Followers

Tuesday, January 31, 2012

Aku di bumi Nogori..





Assalaamualaikum...

sekian lama tak update walaupun dah balik rumah.Mood tak datang langsung nak mengupdate ape2 kat sini.Sebagaimana diketahui,aku bukanlah suka  nak bercerita hal2 artis menang anugerah bagai..lagilah aku tak suka.Hal yang memang kebanyakan orang dah tahu kot,macam takde faedah nak cerita...Itu bagi aku la..bagi orang lain maybe lain pulak pandangannya...

so,dari cerita hal2 artis baik aku cerita pengalaman aku sepanjang program bakti siswa. Apa itu program bakti siswa?Program ini merupakan program keluarga angkat dimana melibatkan siswa siswi UUM dengan masyarakat kampung. Ini bakti siswa aku yang ketiga dan bermakna aku dah ada tiga keluarga angkat. Bakti siswa kali ni dijalankan di nogori sembilan di FELDA BUKIT ROKAN.

mula2 aku agak risau takut tak boleh berkomunikasi dengan masyarakat sana..dialek sana agak pekat jugak,tapi bila dah sampai rupa2nya orang2 kampung boleh je cakap luar.jadi hilanglah kerisauan aku tu..hehe..tapi,nenek angkat aku memang cakap nogori..sosah jugak la den nak faham apa dia tanya,apa dia cakap..nasib baik ada ibu yang kadang2 tolong translatekan ape yang nenek cakap..hehe..

Menurut ibu, felda bukit rokan ni dibahagikan pada beberapa peringkat yang mana peringkat2 ni merupakan kedatangan awal peneroka2 ke felda tersebut. rumah ibu aku di peringkat tiga.Pengalaman di sana bagi aku sangat seronok dan orang kampung pun ramah.

Saat yang paling aku tersentuh bila kami bergerak untuk beri sedikit bantuan barangan dapur untuk ibu2 tunggal yang ada di felda tu. Sungguh sedih melihat kedaifan beberapa keluarga.Ada yang sakit tua terbaring di katil, ada yang lumpuh sebelah badan..ada yang rumahnya daif..Sungguh mendatangkan keinsafan pada diri aku dan terus teringat abah dan mak aku.Walaupun kehidupan aku tidaklah seperti orang kaya,tapi cukup makan pakai.Mak abah berusaha untuk bagi kehidupan yang selesa untuk aku adik beradik.Aku harap,aku tak jadi anak yang lupa pada keluarga.Insyaallah!!!


Saat2 nak pulang semula ke destinasi masing2 memang menghibakan. Walaupun hanya beberapa hari,tapi aku rasa macam dah kenal lama.Adik angkat aku peluk aku erat masa aku dah nak naik bas.Dia menangis.Gadis yang ceria,penuh dengan gelak ketawa sepanjang dengan adik.Intan dan abang,walaupun agak senyap,tapi aku tahu mereka anak2 yang baik,adik2 yang baik.Nenek pun menangis bila kami dah nak balik. Nenek,kak ngah mintak maaf sebab..err..kak ngah terbuang gambar kite..huhu..kak ngah baru ingat nak hantar gambar tu pada nenek..tapi takpe, kaksu ade simpan..hehehe...

Salam kerinduan buat ibu,adik,intan,abang dan nenek..insyaallah,ada jodoh, kami sampai lagi ke sana..Doa kak ngah,ibu sekeluarga sentiasa tabah menempuh kehidupan,bahagia dan dirahmati Allah selalu..



aku dan ibu n adik beradik angkatku yg senget..hehe..


No comments: