Showing posts with label Persahabatan. Show all posts
Showing posts with label Persahabatan. Show all posts

Friday, March 28, 2014

Kawan Kita..

Assalamualaikum...

Repost Entry lama...Untuk yang bernama sahabat..Maaf andai ku bukan sahabat yang baik yang diidamkan...

...

Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan ynag baik..kepada kawan baik kita....

"UKHWAH ITU INDAH JIKA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH"

...

Kataku hari ini...

28/3/2014

...

Kawan kita macam kita juga..tak sempurna..pasti dan bakal buat kesilapan..Tapi kesilapan bukanlah untuk diulang berkali-kali...dan kesilapan tu satu pelajaran untuk perhubungan yang lebih baik pada masa depan...:)

Sunday, September 25, 2011

BUAT SAHABATKU MAZITA ABU OMAR

Assalamualaikum...selamat petang..entry ini aku tujukan buat sahabatku MAZITA...Ta, saya tak berniat nak lukakan hati awak...awak kata saya dah lupakan awak...DEMI ALLAH,tak pernah pun saya lupakan awak...kita kenal dah lama...saya tak pernah berubah..saya tetap ana yang awak kenal...ana yang selalu menangis bila hatinya terusik...cuma adakala saya terkhilaf...adakala saya tak sedar saya kurang bagi perhatian pada awak...tapi,saya tak pernah lupa awak..hari raya hari tu pun saya bagi message pada awak kan?saya bagitahu awak kan saya nak datang KL ari tu kan??cuma kita xberkesempatan untuk jumpa...saya sedar kadang2 saya tak balas message awak..tapi bukan saya xnak balas...kadang2 saya tengah buat kerja..jadi saya tangguhkan dulu nak balas message awak...hingga terlupa terus..

ya,saya mengaku saya tak suka awak terus berkawan dengan lelaki tu...tapi,itu tak bermakna saya halang awak untuk teruskan perhubungan awak dengan dia...saya tak pernah kata saya larang kan??saya cuma tak suka tengok awak terluka lagi...apa yang awak tulis kat blog awak,suma tu buat saya sakit hati dengan sikap dia...saya rasa saya bersalah sebab benarkan awak berkawan dengan dia..saya kesal dia tak tunaikan janji dia untuk jaga awak baik2...salahkan seorang kawan nak tengok kawannya bahagia awak????

saya mintak maaf andai awak rasa saya dah lupakan awak...saya tak tahu macamana nak betulkan kesilapan saya...tapi,saya harap awak maafkan saya..beri saya peluang untuk jadi sahabat yang baik...saya nak jadi sahabat awak dunia akhirat..bukan sekadar sahabat waktu susah..tapi waktu senang jugak...

saya harap awak jaga diri baik2 kat sana...pergi mana2 kalau boleh jangan sorang2...berteman...hati2 dengan orang2 sekeliling....pasal percintaan, saya sentiasa doakan kebahagiaan awak...saya harap dia tak lukakan hati awak lagi...awak perlu percaya satu perkara...JODOH RAHSIA ALLAH...mintak pada Dia...saya jugak pernah kecewa dan awak sendiri tahu kan kisahnya...tapi, itu semua ada hikmahnya..Allah nak bagi yang lagi baik...sebab tu,sekarang saya cuba untuk motivasi diri sendiri..belajar bersabar...insyaallah..apa yang kita mintak akan dimakhbulkan Allah...ape yg penting,sekarang kita sama2 fokus pada pelajaran...demi keluarga dan masa depan diri sendiri...

Saya sayang awak..ya,saya ramai kawan yang rapat dengan saya sekarang...saya perlu jaga ramai hati...kadang2 saya tak tahu nak dahulukan yang mana...saya sangat takut kawan2 kecil hati dengan saya...dan yang tulah yang saya paling tidak suka..bermasam muka...saya nak jadi sahabat terbaik untuk kawan2 saya...jadi,lepas ni..saya harap awak jangan simpan2...bagitahu saya cepat2 kalau saya tersilap...jangan simpan...saya boleh terima...

Saya sayang awak..saya dah anggap awak macam adik beradik saya sendiri...saya nak Mazita yang dulu..yang ceria...please kembalikan dia pada saya....='(

Thursday, July 7, 2011

kawan baik...