Assalamualaikum...salam jumaat buat kalian..kaum2 adam dipersilakan untuk ke masjid menunaikan tanggungjawab anda...jangan puasa je..tapi solat tidak...tak ada guna anda berpuasa..
sedar tak sedar kita sudah berada dalam 19Ramadan..sekejap sungguh masa berlalu...dah nak dekat habis puasa...dan kita pun dah nak berada dalam 10malam terakhir...
pada 10malam terakhirlah umat islam digalakkan berlumba2 untuk mengejar seberapa banyak pahala..malam2 terakhir yang akan adanya malam lailatulqadar...turunnya semua malaikat ke bumi dengan perintah Allah memasuki rumah2 orang yang sentiasa bersujud menghadap Allah Yang Satu...
Malam yang penuh ketenangan..malam di mana semua isi langit turut sama menyembah pada Yang Maha Esa...Subhanallah..Maha Suci Allah...
*tq mr.google
Dalam kita sedang sibuk membuat persiapan raya jangan dilupa rohani kita...memperbanyakkan amal ibadat..ada orang yang berpuasa..tapi tidak solat...ada orang yang berpuasa,solat tetapi tidak menunaikan solat sunat terawikh..sungguhpun hanya sunat, tetapi bagi aku rugilah kita sekiranya kita tidak menunaikannya dan merebut peluang yang hanya ada pada bulan Ramadan ini..
Ada juga manusia yang berpuasa,solat, tetapi tidak menjaga lisannya..iaitu percakapannya dengan orang2 sekeliling..mengumpat,mencaci..yang paling ketara yang aku lihat di facebook dengan post wall dengan keluhan masing2..mengeluarkan ayat2 yang tidak elok..Apa yang kita tulis itu sebenarnya melambangkan keperibadian kita...hurmmm...semoga mereka cepat2 sedar..amin...
Alhamdulillah...Ramadan kali ini aku rasa sangat tenang dan tidak langsung rasa dahaga malahan lapar..dan Ramadan kali ini jugaklah aku dapat berpuasa,berbuka, bersahur dengan keluarga..dan berpeluang masak untuk mak abah aku walaupun hanya masakan yang mudah dan ringkas..terima kasih Ya Allah...
so, apa kata untuk 10malam terakhir kita perbanyakkan amalan kita dari kita hanya menghadap facebook dan blog..bukan tidak boleh nak menghadap langsung..boleh..aku pun bukak jugak..tapi aku kurangkan aktiviti ni untuk beri peluang pada rohani aku sendiri...aku rasa tak rugi apa2 kalau kita tinggalkan kejap dan beri peluang pada diri untuk rebut pahala dengan melakukan amal ibadat...Jadi
TEPUK DADA TANYA IMAN ANDA...
bukan nak mengajar..tapi mengingat..yang baik datangnya dari Allah...yang buruk datangnya dari dalam diri aku sendiri..wallahualam...