Assalamualaikum...selamat petang..hari ini buat sekian kalinya kelas aku batal lagi.Orang lain dah sibuk belajar,buat assignment...selalunya macamtulah, bila hujung semester orang lain dah mula study untuk final exam,aku dan kawan2 masih terkapai buat projek multimedia yang kaw2 punya susah tu..inilah maknanya bersenang2 dahulu,bersusah2 kemudian...hehehe...
entah kenapa aku agak rajin update blog aku hari ni..mungkin kebosanan yang melanda..memang ada buku untuk dibaca..dua buah buku aku beli pun tak habis lagi baca,tapi...tulah,setiap kali baca sejam baca,mulalah menguap..
ermm..sebenarnya bukan dalam buku sahaja kita boleh peroleh pelbagai isian berguna untuk diri..aku maksudkan santapan rohani kita sebagai manusia..Selain urusan harian kita, diri dan jiwa kita perlu juga dipenuhkan dengan ilmu2 akhirat,dan pengisian nurani..Aku memang tak nafikan facebook salah satu medium yang selalu aku bukak..bukan selalu dah,memang dah jadi wajib..haha..senang satu hal nak komunikasi dengan kawan2..kalau tunggu message,lambatlah nak reply..so,medium ni medium paling berkesan la bagi aku..hehe..
ada beberapa page di facebook yang selalu aku akan jengah dan baca..Pengisian yang mereka sampaikan sangat2 bagus dan bukan hanya sekadar cakap2 kosong ataupun copy paste...so,aku kongsikan disini untuk korang pergi terjah dan baca isi2 di dalamnya..jangan hanya tahu nak kutuk2 orang sahaja kat facebook tu..
Rusydee Artz & Syabab Musabab musafir
-Dua orang yang sama..rusydee artz lebih kepada semua lukisan2 dakwah beliau,cuma syabab musabab musafir tu facebook dia,tapi yang uniknya beliau xde add orang dan facebook personal dia tu open kepada semua orang..Aku sangat2 suka dengan page yang dibuat oleh seorang hamba Allah ni...bukan sahaja lukisannya cantik,malahan apabila aku membaca isi2nya membuatkan aku menangis..Allahu robbi..beliau bukanlah seorang ustaz waima wahabi atau alim ulamak,apa yang dia sampaikan semuanya berlandaskan Al-quran dan hadis..Aku percaya beliau seorang yang suka mendalami ilmu Allah..apa yang dia baca,apa yang dia tulis akan diadaptasikan ke dalam bentuk lukisan...Masyaallah..saudara memang baguslah..tapi,aku tak faham masih ramai yang dengkikan beliau..Aku harap beliau tabah hadapi setiap tohmahan dari orang ramai tentang beliau..Aku sokong beliau..beliau pun ada blog..korang boleh pergi ke sini..http://selamattinggal.blogspot.com/2011/12/setia-menanti-bersama-allah.html
Kisah Wanita
- Ini page untuk para wanita yang tercari2 ayat2 motivasi diri..page ni pun aku selalu jenguk dan baca pengisiannya..Sangat memotivasikan diri aku sebagai seorang wanita. Memang kita sebagai manusia,apabila berada dalam kesedihan,kita perlu berbalik kepada Allah..namun,aku tetap jadikan ayat2nya sebagai motivasi untuk diri aku dikala kesedihan..Dan yang paling menarik,page ini mengajak orang ramai untuk join contest foto dakwah..aku pun join jugak..hehe...tujuan contest tu bukanlah untuk meraih hadiah,tetapi untuk berkongsi dengan saudara2 seagama kita dan renungi serta muhasabah diri kita kembali sebagai hambaNya..
Langit Ilahi
- Langit Illahi..nama yang sangat unik bagi aku. Sama juga dengan Kisah wanita dan Rusydee Artz, pengisiannya sangat bagus...ayat2nya lebih puitis..Langit Ilahi ni sebenarnya sebuah team website yang menghasilkan baju untuk muslim dan muslimah dan disamping mengajak diri dan masyarakat kembali kepada Allah..Kalau rasa nak beli baju muslimah ke,tshirt muslim ke...korang boleh la like page diorang ok..hehe..
sebenarnya banyak lagi yang ada...setakat petang ni,aku rasa aku kongsikan yang tiga page ni lah ya...aku jamin tak rugi kalau korang datang terjah page facebook diorang..Dari korang like page yang bukan2,yang tunjuk aurat orang,yang suka maki2 orang,lebih baik korang like page2 yang aku cakap kat atas ni...Medium facebook ni xsalah pun sebenarnya,yang salah bila kita sendiri tidak pandai mengendalikannya dan tanpa sedar,kita free2 je dapat dosa kering..Jadi apa tunggu lagi,buang post2 lama yang tidak baik,upgrade dengan post2 yang bermanfaat,buang gambar2 yang tak tutup aurat,upload gambar2 dakwah...ok?
sekian sahaja untuk petang ni..azan dah berkumandang..ayuh kita menghadap Yang Esa...Assalamualaikum...