Friday, October 16, 2015

Ikan talapia bakar portugis

 Assalamualaikum.

Salam jumaat sayyidul ayyam. Hari ni nak share resepi lagi.haha..Baiklah, taknak buang masa, berdasarkan tajuk entry hari ni aku share pulak cara cara nak buat ikan talapia bakar portugis cara aku.

IKAN TALAPIA BAKAR ALA PORTUGIS


Apa yg diperlukan for sure,
Ikan talapia yang dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Kita perapkan sekejap.

Ok, sebelum bakar kita nak buat dulu kuahnya untuk kita sapu pada ikan talapia. bahan-bahan yang diperlukan adalah:-

- 6ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
-sedikit belacan
- satu senduk cili kisar
- 1 batang serai diketuk
-sedikit air asam jawa
- 1 sudu sos tiram
- secekup daun kesum
- garam
-gula

Tumiskan sampai garing ok


Blendkan bawang merah, bawang putih, halia,belacan, cili kering. Kemudian tumis hingga garing. Kemudian,masukkan serai,air asam jawa, sos tiram..kacau lagi..bubuh air sedikit dan masak lagi sampai garing. Agak lama jugak sebenarnya aku masak bahan tumis ni. Lagi lama lagi sedap. Make sure la jgn sampai hangit ok. Lepas tu dah agak gelap warna bahan tumisan, masukkan garam, daun kesum dan gula. Seimbangkan rase mcm biasa. Lidah tu main peranan ok.

Haa, yang ni tumisan yang dah siap. Sedap uolls...

Sapu pada ikan


Dah siap bahan tumis tu, ambik aluminium coil dan sapu bahan tumisan pada aluminium coil kemudian letak ikan.kemudian sapu pulak atas ikan. Korang boleh jugak letak bendi atas ikan tu sebab kalau ikut resepi asal portugis ni, ade sayur bendi. Tapi aku tak letak sebab takde. Kemudian balutkan dengan kemas. Bolehla dipanggang atas api ataupun dengan menggunakan oven dalam 10-15 minit ataus sehingga ikan masak. Nak tahu ikan dah masak, bukak dan cucuk dengan garpu. kalau tak melekat tu,maknanya dah masak la tu..

Pergh, makan dengan nasi, cicah air asam, memang terangkat la weiiiii..hahaha..(tapi aku tgh on diet, aku masak pun untuk family je..sob,sob,sob sedih tak boleh makan nasi)

Ok.baii..

Wednesday, October 14, 2015

Ketam masak cili dengan telur (chili crab with egg)

Assalamualaikum.

Selamat malam seantero dunia. Penat hari ni, tapi kalau tak update entry rase macam tak best pulak. Macam semalam, entry berkenaan masakan jugak..hahaha..cooking is my passion la katekan. So, hari ni aku nak share resepi Ketam pulak.

KETAM MASAK CILI DENGAN TELUR. cam tak sedap pulak nama BM dia..kalau BI tu CHILI CRAB WITH EGG..nampak la grand sikit kan..(konon)..Tanpa membuang masa, silalah sediakan pen dan buku resepi supaya tak membazirkan kuota internet korang kemudian hari.SALIN dalam buku resepi.lain kali boleh tgk balik.



Tuesday, October 13, 2015

Resepi Laksa Kuah Ikan Parang

Assalamualaikum.

Akhirnya ada jugak perkara yang boleh diupdate untuk hari ini. Almaklumlah, sejak dah menginjak usia 27 tahun ni, sel otak kurang berhubung pulak aku rase..hahahaha..Hari ni abah request laksa. So, memandangkan aku ni penganggur yang berjaya dah dekat setahun. Aku menganggur bukan sebab aku malas keje ok..sebab aku jaga mak aku sakit. Itu cerita lain yang aku akan share kemudian. Memang banyak suka dukanya yang buatkan aku menghargai nikmat sihat dan tuntutan sebagai seorang yang bernama anak.

So, semalam abah aku balik dari pasar malam bawak balik Ikan parang bapak besor. Abah aku pun buatlah permintaan.."Long, esok buat laksa, ni abah beli ikan parang." Pagi2 lagi aku dengan angah dah keluar pegi tesco beli  barang- barang nak masak laksa.

Aku tak tahu la resepi yang aku buat ni menepati citarasa korang ke tak, tapi kalau nak cuba silakan sebab style aku buat ni aku olah ikut beberapa resepi yang ada kat google ni. Kebanyakan menggunakan ikan selayang dan kembung. Tapi aku buat guna ikan parang as requested by abah. Rupanya memang sedap gila buat laksa guna ikan parang. Lagi lagi ikan parang yang abah beli ni fresh dan manis isinya. Bila hirup kuah laksa tu, pergh....manis dari isi ikan tu memang terasa..


Aku share sikit gambo laksa aku.



Tu dia...besar gedabak...


 So, ini dia resepi Laksa kuah ikan parang homemade dari #dapurciknana yeahhh...



Resepinya:-

- laksa 2paket
-1 ekor Ikan parang(besar).Cukup untuk portion 4-6 orang makan.Ikan parang dibersihkan kemudian direbus dengan garam dan asam gelugur. Siap rebus, asingkan isi ikan dan tulang serta kepala. Air rebusan ikan tu jangan dibuang sebab kita akan masakkan kuahnya guna air rebus tu.
-isi ikan tu aku asingkan kepada 4 bahagian untuk dapatkan kuah yang sedikit pekat dan ada isi ikan dalam kuah tu. Sebab abah aku tak suka laksa yang terlalu ceroiii..
1)1 bahagian blend hancur
2)1 bahagian aku tumbuk kasar guna lesung batu
3)1 bahagian aku carik2kan guna tangan
4) tulang,ekor dan kepala ikan blend dan kemudian tapis airnya.

Bahan yang lain:-
- 10 ulas bawang merah*
-5 ulas bawang putih*
- 2 inci halia(sebesar ibu jari)*
- 1/2 bawang besar*
-sedikit belacan*
-satu senduk cili kisar
-5-6 keping asam gelugur
- secekup daun kesum
-daun kantan (aku tak letak sebab mak aku tengah pantang sakit)
-garam
-Bahan bertanda * diblend sekali.


Bahan hiasan:-
-telur (belah 2)
-salad dihiris
-timun dihiris
-cili merah -limau kasturi
-bawang besar dihiris
-cili padi hiris



1)Masukkan bahan yang dah diblend ke dalam air rebusan ikan tadi.Tunggu sekejap hingga dah agak menggelegak.
2)Masukkan daun kesum dan bunga kantan(aku tak letak daun kantan)
3)Kemudian masukkan isi ikan yang dah diblend hancur, ditumbuk kasar dan yang dah dicarikkan tadi.Kemudian tapiskan air dari tulang,kepala dan ekor yang dah diblend tadi.
4)kacau sebati, perisakan dengan garam kalau tawar.Kalau tak bape nak masam lagi, bubuh lagi asam gelugur atau bubuh asam jawa sikit pun boleh. Pandai2la lidah korang rasa sebab menang memasak ni adalah dari lidah yang merasa. Hehehe.. 

Ok.Siap.tutup api hidangkan dengan laksa dan bahan hiasan.

P/s:- *portion bahan adalah untuk 4-5 orang makan.

Taktau laksa kola perlih ka, laksa penang ka, laksa kuala kangsor ka, laksa utagha. Aku ikut suka ja..yang penting Kembang kempih kejap idong bile abah kata sedap...wakakakaka..tak sabar dengaq komen mak plak..Kalo betul sedap,sah boleh kawin dah..hahaha 


Ok. Sekian..selamat mencuba!

#dapurciknana #laksa #homemade #laksaikanparang

Sunday, October 4, 2015

Kusut

Assalamualaikum..

Pernah tak rasa bila mana kita sendiri tak faham dengan diri kita sendiri?Pernah tak rasa bila kita rasa apa kita cakap tu betul but at the same time ada satu suara bisik, kita salah sebenarnya?

Entah. Memang terkadang tu aku tak faham dengan diri aku sendiri.Aku akan cakap bila aku rasa aku perlu cakap, tapi beberapa minit lepas tu hati aku kata, aku dah buat silap.Aku tak tahu la.Aku rasa baik aku tak payah berhubung dengan sesiapa pun, supaya hati aku tak terluka, dan hati orang lain pun tak terluka sama.

Kusut.

Saturday, October 3, 2015

Bicara Hati 1



Kita mungkin berjaya di dunia,
Tetapi  belum tentu berjaya akhirat.

Kita mungkin gagah menjejak sang gunung,
Tapi belum tentu gagah di titian sirat.

Siapa yang benar2 berjaya?
Siapa yang benar2 berjaya menawan redhaNya?
Adakah kita mampu?

Walau luaran kita dilihat hebat,
Jauh di hati entah bagaimana..
Adakah benar kernaNya..
Atau sekadar ucapan tiada makna.


-sungguh aku ini benar benar khilaf!

Wednesday, September 30, 2015

Penyakit hati orang kita

Assalamualaikum.

Manusia ni memang banyak penyakit. bukan je penyakit fizikal, tapi jugak penyakit rohani. Berikut merupakan beberapa penyakit rohani yang kian membiak bak juara dalam kalangan orang kita:-


  • Penyakit dengki kat orang
Orang tu update sikit pasal dia pergi situ sinun, beli itu ini..ada itu ini..mata dia mula mengecil..lalu tercipta la update baru..."tak payah lah nak menunjuk sangat kat facebook ni..macam la kau sorang je yg dapat pi situ..macam la kau sorang yang ada itu ini...tak payah la nak riak sangat.."
  • Penyakit semua orang salah,dia saja yang betul
Ada orang bangkitkan sesuatu isu..ramai yang komen dan beri pendapat..si polan pun komen..ade orang reply balik komen si polan..si polan marah balik..si tukang reply tadi pun turut mempertahankan pendapat dia..maka lama kelamaan makin parah sebab masing-masing tak mau kalah..siap bergaduh sakan...keluar habis carut marut.
  • Penyakit tak boleh terima pendapat orang
Sama macam kat atas lah. Bagi depa, apa yang orang lain cakap tu tak betul. Dia nak orang setuju dengan pendapat dia saja.
  • Penyakit nak kondem orang,ade je yang tak kena
Yang ni yang paling teruk sekali. Boleh tengok kat mana2 je..contoh macam gambar baru baru ni..seorang petugas TH mendukung seorang makcik yang dah tua, tak larat nak berjalan..nak menuju ke Mina untuk melontar jamrah. Itu pun dijadikan isu.
  • Penyakit kuat sangka buruk dekat orang
Yang ni pun sama jugak. Kalau depa tak suka orang tu, orang tu buatla benda baik sekalipun, tetap disangka ada muslihat lain,ada agenda lain..
  • Penyakit suka bukak aib orang
Suka bukak aib orang. Depa tak puas hati kat kawan depa, padahal kawan depa baru buat salah sekali tu ja..tapi habis dijaja dalam facebook. Macam teruk sangat kesalahan kawan dia. Ada jugak yang cerita aib suami/ isteri masing- masing.Habis semua diungkit ungkit.
  • Penyakit suka dengar cerita satu pihak je
Yang ni boleh tengok bila pasai gosip artis bercerai/artis kawin lain..semua berita depa tau tu sebab kwn depa cerita..kawan depa tu kawan kpd kawan artis katanya.


Benda ni makin parah bila dunia tanpa sempadan (internet) mudah dicapai. Kalau dulu gosip, fitnah tersebar mulut ke mulut, zaman sekarang smartphone ke smartphone..wassap ke wassap..facebook ke facebook etc. Dekat facebook tak payah cakaplah, aku scroll news feed tu hari2 ada ja isu baru jadi bahan cerita.Boleh dikatakan lebih cepat dari berita yang keluar kat tv, surat khabar. Sampai satu tahap, aku terus deactivated facebook aku sebab rimas tengok.

Kadang mata kita salah menafsir, hati kita salah menilai..mulut kita salah dalam menterjemah apa yang kita nampak dan apa yg hati kita rasa. Kita sebenarnya dah jauh dari sikap baik sangka. Benda macamni bila tak dikawal, itu yang jadi nilai hormat pada orang dah takdak. Bila hormat dah hilang, kes pukul orang, terajang orang, simbah asid dekat orang makin menjadi jadi.Kita payah nak buang sikap amarah.Kita suka bodohkan orang sedangkan kita pun bukan pandai mana.Kita suka nilai orang lebih dari kita nilai diri kita sendiri. 

Yang bodohnya bukan orang lain sebenarnya, kita sendiri. Kita kena sedar, manusia ni takdak yang sempurna pun..apa yang kita ada hari ni pun bukan milik kekal kita sebab tu semua Allah bagi pinjam kejap je. Tepuk dada tanya iman. Jangan dok sombong sangat atas muka bumi ni sebab umpamanya kita ni sombong dengan Tuhan.

The end.




Tuesday, September 29, 2015

Tarbiyah dari ujian





Ketika ALLAH SWT mengujiku, 
aku tau bahawa Dia sedang memperlihatkan perhatian-NYA, 
ALLAH sedang memperbaiki kehidupanku.

Ujian itu bagiku satu tarbiyah,
Belajar dari kelemahan,
Memperbaiki kesilapan,
Masakan manusia tak pernah diuji,
Malahan kesenangan juga satu ujian,
Lahirkan syukur atau hidup dalam kealpaan..

Teringat lirik nasyid hijjaz

"Sabar dengan ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti

Merasai pemberianNya,
Itulah tanda bersyukur,
Akan ditambah lagi,
Nikmat yang diberi.."

Rai kehidupanmu,
Ucap syukur selalu.

-ukhtifarhana-
1.45 am


Monday, September 28, 2015

Ikan Bawal Masak Tiga Rasa (Versi ukhtifarhana)


Assalamulaikum..

Hari tu beria-ia je aku kata nak update selalu blog aku ni..tapi hampeh..ke laut..hahaha..Bukan ape, bila aku dah malas nak bukak laptop ni, memang tunggu minggu depannya pulak aku buka balik..almaklum jelah,zaman IT serba canggih ni, orang lebih suka online guna smartphone masing-masing. Tapi aku ni pulak, jenis yang kalau nak menulis panjang-panjang ni aku "prefer" laptop lagi sebab keypad besor sikit kan..Kalau guna smartphone ni, asyik typo je memanjang..

Oklah, berbalik kepada tajuk entry, hari ni tengahari macam biasa tugas aku di dapurlah..apa lagi..So, bukak peti ais ada ikan bawal dua ekor, pikir punya pikir oklah...kita buat IKAN BAWAL MASAK TIGA RASA VERSI HENTAM SAJALAH dari aku..hahaha..

Publish gambaq sikitt...

haa itu dia...ikan bawal tiga rasaku..


Aku buat ni ikut bahan- bahan yang ada kat rumah je..So,kalau korang rase nak ikut boleh ikut..kalau tak kena dengan tekak korang aku tak tahu la salah aku ajor ke atau salah lidah korang tak pandai rasa.ahahaha..(jangan marah k..)

Bahan-bahannye:



- Ikan bawal/ Siakap/ atau apa2 je ikan pun boleh la..tapi lebih sedap ikan bawal atau siakap.
- Kunyit 
-Garam
-2 sudu tepung jagung( aku tak letak)

bahan untuk sos:-
-bawang merah*
-bawang putih*
-cili kering*
-halia*
-2 batang serai (diketuk)
-2 helai daun limau purut( tak letak sebab takde, tapi kalau letak lagi sedappp dan wangi)
- capsicum( potong dadu)
-tomato (dipotong dadu) apa2 je lagi sayuq korang nak letak pun boleh...letak nanas pun sedap,tapi aku takde nanas dalam fridge..ni je yang ada..jadilah nakkk..
- 2sudu sos tomato
- 2sudu sos cili
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu kicap manis
-garam
-1 sudu gula

Bahan-bahan bertanda * ni korang blend.

Cara-caranye:-

Ikan bawal tadi macam biasa lumurkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan.Ketepikan ikan bawal yang dah digoreng.



- Kemudian, tumiskan bahan-bahan yang sudah diblend tadi hinga naik bau dan PECAH MINYAK. WHY aku higlhlight pecah minyak, sebabnye mak aku ajor aku la kan...kalau nak masakan berunsurkan cili kisor ni sedap, kita kene tumis dia sampai pecah minyak..pecah minyak ni bila korang tengok ade minyak dah mcm terapung2 keliling cili kisor tu..camane nak terangkan pun aku tak tau..gugerl jelah tengok kat google image tu..hehehe..lagi lame korang tumis lagi sodappp..macam iklan meggi tu..tak caye nanti beli meggi tgk kat bungkusan die..ade tulis..



- Dah pecah minyak, masukkan serai yang dah diketuk tadi... dan juga daun limau purut jika ada..tumis lagi kejap..lepastu, masukkan air lebih kurang 2 cawan, kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap. Kacau-kacau, kemudian masukkan sayuq capcicum dan tomato tadi atau sayur2 yang korang ada tulah..tunggu sebentar, kemudian perasakan dengan garam dan juga gula secukup rasa. Tutup api dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan bawal yang dah digoreng tadi..

Bolehlah dimakan bersama nasi yang sedang panas membara. Tak 2 pinggan memang tak sah la jawabnye..lepas tu jangan komplen berat naik yer..hehehehe...

Sekian,selamat menjamu selera!!!!





Monday, September 7, 2015

Back

Assalamualaikum..

Back to the writing. Haaa kau..kaku jari jemari nak menulis balik. Tenggelam timbul, itulah aku walaupun minat menulis tu masih ada dalam jiwa aku. Tapi as we know..manusia merancang Allah jua menentukan. so, I'm back!

Apa aku nak cerita untuk permulaan blog aku tahun 20015 ni( walaupun dah separuh dari setahun berlalu) anggap sajalah ini entry mainan permulaan tahun ini. Hahaha. Harapnya kali ini aku istiqomah la yer.

Ikutkan banyak yang aku boleh ceritakan. Memang banyak. Yang suka ada yang duka lebih lagi. Tapi itulah yang kita panggil putaran hidup manusia. Satu pusingan kita penuh dengan suka.Satu pusingan lagi mungkin awan mendung berarak. Satu pusingan lagi...Tonnnnn...angkat kain jemurannn..hujan dan turunnnn..haa..begitulah putarannya..

Oklah anak-anak sekalian,
Makcik berangkat dulu. Nak baca makcik membebel banyak-banyak, korang baca malam nanti yer. Kisah pertama makcik turunkan untuk tatapan anak-anak sekalian.

Sekian. Salam sebangsa seagama sejiran tetangga.