Showing posts with label RESEPI HARI INI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI HARI INI. Show all posts

Friday, October 16, 2015

Ikan talapia bakar portugis

 Assalamualaikum.

Salam jumaat sayyidul ayyam. Hari ni nak share resepi lagi.haha..Baiklah, taknak buang masa, berdasarkan tajuk entry hari ni aku share pulak cara cara nak buat ikan talapia bakar portugis cara aku.

IKAN TALAPIA BAKAR ALA PORTUGIS


Apa yg diperlukan for sure,
Ikan talapia yang dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Kita perapkan sekejap.

Ok, sebelum bakar kita nak buat dulu kuahnya untuk kita sapu pada ikan talapia. bahan-bahan yang diperlukan adalah:-

- 6ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
-sedikit belacan
- satu senduk cili kisar
- 1 batang serai diketuk
-sedikit air asam jawa
- 1 sudu sos tiram
- secekup daun kesum
- garam
-gula

Tumiskan sampai garing ok


Blendkan bawang merah, bawang putih, halia,belacan, cili kering. Kemudian tumis hingga garing. Kemudian,masukkan serai,air asam jawa, sos tiram..kacau lagi..bubuh air sedikit dan masak lagi sampai garing. Agak lama jugak sebenarnya aku masak bahan tumis ni. Lagi lama lagi sedap. Make sure la jgn sampai hangit ok. Lepas tu dah agak gelap warna bahan tumisan, masukkan garam, daun kesum dan gula. Seimbangkan rase mcm biasa. Lidah tu main peranan ok.

Haa, yang ni tumisan yang dah siap. Sedap uolls...

Sapu pada ikan


Dah siap bahan tumis tu, ambik aluminium coil dan sapu bahan tumisan pada aluminium coil kemudian letak ikan.kemudian sapu pulak atas ikan. Korang boleh jugak letak bendi atas ikan tu sebab kalau ikut resepi asal portugis ni, ade sayur bendi. Tapi aku tak letak sebab takde. Kemudian balutkan dengan kemas. Bolehla dipanggang atas api ataupun dengan menggunakan oven dalam 10-15 minit ataus sehingga ikan masak. Nak tahu ikan dah masak, bukak dan cucuk dengan garpu. kalau tak melekat tu,maknanya dah masak la tu..

Pergh, makan dengan nasi, cicah air asam, memang terangkat la weiiiii..hahaha..(tapi aku tgh on diet, aku masak pun untuk family je..sob,sob,sob sedih tak boleh makan nasi)

Ok.baii..

Wednesday, October 14, 2015

Ketam masak cili dengan telur (chili crab with egg)

Assalamualaikum.

Selamat malam seantero dunia. Penat hari ni, tapi kalau tak update entry rase macam tak best pulak. Macam semalam, entry berkenaan masakan jugak..hahaha..cooking is my passion la katekan. So, hari ni aku nak share resepi Ketam pulak.

KETAM MASAK CILI DENGAN TELUR. cam tak sedap pulak nama BM dia..kalau BI tu CHILI CRAB WITH EGG..nampak la grand sikit kan..(konon)..Tanpa membuang masa, silalah sediakan pen dan buku resepi supaya tak membazirkan kuota internet korang kemudian hari.SALIN dalam buku resepi.lain kali boleh tgk balik.



Tuesday, October 13, 2015

Resepi Laksa Kuah Ikan Parang

Assalamualaikum.

Akhirnya ada jugak perkara yang boleh diupdate untuk hari ini. Almaklumlah, sejak dah menginjak usia 27 tahun ni, sel otak kurang berhubung pulak aku rase..hahahaha..Hari ni abah request laksa. So, memandangkan aku ni penganggur yang berjaya dah dekat setahun. Aku menganggur bukan sebab aku malas keje ok..sebab aku jaga mak aku sakit. Itu cerita lain yang aku akan share kemudian. Memang banyak suka dukanya yang buatkan aku menghargai nikmat sihat dan tuntutan sebagai seorang yang bernama anak.

So, semalam abah aku balik dari pasar malam bawak balik Ikan parang bapak besor. Abah aku pun buatlah permintaan.."Long, esok buat laksa, ni abah beli ikan parang." Pagi2 lagi aku dengan angah dah keluar pegi tesco beli  barang- barang nak masak laksa.

Aku tak tahu la resepi yang aku buat ni menepati citarasa korang ke tak, tapi kalau nak cuba silakan sebab style aku buat ni aku olah ikut beberapa resepi yang ada kat google ni. Kebanyakan menggunakan ikan selayang dan kembung. Tapi aku buat guna ikan parang as requested by abah. Rupanya memang sedap gila buat laksa guna ikan parang. Lagi lagi ikan parang yang abah beli ni fresh dan manis isinya. Bila hirup kuah laksa tu, pergh....manis dari isi ikan tu memang terasa..


Aku share sikit gambo laksa aku.



Tu dia...besar gedabak...


 So, ini dia resepi Laksa kuah ikan parang homemade dari #dapurciknana yeahhh...



Resepinya:-

- laksa 2paket
-1 ekor Ikan parang(besar).Cukup untuk portion 4-6 orang makan.Ikan parang dibersihkan kemudian direbus dengan garam dan asam gelugur. Siap rebus, asingkan isi ikan dan tulang serta kepala. Air rebusan ikan tu jangan dibuang sebab kita akan masakkan kuahnya guna air rebus tu.
-isi ikan tu aku asingkan kepada 4 bahagian untuk dapatkan kuah yang sedikit pekat dan ada isi ikan dalam kuah tu. Sebab abah aku tak suka laksa yang terlalu ceroiii..
1)1 bahagian blend hancur
2)1 bahagian aku tumbuk kasar guna lesung batu
3)1 bahagian aku carik2kan guna tangan
4) tulang,ekor dan kepala ikan blend dan kemudian tapis airnya.

Bahan yang lain:-
- 10 ulas bawang merah*
-5 ulas bawang putih*
- 2 inci halia(sebesar ibu jari)*
- 1/2 bawang besar*
-sedikit belacan*
-satu senduk cili kisar
-5-6 keping asam gelugur
- secekup daun kesum
-daun kantan (aku tak letak sebab mak aku tengah pantang sakit)
-garam
-Bahan bertanda * diblend sekali.


Bahan hiasan:-
-telur (belah 2)
-salad dihiris
-timun dihiris
-cili merah -limau kasturi
-bawang besar dihiris
-cili padi hiris



1)Masukkan bahan yang dah diblend ke dalam air rebusan ikan tadi.Tunggu sekejap hingga dah agak menggelegak.
2)Masukkan daun kesum dan bunga kantan(aku tak letak daun kantan)
3)Kemudian masukkan isi ikan yang dah diblend hancur, ditumbuk kasar dan yang dah dicarikkan tadi.Kemudian tapiskan air dari tulang,kepala dan ekor yang dah diblend tadi.
4)kacau sebati, perisakan dengan garam kalau tawar.Kalau tak bape nak masam lagi, bubuh lagi asam gelugur atau bubuh asam jawa sikit pun boleh. Pandai2la lidah korang rasa sebab menang memasak ni adalah dari lidah yang merasa. Hehehe.. 

Ok.Siap.tutup api hidangkan dengan laksa dan bahan hiasan.

P/s:- *portion bahan adalah untuk 4-5 orang makan.

Taktau laksa kola perlih ka, laksa penang ka, laksa kuala kangsor ka, laksa utagha. Aku ikut suka ja..yang penting Kembang kempih kejap idong bile abah kata sedap...wakakakaka..tak sabar dengaq komen mak plak..Kalo betul sedap,sah boleh kawin dah..hahaha 


Ok. Sekian..selamat mencuba!

#dapurciknana #laksa #homemade #laksaikanparang

Monday, September 28, 2015

Ikan Bawal Masak Tiga Rasa (Versi ukhtifarhana)


Assalamulaikum..

Hari tu beria-ia je aku kata nak update selalu blog aku ni..tapi hampeh..ke laut..hahaha..Bukan ape, bila aku dah malas nak bukak laptop ni, memang tunggu minggu depannya pulak aku buka balik..almaklum jelah,zaman IT serba canggih ni, orang lebih suka online guna smartphone masing-masing. Tapi aku ni pulak, jenis yang kalau nak menulis panjang-panjang ni aku "prefer" laptop lagi sebab keypad besor sikit kan..Kalau guna smartphone ni, asyik typo je memanjang..

Oklah, berbalik kepada tajuk entry, hari ni tengahari macam biasa tugas aku di dapurlah..apa lagi..So, bukak peti ais ada ikan bawal dua ekor, pikir punya pikir oklah...kita buat IKAN BAWAL MASAK TIGA RASA VERSI HENTAM SAJALAH dari aku..hahaha..

Publish gambaq sikitt...

haa itu dia...ikan bawal tiga rasaku..


Aku buat ni ikut bahan- bahan yang ada kat rumah je..So,kalau korang rase nak ikut boleh ikut..kalau tak kena dengan tekak korang aku tak tahu la salah aku ajor ke atau salah lidah korang tak pandai rasa.ahahaha..(jangan marah k..)

Bahan-bahannye:



- Ikan bawal/ Siakap/ atau apa2 je ikan pun boleh la..tapi lebih sedap ikan bawal atau siakap.
- Kunyit 
-Garam
-2 sudu tepung jagung( aku tak letak)

bahan untuk sos:-
-bawang merah*
-bawang putih*
-cili kering*
-halia*
-2 batang serai (diketuk)
-2 helai daun limau purut( tak letak sebab takde, tapi kalau letak lagi sedappp dan wangi)
- capsicum( potong dadu)
-tomato (dipotong dadu) apa2 je lagi sayuq korang nak letak pun boleh...letak nanas pun sedap,tapi aku takde nanas dalam fridge..ni je yang ada..jadilah nakkk..
- 2sudu sos tomato
- 2sudu sos cili
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu kicap manis
-garam
-1 sudu gula

Bahan-bahan bertanda * ni korang blend.

Cara-caranye:-

Ikan bawal tadi macam biasa lumurkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan.Ketepikan ikan bawal yang dah digoreng.



- Kemudian, tumiskan bahan-bahan yang sudah diblend tadi hinga naik bau dan PECAH MINYAK. WHY aku higlhlight pecah minyak, sebabnye mak aku ajor aku la kan...kalau nak masakan berunsurkan cili kisor ni sedap, kita kene tumis dia sampai pecah minyak..pecah minyak ni bila korang tengok ade minyak dah mcm terapung2 keliling cili kisor tu..camane nak terangkan pun aku tak tau..gugerl jelah tengok kat google image tu..hehehe..lagi lame korang tumis lagi sodappp..macam iklan meggi tu..tak caye nanti beli meggi tgk kat bungkusan die..ade tulis..



- Dah pecah minyak, masukkan serai yang dah diketuk tadi... dan juga daun limau purut jika ada..tumis lagi kejap..lepastu, masukkan air lebih kurang 2 cawan, kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap. Kacau-kacau, kemudian masukkan sayuq capcicum dan tomato tadi atau sayur2 yang korang ada tulah..tunggu sebentar, kemudian perasakan dengan garam dan juga gula secukup rasa. Tutup api dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan bawal yang dah digoreng tadi..

Bolehlah dimakan bersama nasi yang sedang panas membara. Tak 2 pinggan memang tak sah la jawabnye..lepas tu jangan komplen berat naik yer..hehehehe...

Sekian,selamat menjamu selera!!!!





Tuesday, June 14, 2011

resepi ari ini~nasi ayam madu



Assalamualaikum w.b.t..pe kabo kome2 sekalian?ana harap sihat2 la yer..malam ni nak berkongsi resepi NASI AYAM MADU..ana dah buat petang tadi untuk abah mak sebab mak puasa ari ni..so,hati sangat2 puas bila tengok mak makan dengan happy..dan rasa happy sebab mak abah cakap ana dah makin pandai masak!!!itu yang ana nak dengar sebenarnye..actually,dah lama xmasuk dapur sejak duk uum..bila balik, aktiviti yang seronok adalah mencuba resepi yang tak pernah dibuat lagi..sooo..jom intai2 camane nak buatnye..senang je kawan2..^_^


original gambo yer ni...amacam?terliur x?hahaha


bahan-bahan yang diperlukan:-
(untuk sup nasi ayam)
-1/2 ekor ayam
-bawang merah
-bawang putih
-halia
-2kiub pati ayam
-1 sup bunjut adabi

(untuk nasi)
-sedikit halia
-daun pandan
-beras(ikutla kuantiti bape orang nak makan)

(untuk perap ayam)
- sos tiram
-kicap pekat(ikut ler kicap kipas udang pun xpe)
-madu( ana guna madu tualang atas jenama agro mas)
-sedikit lada putih

(untuk sos nasi ayam)
- cili merah(bukan cili kering)
-bawang putih
-garam
-gula
-pes sup ayam

(untuk kicap nasi ayam)
- bawang putih
-kicap
-pes sup ayam

(untuk hiasan)
-bawang goreng
-timun
-tomato
-daun salad
-daun bawang
-daun sup

cara-cara nak buat:-

1) tumiskan bawang putih,bawang merah(bawang besor pun xpe),halia...sume bahan2 ni ditumbuk.biarkan sehingga naik bau dan kekuningan.kemudian masukkan air dan ayam.kemudian masukkan 2kiub pati ayam,pecah2kan dan masukkan sekali sup bunjut adabi.tunggu sampai ayam masak dan sup menggelegak.

2)untuk nasi...basuh beras dulu yer...selepas tu masukkan sup ayam tadi ke dalam periuk nasi.masukkan jugak daun pandan dan halia.tunggu ler sampai nasi masak macam biase.

3)untuk ayam madu, keluarkan ayam dari sup tadi..perapkan bersama sos tiram,kicap pekat,madu dan sedikit lada putih.perapkan selama 20minit. sesudah itu, goreng ayam di dalam minyak yang penuh..

4)untuk buat sos..blender cili merah,bawang putih dan masukkan sedikit sup ayam..pastu bubuh garam dan gula secukup rasa.untuk kicap plak, tumiskan bawang putih..dah kekuningan masukkan kicap dan sedikit sup ayam.



ayam goreng madu..nyum2..




selamat mencuba resepi di atas..sebarang pertanyaan leh tanya ana ea..hehehehe..

p/s: nanti nak try buat ketupat sotong plak...my tuuutt suka makan ketupat sotong...hehehe..


Wednesday, June 9, 2010

RESEPI DARIKU..PANCAKE ANNA!!

Salam...Hai2!!!!kembali smula aku utk mencoret sesuatu di blogku yg serba kekurangan ini..hehe...

Hari ni, aku nak kongsi satu resepi yang mudah, berkhasiat dan mudah utk disediakan...

Nak tau apa dia resepinyaaaa??


JENG..JENG..JENGGGG......

PANCAKE!!!

Haa...apa macam,nampak sedap xpancake yang aku buat ngn adik aku..(kene tulis gak adik)kang majuk lak..haha..

Ni sarapan pagi ni tau...seawal 6stgh pagi aku bangun utk menyediakan pancake ni..bagus x aku?hehe..

Cara2 nak buatnye mudah aje...ok puan2 dan tuan2,silalah sediakan pen dan kertas utk menyalin resepinye yer..hehe..

BAHAN2nya...

1 biji telur ayam (bkn telur itik yer)
 115g tepung gandum (senang 2cawan setengah la lebih kurang)
satu sudu besar serbuk penaik (baking powder yer)
esen vanila (betui ke x eja xtau.tp pg td aku lupa buh)
25g butter (aku suka planta punye)
150ml susu segar (susu lembu yer)
1sudu besar gula (jgn lak bubuh bnyk2,kang kncing manis lak)
secubit garam (ni pun jgn bnyk2, kang darah tggi)


haa..cara2 membuatnye....:

mula2 korang pukul lah telur td smpai die kembang...
after that, korang masukkan susu segar,gula dan garam secukup rasa...

gaul- gaul sehingga sebati...
kemudian, korang masukkan pulak butter td..opps,lupe nak ckp,butter tu cairkan dulu k..

kacau dan kacau lagi...

after that, korang msukkan esen vanila,tepung gndum dan tidak lupa juga baking powder..supaya,ble kite msk pancake tu die naikla..jdi gebu2 gtu...

korang gaul lah hingga die betul2 sebati adunan tu...mcm yang aku buat ni...




dan sekarang tiba lah masenye utk memasak pancake tersebut...

cara memasak:

1. first perlu diingatkan resepi ini xmemerlukan minyak yer..jgn gatai2 nak gune minyak lak..n of coz la masak dlm kuali kan..

2. kemudian korang ambiklah senduk memasak gulai selama ni utk korang gunekan..bkn ape,supaya senang bulat sikit pancake tu nnti..

3.biarkan pancake tu masak n bile korang nmpak mcm gelembung2 lubang kat pancake tu, korang terbalikkanlah dgn megahnye..

4. n masaklah sehingga kulitnye kekuningan coklat..n angkat..siaapppp!!!hehe.. seperti di bwh ni...


Nampak x?bulat comei je kan?ni adik aku yg buat..pndai gakla budak tu...(perasan la tu jap ag bile bace ni)

sedang aku cuba utk membuat pancake yg kedua...

ececehhh...tunjuk peace ag aku..konon2 comeila tu pancake aku tu..



OH TIDAK!! Bila aku terbalikkan abis hancur pancake ku ini..adik aku ape ag,gelakkan aku bukan main ag die..cit! podahhh...


dah macam rupe roti telur lak aku tgk...hahaha...tp yg ni paling sedap ni..hahaha..


emmm..sedap dimakan bersama jem strawberi..ikut cite rase koranglah..klu korang rajin,korang gi la market cari syrup pancake..takpun leh jugak dimakan bersama aiskrim...emmm..nyummy2..


bersama TEH O PANAS...MENGANCAM BEB...


oklah..ini saje resepi yang dpt aku kongsikan dengan korang...di waktu yang lain, kite kongsi resepi lain lak ea....SELAMAT MENCUBA!!!!! (^_^)