Wednesday, March 9, 2011

TUTORIAL SHOUTBOX TERSEMBUNYI

Assalamualaikum..


cik anna berbesar hati nak membantu kawan2 yang teringin nak buat shoutbox tersembunyi...so,cik anna kongsikan ngn korang camana nak buat...hehehe...


pertama skali...


-korang ambik code shoutbox tersembunyi kat sini...
CLICK kat sini... SHOUTBOX TERSEMBUNYI dan COPY.


dah copy? ok,bile dah copy, korang pi kat  DASHBOARD>DESIGN>PAGE ELEMENT> ADD A GADGET(kat sidebar)> pilih HTML/JAVASCRIPT



dah bukak HTML/JAVASCRIPT?


 ok,bile dah bukak kotak tu,korang paste lah code yang cik anna bagi kat atas ni...DAN jangan lupa MASUKKAN SEKALI CODE SHOUTMIX KORANG kat ruang yang tertulis "MASUKKAN CODE SHOUTBOX KORANG KAT SINI" pada code yang cik anna bagi kat atas tu...ayat masukkan code shoutbox korang kat sini tu korang padam lah lepas dah paste code shoutbox.


lepas dah paste, korang save lah...kat ruang TITLE tu xpayah tulis apa2...


Editing

  1. Tukar warna tab
  2. Kalau nak tukar warna tab perkataan shoutbox boleh amik url colour kat link disini.
 Caranya :
Cari perkataan background :url > Tukar url original colour dengan url colour yang korang nak


2. Tukar ketinggian
Cari perkataan top, dan tukar kepada ketinggian yang korang nak. Contoh 10px, 20px,30 px…

3. Tukar saiz
Tinggi : tukar nilai dekat height. Contoh 10px, 20px,30 px…
Lebar : tukar nilai dekat width. Contoh 10px, 20px,30 px…

PASTU SAVE LAH...paham x?hehehe...try la ea... 

haishh..macam2 hal

Asalamualaikum...
wat gapo demo?sihat ko dop?
opss..tercakap kelate lak..
cik anna sihat2 je..harapan cik anna,korang camtu jugakla ea..

haishhhhh..macam2 hal lah yang cik anna dengar sekarang kat uum ni..
lagi2lah bile baca komen2 budak2 uum  ni kat facebook UUM KINI..
perghhh...diorang berhujah kalah dari parlimen tau..cik anna pun ada jugaklah menyebok kat uumkini tu...
macam2 isu yang diutarakan budak2 ni....ada yang berhujah cara diplomasi,cara hentam orang,cara maki2 pun ada jugakk..aipp2!!!jangan maki2..xbaik tau...lagi bertambah dosa adala..

ape yang diperkatakan dalam uumkini tu ada betul,ada jugak yang xsepatutnya...ada pro dan kontranya..cik anna sendiri pun ada jugak tak puas hati dengan sesetengah perkara...cuma,bila kita nak meluahkan sesuatu tu,biarlah dengan budi bicara yang elok..orang pun tak adalah pandang yang xelok kat kita..lagi satu,bila orang memberi nasihat,janganlah terus bangkang....kalau xmahu terima nasihat pun,tak perlulah guna bahasa yang kasar...budi bahasa ni bunga peribadi seseorang,buahnya pulak nilai murni yang ada pada diri kita...kalau orang dah pandang yang tak baik, takkan ada pulak orang nak berkawan dengan kita..iskhh..cik anna xboleh bayangkan kalau ada org sakit hati dengan cik anna...xtenang hidup tau...sebab tu,cik anna usaha utk tidak mengeluarkan statement atau bahasa yang kasar bila bercakap dengan orang...cik anna memang jenis tak suka cari gaduh,dan sangat2 pentingkan persahabatan dan percakapan dengan orang.


sememangnya manusia ni diciptakan dengan pelbagai sikap dan perangai..tidak ada yang sempurna...tetapi, apa kata kalau kita selami sifat2 yang baik yang ada pada rasul kita.jadikan sebagai panduan hidup kita..cik anna xkata cik anna ni baik..(tapi mmg cik anna baik tau) dan tujuan cik anna cakap di sini bukanlah nak 'mengajar' cume memperingati sesama sendiri dan pada diri cik anna jugak..so,sama2lah kita memperbaiki diri...ok...

peace!!no war...(^_^) 

pss..malam ni nak makan chicken chop lah..jom,cik anna belanja...hahaha...

Saturday, March 5, 2011

tak ada kredit la plak...camana nak bagi sms niee....

Assalamualaikum...
korang kehabisan kredit tapi terdesak untuk bagi sms kat seseorang?
jom,tengok apa yang boleh cik anna kongsikan untuk masa2 kecederaan ni...
TAPI...errr..korang kene ade internet lu..baru leh guna mende ni...hehehehhe...

cik anna perkenalkan.......



haaaa...ini dia...korang leh cuba la mase korang xdak kredit...FREE je tau...1HARI limit sms korang leh hantar sampai 50SMS..kemana2 nombor CELCOM,MAXIS,DIGI n etc...SEBELUM tu mcam besa la..korang kene la daftar dulu..SIGN UP dulu ok...Kalau cik anna terdesak xde kredit,cik anna guna mende alah ni la...bukan ape,kadang2 nak mintak kredit kawan xpala,tapi seganla jugak kann...hehehe...so,dengan mende ni,xpayah la nak penyegan...hehehe...lagipun FREEEE...hahaha..

so,pada yang nak sign up mende ni,sign up la yer...just CLICK je kat perkataan mostsms di atas...

p/s: apa yang cik anna tahu,cik anna kongsila ngn korang....(^_^)