Wednesday, August 8, 2012

Bersabar di atas Ujian Tuhan


Assalamualaikum..

Kita ini adakalanya lebih mementingkan perasaan sendiri dari hati dan perasaan orang lain. 

"Aku pun banyak masalah, lagi nak tolong masalah orang,memang taklah".."Kau boleh jangan ganggu aku tak?aku tengah serabut ni,kau nak tambah lagi beban masalah aku"..

Namun..pernahkah terlintas di fikiranmu permasalahan yang mereka hadapi itu jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan masalah kita?

Seringkali apabila terjebak dengan permasalahan yang membelenggu fikiran, kita bagaikan hilang arah tujuan. Orang sekeliling tidak lagi menjadi titik rujukan..kita mengeluh umpama hanya aku punya masalah."ah! kau tak faham apa yang aku alami"..."kau cakap mudahlah,kau tak hadapi masalah macam aku".."simpan jelah nasihat kau tu..makin sakit otak aku"..inilah antara dialog-dialog yang sering kita dengar..(adakala diri juga begitu)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMKQEKweZEDTiNKT_KqTFfxAfbpI-dMXzcIQruoRE1OaaD0meaZA1fkzPOEbPAcTf0V9Xm53PRUOkWEez3JSuLIXaznCeB-B-SDWjbDF4c-Uzb9A9PMKmyKKr3b1x0irgfzaokEDidJ_Vn/s1600/sabar-ujian.jpg

Masalah itu umpama sebuah gunung yang tinggi..ujiannya penuh dengan liku2 sepanjang pendakian..puncaknya adalah sebuah penyelesaian..manusia yang menang adalah yang bersabar dalam pendakian itu untuk sampai ke puncak penyelesaian.

kita lupa dunia ini tempat persinggahan. Kita lupa dunia ini memang penuh dengan pancaroba..kita sombong sebenarnya....sehingga kita tidak sedar kita telah mengecewakan/mengguriskan hati orang lain...

apa perlu buat?kembali pada rabbMu..bersangka baiklah padaNya...Wallahualam.


Monday, August 6, 2012

wajah kebahagiaan


Kurapati katil bercadar putih itu.sekujur tubuh tua yang sedang lena itu terbaring dengan wajah yang lesu. Mataku memandang tubuh itu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki dan pandanganku terhenti di kaki kanannya yang berbalut dan bertungkukan besi. Sebuah keluhan halus terbit dari nafasku."biar opah tidur dulu..dia penat tu.." kata ibu saudaraku yang ku panggil makngah. Kelmarin abah menerima panggilan daripada ucu memberitahu yang opah jatuh tangga dan dimasukkan ke hospital. Aku tahu bagaimana perasaan abah.Pasti luluh hatinya walaupun riak kerisauan itu tidak dapat aku baca dari wajahnya.Aku juga risau tetapi tidaklah seperti apa yang abah rasakan.ya..mungkin juga kerana aku tidak begitu rapat dengan opah menyebabkan perasaan risau itu tidak begitu mencengkam jiwaku.Bergegas kami pada petang itu ke hospital teluk intan yang terletak agak jauh dari rumah ku di seri iskandar ini. 

"Nanti mungkin salah seorang kena jaga opah."kata emak. Aku hanya mendiamkan diri tidak memberi apa-apa reaksi. Bukan aku tidak mahu, sementelah aku adalah cucu opah, masakan aku menolak permintaan emak dan abah.Cuma aku risau mengenangkan adakah aku mampu menjaga opah nanti?Bolehkah aku memujuknya makan,memahami setiap bait-bait kata opah?ya..aku kurang sukar memahami beberapa perkara yang opah sembangkan..orang tua,lorat peraknya pekat hinggakan kadangkala aku hanya menganggukkan kepala sahaja tanda faham walaupun sebenarnya sepatah perkataan pun aku tidak faham."ah..nanti fahamlah,kalau tak faham anggukkan aje.."aku bermonolog sendirian.

Malam itu,adalah malam pertamaku berada di hospital.Ya!pertama kalinya dalam sejarah hidup aku tidur di hospital dan menjaga opah yang sakit Tambahan lagi dibulan yang mulia  Ramadhan Al-Mubarak. Kata-kata abah tiba-tiba terngiang-ngiang di cuping telingaku.."ambil peluang ni untuk cari pengalaman menjaga orang sakit..opah kamu,bukan orang lain..besar pahala menjaga orang sakit ni long.." Hari pertama aku dapat merasakan agak kekok,Bukanlah bermakna aku tidak pernah langsung menjaga orang yang sakit.cuma mungkin kerana aku kurang rapat dengan opah sebelum ini membuatkan aku sedikit kelam kabut menguruskan opah. Berkat Ramadhan, mungkin Allah mahu tunjukkan aku sesuatu..hampir seminggu menjaga opah di hospital, aku semakin memahami apa yang dikatakan sebagai pengorbanan seorang ibu dan ayah. Bagaimana pengorbanan seorang anak terhadap ibunya yang sudah semakin tua. Abah dan emak berulang alik setiap hari menjenguk opah di wad. Membawakan bekalan berbuka puasa untukku. Aku tahu jauh disudut hati abah dan emak, mereka juga risaukan anaknya ini. Walau aku tahu mereka keletihan setelah seharian bekerja, perlu bergegas pula ke hospital. Andai aku seperti abah,entahlah..aku rasa aku tidak mampu menjadi sepertinya. Namun aku berharap, aku dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini terhadapku.
Kini, aku semakin dapat merasakan yang perhubungan aku dengan opah agak semakin rapat. Jika sebelum ini aku tidak pernah menyuapnya makan,kini aku beroleh peluang itu. Peluang membersihkan opah dikala dia tidak lagi mampu menguruskan dirinya sendiri. Ku usap tangan tua itu..terdetik di hati "suatu masa nanti, emak dan abah juga mungkin memerlukan aku disisi mereka seperti ini..menjaga mereka,membersihkan mereka,menyuapkan mereka makan." hatiku sebak. Aku semakin memahami apa yang diperlukan oleh seorang ibu dan ayah dari anaknya. Bukan harta benda,bukan wang ringgit yang dibalas,tetapi nilai kasih sayang dan belaian  dan keprihatinan seorang anak yang membuatkan mereka bahagia. Cukup bahagia..

Pengalaman ini cukup bermakna bagi diriku. Cukup membuatkan aku sedar yang sebagai seorang cucu, aku yang sepatutnya memulakan dahulu. Cukup juga membuatkan aku kembali mencari diriku sendiri. Diri sebagai seorang anak, dan seorang anak yang sulung di dalam keluarga. Aku berharap agar Allah segera menyembuhkan opah dari kesakitan yang dialaminya. Aku bersyukur kerana diberi peluang itu. Aku juga berharap agar Allah memberikan kesihatan yang terbaik untuk emak dan abahku. Sebagai anak siapalah yang sanggup melihat ibu dan ayah mereka sakit dan terlantar. Hanya anak yang tidak tahu mengenang jasa sahaja akan bertindak di luar batasan itu. Tergamakkah aku membiarkan mereka yang telah menatang aku bagaikan minyak yang penuh, mendidik dan membesarkan aku, memberikan segala keperluan dan kehendakku?Ya Allah..Kau jauhkanlah aku dari sikap sebegitu. 

Aku berharap, wajah kebahagiaan itu akan selalu menata di ruang mata ini..wajah kebahagiaan itu yang suatu masa nanti dapat aku balasi dengan warna kasih sayang..walaupun nilainya tidak mampu aku tandingi dengan sejuta warna kasih sayang yang telah mereka curahkan selama ini terhadapku...Ya Allah,lindungilah mereka..sihatkanlah iman dan tubuh mereka. Perliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara aku ketika aku kecil. Amin..


Friday, August 3, 2012

Istimewanya Dirimu


Assalamualaikum...

Terkadang kita lupa...kita sering lupa bersyukur dengan segala apa yang kita miliki kerana kerap kali kita  memerhatikan apa yang dimiliki oleh orang lain lebih dari apa yang kita miliki..tidak terkecuali diriku sendiri..adakalanya aku bertanya kepada diriku sendiri..mengapa aku tidak seperti mereka?mengapa aku tidak sebijak mereka?mengapa laluanku lebih sukar berbanding dirinya?persoalan mengapa yang menerjah fikiran yang entah bila kan berkesudahan...

duduk aku bermuhasabah diri..kembali mengenal diriku sendiri..semakin aku menginjak dewasa,semakin aku berusaha mengenal potensi diriku..

"Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"(Surah Al-Tin[95]:4)

Sungguh Allah itu Maha Adil yang menciptakan setiap dari kita dengan segala kelebihan dan juga kelemahan.Ada perkara yang mampu kita lakukan tidak mampu dilakukan oleh orang lain,ada pula perkara yang lainnya pula tidak kita mampu lakukan tetapi mampu pada orang lain..itulah yang dikatakan saling melengkapi..tapi..ya lah..kita sendiri yang tidak pernah sedar kan?


http://malaysianeka.com/wp-content/uploads/2012/03/spd.jpg
Aku adalah aku dengan keupayaanku..dan engkau dengan keupayaanmu..jika kita mahu membandingkan sekalipun,mengapa tidak kita bandingkan diri kita sendiri hari ini dengan kelmarin??adakah hari ini aku lebih baik dari semalam?apa baktiku hari ini yang mampu aku manfaatkan berbanding kesilapan semalamku??

Baiknya Tuhan yang menciptakan manusia dengan sempurna dan seimbang perhitungannya..Tiada sekelumit keburukan yang lahir dari ciptaanNya..waima jika manusia itu dilahirkan tidak sempurna fizikalnya,tak siapa tahu satu masa dia mungkin menjadi lebih hebat dari manusia yang lahirnya sempurna cukup fizikalnya..cuba kau lihat sekelilingmu..ada yang kudung kedua tangannya..namun mampu melakarkan sebuah lukisan indah dari jari jemari kakinya..ada pula yang kudung kakinya,tapi mampu menjadi olahragawan olahragawati negara..semua dari kita punya potensi diri..

percaya pada diri..setiap dari kita berbeza dengan kelebihan masing-masing..dan satu yang perlu kita pegang seutuh-utuhnya..

SETIAP DARIPADA KITA ISTIMEWA DISISINYA.. =)