Friday, October 16, 2015

Ikan talapia bakar portugis

 Assalamualaikum.

Salam jumaat sayyidul ayyam. Hari ni nak share resepi lagi.haha..Baiklah, taknak buang masa, berdasarkan tajuk entry hari ni aku share pulak cara cara nak buat ikan talapia bakar portugis cara aku.

IKAN TALAPIA BAKAR ALA PORTUGIS


Apa yg diperlukan for sure,
Ikan talapia yang dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Kita perapkan sekejap.

Ok, sebelum bakar kita nak buat dulu kuahnya untuk kita sapu pada ikan talapia. bahan-bahan yang diperlukan adalah:-

- 6ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
-sedikit belacan
- satu senduk cili kisar
- 1 batang serai diketuk
-sedikit air asam jawa
- 1 sudu sos tiram
- secekup daun kesum
- garam
-gula

Tumiskan sampai garing ok


Blendkan bawang merah, bawang putih, halia,belacan, cili kering. Kemudian tumis hingga garing. Kemudian,masukkan serai,air asam jawa, sos tiram..kacau lagi..bubuh air sedikit dan masak lagi sampai garing. Agak lama jugak sebenarnya aku masak bahan tumis ni. Lagi lama lagi sedap. Make sure la jgn sampai hangit ok. Lepas tu dah agak gelap warna bahan tumisan, masukkan garam, daun kesum dan gula. Seimbangkan rase mcm biasa. Lidah tu main peranan ok.

Haa, yang ni tumisan yang dah siap. Sedap uolls...

Sapu pada ikan


Dah siap bahan tumis tu, ambik aluminium coil dan sapu bahan tumisan pada aluminium coil kemudian letak ikan.kemudian sapu pulak atas ikan. Korang boleh jugak letak bendi atas ikan tu sebab kalau ikut resepi asal portugis ni, ade sayur bendi. Tapi aku tak letak sebab takde. Kemudian balutkan dengan kemas. Bolehla dipanggang atas api ataupun dengan menggunakan oven dalam 10-15 minit ataus sehingga ikan masak. Nak tahu ikan dah masak, bukak dan cucuk dengan garpu. kalau tak melekat tu,maknanya dah masak la tu..

Pergh, makan dengan nasi, cicah air asam, memang terangkat la weiiiii..hahaha..(tapi aku tgh on diet, aku masak pun untuk family je..sob,sob,sob sedih tak boleh makan nasi)

Ok.baii..

3 comments:

uncle gedek said...

Alahhhhh.... diet boleh tangguh...!

hehehe

Unknown said...

sedappp ye..boleh la msuk list menu weekend ni hehehe

kunjugan dari che amy http://doublehealhltyeshoppe.blogspot.my/

Unknown said...

Ya Allah, dkt pkol 5 pagi jalan sini nampak plak ikan tu..Lapar sudah.....