Dibawah merupakan informasi berkenaan status Restoran Sushi KING...buat anda yang pernah ke sana,atau ada keinginan mahu makan di sana, ada baiknya untuk membaca sebarang 2minit mengenai status halal restoran ini...
Assalamualaikum pembaca2 dihormati,
Sushi King.... halal ke? Itulah persoalan yang akan menjelma di fikiran apabila rakan2 mengajak ke restoran tu. "Halal la tempat tu" tambah rakan berkenaan. Tapi halal ke?
Itu situasi yang biasanya berlaku kepada pengguna2 muslim apabila terlintas peluang untuk makan di Sushi King. Sebenarnya, dari menu Sushi King kita dapat melihat arak disajikan di premis itu. Hampir semua atau semua Sushi King menjual minuman keras! Adakah Sushi King boleh mendapatkan pengiktirafan halal?
Jelas sekali restoran ini tidak akan dapat peniktirafan halal oleh pihak berkuasa iaitu JAKIM!
"Kita bukan pegi minum arak pon. Makan sushi je. Sushi tu buat dari ikan la". Demikian pula alasan yang diberikan. Boleh ke macam tu? Dengan adanya minuman keras semestinya akan berlaku pencampuran antara yang halal dan haram. Pelanggan minum arak, mungkin arak tersebut menitik atau tumpah ke pinggan. Apabila dicuci, campur dengan pinggan mangkuk yang lain. Memang sah tidak halal.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ada sushi yang menggunakan bahan yang dinamakan mirin sebagai ramuannya. Apa itu mirin? Apakah perbezaannya dengan sake?
Persamaannya ialah kedua-duanya adalah kedua-duanya sejenis "rice wine" iaitu arak dan boleh memabukkan. Jadi kedua-duanya adalah haram. Beza mirin dan sake ialah kandungan alcoholnya. Mirin mempunyai kandungan alcohol 14% dan sake mempunyai kandungan alcohol sebanyak 20%. Ada juga mirin yang mengandungi kandungan alcohol yang kurang tetapi yang haram tetap haram.
Cubaan menyemak status halal di laman web JAKIM menunjukkan Sushi King yang didaftarkan di bawah syarikat Sushi Kin Sdn. Bhd. tidak mempunyai sijil halal.
Email kepada pengurusan Sushi King juga menunjukkan respon yang restoran itu sesuai untuk pengguna2 muslim. Berikut adalah email yang dihantar dan respon Sushi King:
Email dari http://afiqsdiary.blogspot.com/2009/05/sushi-king-is-non-halal.html:
Enquiry : I would like to know about halal status of Sushi King since there were no halal logo on every of you premis entrance.
Jawapan dari Sushi King:
Dear Mohamed Afiq,
Thank you for your email.
For your information, we are not a Halal restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free.
All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.
Thank you.
May you have a great day ahead!
Warmest Regards,
Marilyn LimMarketing DepartmentSushi Kin Sdn. Bhd.Tel: 03-56319060 Ext: 283
Email kedua dari http://lepaktime.blogspot.com/2009/08/sushi-king-halal-ke.html:
Enquiry : I know that your chicken & beef are from halal supplier. How about your sushi? Do you put any sake or any other types of alcohol in your sushi? If you did, you shouldn’t do. Cause muslims can’t eat your sushi if contains any alcohol. Hope you can change it to vinegar that not contains alcohol cause muslims also want to enjoy your sushi. Thank you.
Jawapan dari Sushi King :
Dear Faeza,
Thank you for your enquiry.
Sushi King is not certified 'Halal'. This is due to some of our food contains 'Mirin'.
Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.
Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura
On top of that, some of our restaurants do sell beer.
Hope this answers your question.
Thank you.
May you have a great day ahead!
Warmest Regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext 283
Fax: 03-56325200
Berikut pula adalah respon aduan dari website JAKIM(http://www.halal.gov.my/aduan_siar_c.php?id=6616&a=U):
Tarikh Aduan : | 01/11/2007 - 11:17:51 |
Jawapan : | Untuk pengetahuan tuan, syarikat tersebut tidak/belum mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM sehingga Januari 2008. Tuan boleh lawati laman web JAKIM www.halal.gov.my untuk mendapatkan status pengeluar makanan halal di Malaysia serta badan-badan Islam yang diiktiraf JAKIM. Syarikat atau premis yang mempunyai sijil pengesahan halal JAKIM dimestikan mempamerkan sijil asal dan logo halal JAKIM di premis mereka bagi memudahkan pengguna dan pihak lain. Terima kasih di atas aduan pihak tuan. Harap maklum. |
Kesimpulannya, Sushi King tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf dan tidak sesuai dikunjungi oleh pengguna2 muslim.
Jika anda merasakan maklumat ini berguna, sila sebarkan. Sila subscribe ke blog ini melalui email atau feed di ruangan atas kanan. Terima kasih.
Sentiasa mencari yang halal,