Assalamualaikum w.b.t..selamat malam dunia fana..penuh dengan fatamorgana..akhirnya ku kembali mencatat,menulis,melakar,menconteng..ape lagi..ape ape jelah..
Since keberadaanku lebih di tumblr, walaupun bilangan kawan kat situ tak seramai(macam ramai sangat) disini..ku rasa tak wajar(eceh) ku membiarkan syurgacinta ku ini terus sepi tanpa bebelan tuan blog.
ok.kembali pada topik asal..ku hanya nak kongsi sedikit perkongsian dari program Halaqah yang ku lihat tadi di tv 9 dekattt di hati...Mungkin ada yang dah tengok topik ni..7 tingkat syurga..ustaz yang sampaikan tazkirah malam ni ustaz Roslan..so, ku simpulkanlah apa yang ku dapat tadi..
...
Semua orang kalau ditanya "eh,kau nak masuk syurga" tak ada yang kata tak mahu..taknak..semua orang nak masuk syurga.Seperti hidup kita, pasti punya matlamat. Analoginya seperti..
Matlamat kita: Naik sampai ke puncak gunung kinabalu contohnya, kita perlu lalui cabaran mendaki di laluan yang licin..kena harungi kepenatan,kecungapan mendaki, risiko mendaki dan sebagainya sebelum kita sampai ke puncak gunung.
Sama juga matlamat untuk raih syurga Allah. Syurga bukan barang mainan dan syurga adalah perkara paling berharga milik Allah. Special,istimewa hanya untuk hambaNya yang bertaqwa. Bukan mudah nak dapat tapi tak juga payah. Cintakan kebaikan, bencikan kejahatan. Andai cinta kebaikan,kebaikan lah yang kita lakukan..ndai cinta pada kemaksiatan, kemaksiatanlah yang kita lakukan.
Pintu syurga kata ustaz Roslan ada tiga tak silap..
-syurga dengan pintu redha Allah
-syurga dengan pintu hidayah Allah
-syurga dengan pintu berkat dari Allah
Ada satu kisah di zaman Rasulullah S.A.W tentang seorang wanita yang meninggal dunia. Wanita tersebut pernah berzina namun dia sempat bertaubat setelah melalui hukuman di dunia. Syurga tempatnya..masyaallah..betapa pengampunan Allah itu tetap ada untuk hambaNya yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat.
Kita tak maksum, tapi kita punya peluang untuk cari dan dapatkan redha Allah. Mereka yang terpilih adalah mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbaiki kesilapan..memperbaharui iman.
Tempat kita nanti dimana? Syurga atau neraka?
TEPUK DADA TANYA IMAN.
1 comment:
Salam singgah...
sebab tu jangan kita cepat menghukum pendosa sebagai pendosa dan merasa diri kita ahli syurga sebab masa masih panjang untuk Allah bagi pengampunan dan hidayat dan untuk kita jadi kufur...
Post a Comment