Assalamualaikum.
Kelmarin hati ini terguris
Dengan satu kenyataan yang menghirisSehingga terasa diri ini
Tidak lagi dipeduli
Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biar pun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan insan yang ku percayai
ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Ku serahkan segala kini pada-Mu Tuhan
Yang berkuasa jua menciptakan perasaan
Kerana hanya Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati
Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman dihati
Agar tabah aku menghadapi dugaan ini
Agar tidak aku berhenti di pertengahan jalan
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malam ku bersalut benci
1 comment:
semoga makin tabah menghadapi hari hari mendatang :) Allah nak bagi lebih baik dari yang lepas mungkin . :)
Post a Comment