Followers

Wednesday, October 14, 2015

Ketam masak cili dengan telur (chili crab with egg)

Assalamualaikum.

Selamat malam seantero dunia. Penat hari ni, tapi kalau tak update entry rase macam tak best pulak. Macam semalam, entry berkenaan masakan jugak..hahaha..cooking is my passion la katekan. So, hari ni aku nak share resepi Ketam pulak.

KETAM MASAK CILI DENGAN TELUR. cam tak sedap pulak nama BM dia..kalau BI tu CHILI CRAB WITH EGG..nampak la grand sikit kan..(konon)..Tanpa membuang masa, silalah sediakan pen dan buku resepi supaya tak membazirkan kuota internet korang kemudian hari.SALIN dalam buku resepi.lain kali boleh tgk balik.





(Portion untuk 4ekor ketam)
Bahan-bahannya:-
- 4 ekor ketam
-garam
-kunyit

Bersihkan ketam kemudian lumurkan dengan kunyit dan garam. Gorengkan. Dah masak ketepikan dahulu sementara kita nak buat kuahnya pulak.

Ok. Bahan -bahan untuk kuah:-
-6 ulas bawang merah*
-1 labu bawang besar*
-4 ulas bawang putih*
-sedikit belacan*
-15 tangkai cili kering*
- 2 helai daun limau purut
- 1 sb sos tiram
- 1 sb sos cili
- 2 sb cuka
- 1sk kicap manis
- 1 batang serai( dititik)
-garam
-gula
- 1 biji telur

Bahan bahan bertanda * diblend.

-Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan- bahan yang sudah diblend tadi hingga naik bau dan garing. Bila dah garing, masukkan serai dan daun limau purut. Jika agak kering, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, cuka, kicap. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya. Part rasa ni yg paling penting. Korang kena pandai adjust la ea rasa dia..kemudian masukkan ketam tadi dan kacau rata. Kemudian pecahkan telur dan kacau sebati dengan ketam tadi. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Memang laju je makan tadi..2 ekor aku tibai ketam..hahahaha..
Oklah, Selamat mencuba!!


No comments: