haha, nampaknye aku tetap juga akan mencoretkan sesuatu di lamanku ini...tak lengkap rasenye hari2ku tanpa aku coretkan sesuatu di sini..Untuk ari ni, suka utk aku berkongsi dengan anda semua dengan Makna sebuah persahabatan..
Aku yakin korang sendiri sudah tentu punya orang2 yang dinamakan kawan..tapi,berapa ramai antara kawan2 korang tu yang korang rasa layak utk diberikan pengikhtirafan sebagai seorang SAHABAT? ya..SAHABAT...
Tentu ramai yang beranggapan bahawa kawan dan sahabat itu adalah makna yang sama..ya,memang sama..tapi nilainya yang berbeza...seorang SAHABAT boleh menjadi seorang KAWAN,tetapi seorang KAWAN belum tentu mampu untuk menjadi seorang SAHABAT...
Bagi aku, nilai SAHABAT itu bukan saje terletak pada waktu senang lenang kita, tetapi apa yang lebih penting..di waktu susah kita, dia akan sentiasa berada bersama dengan kita....
Aku juga sedar,diri aku belum tentu mampu menjadi seorang SAHABAT...Banyak perkara yang telah aku lalui bila bercakap soal persahabatan..dan itu semua semakin mematangkan aku untuk sentiasa berhati2 apabila berkawan..Memang payah utk kita memuaskan hati semua pihak...tapi,DEMI TUHAN,tak pernah aku berniat buruk terhadap mereka...Tuhan itu Maha Adil..Alhamdulillah,perhubungan yang keruh kembali jernih....Alhamdulillah...AKu benar2 bahagia dikelilingi dengan SAHABAT2 yang sentiasa ada dikala susah senangku...
WAHAI SAHABAT2KU...TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA..TERIMA KASIH KERNA MENERIMA DIRI INI DIANTARA SAHABAT KALIAN...DOAKU AGAR HIDUPMU SENTIASA DIBAWAH LINDUNGAN ILLAHI...
Kubiar kalam berbicara...
menghurai maksudnya dijiwa..
agar mudahku mengerti
segala yang terjadi
sudah suratan illahi...
ku biarkan pena menulis
meluahkan hasrat di hati
moga terubat segala
keresahan dijiwa
tak pernah kuingini...
aku telah pun sedaya tak melukai hatimu
mungkin sudah suratan hidupku
redhalah apa terjadi usahlah engkau sesali
mungkin ada rahmat yang tersembunyi...
oh tuhan,tunjukkan ku jalan
untuk menempuhi dugaan ini...
teman maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan ukhwah yang dibina
ke akhirnya.....
No comments:
Post a Comment