Assalamualaikum w.b.t..selamat malam dunia fana..penuh dengan fatamorgana..akhirnya ku kembali mencatat,menulis,melakar,menconteng..ape lagi..ape ape jelah..
Since keberadaanku lebih di tumblr, walaupun bilangan kawan kat situ tak seramai(macam ramai sangat) disini..ku rasa tak wajar(eceh) ku membiarkan syurgacinta ku ini terus sepi tanpa bebelan tuan blog.
ok.kembali pada topik asal..ku hanya nak kongsi sedikit perkongsian dari program Halaqah yang ku lihat tadi di tv 9 dekattt di hati...Mungkin ada yang dah tengok topik ni..7 tingkat syurga..ustaz yang sampaikan tazkirah malam ni ustaz Roslan..so, ku simpulkanlah apa yang ku dapat tadi..
...
Semua orang kalau ditanya "eh,kau nak masuk syurga" tak ada yang kata tak mahu..taknak..semua orang nak masuk syurga.Seperti hidup kita, pasti punya matlamat. Analoginya seperti..
Matlamat kita: Naik sampai ke puncak gunung kinabalu contohnya, kita perlu lalui cabaran mendaki di laluan yang licin..kena harungi kepenatan,kecungapan mendaki, risiko mendaki dan sebagainya sebelum kita sampai ke puncak gunung.
Sama juga matlamat untuk raih syurga Allah. Syurga bukan barang mainan dan syurga adalah perkara paling berharga milik Allah. Special,istimewa hanya untuk hambaNya yang bertaqwa. Bukan mudah nak dapat tapi tak juga payah. Cintakan kebaikan, bencikan kejahatan. Andai cinta kebaikan,kebaikan lah yang kita lakukan..ndai cinta pada kemaksiatan, kemaksiatanlah yang kita lakukan.
Pintu syurga kata ustaz Roslan ada tiga tak silap..
-syurga dengan pintu redha Allah
-syurga dengan pintu hidayah Allah
-syurga dengan pintu berkat dari Allah
Ada satu kisah di zaman Rasulullah S.A.W tentang seorang wanita yang meninggal dunia. Wanita tersebut pernah berzina namun dia sempat bertaubat setelah melalui hukuman di dunia. Syurga tempatnya..masyaallah..betapa pengampunan Allah itu tetap ada untuk hambaNya yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat.
Kita tak maksum, tapi kita punya peluang untuk cari dan dapatkan redha Allah. Mereka yang terpilih adalah mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbaiki kesilapan..memperbaharui iman.
Tempat kita nanti dimana? Syurga atau neraka?
TEPUK DADA TANYA IMAN.
Wednesday, May 28, 2014
Friday, March 28, 2014
Kawan Kita..
Assalamualaikum...
Repost Entry lama...Untuk yang bernama sahabat..Maaf andai ku bukan sahabat yang baik yang diidamkan...
...
Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.
kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.
kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan ynag baik..kepada kawan baik kita....
"UKHWAH ITU INDAH JIKA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH"
...
Kataku hari ini...
28/3/2014
...
Kawan kita macam kita juga..tak sempurna..pasti dan bakal buat kesilapan..Tapi kesilapan bukanlah untuk diulang berkali-kali...dan kesilapan tu satu pelajaran untuk perhubungan yang lebih baik pada masa depan...:)
Come Back
Assalamualaikum w.b.t
aku andaikan 2 tahun aku tinggalkan diari bergerak aku ni..maybe..maybe... sepi seketika melupakan segala kenangan yang tercatat... so hard to forget all that moment yang payah sangat aku nak lupa..jadi aku ambil keputusan tinggalkan kejap dunia blog yang banyak kenangan ni..(walaupun hakikatnya dalam dok menulis ni fikiran aku automatik teringat cerita lama).
ok.bahasa rojak. Aku cuba nak menulis orang putih kononnya.mungkin "terkenan" dengan sorang vlogger yang aku tengok tadi agaknya..nah..orang lain pulak yang jadi asbab..
Entah kenapa aku rasa kekok nak menulis balik kat sini. Kalau nak diikutkan setiap hari aku tetap jugak menulis kat fb tu sampai orang muak baca..KOT..dan bahasa aku lebih formal kat situ. Dekat sini ada sesetengah entry aku rojakkan jugak dengan bahasa pasar aku. I hope that my father never ever read this blog..I hope so..kalau tak habislah aku.
Dan..untuk come back aku di dunia penulisan caca merba ni, aku nak ucap terima kasih,syukran to all of you yang still follow blog tak megah aku ni. Biasalah,orang sebok sikit sekarang ni...(sebok sangat).
Actually aku takdelah tinggal terus dunia ni. Aku still keep update penulisan aku..tapi bukan kat sini la..ada di tumblr..haa..sudah..guna blogspot,tapi promote tumblr..(ok kot sebab aku dah buang iklan nuffnang)...:P
So..inilah wajah baru..lebih simple,lebih senang dibaca,tak berat..dan otak aku pun tak serabut tengok blink2 bagai sebelum ni kat blog aku ni.
12.12am| Yaumul Jumu'ah|Compang compeng kata|
Subscribe to:
Posts (Atom)