Wednesday, November 30, 2011

BACALAH KALAU SUDI...

Assalamualaikum...


selamat malam..aku nak releas tension kejap..letih la perah otak dengan assignment core mechanic ni..ke ade sesiapa nak tolong aku?hahaha...nak cerita apa malam ni yer..


oklah, jom baca aku potpet pasal dinner misc semalam...


Alhamdulillah, lega sebab tugas aku dalam dinner misc dah lepas..aku rasa seronok dapat join jawatankuasa dinner ni..tak aku nafikan memang letih..sampaikan tertidur aku mase tunggu yang lain habis menyapu..masa tu memang aku dah tak larat sangat dah..aku tolong tengok je budak2 lelaki menyapu..kekeke...jangan marah yer korang..bukan aku tak mau tolong...kaki aku dah problem tetiba mase tu...(tak tahula bile nak pergi check)..hurmm, macam biasa,pasti akan ada feedback dari semua berkenaan dinner tu..aku tak nafikan memang banyak kelemahan yang perlu diperbaiki..but, we just human..pasti ada kesilapan jugak..bukan tak usaha memberikan yang terbaik,sudah cuba..tapi,ketentuan Allah mengatasi segalanya yang kita rancangkan..


pada pandangan peribadi aku, semua ajk dah memberikan sumbangan masing2 dalam dinner tersebut..semua dah jalankan tanggungjawab masing2..ada la satu dua yang perlu di"topup"kan supaya pada masa depan tak berlaku lagi...


ermm..rasa kesal ada..rasa nak tergelak ada..macam2lah yang aku rasa bila baca segala komen dalam group misc kat facebook tu..yang kondem ada..yang perli2 pun ada jugak..yang menyokong pun ada,tak kurang jugak yang jadi batu api..biase lah kan..manusia..ada macam2 perangai...cuma, kadang2 kita tak sedar, kita perli2 tu,kita kondem2 tu kita dah tunjukkan diri kita seorang yang bagaimana...mungkin ada yang tak setuju dengan kenyataan aku..mungkin ada yang kata....


 "suka hati akulah"..."mulut aku, ikut suka hati akulah".."hello,aku taknak hipokrit ok"...ataupun..."kalau tak boleh terima kutukan,jangan jadi ajk"..."kami kutuk sebab nak bagi penambah baikan.."


Setiap orang ada hak untuk bersuara..ya,itu memang benar...tapi..tahu kan Allah benci orang yang suka kutuk2,melemparkan ayat2 yang tidak elok...


Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa: Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor dari orang lain.Demikian juga firman Allah SWT yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor. (Surah An-Nahl: 25)


semua dah dewasa..semua dah bergelar mahasiswa...jadi lebih baik kita tunjukkan diri kita sebagai seorang yang berhemah ketika memberi pandangan...mengkritik itu tak salah...tapi,mesti ada point apa yang boleh kita buat supaya yang tak elok tu boleh jadi elok..apa yang kita boleh elak,akan dapat dielakkan...


Aku  tulis yang baik-baik di Facebook ataupun blog, bukan bermaksud aku ni orang yang alim atau terlampau baik... aku juga manusia yang tak terlepas dari ksilapan..Aku cuma taknak, bila aku menulis sesuatu yang buruk2, apa yang aku tulis tu akan jadi ikutan orang lain yang membacanya. Lebih baik aku ajar orang supaya menulis yang baik2 daripada orang tulis yang buruk kerana dari ajaran aku...


ape pun..aku ucap terima kasih sebab beri pandangan korang...insyaallah, tahun depan orang lain yang handle pulak,dapat jadikan pengajaran..


"orang akan hormati kita sekiranya kita turut sama hormati orang lain"


oklah..yang baik kita ambil..yang buruk kita tolak tepi..aku nak sambung buat assignment..doakan aku..hehehehe...salam keamanan..peace!!! ^_^

Friday, November 25, 2011

Menata Hati

Assalamualaikum....




Walau bagaimanapun hari ini
moga Allah mengusap lembut hatiku..
menjadikanku orang-orang yang berjiwa tenang....



Jika aku tak mampu menjadi pohon yang rendang yang dapat meneduhkan kamu...
Biarlah aku menjadi rumput lembut yang menjadi tempat berpijak agar kakimu tak lagi terluka..

Jika aku tak dapat menjadi yang terbaik pada pandangan kamu,
Biarkanlah aku menjadi pendorong dan pemberi semangat kamu...

Kasih,sayang dan cinta ini...
adalah Perjuangan aku..

untuk terus mencipta kesetiaan...

izinkan aku terus menyimpan secebis rasa kasih terhadapmu
Tanpa melupakanNya Yang Satu...




Wahai Yang Maha Mendengar...
Jagalah hatiku agar tidak mudah berpaling...
Jagalah hatiku agar tidak mudah berkecil hati..
Jagalah hatiku dari perasaan buruk sangka..
Jagalah hatiku agar tetap setia menunggunya..


"Berserah diri pada Rancangan Allah"

Monday, November 21, 2011

di laman hati

Assalamualaikum...

terdetik di hati
dalam lamunan yang mengiringi akal ini
apakah sempurnanya aku hingga mahukan yang sempurna
hingga menyalahkan segala ketentuan yang punya hikmah tentunya




maafkan aku...
atas kebiadaban diri ini
Maafkan aku Ya Allah..

Aku bersyukur atas segala kurnia
kerana tanpaMu takkan ku kenal erti hidup
Ya Allah, terima kasih kerana
selalu berada di pertapaan hati ini
memberikan aku kesabaran menempuh ujianMu

Kugagahkan diri ini
mengharungi pahit derita dalam segenap jiwa ini
Takkan aku lupa akanMu CINTAKU YANG SATU
LORONGKAN AKU di jalanMu
agar tidak lagi aku kesesatan
dalam pencarian KasihMu..