Sunday, July 11, 2010

KEDATANGAN SEMESTER BARU...

Assalamualaikum sume...Alhamdulillah,aku sudah kembali semula ke UUM untuk meneruskan perjuanganku menuntut ilmu..Aku sangat2 bersyukur kerana keputusan peperiksaan aku agak baik walaupun tidaklah dalam senarai dekan..aku sendiri pun tak dapat agak yang aku akan dapat keputusan seperti itu...Sekarang ni aku sudah melangkah ke semester kedua...semester ini aku berazam untuk lebih mengulangkaji pelajaran..aku ini bukanlah di dalam kelompok mereka2 yang cepat menangkap sesuatu yang baru dipelajari..namun,tiada manusia itu tiada yang dilahirkan untuk menjadi bodoh..ianya terpulang kepada azam dan kesungguhan menuntut ilmu...hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih...

untuk semester ini, aku berharap yang aku dapat meningkatkan prestasi aku baik di dalam segenap aspek kehidupan aku di uum ni...satu yang mengembirakan aku,bilik segala perabot bilik ditukar...macamtu juga dengan asrama yang lain..alhamdulillah,aku amat selesa dengan keadaan bilikku sekarang...dan terima kasih juga aku ucapkan kepada pihak uum...di kala ini,fikiran aku terbayangkan kedua orang tuaku yang amat aku rindui..terima kasih abah dan mak yang telah menghantar aku kembali ke uum ini..terpaksa mereka mengambil cuti hanya untuk menghantar aku.Setelah aku tiba disini pada rabu tadi, ibuku telah memberitahu aku yang abah telah ditukarkan ke sekolah yang baru..dan sekolah yang masih baru..sangat dekat dengan rumahku..Alhamdulillah..tahniah abah...semoge abah sentiase dirahmati dan dipermudahkan segala urusan oleh ALLAH..begitu juga dengan ibuku...

cukuplah setakat itu dahulu dapat aku coretkan..sehingga bertemu di lain ketika..wassalam..

No comments: