Followers

Wednesday, August 8, 2012

Bersabar di atas Ujian Tuhan


Assalamualaikum..

Kita ini adakalanya lebih mementingkan perasaan sendiri dari hati dan perasaan orang lain. 

"Aku pun banyak masalah, lagi nak tolong masalah orang,memang taklah".."Kau boleh jangan ganggu aku tak?aku tengah serabut ni,kau nak tambah lagi beban masalah aku"..

Namun..pernahkah terlintas di fikiranmu permasalahan yang mereka hadapi itu jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan masalah kita?

Seringkali apabila terjebak dengan permasalahan yang membelenggu fikiran, kita bagaikan hilang arah tujuan. Orang sekeliling tidak lagi menjadi titik rujukan..kita mengeluh umpama hanya aku punya masalah."ah! kau tak faham apa yang aku alami"..."kau cakap mudahlah,kau tak hadapi masalah macam aku".."simpan jelah nasihat kau tu..makin sakit otak aku"..inilah antara dialog-dialog yang sering kita dengar..(adakala diri juga begitu)

http://2.bp.blogspot.com/-SY6VK5XBYjo/T7NRDFp3RPI/AAAAAAAAEO4/0uOhcAlHAOI/s1600/sabar-ujian.jpg

Masalah itu umpama sebuah gunung yang tinggi..ujiannya penuh dengan liku2 sepanjang pendakian..puncaknya adalah sebuah penyelesaian..manusia yang menang adalah yang bersabar dalam pendakian itu untuk sampai ke puncak penyelesaian.

kita lupa dunia ini tempat persinggahan. Kita lupa dunia ini memang penuh dengan pancaroba..kita sombong sebenarnya....sehingga kita tidak sedar kita telah mengecewakan/mengguriskan hati orang lain...

apa perlu buat?kembali pada rabbMu..bersangka baiklah padaNya...Wallahualam.


5 comments:

Fakhruddin said...

bersabar ya..semoga masalah tu ada pnyelesaian

Kotak Mancis said...

kesabaran... mudah diungkapkan dgn kata2 daripada melakukan...

Anonymous said...

Salam Aidilfitri buat akak ana sekeluarga...maafkan sy atas apa yg telah sy lakukan dulu, pcayalah, masa itu sy masih bodoh dan jahil. sampaikan salam kemaafan sy pada adik akak, Zulaikha..semoga Allah mngurniakan kebahagiaan kpd kalian..Amin..

-gedek! said...

Nad tu nakal tak? kalau dia nakal, ketuk sikit tangan dia, okeh?

Baahaha!

(sori off topik)

Anonymous said...

Foг mоѕt rеcent news yοu haѵe to pay a
quick visіt the wеb and on іntеrnet I found this
ωeb sitе as a most excellent websitе for latest updates.


Feel free tο surf to my websіte ... http://cmc.jbcourse.com/