Assalamualaikum...
Terkadang kita lupa...kita sering lupa bersyukur dengan segala apa yang kita miliki kerana kerap kali kita memerhatikan apa yang dimiliki oleh orang lain lebih dari apa yang kita miliki..tidak terkecuali diriku sendiri..adakalanya aku bertanya kepada diriku sendiri..mengapa aku tidak seperti mereka?mengapa aku tidak sebijak mereka?mengapa laluanku lebih sukar berbanding dirinya?persoalan mengapa yang menerjah fikiran yang entah bila kan berkesudahan...
duduk aku bermuhasabah diri..kembali mengenal diriku sendiri..semakin aku menginjak dewasa,semakin aku berusaha mengenal potensi diriku..
"Sesungguhnya telah kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"(Surah Al-Tin[95]:4)
Sungguh Allah itu Maha Adil yang menciptakan setiap dari kita dengan segala kelebihan dan juga kelemahan.Ada perkara yang mampu kita lakukan tidak mampu dilakukan oleh orang lain,ada pula perkara yang lainnya pula tidak kita mampu lakukan tetapi mampu pada orang lain..itulah yang dikatakan saling melengkapi..tapi..ya lah..kita sendiri yang tidak pernah sedar kan?
Aku adalah aku dengan keupayaanku..dan engkau dengan keupayaanmu..jika kita mahu membandingkan sekalipun,mengapa tidak kita bandingkan diri kita sendiri hari ini dengan kelmarin??adakah hari ini aku lebih baik dari semalam?apa baktiku hari ini yang mampu aku manfaatkan berbanding kesilapan semalamku??
Baiknya Tuhan yang menciptakan manusia dengan sempurna dan seimbang perhitungannya..Tiada sekelumit keburukan yang lahir dari ciptaanNya..waima jika manusia itu dilahirkan tidak sempurna fizikalnya,tak siapa tahu satu masa dia mungkin menjadi lebih hebat dari manusia yang lahirnya sempurna cukup fizikalnya..cuba kau lihat sekelilingmu..ada yang kudung kedua tangannya..namun mampu melakarkan sebuah lukisan indah dari jari jemari kakinya..ada pula yang kudung kakinya,tapi mampu menjadi olahragawan olahragawati negara..semua dari kita punya potensi diri..
percaya pada diri..setiap dari kita berbeza dengan kelebihan masing-masing..dan satu yang perlu kita pegang seutuh-utuhnya..
SETIAP DARIPADA KITA ISTIMEWA DISISINYA.. =)