Followers

Monday, May 17, 2010

AKHIRNYA PIALA THOMAS MILIK CHINA...

Berakhirnya sudah Piala Thomas dan juga Piala Uber kelmarin...Korea membuat kejutan dengan mengalahkan China yang sebelum ini mendominasi Piala Uber..Sesuatu yang diluar jangkaan aku!!!Dengan bongkaknye,jurulatih China mengatakan yang pemain-pemain China terdiri daripada pemain muda dan adalah lebih baik jika piala itu dimenangi oleh pasukan lain.Memang sejarah telah tercipta..Ini adalah pertama kali bagi korea selatan memenangi Piala Uber..

Nyata mereka berjaya membuktikan mereka bukanlah pasukan yang  kerdil dan berhak juga disegani.Bagaimanapun,China berjaya menutup kedukaan pemain piala uber dengan kejayaan mereka mempertahankan kejuaraan mereka dengan mengalahkan Indonesia 3-0. Ini adalah kali ke-4 China mengungguli gelaran juara Piala Thomas berturut-turut. Nyata China berjaya membuktikan kekebalan tembok mereka daripada diatasi mana-mana pasukan.

Bagi pasukan  Malaysia, aku tetap berbangga dengan kejayaan kalian dan berjaya menempatkan pasukan kita ditempat ketiga. Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Pasukan Malaysia perlu terus mempertingkatkan lagi prestasi mereka demi menggapai impian Piala Thomas pada 2012 nanti. Chayok2 Malaysia!!!!!


No comments: