Thursday, November 15, 2012

Sekeping Hati Istimewa




Adakalanya kita sibuk dengan kekurangan diri..terus menerus menyoalkan ketidaksempurnaan yang ada di dalam diri hingga hilang segala semangat di dalam hidup. 

"Aku ni tak cantik, pendek, gemuk, kulit hitam" dan sebagainya yang mengekang diri untuk terus memajukan diri.

kita benar-benar mensyukuri setiap kelebihan yang dikurniakan, tapi kita jarang pula untuk tetap bersyukur dengan kelemahan yang ada. Saat diri terasa dirantai dengan perasaan itu, cuba pandang dan renungkan bagaimana insan lain?adakah semua insan sempurna?

 Tidakkah terfikir, mengapa Allah ciptakan setiap manusia punya kelebihan dan kelemahan dalam diri hambaNya?

Menyoroti penghidupan perjalanan insan yang dekat denganku, yang punya ikatan kuat antara kami, aku benar-benar merasakan kekuatan dan ketabahan dalam dirinya mengharungi liku hidup. Apakah mampu kau menempuhinya kelak usai usiamu menganjak ke angka yang lebih besar?"Ah,aku yang sempurna ini pun terasa iri hati jika orang lain punya kelebihan yang aku tidak ada, apatah lagi dia..?". Tapi tidak pernah sekali aku melihatmu menangisi nasib yang sudah ditakdirkan ke atas dirimu. Selalu sahaja kau bersembang denganku, walaupun tanpa sebaris kata yang terbit dari bibirmu..tiada suara lunak untuk didengari,tiada gelak ketawa..yang hanya ada sebaris senyuman manis..


adik-adikku-izatul,humairah,aisyah,nizar

kami bercakap melalui tulisan, adakalanya menaip dengan menggunakan telefon..aku tak bisa memahami bahasa tangannya.kalau ada pun yang aku fahami hanya beberapa sahaja. Begitu juga kakak dan juga adik kecilnya. kakaknya berjiwa besar.walau kekurangan, dia punya cita-cita.

Adik kecilnya..walau masih kecil, wajahnya sentiasa sahaja aku lihat gembira dengan kehidupannya.berlari ke sana sini dengan wajah comelnya.manja..

mujur jugalah ada 2 perwira yang aku kira memahami keadaan mereka..walau adakalanya nakal, tetapi menyayangi sesama saudaranya.Ketentuan Allah,tak siapa pun mahu menginginkan diri mereka sebegitu..tetapi di setiap istimewanya mereka itu,ada ganjaran dari Allah yang tidak dapat dimiliki insan sempurna seperti kita.

wahai adik2ku, Amirah, Izatul, Humairah..kak nana berharap kalian menjadi manusia yang sabar,tabah mengharungi liku-liku kehidupan kalian apabila kalian semakin menginjak dewasa..kak nana sentiasa akan menyayangi kalian..jangan hentikan kata-kata dari jari jemari kalian..jangan hentikan...kak nana akan selalu mendengar..



Tuesday, November 13, 2012

Beruntungnya engkau..







Beruntungnya engkau..
boleh menitipkan kata..
boleh meluahkan rasa..

boleh sahaja pinjamkan aku?
pinjamkan aku lidah dan juga suara..
sebentar sahaja cukup..
dapat juga aku merasa..
apa nikmatnya menutur bicara...

tapi..
kata mereka yang sepertiku..
lebih baiklah begini..
kerana kata mereka..
engkau tak punya rasa syukur..
sayang kata mereka..
seribu kali sayang...

sayangnya..
kau hamparkan kata cerca..
kau dustakan manusia 
hingga bernanah manusia
mengadah telinga..
menahan hemburan fitnah
yang merobek jiwa..

aduhai..
sayangnya..
.
.
.

nukilan rasa ~[ukhti_farhana]
buat titipan rasa 
gelodak jiwa..
insan istimewa..
 





Sunday, November 11, 2012

dialog diri dan takdir



diri:aku letihla macamni..asyik bersedih je..kenapa hidup aku selalu je macamni..

takdir: kau rasa kau bersedih macamni,boleh selesai ke masalah kau?

diri:aku buat semua benda,serba tak kena je..semuanya tak mendatangkan apa2 makna pun..aku dah cuba..bukan aku tak cuba..

takdir:kau sebenarnya tak faham konsep tawakal..

diri: maksud kau?

takdir:setiap sesuatu yang terjadi dlm hidup kau,adalah ketentuan Allah.ada sebab kenapa kau dah cuba banyak kali,tapi kau masih tak peroleh apa2 dari usaha kau..cubalah kau fikir renung balik..niat kau lakukan semua tu atas sebab apa?adakah niat kau dah terpesong dari landasan sebenar?

diri:yalah,aku buat semua ni untuk dapatkan kebahagiaan aku..untuk berjaya.

takdir:itu silap kau..kau lupa semua ni atas kehendak Allah.Niat kau saja dah lari.bukan aku kata kau tak berhak utk rasa berjaya,utk rasa bahagia..sebelum kau boleh dapat semua tu,kau kena ingat,tiada bahagia yang tak melalui duka..tiada kejayaan yg tak melalui kegagalan..

diri:habis tu,kalau gagal jugak?kalau aku still xdapat kebahagiaan aku?

takdir:bismillahitawakkaltu'alallah lah jawapannya..berserah pada qada dan qadar Allah.Tak semua org punya takdir beroleh kebahagiaan/kejayaan dgn sekali percubaan..ada yang berpuluh kali. Serahlah pada Allah.jangan cepat mengalah.Adalah hikmah yg kau akan nampak suatu masa nanti.

diri:baiklah.aku cuba.
 
Nukilan:[ukhti_farhana]

Saturday, November 10, 2012

dia..kalau sudah menyayangi..





Dia..kalau sudah menyayangi
tiada istilah belah bahagi..

Dia kalau sudah menyayangi
akan menyayangi sepenuh hati.

Dia kalau sudah menyayangi
tidak lagi memikirkan diri..

Dia kalau sudah menyayangi
tidak kisah berair mata menangisi

tak siapa tahu segala isi dihati...

yang dia tahu...
dia harus menghargai...

entah bila kan pergi..
menemui Illahi tidak dia pasti..

Nukilan:@[ukhti_farhana]

 


Wednesday, October 3, 2012

Bersahabat sampai ke syurga


Assalamualaikum w.b.t..





Setiap manusia memerlukan seseorang disisi yang boleh dijadikan teman bercerita,teman ketawa,teman bersedih,teman berkongsi segala rasa.Seseorang yang hadir sebagai teman,sebagai sahabat..Pengganti kepada keluarga serta adik beradik. Asas membentuk sebuah persahabatan selalunya dinilai daripada tingkah laku/perwatakan,sikap dan ada juga yang menilai berdasarkan keserasian.Banyak orang banyak ragam,banyak sikap,banyaklah sebab musabab yang tercipta daripada sikap. 

Ramai menginginkan persahabatan yang dibina kekal berpanjangan, namun tidak pula menitikberatkan hak2 didalam persahabatan.Bukanlah hak diri yang dipentingkan,hak yang sebenar adalah hak berukhuwah sesama sahabat. Kita hidup di dunia ini bukanlah bersendirian,kita hidup bermasyarakat...berbeza cara berfikir,berbeza cara mentafsir bahkan berbeza dari segi cara hidup. Namun itu semua bukanlah halangan untuk menjalinkan ukhwah persahabatan. Perbezaan itu sebenarnya adalah titik tolak kepada membentuk persaudaraan islam.

Sayang seribu kali sayang..ketamakan manusia telah menghancurkan ukhuwah islamiah yang ada. Berapa ramai yang sanggup menindas sahabatnya sendiri demi kepentingan diri..berapa ramai yang menggunakan cara kotor agar matlamat diri tercapai...kata orang,rambut sahaja sama hitam..hati lain-lain..

Seorang mukmin itu diumpama satu binaan yang menguatkan sebahagian binaan yang lain kepada seorang mukmin yang lain.Seperti juga satu badan,jika matanya sakit,sakitlah seluruhnya dan jika kepalanya sakit,sakitlah seluruhnya- Hadis Rasulullah s.a.w..

Dipetik daripada sebuah majalah kecil,tetapi besar isinya-GEN Q-

Elemen ukhwah islamiah dapat kita teladani melalui cara-cara berikut :-

1)Melakukan proses Ta'aruf iaitu saling kenal mengenali
2)Melaksanakan proses Tafahum iaitu saling memahami
3)Melakukan proses Ta'awun iaitu saling tolong menolong
4)Melaksanakan proses Takaful iaitu saling menjamin
5)Mempunyai rasa Ithar iaitu melebihkan atau mendahulukan sahabat

Mari kita sama-sama hapuskan sikap suka melaga-lagakan orang, hasad dengki, suka menghina,menipu,bermusuhan dan menanam rasa benci kepada sahabat-sahabat kita. Bina persaudaraan sesama sahabat umpama mereka keluarga kita,saudara kita..umpama punya satu rumah,umpama satu tempat datang dan satu tempat pergi. Jika mata menangis,tangan mengusap air mata, jika tangan terluka, mata pula mengalirkan air mata kerana nyilu luka..

Pertemuan yang dicipta bukan diharapkan di dunia semata, tetapi biarlah sampai ke syurga.Jika persahabatan diakhiri dengan kematian,moga bertemu di akhirat kelak,jika persahabatan dipisah dengan jarak, kita dekatkan dengan jambatan doa..

Ayuh sahabat!! Bersahabatlah sampai ke syurga...

Wednesday, August 8, 2012

Bersabar di atas Ujian Tuhan


Assalamualaikum..

Kita ini adakalanya lebih mementingkan perasaan sendiri dari hati dan perasaan orang lain. 

"Aku pun banyak masalah, lagi nak tolong masalah orang,memang taklah".."Kau boleh jangan ganggu aku tak?aku tengah serabut ni,kau nak tambah lagi beban masalah aku"..

Namun..pernahkah terlintas di fikiranmu permasalahan yang mereka hadapi itu jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan masalah kita?

Seringkali apabila terjebak dengan permasalahan yang membelenggu fikiran, kita bagaikan hilang arah tujuan. Orang sekeliling tidak lagi menjadi titik rujukan..kita mengeluh umpama hanya aku punya masalah."ah! kau tak faham apa yang aku alami"..."kau cakap mudahlah,kau tak hadapi masalah macam aku".."simpan jelah nasihat kau tu..makin sakit otak aku"..inilah antara dialog-dialog yang sering kita dengar..(adakala diri juga begitu)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMKQEKweZEDTiNKT_KqTFfxAfbpI-dMXzcIQruoRE1OaaD0meaZA1fkzPOEbPAcTf0V9Xm53PRUOkWEez3JSuLIXaznCeB-B-SDWjbDF4c-Uzb9A9PMKmyKKr3b1x0irgfzaokEDidJ_Vn/s1600/sabar-ujian.jpg

Masalah itu umpama sebuah gunung yang tinggi..ujiannya penuh dengan liku2 sepanjang pendakian..puncaknya adalah sebuah penyelesaian..manusia yang menang adalah yang bersabar dalam pendakian itu untuk sampai ke puncak penyelesaian.

kita lupa dunia ini tempat persinggahan. Kita lupa dunia ini memang penuh dengan pancaroba..kita sombong sebenarnya....sehingga kita tidak sedar kita telah mengecewakan/mengguriskan hati orang lain...

apa perlu buat?kembali pada rabbMu..bersangka baiklah padaNya...Wallahualam.


Monday, August 6, 2012

wajah kebahagiaan


Kurapati katil bercadar putih itu.sekujur tubuh tua yang sedang lena itu terbaring dengan wajah yang lesu. Mataku memandang tubuh itu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki dan pandanganku terhenti di kaki kanannya yang berbalut dan bertungkukan besi. Sebuah keluhan halus terbit dari nafasku."biar opah tidur dulu..dia penat tu.." kata ibu saudaraku yang ku panggil makngah. Kelmarin abah menerima panggilan daripada ucu memberitahu yang opah jatuh tangga dan dimasukkan ke hospital. Aku tahu bagaimana perasaan abah.Pasti luluh hatinya walaupun riak kerisauan itu tidak dapat aku baca dari wajahnya.Aku juga risau tetapi tidaklah seperti apa yang abah rasakan.ya..mungkin juga kerana aku tidak begitu rapat dengan opah menyebabkan perasaan risau itu tidak begitu mencengkam jiwaku.Bergegas kami pada petang itu ke hospital teluk intan yang terletak agak jauh dari rumah ku di seri iskandar ini. 

"Nanti mungkin salah seorang kena jaga opah."kata emak. Aku hanya mendiamkan diri tidak memberi apa-apa reaksi. Bukan aku tidak mahu, sementelah aku adalah cucu opah, masakan aku menolak permintaan emak dan abah.Cuma aku risau mengenangkan adakah aku mampu menjaga opah nanti?Bolehkah aku memujuknya makan,memahami setiap bait-bait kata opah?ya..aku kurang sukar memahami beberapa perkara yang opah sembangkan..orang tua,lorat peraknya pekat hinggakan kadangkala aku hanya menganggukkan kepala sahaja tanda faham walaupun sebenarnya sepatah perkataan pun aku tidak faham."ah..nanti fahamlah,kalau tak faham anggukkan aje.."aku bermonolog sendirian.

Malam itu,adalah malam pertamaku berada di hospital.Ya!pertama kalinya dalam sejarah hidup aku tidur di hospital dan menjaga opah yang sakit Tambahan lagi dibulan yang mulia  Ramadhan Al-Mubarak. Kata-kata abah tiba-tiba terngiang-ngiang di cuping telingaku.."ambil peluang ni untuk cari pengalaman menjaga orang sakit..opah kamu,bukan orang lain..besar pahala menjaga orang sakit ni long.." Hari pertama aku dapat merasakan agak kekok,Bukanlah bermakna aku tidak pernah langsung menjaga orang yang sakit.cuma mungkin kerana aku kurang rapat dengan opah sebelum ini membuatkan aku sedikit kelam kabut menguruskan opah. Berkat Ramadhan, mungkin Allah mahu tunjukkan aku sesuatu..hampir seminggu menjaga opah di hospital, aku semakin memahami apa yang dikatakan sebagai pengorbanan seorang ibu dan ayah. Bagaimana pengorbanan seorang anak terhadap ibunya yang sudah semakin tua. Abah dan emak berulang alik setiap hari menjenguk opah di wad. Membawakan bekalan berbuka puasa untukku. Aku tahu jauh disudut hati abah dan emak, mereka juga risaukan anaknya ini. Walau aku tahu mereka keletihan setelah seharian bekerja, perlu bergegas pula ke hospital. Andai aku seperti abah,entahlah..aku rasa aku tidak mampu menjadi sepertinya. Namun aku berharap, aku dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini terhadapku.
Kini, aku semakin dapat merasakan yang perhubungan aku dengan opah agak semakin rapat. Jika sebelum ini aku tidak pernah menyuapnya makan,kini aku beroleh peluang itu. Peluang membersihkan opah dikala dia tidak lagi mampu menguruskan dirinya sendiri. Ku usap tangan tua itu..terdetik di hati "suatu masa nanti, emak dan abah juga mungkin memerlukan aku disisi mereka seperti ini..menjaga mereka,membersihkan mereka,menyuapkan mereka makan." hatiku sebak. Aku semakin memahami apa yang diperlukan oleh seorang ibu dan ayah dari anaknya. Bukan harta benda,bukan wang ringgit yang dibalas,tetapi nilai kasih sayang dan belaian  dan keprihatinan seorang anak yang membuatkan mereka bahagia. Cukup bahagia..

Pengalaman ini cukup bermakna bagi diriku. Cukup membuatkan aku sedar yang sebagai seorang cucu, aku yang sepatutnya memulakan dahulu. Cukup juga membuatkan aku kembali mencari diriku sendiri. Diri sebagai seorang anak, dan seorang anak yang sulung di dalam keluarga. Aku berharap agar Allah segera menyembuhkan opah dari kesakitan yang dialaminya. Aku bersyukur kerana diberi peluang itu. Aku juga berharap agar Allah memberikan kesihatan yang terbaik untuk emak dan abahku. Sebagai anak siapalah yang sanggup melihat ibu dan ayah mereka sakit dan terlantar. Hanya anak yang tidak tahu mengenang jasa sahaja akan bertindak di luar batasan itu. Tergamakkah aku membiarkan mereka yang telah menatang aku bagaikan minyak yang penuh, mendidik dan membesarkan aku, memberikan segala keperluan dan kehendakku?Ya Allah..Kau jauhkanlah aku dari sikap sebegitu. 

Aku berharap, wajah kebahagiaan itu akan selalu menata di ruang mata ini..wajah kebahagiaan itu yang suatu masa nanti dapat aku balasi dengan warna kasih sayang..walaupun nilainya tidak mampu aku tandingi dengan sejuta warna kasih sayang yang telah mereka curahkan selama ini terhadapku...Ya Allah,lindungilah mereka..sihatkanlah iman dan tubuh mereka. Perliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara aku ketika aku kecil. Amin..


Friday, August 3, 2012

Istimewanya Dirimu


Assalamualaikum...

Terkadang kita lupa...kita sering lupa bersyukur dengan segala apa yang kita miliki kerana kerap kali kita  memerhatikan apa yang dimiliki oleh orang lain lebih dari apa yang kita miliki..tidak terkecuali diriku sendiri..adakalanya aku bertanya kepada diriku sendiri..mengapa aku tidak seperti mereka?mengapa aku tidak sebijak mereka?mengapa laluanku lebih sukar berbanding dirinya?persoalan mengapa yang menerjah fikiran yang entah bila kan berkesudahan...

duduk aku bermuhasabah diri..kembali mengenal diriku sendiri..semakin aku menginjak dewasa,semakin aku berusaha mengenal potensi diriku..

"Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"(Surah Al-Tin[95]:4)

Sungguh Allah itu Maha Adil yang menciptakan setiap dari kita dengan segala kelebihan dan juga kelemahan.Ada perkara yang mampu kita lakukan tidak mampu dilakukan oleh orang lain,ada pula perkara yang lainnya pula tidak kita mampu lakukan tetapi mampu pada orang lain..itulah yang dikatakan saling melengkapi..tapi..ya lah..kita sendiri yang tidak pernah sedar kan?


http://malaysianeka.com/wp-content/uploads/2012/03/spd.jpg
Aku adalah aku dengan keupayaanku..dan engkau dengan keupayaanmu..jika kita mahu membandingkan sekalipun,mengapa tidak kita bandingkan diri kita sendiri hari ini dengan kelmarin??adakah hari ini aku lebih baik dari semalam?apa baktiku hari ini yang mampu aku manfaatkan berbanding kesilapan semalamku??

Baiknya Tuhan yang menciptakan manusia dengan sempurna dan seimbang perhitungannya..Tiada sekelumit keburukan yang lahir dari ciptaanNya..waima jika manusia itu dilahirkan tidak sempurna fizikalnya,tak siapa tahu satu masa dia mungkin menjadi lebih hebat dari manusia yang lahirnya sempurna cukup fizikalnya..cuba kau lihat sekelilingmu..ada yang kudung kedua tangannya..namun mampu melakarkan sebuah lukisan indah dari jari jemari kakinya..ada pula yang kudung kakinya,tapi mampu menjadi olahragawan olahragawati negara..semua dari kita punya potensi diri..

percaya pada diri..setiap dari kita berbeza dengan kelebihan masing-masing..dan satu yang perlu kita pegang seutuh-utuhnya..

SETIAP DARIPADA KITA ISTIMEWA DISISINYA.. =)

Thursday, August 2, 2012

Hidupkan Kehidupanmu-Teruslah Berbagi!!




Assalamualaikum..segala puji bagi Allah..kepadaNya aku berharap dan tidak kepada selain dariNya..syukur Alhamdulillah,masih diberi peluang menghembuskan nafas-nafasku di bumiMu Tuhan..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpZa0wju6gLfBlCjt1h06Ul5FL1ybmB9Y6dA6IfrgkPgklvhWAj8KKo3MtUNO2E5CZz46jHggdfAc_M4z41y_Tp4kXtPdBrgsefaH9Vo1pLP0or0ELcrnRgj0HWMPQSpUZOVO_YO8NW-E0/s1600/Berbagi-Tak-Pernah-Rugi.jpg

Bagi sesetengah orang, erti hidup adalah sekadar berjaya mencapai apa yang mampu membuatnya merasai bahagia..wang,kekayaan, meraih segulung ijazah,kerja yang bagus,pangkat,berkahwin...dan nah..selesai segalanya..

AKU BAHAGIA..

bahagiakah begitu?dan adakah Pernah kita fikirkan,segala yang kita miliki itu menjadi satu inspirasi dan maanfaat bagi mereka2 yang berada di sekeliling kita?cukupkah dengan bahagia kita sahaja?cukupkah hanya dengan bahagia lahiriah kita sahaja?

"Manusia yang paling baik itu adalah yang mampu memberi manfaat bagi manusia yang selainnya"-HR Al-Thabarani

Allah menyuruh hamba-hambaNya sentiasa mengisi kehidupan kita ini dengan kebaikan, mengabdikan diri kepadaNya sepanjang hidup kita di muka bumi ini..adakah wang ringgit serta kekayaan itu kayu pengukur kebahagiaan kita andai ianya tidak pernah diinfakkkan kepada fakir miskin?demi berkongsi bersama kebahagiaan yang kita miliki untuk kebahagiaan mereka juga?bahagiakah jika ilmu yang kita miliki,kejayaan segulung ijazah itu hanya disimpan rapi di dalam fail-fail tanpa sisipannya kita sebarkan kepada masyarakat lainnya?bukankah lebih baik jika kita hidupkan jiwa kita dengan berbagi sesama manusia..

"AKU MAHU DIRI AKU BERMANFAAT UNTUK KEBAIKAN ORANG LAIN"

nah..inikan lebih baik...setuju??

atau...masih tidak mengerti?satu pepatah arab yang masih aku ingati sehingga kini..

al 'ilmu bila 'amalin kashajarin bila samarin yang maksudnya ilmu tanpa amal bagaikan pohon tanpa buah..

cuba anda letakkan diri anda dikalangan seorang guru contohnya..kita memberi ilmu kepada anak murid kita...satu kebaikan dan pahala telah kita perolehi...seorang murid pula mengambil segala ilmu yang ia dapati itu,dikongsinya pula kepada sahabat-sahabatnya yang lain...dua kebaikan dan pahala si murid terima dan tiga pahala pula diterima oleh kita sebagai guru..dan begitulah seterusnya jika ilmu itu terus terusan dialirkan kepada yang orang lain...berganda-ganda juga lah pahala yang kita perolehi..masyaallah!!!baiknya Tuhan kita ya?bahagia kan begitu?

Sabda Rasulullah Saw..."barang siapa yang membuat sunnah yang baik di dalam islam, baginya pahala dan pahala bagi orang yang telah menerima ilmu itu dan mengamalkannya tanpa mengurangi sikit pun pahala-pahala mereka" -HR Muslim

teruslah berbagi sesama manusia...amat rugilah kita jika akal yang dikurniakan tidak digunakan demi manfaat manusia yang lain..sedangkan hidupan di bumi ini seperti tumbuh-tumbuhan,hujan,panas boleh memberi manfaat untuk makhluk yang lain,bagaimana pula kita sebagai makhluk istimewa yang cukup sempurna??mari benihkan pohon-pohon dunia demi meraih pohon-pohon syurga..

Hidupkan kehidupanmu..agar kehidupanmmu menghidupkan mereka-mereka yang juga memerlukan kehidupan untuk hidup..

wallahualam..diri ini juga masih memperbaiki diri..diri ini juga pernah lalai..diri ini juga punya kelemahan..namun,aku percaya pada setiap diri manusia itu tidak pernah tidak punya kebaikan dan keistimewaan untuk terus berbagi..=)



Monday, July 16, 2012

Erti Sebuah Kasih Sayang



hidup ini perlukan kasih sayang..aku,kau dan semua orang memerlukan kasih sayang...kerana dari lahirnya kasih sayang maka adanya pengorbanan dan ketulusan di dalam perhubungan...Adapun merasai kasih sayang itu sebenarnya adalah kerana besarnya cinta kita kepada Allah...Manusia yang penuh dengan kasih sayang adalah manusia yang besar rasa cintanya kepada Tuhannya...Nikmat yang kau takkan mampu beli dengan wang ringgit waima harta setinggi gunung...

Kau kasihkan dahulu Yang Esa..kau cintakan dahulu penciptamu..hingga akhirnya insyaallah..kau akan dipinjamkan  kasih sayang dari manusia yang lain...Cintailah Rasulmu, cintakanlah ibu ayahmu..cintakanlah adik beradikmu...cintakanlah sahabat2mu..

Mencintai Allah adalah kewajipan kepada kita...Mencintai Allah adalah yang utama..jalan untuk mendapatkan redha dari Allah di atas perjalanan hidup kita di muka bumi ini..moga terusan hidupmu penuh dengan warna kasih sayang dari Yang Esa...selagi mana Kau takkan pernah lupa Mencintai Dia..


 

AKU CINTAMU YA ALLAH..<3

"Kasih sayang itu titi ..Kasih sayang penghubung hati..Kasih sayang itu tali ...Kasih sayang pengikat diri"... -Raihan-

Saturday, July 14, 2012

Salju KasihMu..

Di dalam jiwaku disirami salju kasihMu
kususuri jalanMu walau ranjau berliku
cintaMu abadi untukku..

tenang saat merindu
tafakurku di hadapanMu
deraian air mata gugur dalam sujudku
betapa agungnya cintaMu

rindu mencengkam jiwa
sebak dada tiada tertahan
hanya padaMu Tuhan ku serah jiwa ini
pohon cintaMu yang suci hakiki...

Ramadhan Menjengah kembali


Assalamualaikum...

Selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W..Allahummasolli'ala sayidina muhammad wa'ala alihi wasohbihi wassallim..syukur alhamdulillah..dengan izin Allah, masih ada kesempatan untuk diri menghambakan diri pada Yang Esa..

 

kurang dari beberapa hari sahaja lagi kita bakal meraikan bulan penuh keberkatan yakni bulan Ramadhan Al-Mubarak...Selamat datang Ya Ramadhan..tidak sabar rasa di hati..kalian pula bagaimana?

moga kita masih diberi kesempatan untuk bersama2 memperbanyakkan amak ibadat kepadaNya di bulan mulia nanti...siapa tahu ianya mungkin Ramadhan terakhir kita kan..takkan ku persiakan..apa persiapan yang telah kita sediakan?

jom!

bersihkan jiwamu,rohanimu,akhlakmu,lahiriahmu sahabat!!!

Tuesday, June 12, 2012

Pemenang kehidupan




Assalamualaikum..Perkongsian hari Selasa


Khutbah terakhir Rasulullah S.A.W..
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku..






Dari petikan khutbah Rasulullah itu, mari kita renungi segala perlakuan,tindak tanduk kita sehari-hari..Adakah kita menjadikan al-quran dan Sunnah sebagai pegangan dalam melayari kehidupan kita sebagai hambaNya..


Adakah kita mempraktiskan sunnah Rasulullah yang telah Rasulullah ajarkan kepada kita?Adakah kita tergolong dikalangan manusia yang hanya ISLAM pada nama?


Mari menjadi mereka2 yang menang dengan kehidupan..Di dunia inilah kita belajar mengenal kekuatan dan kelemahan akal, jiwa dan juga perasaan kita sendiri...


tapi bagaimana caranya? yakni dengan menetapkan tujuan hidup bertunjangkan kepada Al-quran dan Al-Sunnah..Lillahita'ala...


wallahualam..:)


KEHIDUPAN DUNIA INI TIDAK LAIN KECUALI PERMAINAN DAN HIBURAN
SEDANGKAN KAMPUNG AKHIRAT ITU ADALAH KEHIDUPAN SEBENAR..
ANDAI MEREKA MENGETAHUI-(AL-ANKABUT:64)


Monday, June 11, 2012

TIPS MURAH REZEKI



Assalamualaikum readers!!selamat hari isnin...barakallahulfiqh..


Bagaimana dengan hati kita hari ini?adakah lebih baik dari semalam?adakah sudah kita bermaafan sesama manusia jika semalam kita ada melakukan kesalahan terhadap orang lain?semak kembali diri kita..check balik hati kita...


untuk hari ini, aku berbesar hati untuk berkongsi sedikit TIPS MURAH REZEKI..mudah je..tak susah..jom kita checklist dan amalkan...






  1. Menyempatkan diri beribadah
sempurnakah ibadah kita?cukupkah lima waktu kewajipan ke atas kita yang telah difardhukan?kalau masih berlompang, bermula sekarang.....Ubah diri kita!!!


    2.    Memperbanyakkan beristighfar

Amalan yang mudah tapi sukar untuk kita amalkan sehari2 bukan?Astaghfirullah hal 'azim - Ampunkan aku ya Allah...

    3.    Tinggalkan perbuatan dosa

Amal ma'aruf nahi mungkar...perbanyakkan amal,jauhi perbuatan mungkar...apabila ingin melakukan sesuatu perkara yang terlarang,fikir!!adakah betul tindakan kita?moga kita dijauhkan dari menjadi segolongan manusia yang munafik..nauzubillah himinzalik..

    4.  Sentiasa Ingat Allah

Di dalam setiap urusan kita sehari2, selalulah mengingati Allah..Tuhan yang memberikan kita rezeki,memberikan kita peluang untuk bernafas lagi pada hari ini setelah pada malam hari kita tidur..


    5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Robbighfirli waliwalidayya warhamhuma kamarobbayani soghiro..jadikan doa ini sebagai doa harian kita untuk ibu dan ayah kita..berbaktilah kepada orang tuamu selagi mana mereka masih ada di muka bumi ini..janganlah sesekali kalian berkata walaupun "iskh" terhadap orang tua mu..setitis air mata mereka tumpah kerana luka dengan perbuatan kita,berdosalah kita...jika berbuat dosa,mengguriskan hati mereka,segeralah memohon keampunan kepada mereka..


6. Mengamalkan solat Dhuha

Jadikan solat sunat dhuha sebagai salah satu amalan tambahan kita...solat sunat Dhuha boleh kita laksanakan bermulanya matahari mula naik sehingga matahari mula condong..ketika sujud pada rakaat kedua, bacalah doa ini sebanyak 3kali:-

'wahabli ya wahhabu 'ilman wahikmatan warzughni ya razzaqu kulli musahhalan'...


dan seusai solat, bacalah:-






Maksudnya:-

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.



7. Banyakkan berselawat

Amalan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W..amalkanlah selalu, bukan sahaja banyak manfaatnya malah kita juga turut mendapat pahala...

'Allahumma solli'ala saidina muhammad wa'ala ali saidina muhammad...'

8.  Melazimi kekal berwuduk (sentiasa berada dalam keadaan berwuduk)   

Selalulah berwuduk kerana berwuduk adalah merupakan rantai dalam urusan ibadah kita. Berwuduk merupakan salah satu jalan membina mental dan rohani dimana salah satu usaha kita mendekatkan diri kepada Allah dan mengekalkannya sebagai salah satu ibadah.

semoga sedikit perkongsian ini memberi kita panduan dalam memperbaharui amalan2 kita sehari2..

Wallahualam..:)




Sunday, June 10, 2012

Nasihat seorang Abah


Assalamualaikum readers..:)

Hah!penat hari ni..tapi happy sebab dapat jugak balik kejap jumpa mak ayah..Alhamdulillah,dah selamat tiba kembali di bumi sintok yang indah permai..Sebelum aku naik bas pagi tadi, abah sempat bagi nasihat dan kata2 untuk aku dan adik2 hayati..

Nasihat abah....

Nikmat makan apabila kita merasa lapar..orang yang  pernah hidup dalam kelaparan apabila Allah berikan rezeki, nikmatnya merasai rezeki dari Allah itu tidak terkata lazatnya...berbanding dengan orang yang setiap hari dapat menikmati kelazatan rezeki Allah,tetapi rezeki itu dibuang2 lebihannya..(*terasa nih..-_-)






Nasihat abah...

Nikmat tidur apabila kita merasa mengantuk..orang2 yang berjihad di dalam peperangan,adakalanya tidak dapat merasai nikmat tidur dengan selesa..mata mereka senantiasa berjaga2 dengan kehadiran musuh..tidak dapat tidur di katil yang empuk,hanya beralaskan batu...berbanding kita yang tidurnya berlebih-lebihan sehingga menjadi manusia yang malas dan liat untuk bangun menunaikan solat di awal waktu..

Nasihat abah lagi...

Nikmat kekayaan apabila kita pernah merasai hidup dalam kemiskinan..orang2 yang pernah kesempitan hidup..kais pagi makan pagi..kais petang makan petang..tiba2 Allah berikan nikmat kekayaan atas usahanya selama dia hidup miskin..Allahuakhbar..nikmat kekayaan itu tidak dapat digambarkan dengan kata2..syukurnya tidak lepas dari bibir atas segala kurniaan Allah...sedangkan yang lahirnya sudah dilimpahkan dengan kemewahan..kurang benar ingin bersyukur malah merasa ingin lebih lagi dari apa yang telah dimiliki....

Nasihat abah...

dan Nikmat kejayaan adalah apabila kita pernah merasai kegagalan..Kita pernah gagal sekali...kita sedih dan cuba bangun dari kegagalan lalu...kita berusaha sedaya upaya,kita bertawakal kepada Allah..dan akhirnya kita berjaya...pasti!!nikmat kejayaan itu sukar untuk kita luahkan malah mungkin jauh lebih baik dari apa yang kita jangkakan...


terima kasih Abah...



kata aku~ Hebatnya aturan yang telah Allah susun untuk manusia...kegagalan bukan bermakna sampai disitu sahaja titik noktah untuk kita merasai kejayaan...dari kegagalan itulah kita menilai kembali apa tujuan sebenar kita dalam menyusuri kehidupan yang penuh pancaroba..ya!tujuan UTAMA kita adalah untuk mencari KEREDHAAN ILLAHI..

jika hidup kita tidak mendapat redha Allah,kita sendiri akan merasai terumbang ambing dengan segala yang kita lakukan..adakalanya serba tidak kena waima kita cuba buat yang terbaik...dari itu, MUHASABAH KEMBALI!!mungkin ada lompang didalam urusan kita sehari2..mungkin ada kesalahan kita pada orang sekeliling,dan mungkin juga kita lupa dengan DIA jadi diberinya kita dugaan untuk kita kembali bertaubat dan kembali kepadaNya...

"DAN BAIKILAH PERBUATAN KAMU,SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BERUSAHA MEMPERBAIKI AMALANNYA.." 
(SURAH AL-BAQARAH:195)

Wallahualam..:)






Saturday, June 9, 2012

Alhamdulillah






Allah itu sentiasa menyayangi kita..=)


Jika Allah tidak sayang..Dia takkan bagi berbagai2 kenikmatan seperti apa yang kita perolehi sekarang..


dan... 


mungkin juga kita tidakkan diberi peluang untuk menikmati kehidupan di dunia ini..


dan...


apatah lagi..untuk merasai nikmat IMAN dan ISLAM..


oleh itu,jangan pernah sesekali bibirmu lekang dari mengucapkan syukur kehadratNya...


IT'S JUST A SIMPLE WORD..


ALHAMDULILLAH = THANK YOU ALLAH...=)

Friday, June 8, 2012

sebok je kau ni HATI..


Assalamualaikum..

Lama tak berupdate blog ni kan..erm,busy sangatlah..tak sempat pun nak memikir ayat nak mengarang di sini..

(alasan,facebook boleh je bukak?)...

iskh kau ni hati..sebok je..cube duduk senyap kejap..aku nak menulis,ade je kau datang nak tolong tambah ayat..

(ok,ok..aku senyap kejap..kau takde idea,kau cari aku jugak..:p)

sebenarnya kawan2, saya sedang dalam minggu peperiksaaan..baru start semalam..setakat ni,boleh jawab lah..moga2 dapat keputusan yang baik lah untuk dua subjek yang dah exam tu..saya mengantuk sebenarnya ni..tapi tak boleh tidur memikirkan seseorang......

(acehhh...ko dah ade pengganti ke mekna??)

haihhh ko ni hati..bukanlah...i'm still single and available ok..dont2 love2 couple again...enough!enough!!aku tak couple pun aku tetap rasa bahagia..malah lebih bahagia sebenarnya..

(yelah ko tu...)

ikut suke ko lah hati..malas aku nak layan ko..baik aku tidoq lagi baguihh...

saya pi tidoq dululah..ade je sebok si hati ni nak berkata2 jugak...

(elehh,cakap jelah ko takde idea nak tulis mekna oii...)

iskh!!syuuuuu....:p

Sunday, May 6, 2012

insan lemah ini..



Assalamualaikum..




Ya Allah, jika keburukanku memberi kemudaratan kepada orang lain,aku pohon kau jauhkanlah orang itu agar tidak dia mendapat tempias daripada keburukanku itu..Jika pula kebaikanku mendapat redha dan pahala dariMu, Kau perluaskan kebaikanku itu agar dapat aku berikan pada mereka yang ada disekelilingku...


Aku hanya insan lemah yang kadangkala tidak mampu membendung kata hati sendiri...-_-

Wednesday, April 11, 2012

Di batas Masa




langit mendung hujan pun gerimis..sayup terdengar sendu dan tangis...titipan suara merayu pada Illahi..berdoa dimudahkan perjalanan terakhir ini....

bagai terasa resah jiwaku..bagai terdengar suara mendayu....tiada walau sesaat dibawa pergi...tiada lagi harga pada yang memuja...tiada lagi nilai pada yang memuji...

di kala jantungku bagaikan gelombang...lemah cengkaman jejarimu di genggaman ini...betapa sukar untuk menerima....tiba detik pastikan terpisah...di batas masa...........


Thursday, April 5, 2012

Terimalah Ketentuan Allah, Baik ataupun Buruk



Assalamualaikum..



Ketenangan hati ketika ditimpa musibah banyak bergantung sejauh mana iman dan keyakinan kepada qada dan qadar.Apatah lagi jika si hamba mengetahui bahawa Allah Maha Lembut terhadap hambaNya....

"Sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan dan sesungguhnya bersama kesusahan ada kemudahan"(Al-Insyirah:5-6)

Saturday, March 10, 2012









Assalamualaikum..




“Kadangkala tak perlu buat apa-apa untuk mendapat pahala..cuma DIAM.

Kadangkala takperlu berbelanja apa-apa untuk mengukuhkan tali persaudaraan..cuma SENYUM.

Dan kadangkala tak perlu apa-apa untuk meraih cinta..cuma DOA.

Diam, Senyum dan Doa adalah ‘kerja mudah yang payah’ ....

...tanpa hati yang ingat ALLAH.


-dipetik dari kisah wanita-



Thursday, March 8, 2012

Bukan Sebaliknya..





Assalamualaikum..


Bukan dengan usiamu yang habis untuk hal-hal yang tidak perlu,membalas dendam kesumat dan bertekak yang tidak bermanfaat.


Bukan dengan mengutamakan dan menimbun harta benda,hingga terpaksa mengorbankan kesihatan,kebahagiaan hati,tidur nyenyak dan ketenangan hati.


Bukan dengan sentiasa mencari kesalahan dan mengumpat orang lain dan pada waktu yang sama melupakan kesalahan dan dosa yang diperbuatnya.


Bukan dengan tenggelam dengan kenikmatan hawa nafsu dan memenuhi segala keinginan diri tanpa kawalan.


Bukan dengan menghabiskan waktu dengan orang-orang yang mengisi waktunya dengan hal-hal yang tidak mendatangkan manfaat dan sia-sia.


Bukan dengan bermacam-macam minuman yang diharamkan dan segala sesuatu yang mendatangkan keburukan.


Bukan dengan mengingat musibah lalu serta kesalahan masa lampau.


Bukan dengan melupakan akhirat dan beramal untuknya,tetapi lupa terhadap kedatangannya yang pasti.


-Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni-

Wednesday, February 29, 2012

Page Facebook WAJIB LIKE!!!




Assalamualaikum...selamat petang..hari ini buat sekian kalinya kelas aku batal lagi.Orang lain dah sibuk belajar,buat assignment...selalunya macamtulah, bila hujung semester orang lain dah mula study untuk final exam,aku dan kawan2 masih terkapai buat projek multimedia yang kaw2 punya susah tu..inilah maknanya bersenang2 dahulu,bersusah2 kemudian...hehehe...

entah kenapa aku agak rajin update blog aku hari ni..mungkin kebosanan yang melanda..memang ada buku untuk dibaca..dua buah buku aku beli pun tak habis lagi baca,tapi...tulah,setiap kali baca sejam baca,mulalah menguap..

ermm..sebenarnya bukan dalam buku sahaja kita boleh peroleh pelbagai isian berguna untuk diri..aku maksudkan santapan rohani kita sebagai manusia..Selain urusan harian kita, diri dan jiwa kita perlu juga dipenuhkan dengan ilmu2 akhirat,dan pengisian nurani..Aku memang tak nafikan facebook salah satu medium yang selalu aku bukak..bukan selalu dah,memang dah jadi wajib..haha..senang satu hal nak komunikasi dengan kawan2..kalau tunggu message,lambatlah nak reply..so,medium ni medium paling berkesan la bagi aku..hehe..

ada beberapa page di facebook yang selalu aku akan jengah dan baca..Pengisian yang mereka sampaikan sangat2 bagus dan bukan hanya sekadar cakap2 kosong ataupun copy paste...so,aku kongsikan disini untuk korang pergi terjah dan baca isi2 di dalamnya..jangan hanya tahu nak kutuk2 orang sahaja kat facebook tu..

Rusydee Artz & Syabab Musabab musafir
-Dua orang yang sama..rusydee artz lebih kepada semua lukisan2 dakwah beliau,cuma syabab musabab musafir tu facebook dia,tapi yang uniknya beliau xde add orang dan facebook personal dia tu open kepada semua orang..Aku sangat2 suka dengan page yang dibuat oleh seorang hamba Allah ni...bukan sahaja lukisannya cantik,malahan apabila aku membaca isi2nya membuatkan aku menangis..Allahu robbi..beliau bukanlah seorang ustaz waima wahabi atau alim ulamak,apa yang dia sampaikan semuanya berlandaskan Al-quran dan hadis..Aku percaya beliau seorang yang suka mendalami ilmu Allah..apa yang dia baca,apa yang dia tulis akan diadaptasikan ke dalam bentuk lukisan...Masyaallah..saudara memang baguslah..tapi,aku tak faham masih ramai yang dengkikan beliau..Aku harap beliau tabah hadapi setiap tohmahan dari orang ramai tentang beliau..Aku sokong beliau..beliau pun ada blog..korang boleh pergi ke sini..http://selamattinggal.blogspot.com/2011/12/setia-menanti-bersama-allah.html 

Kisah Wanita
- Ini page untuk para wanita yang tercari2 ayat2 motivasi diri..page ni pun aku selalu jenguk dan baca pengisiannya..Sangat memotivasikan diri aku sebagai seorang wanita. Memang kita sebagai manusia,apabila berada dalam kesedihan,kita perlu berbalik kepada Allah..namun,aku tetap jadikan ayat2nya sebagai motivasi   untuk diri aku dikala kesedihan..Dan yang paling menarik,page ini mengajak orang ramai untuk join contest foto dakwah..aku pun join jugak..hehe...tujuan contest tu bukanlah untuk meraih hadiah,tetapi untuk berkongsi dengan saudara2 seagama kita dan renungi serta muhasabah diri kita kembali sebagai hambaNya..

Langit Ilahi
- Langit Illahi..nama yang sangat unik bagi aku. Sama juga dengan Kisah wanita dan Rusydee Artz, pengisiannya sangat bagus...ayat2nya lebih puitis..Langit Ilahi ni sebenarnya sebuah team website yang menghasilkan baju untuk muslim dan muslimah dan disamping mengajak diri dan masyarakat kembali kepada Allah..Kalau rasa nak beli baju muslimah ke,tshirt muslim ke...korang boleh la like page diorang ok..hehe..

sebenarnya banyak lagi yang ada...setakat petang ni,aku rasa aku kongsikan yang tiga page ni lah ya...aku jamin tak rugi kalau korang datang terjah page facebook diorang..Dari korang like page yang bukan2,yang tunjuk aurat orang,yang suka maki2 orang,lebih baik korang like page2 yang aku cakap kat atas ni...Medium facebook ni xsalah pun sebenarnya,yang salah bila kita sendiri tidak pandai mengendalikannya dan tanpa sedar,kita free2 je dapat dosa kering..Jadi apa tunggu lagi,buang post2 lama yang tidak baik,upgrade dengan post2 yang bermanfaat,buang gambar2 yang tak tutup aurat,upload gambar2 dakwah...ok?

sekian sahaja untuk petang ni..azan dah berkumandang..ayuh kita menghadap Yang Esa...Assalamualaikum...