Assalamualaikum...
selamat malam..aku nak releas tension kejap..letih la perah otak dengan assignment core mechanic ni..ke ade sesiapa nak tolong aku?hahaha...nak cerita apa malam ni yer..
oklah, jom baca aku potpet pasal dinner misc semalam...
Alhamdulillah, lega sebab tugas aku dalam dinner misc dah lepas..aku rasa seronok dapat join jawatankuasa dinner ni..tak aku nafikan memang letih..sampaikan tertidur aku mase tunggu yang lain habis menyapu..masa tu memang aku dah tak larat sangat dah..aku tolong tengok je budak2 lelaki menyapu..kekeke...jangan marah yer korang..bukan aku tak mau tolong...kaki aku dah problem tetiba mase tu...(tak tahula bile nak pergi check)..hurmm, macam biasa,pasti akan ada feedback dari semua berkenaan dinner tu..aku tak nafikan memang banyak kelemahan yang perlu diperbaiki..but, we just human..pasti ada kesilapan jugak..bukan tak usaha memberikan yang terbaik,sudah cuba..tapi,ketentuan Allah mengatasi segalanya yang kita rancangkan..
pada pandangan peribadi aku, semua ajk dah memberikan sumbangan masing2 dalam dinner tersebut..semua dah jalankan tanggungjawab masing2..ada la satu dua yang perlu di"topup"kan supaya pada masa depan tak berlaku lagi...
ermm..rasa kesal ada..rasa nak tergelak ada..macam2lah yang aku rasa bila baca segala komen dalam group misc kat facebook tu..yang kondem ada..yang perli2 pun ada jugak..yang menyokong pun ada,tak kurang jugak yang jadi batu api..biase lah kan..manusia..ada macam2 perangai...cuma, kadang2 kita tak sedar, kita perli2 tu,kita kondem2 tu kita dah tunjukkan diri kita seorang yang bagaimana...mungkin ada yang tak setuju dengan kenyataan aku..mungkin ada yang kata....
"suka hati akulah"..."mulut aku, ikut suka hati akulah".."hello,aku taknak hipokrit ok"...ataupun..."kalau tak boleh terima kutukan,jangan jadi ajk"..."kami kutuk sebab nak bagi penambah baikan.."
Setiap orang ada hak untuk bersuara..ya,itu memang benar...tapi..tahu kan Allah benci orang yang suka kutuk2,melemparkan ayat2 yang tidak elok...
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa: Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor dari orang lain.Demikian juga firman Allah SWT yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor. (Surah An-Nahl: 25)
semua dah dewasa..semua dah bergelar mahasiswa...jadi lebih baik kita tunjukkan diri kita sebagai seorang yang berhemah ketika memberi pandangan...mengkritik itu tak salah...tapi,mesti ada point apa yang boleh kita buat supaya yang tak elok tu boleh jadi elok..apa yang kita boleh elak,akan dapat dielakkan...
Aku tulis yang baik-baik di Facebook ataupun blog, bukan bermaksud aku ni orang yang alim atau terlampau baik... aku juga manusia yang tak terlepas dari ksilapan..Aku cuma taknak, bila aku menulis sesuatu yang buruk2, apa yang aku tulis tu akan jadi ikutan orang lain yang membacanya. Lebih baik aku ajar orang supaya menulis yang baik2 daripada orang tulis yang buruk kerana dari ajaran aku...
ape pun..aku ucap terima kasih sebab beri pandangan korang...insyaallah, tahun depan orang lain yang handle pulak,dapat jadikan pengajaran..
"orang akan hormati kita sekiranya kita turut sama hormati orang lain"
oklah..yang baik kita ambil..yang buruk kita tolak tepi..aku nak sambung buat assignment..doakan aku..hehehehe...salam keamanan..peace!!! ^_^
Showing posts with label PANDANGAN. Show all posts
Showing posts with label PANDANGAN. Show all posts
Wednesday, November 30, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Salahkah bertudung berbelit2??
Assalamualaikum..Selamat malam..
Entry kali ni berkenan plak aku nak membahaskan tentang pemakaian tudung yang menjadi trend masa kini..Tudung yang macamane?alaa..tudung belit2..ataupun dalam bahasa senang selendang panjang yang macam2 kaler tu...fesyennya plak macam2...pashmina, ala2 HANA TAJIMA dan ade lagilah yang aku pun tak tau apa jenisnya...haa..macam gambor bawah ni ha...
Sebenarnye, aku terbace satu statement sorang mamat ni..dia cakap kebanyakan lelaki kurang gemar melihat aweks2 memakai tudung belit2 tu..katanya pakai tudung bawal lagi nampak cantik....aku bace jugak komen kawan2 dia...semuanya cakap perkara sama...tak suka perempuan pakai tudung belit2,serabut dan blablablabla.....
Aku taknak la jawab soalan dia tu kat komen kan...nanti panjang berjela plak aku tulis..so,aku tulislah kat sini..ade jugak benda aku nak update kan..haha...Kalau saudara terbaca entry ni, ini jawapan/pandangan ceq noo...
Actually, aku ada jugak pakai tudung belit2 ni...biase la kan..nama lagi orang perempuan..confirm2 tengok orang pakai, terbit jugak keinginan nak mencuba..lagi2 tengok orang pakai cantik je kan...so,aku pakai la..for me,not bad la pakai tudung belit2 ni..terasa diri cantik plak bila pakai tudung macamtu sekali sekala..hahaha..lagipun murah..rm10 pun dah boleh dapat...
but...one thing yang aku tak suka, this shawl agak susah untuk DILABUHKAN MENUTUPI bahagian dada..bukan aku kata tak boleh langsung dilabuhkan...boleh, tapi kena pandai la pusing2 dan betulkan supaya labuh...dan..yang tu yang mengambil masa aku untuk pakai tudung je..hahaha...so, aku pun dah tak pakai shawl2 ni...lagipun, mak aku cakap bila dia tengok budak lain pakai,macam pakai kain selimut..malas je rupenye nak betulkan tudung...hahaha..aku tau tu fesyen ape..Aku taknak cakap kat sini..nanti orang marah plak..sebab ada ramai peminat fesyen tudung tu...korang observation la sendirik..haha..
maybe ada shawl yang besar sikit..tapi susah gak la nak jumpa..(aku la..orang lain mungkin jumpa kot)....Pada aku, bergantung pada individu tu sendiri la...nak berfesyen,nak pakai tudung belit camane pun ikut suka la..belitlah nak belit camane pun...just pastikanlah yang tudung korang pakai tu TIDAK JARANG, MENUTUPI YANG SEPATUTNYA DITUTUP...
dan berbalik kepada saudara tu..kalau pakai tudung bawal pun, adajugak yang tak pakai betul2...selempang je tudung bawal tu sama jugak la dengan shawl....aku tak belahkan mana2..nak kata aku bela kaum aku pun tak jugak..sebab bagi aku, fesyen tudung ni sesetengahnya hanya MENUTUP RAMBUT SEMATA2,BUKAN MENUTUP YANG SEPATUTNYA DITUTUP...pakai tudung,tapi baju ketat..seluar plak macam sarung nangka pun tak guna jugak bertudung pun...dan aku tak jugak kata BERFESYEN tu tak boleh....sebab aku pun suka jugak berfesyen..cuma, perlulah bersesuaian dan SOPAN DIPANDANG...
ok?faham anak2?...bagus...sekian untuk malam ni....tata..^_^
ANDA LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK ANDA PAKAI DAN TERBAIK UNTUK DIPANDANG OLEH ORANG DI SEKELILING ANDA..
Monday, August 15, 2011
AIDILFITRI:Alaa..chill lah..barulah "MODEN"
Assalamualaikum...selamat tengahari..sudah 15Ramadan...Alhamdulillah,aku still boleh berpuasa...hehehehe...
Hari ni aku nak mengajak korang untuk berfikir beberapa perkara yang mungkin akan dimodenkan oleh masyarakat kita tentang hari raya satu hari nanti...
Segala makanan tradisi kita macam rendang, ketupat,dodol,lemang yang sekarang ni proses membuatnya adalah secara tradisional, akan berubah satu hari nanti.Adakah makanan tradisi ini mungkin akan digantikan dalam bentuk yang lebih moden atau segera?itupun zaman la ni kita dah boleh jumpa kat kedai ketupat segera jenama Nona tak silap aku...
rendang pun sekarang ni dah ada dalam bentuk segera..agaknye zaman akan datang,lemang dengan dodol plak...Raya sekali setahun je cik kak, makcik2, cik abang oiii...apala salahnya kita masak je rendang sendiri...barulah sedap...benda segera2 ni bukan elok pun...macam maggie jugaklah...asyik terlalu selalu segera makan makanan segera,..kita pun akan segera pergi...
Mungkinkah satu hari nanti, kita takkan lagi menziarah sanak saudara dan sahabat handai lagi??Yelah kan..teknologi sekarang pun dah makin canggih...semuanya di hujung jari je..nak tengok orang jauh pun boleh pakai webcam bagai...siap boleh sembang2 lagi..
alah..budak2 zaman sekarang ni pun dah malas nak ikut mak ayah pergi ziarah saudara mara...asyik duk mengadap rancangan raya 24jam...jadi tak hairanlah bila budak2 ni dah ada anak2 nanti...anak2 diorang dah langsung tak pergi ziarah2 lagi dah..apatah lagi balik kampung beraya dengan mak ayah.....guna webcam je say selamat hari raya...
ade sesetengah orang plak, bila raya gi jenjalan makan angin kat tempat lain...why mase raya baru nak pergi makan angin??budaya ziarah2 ni orang dah pandang remeh je dah...
Duit raya plak, setakat ni takde plak aku dengar yang bank-in duit raya...mungkin satu hari nanti ada gak kot...kita tunggu dan lihat...
"di hari raya..terkenang daku kepada si dia..kampungku indah nun jauh di sana...ayah serta bondaku..."pergghhh..lagu2 raya nostalgia memang memberi kesan yang mendalam bila tiba raya...
tapi,apakan daya, lagu2 raya sekarang sudah tak memberikan aku 'impak maksima' untuk aku dengar berulang kali..dengan dirapkan,ditechnokan,diacapellakan lagu2 raya ni sesuka sesuki hati...hilang feel raya aku...maaflah yer penge"rap" malaysia...
i dont like korang ubah2 lagu raya dulu...tak sedap..dengar tak?tak sedap...
Mungkinkah satu hari nanti baju kurung, baju melayu bukan lagi menjadi keutamaan di hari raya??apatah lagi di hari raya pertama...zaman la ni pun, dah ada fesyen baju raya skirt...
lagi2 dalam majalah yang tunjuk gambar model2..kunun2nya baju kasual raya la...hampehh..errkkk...nak gi ziarah orang takkan nak pakai skirt cik kak oiii...berpada2lah jugak no...
Tuesday, August 9, 2011
TUTORIAL DI BLOG?APE YANG BLOGGER LEPAS PANDANG?
Assalamualaikum....selamat malam...Alhamdulillah...mari kita bersyukur masih diberi kesempatan untuk merasai nikmatnya bulan Ramadhan..wah, rasa macam lama plak aku tak update blog ni walaupun sehari je pun...hahaha..
sudah perhatikan tajuk di atas?entry kali ni aku nak mentionkan kepada blogger2 yang suka buat tutorial termasuklah aku sendiri....Perkara2 yang menjadikan tutorial yang korang buat di blog korang tak dapat dimanipulasikan oleh readers2 korang....apa dia?????
TAK BOLEH NAK COPY "CODING"
-Yang ni paling ketara aku tengok sebab aku pernah la cari tutorial nak lawakan blog aku ni...dia punya tutorial memang mudah difahami, tapi aku tak boleh nak copy coding yang perlu kita letak kat "edit html"..suruh readers copy coding,tapi bila aku right click,xbley...atau kuar ayat ni.."oppsss..nak curi ape tu ea..jangan noty2 tau.."...aku faham la yang korang taknak entry korang dicopy paste dengan sewenang2nya oleh blogger lain...lagi2 kalau entry tu memang air tangan korang setelah penat lelah korang memerah otak selama seminggu sebab nak hasilkan entry terbaik..tapi, kalau nak buat tutorial, korang kena alert la hal2 macamni...jenuh la readers nak salin balik coding yang perlu diletakkan kat "edit html" tu..sebabnye takboleh nak copy paste coding tu...coding tu dahlah suatu yang sangat2 sensitif..tertinggal coma pun tak boleh tau..kalau blogger yang tahu it tu takpelah...kalau blogger yang masih baru??kalau takboleh copy coding, aku cari tutorial lainlah..takde dahla aku mai blog tu lagi...haha...jangan marah yer...
GAMBAR YANG KURANG JELAS
-Ni pun satu hal jugak...sesetengah tutorial perlukan gambar supaya mudah difahami oleh readers kita..tak boleh hanya tulis saja...kalau boleh,letakla gambo tutorial korang tu besar sikit..ni cenonet je gambonye...susah nak faham...
STEP TUTORIAL TERTINGGAL
- yang ni paling penting...make sure korang tak tertinggal satu pun step tutorial korang tu...kalau nak buat tutorial ni tak boleh tangkap muat je...kena buat dengan betul..barulah readers faham dan akan datang lagi cari tutorial kat blog korang..memangla agak "renyah"(susah) nak buat..nak kene print screen lagi..nak kena adjust gambo lagi..kalau rasa2 malas,tak payah buat tutorial..(sebab tu aku jarang2 buat tutorial dan ade sikit je tutorial dalam blog aku..hahahaha)
yang tu je kot yang aku rasa la...maybe ade lagi perkara yang terlepas pandang tu..kalau ada lagi, nanti aku post lagi la..tiga perkara di atas ni la yang selalu aku perhatikan selalu berlaku bila aku tengok tutorial atau nak follow tutorial..jangan marah na..cuba perbetulkan ea tutorial korang tau..nanti mesti ramai suka nak follow tutorial korang lagi...hehe..daaa..^_^
pss...tutorial aku camane?mudah faham tak?:p
Labels:
keluh kesahku,
PANDANGAN,
Tutorial Blog
Friday, July 29, 2011
BAHASA LELAKI SUBJEKTIF???
Assalamualaikum..selamat petang..aku harap korang sume sihat2la yer..
aku takleh lama ni..kejap lagi nak berangkat balik ke rumah opah aku. Jadi aku tinggalkan sedikit persoalan yang memerlukan penjelasan korang...sebab benda ni dah lama buat aku tertanya2...
Ada seorang kawan aku cakap, orang lelaki ni bercakap dengan bahasa yang berlainan..maksud aku dari segi komunikasi..Apa yang lahir dari kata-kata lelaki apabila bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya..yang menyebabkan kaum2 anda ni sukar berkomuniakasi dengan kami kaum hawa ni...Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata..benarkah?????benarkahh???benarkahhhhhh??????
jawablah wahai kaum-kaum adam...aku mahu tahu jawapan anda...
dahlah..aku nak off laptop..yang rajin singgah blog aku,jangan rindu2 aku...nanti aku on9 balik la...hahahaha..bajet macamla orang suka blog aku ni...oklah...tata...
Saturday, July 23, 2011
Bila awek 'usha' lelaki???
Assalamualaikum..selamat malemm...
Entry sebelum tido.eh..bukan entry info pun sebab bukan aku explain ape2 kat kome..aku nak kome yang explain kat aku..hehehe...
Agak2 kome, boleh ke tidak awek 'usha' lelaki??perigi carik timba? kalau lelaki yang cari perempuan itu lumrah..bak kate orang, gentleman la kan lelaki yang mulakan dulu bab mengayat2 ni. Tapi ini terbalik..awek plak usha lelaki...dan aku tanya pade adik aku sendiri dan die cakap, dia tak kisah pun kalau hati sama2 suka...zaman dah modennn..hambooii dikk..jawapan ko...
ape pendapat korang? adakah disebabkan bilangan perempuan lebih ramai berbanding lelaki? atau...lelaki sekarang merupakan lelaki berKUALITI??err...ada gak yang perasan jap lagi ni...-_-''
pelik ke perempuan usha lelaki dulu pada zaman sekarang ni??banyak pulak soalan aku....saje aku nak tahu pendapat kome....hehehe..
tapi betul jugak kan kata adik aku..kalau kena dengan cara, rasanya takpa la kowt perempuan usha lelaki dulu.. asal tak menggedik, takpa la kowt...Aku?? aku kalau suka kat seseorang, aku jenis senyap je...malulah nak usha2 macamtu...aku tak kira.. timba jugak kene cari perigi....ape nak jadi..jadilah..hahahaha...
cukuplah aku merepek...selamat malam...
Labels:
cinta dan kasih sayang,
kasih sayang,
PANDANGAN
Saturday, May 14, 2011
mari senyum selalu..
Assalamualaikum..selamat petang...camana dengan kehidupan korang?ana harap baik2 aje...ana sekarang dalam mood exam....5 paper masih menanti......aiyyooo..manyak penat..kadang2 rasa beku dah otak ni....tapi..tapi...saya masih mampu tersenyum.....hehehehe.....psikokan diri dengan perkara2 yang positive!!!!hahahaa..macamana?dengan senyumlah....hehehehe...apa yang ana rasa..melalui senyuman boleh merangsang otak kita supaya berfikir dengan lebih baik....walaupun waktu tu kita sedang stress dengan sesuatu perkara,korang senyum je...tapi bukanla maksudnye senyum macam orang xbetul pi mana2 pun senyum je...bila korang stress korang tarik nafas dalam2...lepas..tarik lagi...hembus.....lepas tu senyum....lepas2 study tu, keluar bilik kejap,ambik angin....otak kita xboleh dipaksa2....berikan ruang untuk otak kite rehat sebentar..takpun pasang lagu2 yang happy2...yang damai...lagu tentang keindahan alam...pejam mata rapat2..tpi bukan tdo..cuba bayangkan air sungai yang mengalir...air sungai yang sejuk....cube bayangkannnn....dan senyumm....ataupun boleh jugak kita refresh balik sweet2 memory yang ada yang boleh buat kita senyum.....hahaha..ana kalau stress ni antara cara2 yang ana buat...memang tenang kejap..kui3...jangan lemah dengan diri sndiri!!!ok..ana faham memang manusia ni kadang2 akan mengalami kesakitan jiwa..ataupun emosi yg menggangu...(bukan gila)..cume perlu pandailah cari kaedah yang sesuai..ini tidak...bila tension kenapa nak libatkan orang lain..nak marah2...xbaik tau...please kawal emosi amarah yang ada...stiap orang ade masalah masing2...jangan sampai orang yang xbersalah pun jadi mangsa amarah kita....syaitan pun suka la..so,sayangkan diri anda supaya orang lain turut sayangkan anda...ok!!!
JOM LAYAN LAGU dari jessi j ni...price tag..tpi versi org lain nyanyi...hehehe...
TINGKATKAN PRESTASI KURANGKAN KONTROVERSI....LAYANZZZZ....:p
Sunday, April 10, 2011
TIPS ELAK TIDUR PETANG
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...how are you today?cik anna harap segala urusan korang dipermudahkan Illahi...amin...=)
tidur..emm..sume orang suka tidur..ye tak?termasuklah cik anna...tidur kan merupakan suatu ibadah..Tapi,apabila sudah berlebihan ianya akan mendatangkan sikap kemalasan dalam diri kita sampai kerja lain pun tergendala..Ramai dikalangan kita sukaaaa tidur petang....sebenarnya tak elok tidur petang ni...Jadi bagaimana nak elak diri kita dari tidur Petang?
jom kita check kaedah cik anna buat..hahaha..
Kaedah pertama yang boleh praktiskan adalah dengan elakkan makan terlampau banyak pada waktu tengahari..sebenarnya bagi cik anna,bila kita makan terlampau banyak masa makan tengahari,mata kita akan semakin berat..berat...berat...dan akhirnya zzzzzzzzzzzzzzzzzz...kalau asalnye tak study,jadi tak study terus...cik anna dah try dah..siap buat experimen ag..kalau makan sikit,memang takkan mengantuk..kalau termakan banyak,maka ZzzzzZZZZzzzz...
Kaedah kedua pulak, korang kene amalkan minum air putih dengan banyak..kurangkan minum air batu dan manis.Sebagaimana yang kita tahu,air putih ni memangla elok untuk tubuh badan kita...kalau dalam kelas pun,bila mengantuk cik anna akan minum air putih dan lepas tu akan segar balik..macam bunga,tumbuh-tumbuhan perlukan air untuk segarkan ia..macamtu jugak dengan badan kita.
Kaedah ketiga, korang rancang aktiviti petang yang boleh elakkan korang dari tidur..Beriadah ke...tanam bunga ke..jumpa kawan2 ke..menghadap blog ker...buat sesuatu aktiviti yang korang minat la..asalkan jangan biarkan diri korang duk terperuk je dalam bilik..apatah lagi kalau sorang2..memang akan mengundang rasa mengantuk yang amat dasyatttt..hhehehe..
itu je kowt rasanya yang cik anna cuba buat..dan berjaya mengelakkan diri dari tidur petang...lagipun memang tak elokah tidur petang ni..lagi2 selepas asar...Pakcik cik anna pernah tau tidur smpai nak senja,bila cik anna kejut bangun,dia jadi blur2..sampaikan tak bercakap..haa..ni bukan cerita dongeng,betul2 punya alkisah..pada kome2 yang memang suka tidru petang tu,cuba elakkan ea..takpun,malam2 jangan amalkan tidur lewat sebab mungkin kelewatan tidur pada waktu malam yang mengundang rasa mengantuk and nak sambung tidur pada waktu petang..(jangan jadi cam cik anna suka tidur lewat malam)hehehe..
oklah..harap berguna tips2 di atas..kalau ada lagi tips2 lain,bolehlah share..suka x entry ni?kalau suka,like ea..ngehehehehe...tata..(^_^)
tidur..emm..sume orang suka tidur..ye tak?termasuklah cik anna...tidur kan merupakan suatu ibadah..Tapi,apabila sudah berlebihan ianya akan mendatangkan sikap kemalasan dalam diri kita sampai kerja lain pun tergendala..Ramai dikalangan kita sukaaaa tidur petang....sebenarnya tak elok tidur petang ni...Jadi bagaimana nak elak diri kita dari tidur Petang?
jom kita check kaedah cik anna buat..hahaha..
Kaedah pertama yang boleh praktiskan adalah dengan elakkan makan terlampau banyak pada waktu tengahari..sebenarnya bagi cik anna,bila kita makan terlampau banyak masa makan tengahari,mata kita akan semakin berat..berat...berat...dan akhirnya zzzzzzzzzzzzzzzzzz...kalau asalnye tak study,jadi tak study terus...cik anna dah try dah..siap buat experimen ag..kalau makan sikit,memang takkan mengantuk..kalau termakan banyak,maka ZzzzzZZZZzzzz...
Kaedah kedua pulak, korang kene amalkan minum air putih dengan banyak..kurangkan minum air batu dan manis.Sebagaimana yang kita tahu,air putih ni memangla elok untuk tubuh badan kita...kalau dalam kelas pun,bila mengantuk cik anna akan minum air putih dan lepas tu akan segar balik..macam bunga,tumbuh-tumbuhan perlukan air untuk segarkan ia..macamtu jugak dengan badan kita.
Kaedah ketiga, korang rancang aktiviti petang yang boleh elakkan korang dari tidur..Beriadah ke...tanam bunga ke..jumpa kawan2 ke..menghadap blog ker...buat sesuatu aktiviti yang korang minat la..asalkan jangan biarkan diri korang duk terperuk je dalam bilik..apatah lagi kalau sorang2..memang akan mengundang rasa mengantuk yang amat dasyatttt..hhehehe..
itu je kowt rasanya yang cik anna cuba buat..dan berjaya mengelakkan diri dari tidur petang...lagipun memang tak elokah tidur petang ni..lagi2 selepas asar...Pakcik cik anna pernah tau tidur smpai nak senja,bila cik anna kejut bangun,dia jadi blur2..sampaikan tak bercakap..haa..ni bukan cerita dongeng,betul2 punya alkisah..pada kome2 yang memang suka tidru petang tu,cuba elakkan ea..takpun,malam2 jangan amalkan tidur lewat sebab mungkin kelewatan tidur pada waktu malam yang mengundang rasa mengantuk and nak sambung tidur pada waktu petang..(jangan jadi cam cik anna suka tidur lewat malam)hehehe..
oklah..harap berguna tips2 di atas..kalau ada lagi tips2 lain,bolehlah share..suka x entry ni?kalau suka,like ea..ngehehehehe...tata..(^_^)
Saturday, April 9, 2011
TIPS MEMILIH KAWAN
ASSALAMUALAIKUM to all my readers...apa kabo semua?kamu sihat ke?jaga kesihatan baik2 yer..yang tak sihat tu,jangan malas2 nak pergi klinik or hospital...kalau sudah melarat siapa yang susah...kamu jugak..sambil2 berehat di hujung minggu ni...jom baca TIPS HARI INI iaitu bagaimana NAK MEMILIH KAWAN YANG SEBENAR-BENAR SAHABAT...CHECK THIS OUT!!
Ada yang kata, kalau kita nak tahu sikap seseorang, kita perlu tengok orang yang berada di sekelilingnya...dengan siapa dia berkawan..elok ke tidak perangai kawan2nya...kalau elok kawan2nya,maka secara tak langsung eloklah jugak sikapnya...ye tak?so....apa kaedah yang kita boleh gunakan untuk memilih kawan yang benar2 kawan ni?mari ikut kaedah ini....
PERTAMA:-
Pilihlah kawan yang senantiasa suka melindungi kawannya,yang ketika kawannya susah, dia sentiasa ada menghulurkan bantuan...dia suka membantu kita jika kita di dalam kesusahan.
KEDUA:-
Pilihlah kawan yang apabila kita menghulurkan jasa baik atau bantuan kita, dia suka menerima dengan rasa terharu dan menghargainya...dan jika dia melihat kebaikan yang ada pada diri kita, dia suka menyebut2nya..dan jika dia melihat keburukan kita,dia suka menutupinya.
KETIGA:-
pilihlah kawan yang apabila kita meminta sesuatu daripadanya,dia beri dengan rasa gembira...jika dia melihat kita diam,dia menyapa kita...dan jika dia melihat ada kesukaran dan kesedihan yang kita sedang tempuhi,dia suka membantu dengan menghiburkan hatimu.
KEEMPAT:-
Pilihlah kawan yang apabila kita berkata-kata, dia suka membenarkan kata2 kita..dan jika kita berkata-berkata yang tidak baik,dia suka menegur dan memberi nasihat..jika kita mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dan sukar, dia berusaha untuk menyelesaikannya..dan ketika kita berselisih pendapat dengannya,dia suka mengalah demi kawannya..
Untuk memilih kawan..carilah kawan yang baik akhlaknya,baik budi bahasanya,baik perlakuannya..carilah sahabat yang memahami diri kita dan sentiasa membawa kita ke jalan yang diredhai Allah...dan ketika kamu sudah menemuinya, ketahuilah dia adalah kawan yang benar2 sahabat..kawan mungkin kita boleh dapat beribu2..tapi di dalam beribu itu,belum tentu ada yang sudi menjadi sahabat.
dan ketahuilah juga bahawa jika kita mahukan kawan yang benar2 sahabat, kita juga perlu bentuk diri kita menjadi sahabat yang baik kepada orang lain.Insyaallah,sekiranya kita berjaya mendidik diri menjadi insan yang baik,maka sudah tentu kita akan dikurniakan sahabat yang baik juga..insyaallah...amin...
Ada yang kata, kalau kita nak tahu sikap seseorang, kita perlu tengok orang yang berada di sekelilingnya...dengan siapa dia berkawan..elok ke tidak perangai kawan2nya...kalau elok kawan2nya,maka secara tak langsung eloklah jugak sikapnya...ye tak?so....apa kaedah yang kita boleh gunakan untuk memilih kawan yang benar2 kawan ni?mari ikut kaedah ini....
PERTAMA:-
Pilihlah kawan yang senantiasa suka melindungi kawannya,yang ketika kawannya susah, dia sentiasa ada menghulurkan bantuan...dia suka membantu kita jika kita di dalam kesusahan.
KEDUA:-
Pilihlah kawan yang apabila kita menghulurkan jasa baik atau bantuan kita, dia suka menerima dengan rasa terharu dan menghargainya...dan jika dia melihat kebaikan yang ada pada diri kita, dia suka menyebut2nya..dan jika dia melihat keburukan kita,dia suka menutupinya.
KETIGA:-
pilihlah kawan yang apabila kita meminta sesuatu daripadanya,dia beri dengan rasa gembira...jika dia melihat kita diam,dia menyapa kita...dan jika dia melihat ada kesukaran dan kesedihan yang kita sedang tempuhi,dia suka membantu dengan menghiburkan hatimu.
KEEMPAT:-
Pilihlah kawan yang apabila kita berkata-kata, dia suka membenarkan kata2 kita..dan jika kita berkata-berkata yang tidak baik,dia suka menegur dan memberi nasihat..jika kita mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dan sukar, dia berusaha untuk menyelesaikannya..dan ketika kita berselisih pendapat dengannya,dia suka mengalah demi kawannya..
Untuk memilih kawan..carilah kawan yang baik akhlaknya,baik budi bahasanya,baik perlakuannya..carilah sahabat yang memahami diri kita dan sentiasa membawa kita ke jalan yang diredhai Allah...dan ketika kamu sudah menemuinya, ketahuilah dia adalah kawan yang benar2 sahabat..kawan mungkin kita boleh dapat beribu2..tapi di dalam beribu itu,belum tentu ada yang sudi menjadi sahabat.
dan ketahuilah juga bahawa jika kita mahukan kawan yang benar2 sahabat, kita juga perlu bentuk diri kita menjadi sahabat yang baik kepada orang lain.Insyaallah,sekiranya kita berjaya mendidik diri menjadi insan yang baik,maka sudah tentu kita akan dikurniakan sahabat yang baik juga..insyaallah...amin...
Friday, April 8, 2011
TIPS PERCINTAAN JARAK JAUH
Assalamualaikum.........selamat malam..eh,silap..selamat pagi...dah pukul 1.18pagi,mata ni gatal taknak tido lagi...ok,sebenarnye tak boleh tido selagi tak post entry di sini dan di sini..hehe...
sebelum menutup tirai malam ni,cik anna nak berkongsi dengan korang bagaimana untuk mengekalkan hubungan percintaan jarak jauh..perghh..tak boleh blah tol..haha..actually cik anna memang sudah berpengalaman dalam bab cinta jarak jauh ni..dan alhamdulillah,perhubungan itu masih berjalan seperti biasa..(xleh kata berjalan lancar sebab adakala gaduh jugak..haha)..so bagi korang yang mungkin sedang bercintan cintun tapi cintan cintun hati korang tu orang jauh and korang tak tahu camana nak kekalkan...sini baca...
1)BERDOA
Sentiasalah berdoa agar hubungan dikekalkan..dan bertemu jodoh korang..kebanyakan orang lupa tentang ini...bagi cik anna,apa2 pun,semuanya kita perlu mintak pada yang Maha ESA.
2) BERUSAHA UNTUK KEKAL SETIA TERHADAP PASANGAN
of coz la korang perlu tanamkan dalam diri korang untuk sentiasa setia terhadap pasangan korang.Jangan coba2 main kayu api..eh2,kayu tiga ya...di luar sana memang tak dinafikan ramai manusia yang lawa2,hensem2...korang jangan mudah terjatuh cinta dan mulalah nak beralih arah apatah lagi bila pasangan korang jauh.ingat,apa yang didepan mata tu walaupun cantik,isinya belum tentu cantik..korang tentu fahamkan ape yang cik anna kias2kan ni..SO,fikir2kan sebelum korang berniat nak menduakan pasangan korang..jangan nanti yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.
3)KEPERCAYAAN TERHADAP PASANGAN
yang ni asas yang utama dalam mengekalkan hubungan jarak jauh.Yang dekat pun kadang-kadang susah nak percaya apatah lagi yang jauh,yang tak nampak di depan mata..ye tak?mesti ada yang kata, alaa..aku duk percaya2 kat dia,entah2 dia duk sana menggatai/menggedik ngan orang lain..tak bolehla macamtu..kalau korang nak pasangan korang percaya pada korang,korang pun kena lah percaya dia..TETAPI, jangan beri 100peratus kepercayaan tu pada pasangan korang..simpan sikit untuk diri sendiri...agar tidak nanti kecewa merana diri...
4) SELALU BERKOMUNIKASI
Dah jauh2 tu...tak reti2 ke nak calling2,message2...hehehe..handphone bukan main mahal ribu riban..black berry la,blue berry la..berry2 lah..haa..ape lagi,call jangan tak call...ini adalah salah satu kaedah memastikan korang sentiasa update dengan perkembangan kehidupan pasangan korang...nak bagi surat pun xpe...=P
5)BERI KEJUTAN/HADIAH BUAT SI DIA
Apa salahnya sekali sekala korang belanjakan sikit duit korang untuk hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk dia..belilah apa2 ja pastu send la kat dia yang duk jauh tu...ini menunjukkan yang korang senantiasa sayangkan dan ingatkan dia....
6)BERUSAHA MENCARI RUANG UNTUK BERTEMU
Cuba cari masa yang sesuai atau paling bagus,korang buat kejutan untuk bertemu dia..ha..mesti dia terkejut dan terharu campur kegembiraan yang tak terhingga seperti kawan2 di zoo...(nyet2)..
errr...ni more prefer to kaum adam lah...err..xkan perempuan nak gi jauh2 kan...ngehehehe...(dont jumpa di tempat sorok2 ya u olls...)
rasanya itu jelah kot tips2 yang boleh cik anna kongsikan dengan korang..lagipun,itu jelah yang cik anna amalkan.. kalau korang nak situasi hubungan korang sentiasa harmoni lebih2 lagi bila berjauhan, korang harus berani bertindak bukan hanya merancang tanpa sebarang tindakan susulan. Nasib perhubungan korang bergantung pada keputusan korang...cuba rancangkan yang terbaik untuk hubungan korang.Apa2 pun,jodoh pertemuan di tangan Allah...adakala kita lihat kebahagiaan orang tak semestinya dia akan kekal bahagia senantiasa...dan tak semestinya yang berpisah itu bukan jodoh kita....manusia hanya mampu merancang,Tuhanlah segala2nya yang menentukan...
oklah..dan nantuk bangat ni...selamat malam...selamat pagi...jumpa esok...=)
Labels:
Hati nurani,
KONGSI MAKLUMAT,
PANDANGAN
Monday, April 4, 2011
MISS MALAYSIA PAHANG 2010
Assalamualaikum...ape kabo kome?em...sebelum cik anna mengomen...mari ler tengok dulu video dibawah ni..
apa sudah jadi?cik anna xfaham macamane event macamni boleh diadakan di Malaysia ni...mula2 ingatkan tadi perempuan..sekali kuar suara,mak oiii..lembut garau2 suara dia...(paham2lah lembut garau2 tu ape)..
kelabu mata cik anna tengok...nauzubillah...nilah yang jadi bila diberi peluang pada mereka2 ni..bila kita tegur,kata kita tak faham dengan golongan mereka...kalau anda2 semua perasan,yang SI juara tu siap bgtahu lagi terima kasih kepada suami tercinta???? wallahualam klu dia ni KUNSA..(cik anna masih mencari info2 yang tepat berkenaan KUNSA ini)
WAHAI KAUM ADAM...awak2 tahu tak..kalau awak2 semua jadi macamni,siapa yang kami golongan WANITA ni nak jadikan sebagai pelindung diri kami?siapa yang mahu jadi pemimpin kami?yang mendidik kami menjadi isteri solehah?
Ali r.a. mengatakan: "Rasulullah s. a. w. pernah melarang aku memakai cincin emas dan pakaian sutera dan pakaian yang dicelup dengan 'ashfar" (Hadis Riwayat Thabarani)
Ibnu Umar pun pernah meriwayatkan: "Bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melihat aku memakai dua pakaian yang dicelup dengan 'ashfar, maka sabda Nabi: 'Ini adalah pakaian orang-orang kafir, oleh kerana itu jangan kamu pakai dia.'"
*SUMBER DARI peacekkb.blogspot.com
Ya Allah..Kau jauhkanlah negaraku dari bala bencana..jauhkan keturunanku dari orang2 yang seperti ini...dan ku pohon Ya Allah..Engkau tunjukkanlah mereka jalan yang benar..berikanlah petunjukMu kepada mereka agar mereka sedar akan kesilapan mereka.amin...
Labels:
Hati nurani,
PANDANGAN,
SANTAPAN ROHANI
Sunday, March 27, 2011
musim yang kian berubah

Assalamualaikum....pe kabo mike sume?teman harap kome sihat ler yer...
burrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...apekehenye lah..bumi sintok sekarang ni dah rupe macam di korea nun...sejuk yang amat...teman udah rase macam musim sejuk dah...malam ni dah masuk seminggu teman tido berstokin dan bersweater..pastu selimut lagi...tengok2!!!tak ke sejuk benor tu...alkisahnye bumi sintok asyik hujan je sekarang ni...walhal bukan musimnye pun...tapi, kuasa Tuhan...siapa yang mampu mengubahnya ye tak?musim sekarang pun kalau kome perasan ler,udah xikut musim lagi...musim dorian contohnye...idak sampai lagi musim,buah dorian ade juge org jual...nun,negara arab sana,idak pernah2 turun salji,dah bersalji....*negara mana teman kurang pasti,kalau kome tahu,kome sharelah yer...* ini sume petanda2 dunia akhir zaman...bencana alam usah dicakap ler..banyak bebenor dah kite dengor...malah makin hampir pulak ke malaysia...cuma,kita bertuah benor ler dilahirkan,dibesarkan di Malaysia ni...tapi,manusia?masih jugak xsedar2 dan makin liar....kome tengok aje ler dalam paper..setaip hari adeee aje citenye..orang merompak,menyamun,buang anak,bunuh...itu belum masuk lagi yang anak derhaka,tikam ayah,tikam mak...yang si suami,simbah asid,dera isteri,dera anak...kalau inilah yang dikatakan bertuah,teman idak ler rase bertuah sebab akhlak masyarakat kite udah menjunam jatuh..itu pun xsedar diri lagi dapat hidup aman damai dri bencana alam..jangan bile Allah dah turunkan bala,baru ler sume pakat nak menginsafi diri dan bertaubat...Nauzubillah...
*bwk payung besor2*
p/s: musim2 hujan ni jangan ler kome lupe bawak payung yer...kang demam pulak..susah kome..
Friday, March 25, 2011
ape kes la nak bunuh2 diri ni hah!!!
Assalamualaikum.....cik anna geram!!geram!!!geram!!! tahan gaban dengan manusia yang xtahu bersyukur dan menghargai kehidupan!!!tahap kegeramanku semakin berganda bila terlihat satu video yang dipostkan oleh kawan cik anna berkenaan seorang gadis yang cuba utk membunuh diri di KBMALL kelantan.Apa ni???
KEPADA KAU2 YANG BERHAJAT,ADA KEINGINAN NAK IKUT JEJAK LANGKAH BUDAK PEREMPUAN TU..SEBELUM KAU AMBIL TINDAKAN TU,KAU BACA, DENGAR APA AKU NAK KATA~
kau langsung xhargai kehidupan kau.Kau ambil tindakan untuk bunuh diri bermakna kau menidakkan ketentuan Tuhan!!!helo kawan,setiap masalah ada penyelesaian lah..kau ingat dengan bunuh diri kau dapat selesaikan masalah kau ke????KOSONG..kau xkan dapat apa2...kalau kau mati, kau memudahkan jalan kau ke neraka..kalau kau hidup,kau menanggung malu seumur hidup sebab satu Malaysia tahu kau cuba nak bunuh diri..apatah lagi parents kau..lagi malu..dan hidup kau akan lebih tertekan!!Kau xtahu hukumkah?jangan kau kata tak ada orang bagitahu kau.Kau sendiri yang tak guna akal dengan sebaiknya..kau hanya ikutkan kemahuan perasaan kau daripada kau fikir baik buruk tindakan kau nanti..tolonggglah...Kau tau tak,tindakan kau ni menyusahkan orang lain?kau bahayakan nyawa orang yang nak selamatkan orang macam kau yang bertindak bodoh??dari kau ambil tindakan bodoh tu,lebih baik kau mintak pada yang di atas sana.Kau solat,Kau buat solat istiqarah..kau mintak Dia tenangkan hati kau..Mungkin kau fikir Dia lambat bagi penyelesaian pada kau,TAK!!!BUKAN Dia lambat atau tak tolong kau selesaikan masalah kau..Dia Yang Maha Penyayang..Dia menjadikan setiap kejadian dan ujian kerana Dia sayangkan kau..bukan Dia nak mendera kau!!Aku jugak pernah gagal bercinta,aku jugak pernah kecundang dalam pelajaran,dan aku juga pernah punya masalah dengan kawan2 dan orang sekeliling aku..Tapi aku takkan buat tindakan bodoh tu. Kau xtanamkan sifat sabar dalam diri kau..Kau biarkan syaitan merajai hati kau..kau biarkan syaitan menari2 suka dengan tindakan kau tu..naahhhhh..kau pun nak jadi sahabat syaitan kah?jangan marah aku kata macam ni..aku memang marah sebab kau langsung tak hargai kehidupan kau..tolonglah,sebelum kau ambil tindakan tu,aku mintak sangat kau fikir sebaiknya..
KAU PILIH JALAN MANA YANG KAU NAK..JALAN SYURGA..ATAU JALAN NERAKA.TEPUK DADA TANYA IMAN KAU..BUKAN TANYA SELERA KAU....DONE!!
Saturday, March 12, 2011
boleh tak cik anna nak pendapat korang???
Assalamualaikum...korang sihat ke?hmmmm..cik anna serba salah la....cik anna nak mintak pendapat korang sebenarnya.....Minggu depan 19 mac 2011 rumah opah cik anna ada kenduri kawin...paktam cik anna kawin...tapi,cik anna ade kelas la pulak ahad 20mac..19mac tu pulak ade ko-k...hmmm..cik anna nak balik....rase xbestla kalau xdapat balik....lagi2 cik anna ni cucu yang sulung....cik anna ni orang penting kenduri jugak tau....hahaha...ape pendapat korang, cik anna balik atau tak?kalau balik, bermakna cik anna kene ponteng kelas lah ahad tu...sabtu tu macamtu jugak...cik anna ponteng la kelas ko-k....haiissss..kadang2 rasa nak marah pun ada sbb terpikir,nape la perlu ada ko-k ni......................dahla cuti kedah ni tak sama dengan negeri lain....hurmmm...tolong2 bagi pendapat korangg.....balik atau tak?????
Labels:
dunia kehidupanku..,
PANDANGAN
Saturday, February 5, 2011
Krisis Mesir
Assalamualaikum w.b.t..
selamat malam semua...Kini saya kembali untuk mencoretkan sesuatu yang dapat kita sama2 insafi
dan jadikan ikhtibar bagi diri kita. Ingin saya kongsikan dengan anda pandangan saya mengenai pergolakan
yang berlaku di Mesir diantara penyokong pro Perdana menteri Mesir Hosni Mubarak dan penyokong pro anti Hosni yang mendesak Hosni supaya berundur daripada terus menerajui tampuk kepimpinan Mesir.Disana setiap hari bermandikan darah,bermainkan senjata seperti botol-botol kaca,pisau dan pedang sehingga melibatkan orang-orang yang tidak berdosa. Apatah lagi pemberontakan yang berlaku memberi kesan kepada institusi pendidikan, dan kehidupan harian terjejas dengan teruk sehinggakan diisthytiharkan darurat,bekalan makanan berkurangan,komunikasi tergendala dan keselamatan yang tidak terjamin. Dari apa yang saya baca melalui blog2 lain, mengatakan bahawa pemberontakan berlaku akibat daripada pemerintahan kuku besi Hosni.Sesungguhnya pergolakan yang berlaku di sana seharusnya memberikan keinsafan dan pedoman kepada kita rakyat Malaysia..Jauh berbeza keadaan disana yang huru hara berbanding di Malaysia yang aman damai.
Jika anda bertanya kepada saya apa perasaan saya, apa yang dapat saya katakan,perasaan saya bercampur baur..sedih mengenangkan pertumpahan darah yang berlaku di sana...kesal dengan pemerintahan yang tidak adil dan saksama dari pemerintahnya. Risau memikirkan rakyat2 malaysia yang berada di sana untuk menuntut ilmu terpaksa melalui pengalaman dan dugaan yang hebat. Juga rasa bersyukur kerana di Malaysia masih aman dan damai...Sungguh!! apabila saya membaca kisah2 dan pengalaman yang dilalui mereka yang berjaya pulang ke Malaysia,segunung rasa insaf menyelubungi diri ini. Bagaimana seandainya negara kita melalui detik2 sukar itu berhadapan dengan segala mungkin musibah yang melanda.Nauzubillah..
Ya Allah...Kau selamatkanlah mereka2 yang tidak bersalah di sana..Lindungilah mereka Ya Allah..Aku bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di dalam negara yang aman damai dan ku mohon,Kau kekalkan keharmonian di negaraku ini...Jauhkanlah dari musibah...hanya padaMu Ya Allah aku bermohon...Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Amin..
Labels:
KONGSI MAKLUMAT,
PANDANGAN
Saturday, January 29, 2011
PERUBAHAN??????
syukur alhamdulillah,hari ini aku masih diberi kesempatan bernafas di bumiMu Tuhan..
ape kabo mike2 semua?aku harapkan kome pun sihat dan gembira selalu..
so,ape tajuk yang ingin ku kongsikan yer hari ini pada pagi ni?
emm...ok,aku pilih untuk berbincang dengan kome berkenaan dengan PERUBAHAN..PERUBAHAN yang bagaimana?marilah kita bersama2 kupaskan hal ini...
Semakin majunya sesebuah negara seharusnya mentaliti masyarakatnya perlu berubah..tetapi dari sudut
bagaimana perubahan yang kita perlukan itu?dan apa yang kita boleh nampak dari anak2 muda kini?
SUNGGUH!!aku sangat2 kecewa dengan apa yang berlaku kini...Perubahan dari negara mundur ke
negara maju nampaknya tidak mendatangkan impak yang positif dalam diri anak2 muda yakni mereka2
yang seusia denganku...walaupun bukan pada kesemuanya..
Kes PEMBUANGAN BAYI..setiap hari akan selalu menyapa muka-muka akhbar..
Bayi2 tu diletak merata2 tanpa ada rasa belas kasihan kepada si ibu yang melahirkan..
Tidakkah mereka terfikir akan rasa sukarnya melahirkan tetapi akhirnya anak itu dibuang macam sampah!!!
benarlah kata orang,
TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR,TERLAJAK PERBUATAN BURUK PADAHNYA!
Ini semua berlaku bukan hanya dari punca terlalu mempercayai teman lelaki,malahan PUNCA UTAMA
adalah HATI mereka sendiri...Hati yang tidak dekat dengan Allah..
sebabnya,kalau mereka masih punya rasa belas kasihan dan menyesali perbuatan mereka,masakan
mereka sanggup pula membuang bayi yang tidak berdosa tu..Seharusnya mereka lebih mengetahui akan balasannya membunuh anak yang tidak berdosa itu..
Ya,PERANAN IBU BAPA juga memang penting dan berkait rapat dalam hal ni..
Kadang-kadang aku merasakan yang disebabkan kemodenanlah yang menyebabkan
ibu dan bapa hanya memikirkan untuk mengumpul harta dari memikirkan soal
memberikan didikan terbaik buat anak2 mereka..
tapi...tidak semua perlu kita salahkan hal ni pada ibu bapa semata-mata..
ada juga ibu bapa yang sudah memberikan didikan agama yang secukupnya,tetapi anak2 itu sndri yang
tidak tahu membezakan yang mana baik atau buruk..
Tidak masuk pula dengan hal anak-anak yang menderhakai ibu bapa mereka..aku pernah terbaca
mengenai satu pandangan yang menulis bahawa "kalau ibu bapa berkira dengan anak2,tak hairanlah anak2 berkira dengan ibu bapa mereka"..aku tak faham dengan maksud apa yang beliau ingin sampaikan..
adakah kerana "ibu bapa berkira" itu kerana berkira "kasih sayang"?atau ibu bapa berkira kerana harta benda"? Pada aku,walau buruk2 mana pun ibu bapa kita,tidak seharusnya seorang anak itu membalas semula apa yang pernah dilakukan ibu bapa mereka kepada mereka..
Tidakkah mereka pernah terbaca sebuah kisah mengenai seorang anak soleh yang menjaga ibu bapanya yang telah bertukar menjadi "khinzir"??Perbuatan ibu bapa yang salah itu,tidak seharusnya dibalas kembali oleh anak2..sepatutnya mereka berdoa supaya ibu bapa mereka berubah ke arah kebaikan..
Kalau benar perubahan itu membawa impak positif kepada ekonomi negara,memang ya..tetapi
pada aku ianya gagal memberikan impak yang positif kepada pembangunan KELUARGA..
Tidak mustahil,sekiranya hal ini tidak diambil kisah oleh DIRI SENDIRI, maka dengan sendirinya MUNDURLAH MARUAH,HARGA DIRI DAN JUGA MARTABAT SESEBUAH KELUARGA..
KOME ADA PANDANGAN?SILA KEMUKAKAN....
ILMU YANG DIKONGSI TIDAK AKAN LUPUT DI DADA..
SEKIAN CORETANKU HARI INI..
WASSALAM..
Labels:
KONGSI MAKLUMAT,
PANDANGAN
Subscribe to:
Posts (Atom)







