Monday, October 31, 2011

Indahnya perkenalan....

Assalamualaikum...selamat malam...ape kabar semua insan2 blogger sekalian?sihat ke korang?aku alhamdulillah..sihat je..baru je balik dari 2pulau..hahahaha...tak pernah dibuat orang pergi dua pulau dalam masa 1minggu...berjalan sakan!!!

maunye tak penat..tapi, pengalaman yang sangat2 seronok...actually, aku join program BAKSIS@Bakti Siswa di Pulau Pangkor..fuh..memang seronok..tambah2 aku dapat pulak keluarga angkat yang sangat sempoiii..memang la best..rumah pulak memang betul2 belakangnya laut,ade beranda rehat2 lagi..memang macam homestay tepi laut!!!memang terbaikkk...aku happy sebab dapat kenal dengan mak ngan abah angkat aku..diorang sangat2 baik..sungguh,aku rasa selesa sangat..lagi2 adik beradik angkat aku...peramah yang amat!!hahaha...abg cik, rindu plak akak kat ko tau dik...abang dengan adam senyap sikit orangnya..so,kami tak berapa banyak bercakap.. abg cik la banyak layan kami pi jalan2...bawak gi sana sini...tolong bawak pegi kedai...tq acik!!!ade mase nanti kita jumpe k..bukan jauh pun...hehe..

banyak nak cerita sebenarnya..tapi,better aku cerita esok2 jelah...hahahahaha..sekali dengan gambar...lagi umpp kan..saje nak bagi korang jelesss..hahaha...oklah,aku mengantuk gila dah ni...perlu rehat yang cukup....gudnite!!! Assalamualaikum...^_^

Tuesday, October 25, 2011

kebahagiaan...





Assalamualaikum...


Secebis kasih membuatkan kita sayang..
seucap janji membuatkan kita percaya...
Secebis luka membuatkan kita kecewa..
tetapi..
secebis senyuman menjadikan kita lebih ceria..
dan keceriaan itulah yang membuatkan kita lebih bahagia....


Namun hidup tak selalunya indah... 
tapi selagi kita ikhlas kebahagiaan itu pasti menjadi milik kita..
kata orang hargailah apa yang ada didepan mata... 
kerana itu mungkin kebahagiaan kita.... 
Cantik dimata tak semestinya cantik di hati...
Cantik budi itulah dicari....=)

Thursday, October 20, 2011

~~penantian~~



Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku

Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi



Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku

Wednesday, October 19, 2011

cinta dalam diam...


kamu mengajarku erti kesabaran..
kesepianmu ku anggap kerana kau mahu menjaga batas sempadan antara kita..
sikapmu itu mengajar aku untuk terus setia padamu...
ketidakhirauanmu ku anggap sebagai kau mahu menjaga hati kita agar tidak lupa padaNya..
agar kita tidak terus hanyut dengan perasaan yang belum halal untuk kita..
biarkan aku mencintaimu dalam diam..
agar cinta itu terus mekar di hati ini...^_^


Ya Allah..satukanlah hati2 kami..


-nukilan hatiku~anna...

Monday, October 17, 2011

Jika benar kau kasihkan lelaki/wanita itu...









‎~ WAHAI LELAKI ~

Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu
•• Bawalah dia ke jalan Allah
•• Nasihatilah dia
•• Perbetulkan kesilapannya
•• Jagalah dia dgn baik
•• Kasihanilah dia
•• Lindungilah dia
•• Berilah kasih syg padanya
•• Hargailah dia
•• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•• Bersabar dengannya
•• Terimalah & cintailah kekurangannya
•• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya

~ WAHAI PEREMPUAN ~

Jika benar kau kasih & cintakan lelaki itu
•• Setialah kepadanya
•• Hormati kepadanya
•• Mencintainya sepenuh hati
•• Berlaku jujur kepadanya
•• Sentiasa disisinya
•• Hargailah dia
•• Jagalah maruahnya
•• Bersabar dengannya
•• Terimalah & cintailah kekurangannya
•• Jadi seorang ibu yang mithali kepada anak2nya.



~perkongsian bersama~~~


Cinta ini Allah yg beri...
dan selagi rasa ini tidak diambilnya..
Aku tetap aku yg dulu...cinta hatimu......=)


Sunday, October 16, 2011

BANGUN DARI KESILAPAN SENDIRI...

Assalamualaikum...selamat pagi semua...memang la terbaik aku tak tidur lagi masa2 ni...hahaha..takdelah..sebenarnya aku busy sikit malam ni...menyiapkan coding yang tak jadi sampai ke sudah...jadi, aku menyiapkan coding blog jelah..:p

sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih pada seorang sahabat yang selalu ada waktu susah,senang,sedih dan gembira aku...iaitu tak lain tak bukan MAZITA BINTI ABU OMAR@ nama glamnye ISMI MAZITA...

tq so2 much my dear bestfriend atas nasihat2 yang kamu beri tadi....sungguh,kata2 perangsang..kata2 semangat dia membuatkan aku buka kembali mata aku malam ni...maksud aku..untuk menjadi seorang yang lebih matang,seorang yang lebih sabar...kalau dibandingkan masalah aku berbanding dia..apa yang dia tempuh jauh lebih menyedihkan..dan dia mampu bertahan hingga apa yang dia inginkan dimakhbulkan...

NURFARHANA SHAHARI...please wake up!!! belajar menjadi manusia yang cekal...terima apa yang terjadi sebagai satu kebaikan untuk dirimu...Cuba mengerti makna tersirat di sebalik segala yang terjadi...Allah berikan dugaan berupa dugaan yang mampu dirimu untuk menanggungnya...setiapnya ada jalan penyelesaian....SUBHANALLAH...Besarnya KuasaMu Ya Allah...

aku jugak nak ucapkan terima kasih sangat2 untuk orang yang aku sayangi...Zulkifli Nafi...terima kasih sebab nasihati saya...saya sedar itu memang silap saya sendiri..mungkin sebab tu jugak hati saya rasa gelisah..yelah,perkara yang salah dan saya still jugak buat walaupun tahu...jahilnya saya...

Ampunkan dosa2ku Ya Allah...kuatkan iman,kuatkan rasa istiqamahku dalam mencapai redhaMu...

Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah.
Allah Maha Tahu jodoh kita siapa.
Cintai dia dalam diam.
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan..^_^

Saturday, October 15, 2011

Manusia cepat berubah..

satu yang ku pelajari dari kehidupan ini..
ia perlu diteruskan..


satu perkara yang kupelajari dari cinta
bahawa ia tidak selalu bertahan..


satu perkara yang aku pelajari dari manusia
bahawa manusia itu cepat berubah...


~cicinta.com~

PULANGLAH DUKA..

i dont know why...something happen to me this night...rasa dah xlarat nak tunggu lagi...hummmm...dari dulu sampai hari ni aku still jadi farhana yang dulu..aku cuba untuk jadi kuat...xmudah menangis..tapi aku xboleh..mungkin aku turun dari mak aku kowt...huhuhu...mak, along perlukan bahu mak..along nak tidur ngan mak...supaya hati along tenang..tapi,along tahu..along kat sini kena belajar kawal diri...hurmmm..

aku ada hati....ada perasaan...aku menangis bukan sebab aku manja...ini naluri aku sebagai wanita...ini kelemahan aku..aku mengaku aku mudah mengalirkan air mata....aku menangis sebab aku nak keluarkan rasa sedih aku..rasa terkilan di hati aku...aku tak mintak dipujuk..

Ya Allah..aku hanya hambaMu yang lemah..tak terdaya aku untuk buang perasaan yang kau ciptakan untuk hambaMu...Kau perkuatkanlah kesabaran dalam diriku...kabulkanlah doa2ku...='(

Thursday, October 13, 2011

MAHLIGAI KASIH..





Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan

Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati

Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia..

Tuesday, October 11, 2011

SATU CERITA DALAM BICARA...



Jangan kata aku hanya pandai bermain kata2
kerana aku manusia biasa..
apa yg aku bicarakan lahir daripada Hati
aku menulis kerana aku cinta
aku menulis kerana aku menghargai kurniaan yg ESA
aku menulis kerana aku tahu apa ertinya CINTA
dan kerana itu aku jadikan satu cerita dalam bicara...
sama ada suka atau duka..

~babylove~

BERCELARUUUUUU...

Assalamualaikum...jam sudah menginjak ke angka 1.41 pagi ketika saat aku mengarang ayat2 ini...ku gagahi jua untuk tinta pena malam ini....aku tak kisah andai ada pembaca atau tidak..pada yang menjenguk di sini, mungkin anda sering perhatikan yang aku lebih banyak bercerita mengenai keluh kesahku berbanding dari sebelum ini dimna aku banyak berkongsi dengan orang ramai dengan tips dan jugak tutorial...Sementelah kehidupan aku sudah mula sibuk,maka aku tidak punya masa yang penuh untuk berbuat demikian...sebab itulah,entry aku lebih menjurus kepada kehidupan,suka dan duka aku di sini...

semester ini adalah semester yang paling banyak duit aku keluar..huhu..dengan buku2nya...kebanyakan buku semua rm80 ke atas...tak beli,aku nak study dengan apa nanti...no more slide notes ok...you must to buy this book..said my lecturer..ok sir..i already buy your book..

Ditambah pulak dengan kegunaan harian dan subjek fotografi aku, aku agak pening memikirkan kewangan aku semester ni..bukanlah abah dan mak tak boleh support aku..memamg diorang mampu, tapi aku kalau boleh nak elak dari meminta2 dari mak abah...Ptptn aku just dapat separuh je..tu pun just dapat tolak duit yuran je..duit belanja aku memang takdelah..100% PAMA...itu yg merunsingkan aku...aku dah sedaya upaya untuk berjimat, lupakan kehendak dan utamakan keperluan..

Alhamdulillah pinjaman Mara aku dah nak dekat abis bayar..syukurlah aku hanya perlu bayar 3ribu lebih..kalau tak 25ribu jugaklah aku sepatutnya kena bayar....satu beban bakal berlalu..lepas ni bayar 6ribu plak..

plan aku lepas abis degree nak kerja terus...rasa otak aku dah makin tepu...abah aku pulak harapkan aku untuk sambung lagi belajar...hummm..entahlah...memangla hajat hati aku nak belajar lagi..tapi,mampu ke aku????semester depan adalah semester akhir aku kat uum dan lepas tu,aku dah start praktikal..6bulan...and then......not sure..Master at USM or stop study and work...kalau korang??

otak aku sangat bercelaru sekarang....rasa nak marah orang pun ada...rasa nak berjauhan dari orang ramai pun ada...rasa nakkkkkkkkk...arghhhhhh!!!!!=(

Sunday, October 9, 2011

Ku mahu kau tahu..hanya ini yang aku mahu...




aku hanya ingin disampingmu..
aku hanya ingin menjadi permaisurimu..
aku hanya ingin menjadi ibu pada anak2mu kelak...
aku hanya ingin berkongsi rasa suka dan duka denganmu..
aku hanya ingin menjaga dirimu ketika kamu sakit..aku hanya ingin merawat luka hatimu...
aku hanya ingin dibimbing kamu ke jalan Allah yg satu......
aku hanya ingin kamu mendodoikan malamku kala waktu beradu...
dan aku ingin menjadi yang halal untukmu dan kekal hingga ke syurga..
hanya itu yang aku mahu..



Ya Allah..pertemukan aku dan dia pada pengharapanku padaMu dalam sujud istiqarahku...Amin...