah tentu mengharapkan pemain badminton negara kita dapat memberikan aksi yang cemerlang pada esok hari. Ayuh semua rakyat jelata, mari kita bersama-sama memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan mendoakan skuad kita mara ke final piala thomas.


MALAYSIA BOLEH!!!!

No comments: