Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

BAHAYA!!PERKARA REMEH YANG DIPANDANG RINGAN

Assalamualaikum...entry tengahari untuk tengahari ni suka untuk aku kongsikan dengan korang sedikit sebanyak info yang aku perolehi dari majalah dara mengenai beberapa fakta yang selalu dipandang remeh oleh kita yang akhirnya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan diri.


Nak tahu apa dia?jom terjah...

DITEMANI KIPAS ANGIN
-Aik?kenape pulak dengan kipas angin?dah panas,mestilah pasang kipas angin.Tak ada salahnya pasang kipas angin ni, tetapi ada kaedah yang perlu kamu ketahui. Tahukah kamu bahawa sekiranya kamu membiarkan kipas angin "statik" sahaja menghala ke muka dan leher, keesokkannya kamu berisiko untuk sakit kepala!! Leher kita bersambung dengan otot,pembuluh darah dan saraf. dan kawasan ini yang mnyebabkan tubuh kamu menjadi tidak selesa.Jadi lepas ni,sila pastikan kipas angin mengena pada serata tubuh dan letakkan jauh sikit dari posisi tubuh kamu.



Zzzzz "PLUS" TV
- Sesetengah daripada kita suka 'mengonline'kan diri depan tv..termasuklah aku sampai kadang2 tertidur depan tv jugak. Perlu kamu ketahui bahawa sekiranya berlarutan ini akan menyebabkan kamu mudah pening kepala,mudah berasa cemas,tertekan dan menyumbang kepada penyakit "KANSER".Menurut WHO, alat2 eletronik mengeluarkan gelombang elektromagnetik yang boleh menggangu kestabilan tubuh dan alat elektrik yang paling mengeluarkan gelombang ni adalah TV dan PENGERING RAMBUT...Jadi, kalau nak tengok tv,tengok tv sudah..kalau takmau tengok,tutup ok..naikkan bil elektrik adolaa..hahaha..


MENAHAN "DIRI"
-menahan diri ape?errr..maksud aku..menahan diri dari buang ayaq kencing.Rasanya ramai yang tahu kot,menahan kencing ni boleh menyebabkan infeksi batu karang.dan..aku nak "aim"kan pada kaum2 wanita yang infeksi ni berisiko pada kaum kita berbanding lelaki kerana uretra wanita lebih pendek. Seandainya tak dirawat, boleh menyebabkan kerosakan ginjal!!!!uwaaaa...aku takmau tahan2 dah...nak pi mana2, siap sedia dulu...takdelah nak terkucil mase dalam perjalanan..


Kuku "VITAMIN"
- Ni untuk yang suka GIGIT KUKU.. walaupun kamu dah cuci kuku kamu tu lepas gigit, tapi belum 100peratus bersih lagi tahu.Maksud aku masih ada bakteria lagi kat situ dan ketahuilah semasa kamu sedang gigit2 kuku tu,bakteria dah berpindah dalam mulut kamu..eee..yeaakkksss...RISIKONYA? akan berlaku masalah pencernaan dan kulit sekitar kuku pun akan mudah tergelupas dan berdarah..


KUTIL JERAWAT!!
- Ingat kutil jerawat tu jerawat tu tak datang dah ke kat kulit kamu?Lagi banyak bakteria bermaharajalela adala...kena radang kulit..mesti kamu tak suka kan??so, lepas ni,kalau ada jerawat kat muka kamu,walaupun kat batang hidung kamu pun,jangan sesekali duk kutil2..biarkan je..bagi can kejap dia nak singgah..hehe..gurau2..
ataupun, lapkan pelan2 muka kamu dengan tuala yang direndam dengan air suam..

MAKIN KETAT MAKIN BAGUS??
-Amaran keras buat yang suka pakai seluar ketat2...cukup tak berkenan aku..Tidak ke kamu rasa payah nak berjalan?tidak ke ada kesan2 berbekas kemerahan pada pinggang atau pinggul kamu?PIKIR SENDIRI YER..

So, jangan pandang remeh yer perkara2 di atas..Kalau rasa sayang dengan kesihatan diri, sila notekan hal2 ni ok..peringatan untuk diri aku sendiri jugak sebenarnya...oklah..semoga bermanfaat untuk kamu..

Assalamualaikum...PEACE!!^_^




Monday, July 11, 2011

Kurang tidur punca gemuk



Assalamualaikum...seperti yang telah anda perhatikan tajuk di atas, entry untuk malam ada kena mengena dengan diri aku sendiri..tengah syok2 cari bagaimana kaedah nak kurus secara sihat aku terjumpa satu artikel yang mengejutkan aku..hahahaha..selama ni aku sangka,tidur berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan..rupa2nya aku salah..ok..takpe..daripada artikel yang aku dapat melalui Majalah mingguan wanita yang mengatakan tidur yang berlebihan boleh menyebabkan gemuk adalah auta. Hasil kajian perubatan menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur berpotensi untuk lebih gemuk!!

kalau tidur,sila tutup tingkap..nanti kak limah jenguk plak..

Menurut Reuters, kita begitu taksub pada program diet serta amalan olahraga untuk memerangi obesiti hinggakan kita terlupa betapa pentingnya untuk mendapatkan tidur yang cukup. Kajian yang dilakukan oleh kumpulan perubatan penyelidik dari Eastern Virginia Medical School yang melibatkan sekitar seribu orang responden menunjukkan bahawa jumlah jam tidur yang kurang akan menyebabkan indeks massa tubuh (BMI) akan meningkat.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa golongan lelaki rata-rata tidur 27 minit lebih sedikit berbanding wanita.errmm..memang betul lah kot sebab buah hati aku tu tidur awal...(tapi memang dia suka tidur..hehe..jangan marah..)Para pesakit obesiti juga ternyata memiliki jam tidur yang lebih sedikit berbanding pesakit normal yang lain. Jelas di sini menunjukkan tidur mempunyai kaitan dengan kadar kegemukan seseorang.

Di dalam jurnal Archives of Internal Medicine pula,kajian tersebut telah diterbitkan secara mendalam dan dikatakan bahawa hasil penemuan ini memberikan idea bahawa dengan menambahkan tidur 20 minit semalaman sahaja boleh membantu menurunkan BMI. So,aku kene awalkan lagi la waktu tidur aku ni..semalam aku tidur lepas subuh..baguskan anak dara..hahaha..

Perlu diketahui, kurangnya jam tidur seseorang akan menyebabkan peningkatan nafsu makan..Yang ni aku setuju sangat2...memang lapar kowt tengah malam.Ini kerana ketika kurang tidur, penekanan hormon protein atau lebih dikenali sebagai peptin, akan menimbulkan rasa lapar..sungguhla betul...huhuhu..Inilah salah satu sebab rasa lapar di tengah malam yang membuatkan ramai yang mencari makanan ringan di tengah malam (aku lapo,aku minum ayor masak banyak2..sebab nak hilangkan rasa lapo aku tu..). So sesiapa diantara anda yang memegang mitos tidur berlebihan boleh menyebabkan kegemukan, cubalah buang pemikiran tersebut lepas ni sebab ianya tak dapat dibuktikan dari segi perubatan..kalau ada bukti,sila kongsi dengan aku...

Jadi boleh tidur banyak2 la ea pasni..ehek!! jangan2..tidur banyak pun tak elok..apa kerja pun tak jadi asyik nak tidur je..tapi kan..aku rasa la..kalau tidur lepas makan kowt yang menyebabkan kegemukan..ye tak??ntah..aku pun tak tau..huhuhu..oklah..selamat malam..aku nak tidur awal malam ni...Assalamualaikum..^_^