Showing posts with label isi hati. Show all posts
Showing posts with label isi hati. Show all posts
Wednesday, November 2, 2011
ku tinggalkan luka di sana..
Biarkanlah..
Aku lupakan luka semalam di sana
agar tak terlihat lagi oleh pandanganku
aku singkirkan kesakitan semalam ke laut biru
biar aku tak lagi menangis dalam tangisan sendu..
Namun,
aku tahu..
biar sejauh mana pun ku cuba membuangnya..
sekali sekala ianya menjengah juga di sudut ingatan..
bukan untuk aku ratapi..
tapi utk aku jadikan sempadan diri...
luka di jiwa..bukan untuk aku sesali diri..
tapi untuk menguji ketabahan hati...
nyatanya..
kisah semalam menjadikan aku lebih menghargai diri..
Thursday, October 20, 2011
~~penantian~~
Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
Labels:
isi hati,
lirik lagu hari ini
Thursday, October 13, 2011
MAHLIGAI KASIH..
Duhai kasih cuba kau dengarkan
Bisik hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian
Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan
Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan
Cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kita kan diberkati
Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu
Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia..
Labels:
cinta dan kasih sayang,
isi hati,
nasyid
Tuesday, September 27, 2011
Tangan Tak Sampai...
Pernahkah kau dengarkan burung2 menyanyi
pernahkah kau dengarkan dia menangis..
tawa dan tangis yang ku dengar sama merdunya...
ataukah memang aku tak tahu senandungnya...
ku ingat ada senyum yang abadi di bibirmu
mengapa tiada lagi kini sayang.....
semua duka yang kau alami sudah nasibmu
untuk apa kau sembunyikan senyum di bibirmu
walaupun hatimu memeluk gunung
manalah mungkin tangan tak sampai
walau ingin hatimu memetik bintang
manalah mungkin tiada sayapmu
biarlah yang hitam menjadi hitam
jangan harapkan jadi putih
biarlah rembulan di atas sana
manalah mungkin turun ke sini......
lihatlah malam ini kau tak lagi sendiri
bolehkah ku ingin menemanimu sayang...
ingin ku dengar ceritamu,tentang hidupmu....
nikmatilah apa yang kau dapat di dunia...
pernahkah kau dengarkan dia menangis..
tawa dan tangis yang ku dengar sama merdunya...
ataukah memang aku tak tahu senandungnya...
ku ingat ada senyum yang abadi di bibirmu
mengapa tiada lagi kini sayang.....
semua duka yang kau alami sudah nasibmu
untuk apa kau sembunyikan senyum di bibirmu
walaupun hatimu memeluk gunung
manalah mungkin tangan tak sampai
walau ingin hatimu memetik bintang
manalah mungkin tiada sayapmu
biarlah yang hitam menjadi hitam
jangan harapkan jadi putih
biarlah rembulan di atas sana
manalah mungkin turun ke sini......
lihatlah malam ini kau tak lagi sendiri
bolehkah ku ingin menemanimu sayang...
ingin ku dengar ceritamu,tentang hidupmu....
nikmatilah apa yang kau dapat di dunia...
Labels:
isi hati,
lirik lagu hari ini
Saturday, September 24, 2011
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA...
Assalamualaikum...selamat tengahari...hope korang sihat2 yer...aku macam biasa..alhamdulillah..sihat walafiat lagi...cuma agak busy dan badan selalu letih..tapi tu perkara biasa la kan..alah bisa tegar biasa...haha
sebenarnya aku nak ucapkan terima kasih yang teramat2 pada semua kawan2 aku,kawan2 facebook sama ada yang aku kenal ataupun tidak....yang wish kat aku sempena hari jadi aku 19 september lepas...TERIMA KASIH SANGAT2....TERIMA KASIH jugak atas doa2 kalian....
To my lovely emak...terima kasih sebab wish kat along....along tak perlukan hadiah belated...mak ingat birthday along pun,along dah seronok...pengorbanan mak pada along selama ni pun semua tu hadiah buat along....tak mampu along nak balas mak.....sungguh,along rindu kat mak..rindu nak peluk,tidur dengan mak...Along mintak maaf sebab balik sini along jarang call mak...tapi,along tak pernah lupa doa untuk keluarga,along tak pernah lupa mak...buat abah,along ucapkan terima kasih atas nasihat2 abah sebelum along balik sini...along pegang kata2 abah...pelajaranlah yang dapat bela nasib diri sendiri satu masa nanti..supaya orang tak permainkan diri kita...
buat adik2 ku..Zulaikha....thaks for wish my bufday...thanks sebab mintak kawan2 along jaga along kat sini...sedih along bace statement kamu tulis kat fb kak atik,kak mas sume...and to my little bro...Muzhaffar..owwh,tak wish kat along pun yer...ok fine..along faham kamu nak final exam...goodluck!!!buat yang terbaik...dah janji kan dengan abah mak...kamu je anak lelaki yang ada..pengganti abah kalau abah dah tak ada nanti..kamu wali along...jadi,mula dari sekarang, belajarlah rajin2..jadi orang berguna dan bertanggungjawab....
To my lovely sister...SITI MASTURAH DAN NURUL NAIMI..time kasih yer tudung dengan mug tu...mekna suko sangat2...hehe...To my lovely friend...ATIKAH ABU BAKAR...tq sebab jadi kawan saya yang paling gila...hahahahaha...To my rumate..NURBAHIAH...time kaceh yer bagi bantal angry bird tu..ingatkan itik...hehehe..leh bawak peluk malam2...HAPPY BUFDAY jugak kat kamu!!!!hadiah nanti ana bagi yer...nak tunggu kamu xbape nak ingat dah,,baru surprise..hahaha...macamtu jugak dengan kawan2 JKPS...kak AYU, Fakhri, Ogy,Ima,Cik fizz,Balqis,Joe,Ramlee,Pijon,Chu,Nawal,aishah,Effa,Aween,Fauzan,hasrol...time kasih wish bufday pada ana...to adik Ima Althafunnisa...kak ana terharu sangat ima buat entry pasal bufday akak kat blog ima...hehehe...tq yer adik sayang...<3
dan....untuk seorang insan yang sangat saya sayangi...terima kasih atas kejutan yang sangat saya tak sangka...saya suka dan saya sangat hargai apa yang awak beri...saya akan sentiasa pakai...dan saya faham keadaan awak dan akan selalu memahami awak...saya tunggu..saya sentiasa doakan awak...moga Allah permudahkan segala urusan awak semester ni...doakan saya jugak..=)
baru aku ada kesempatan nak say thanks kat sini melalui entry...bila memikirkan aku hanya ada lagi 2sem di sini...tiba2 plak rasa sedih...rasa sayang nak tinggalkan alam belajar...hajat hati nak sambung lagi...tapi,mungkin aku nak kerja dulu..ada rezeki,sambung lagi...ilmu terlalu banyak...sampai kita tua pun,ilmu belum pernah dan takkan pernah cukup...oklah..aku nak pergi beli makanan..lapar la pulak..lepas tu nak study sikit...ok..Assalaamualaikum....
Labels:
dunia kehidupanku..,
isi hati
Monday, September 19, 2011
MAAFKAN AKU...
Assalamualaikum..selamat pagi...sudah 1.40pagi...hmm..dah bape hari aku tak update..disebabkan esok aku klas start pukul3setengah,maka dengan ini aku nak isytiharkan yang aku tidur lewat malam ni..huhu...bagus betul anak dara...haha..takdelah..kejap lagi aku tidurlah..saja nak berkongsi rasa dengan diari perkongsian aku ni dengan korang...if korang sudi baca pun aku dah bersyukur...
Alhamdulillah..untuk semester 4 ni, mungkin semester yang mencabar bagi aku disebabkan aku dipertanggungjawabkan untuk menggalas jawatan sebagai timbalan exco integrasi,komuniti dan antarabangsa di hostel tempat tinggal aku kat uum ni..ditambah pulak dengan tugas seorang pelajar...
mula2 aku ragu-ragu jugak nak terima jawatan ni..bukan sebab aku takut atau tak yakin diri, tapi risau dengan penerimaan orang lain..walaupun aku pernah dan ada pengalaman dalam kepimpinan,tapi ruang lingkup di universiti ni tak sama dengan sekolah dulu..budak2nya pemikiran lebih kritis,punya pendapat dan pandangan masing2...tapi,kalau aku tak rebut peluang yang datang, tak ada apa nilai tambah yang aku boleh bawak bila aku dah grad nanti...so,aku terima setelah berbincang dengan abah mak..
so,far setakat ni alhamdulillah, aku suka dan rasa selesa dengan ahli2 dalam jkps MISC ni...semuanya menerima aku dengan baik..Aku harap aku dapat jalankan tanggungjawab aku dengan baik,jujur dan amanah...insyaallah..Allah ada kan?..^_^
Dalam kegembiraan ni jugak, hati aku agak sedikit berbolak balik dengan sesuatu...tak perlulah aku ceritakan di sini sebab aku taknak ada hati yang terluka dengan statement aku...entahlah, aku sendiri tak tahu apa sebenarnya keadaan ni..mungkin aku ada buat silap yang aku sendiri tak sedar...aku harap insan tersebut maafkan aku sekiranya betul aku ada buat kesilapan terhadap diri dia...
Yup!!! u can do it farhana...dont be sad...tipulah aku kata aku tak sedih langsung..kadang2 aku tahan air mata mengalir sampai rasa sakit kat kerongkong sebab tahan nak menangis...fiuhhh...sambil menaip ni pun nak menitis dah air mata...aduhai farhana..kenapalah kau ni sensitif sangat...perlukah kau menangis?
aku ada perasaan..ini naluri aku...maafkan aku wahai insan..aku cuba untuk jadi wanita yang kuat..tak menangis..tapi,aku tak mampu...aku tak pernah menyalahkan semuanya pada kau wahai insan..aku terima semua ini dengan redha dan rendah hati...Mungkin ada hikmahnya...mungkin kau perlukan masa...
tak apalah..ambillah seberapa lama masa yang kau perlukan...aku tunggu...sungguh, aku rasa bersyukur kerana Allah pertemukan aku dengan kau, insan yang baik..menghormati aku selayaknya aku sebagai seorang wanita...
Janji Allah itu pasti..selagi masih diberi kudrat dan nafas, tak akan aku berhenti berdoa padaNya..Dia lah tempat aku mengadu rasa hati..Dialah tempat aku menangis,merayu memohon diberi petunjuk...Kalau bukan kerna Dia, aku mungkin akan lakukan sesuatu yg di luar kawalan aku..
Andai benar rasa hati aku, sejauh mana pun kau pergi,selama mana pun kerenggangan itu, akan tersimpul jugak satu masa jika Diizinkan Allah...Jika sebaliknya, aku terima dengan redha hati...apa yang paling aku harapkan, agar kau sentiasa diberi kesihatan yang baik,senantiasa gembira,melalui kehidupanmu dengan penuh ketabahan...Semoga Allah perkuatkan imanmu dan percantikkan peribadimu dan agamamu...
jika kau terbaca luahan hati ni, aku pohon maafkan aku sekiranya aku yang bersalah...maafkan keterlanjuran kata2ku...maafkan aku atas sikap ku yang tidak menyenangkan...maaf atas segala2nya...
MENGENALIMU ADALAH ANUGERAH TERINDAH BUAT DIRIKU..
TERIMA KASIH YA ALLAH....
Labels:
dunia kehidupanku..,
isi hati,
keluh kesahku
Friday, September 16, 2011
Rintihan hati insan bernama wanita
Ujianmu Ya Allah aku terima dgn tenang...
Walau derita ini kutanggung sendiri...
Walau derita ini kutanggung sendiri...
ku percaya apa yg terjadi kerana kasih sayangmu padaku...
Hambamu yg serba kekurangan ini...
Semoga aku menjadi semakin kuat....
Semoga aku menjadi semakin kuat....
kita hanya dipinjamkan untuk berada didunia ini untuk seketika...begitu juga cinta...bila kita mencintai seseorang itu..
ia hanyalah pinjaman Allah s.w.t pada diri kita...
kerana itu aku bersyukur...
kerana diberi peluang mengenali dirimu..
seperti yang pernah aku inginkan dulu...
dari itu selagi nyawaku masih ada..
akan ku jaga rasa hati ini padamu..
senantiasa aku peluk hatimu dgn Doa pada yg ESA...
wahai kasih..
aku hanya wanita biasa...
yg tak punya apa2...
yg tak punya apa2...
hanya cinta yg ikhlas buat dirimu...
menerima aku seperti aku menerimamu..
Wednesday, August 10, 2011
PERKENANKAN DOAKU YA ALLAH
Ya Allah Yang Maha Pemurah, terimakasih kerana Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terimakasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama.
Terimakasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama.
Terimakasih untuk setiap saat-saat yang lalu.
Aku datang bersujud dihadapan-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkan aku melabuhkan hati aku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku
dan usirlah dia dari relung hatiku.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.
Tetapi jika Kau ciptakan dia untukku, ya Allah,
tolong satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerima aku
dengan segala kelebihan dan kekurangan aku sebagaimana aku telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahwa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan dukaku dengan dia.
Ya Allah Yang Maha Pengasih, dengarlah doa hambaMu ini.
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buat aku.
Luka dan keraguan yang aku alami suatu waktu dahulu pasti ada hikmahnya.
Perkenalan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu
yang membimbing aku menuju terang-Mu.
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak aku yang jadi dalam setiap bahagian hidupku, ya Allah.
Thursday, May 12, 2011
Seandainya kau tahu
Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu
buatmu insan yang mengisi hati ini..zulkifli nafi..terima kasih buat saya happy dan tenang ..^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)

