Friday, October 16, 2015

Ikan talapia bakar portugis

 Assalamualaikum.

Salam jumaat sayyidul ayyam. Hari ni nak share resepi lagi.haha..Baiklah, taknak buang masa, berdasarkan tajuk entry hari ni aku share pulak cara cara nak buat ikan talapia bakar portugis cara aku.

IKAN TALAPIA BAKAR ALA PORTUGIS


Apa yg diperlukan for sure,
Ikan talapia yang dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Kita perapkan sekejap.

Ok, sebelum bakar kita nak buat dulu kuahnya untuk kita sapu pada ikan talapia. bahan-bahan yang diperlukan adalah:-

- 6ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
-sedikit belacan
- satu senduk cili kisar
- 1 batang serai diketuk
-sedikit air asam jawa
- 1 sudu sos tiram
- secekup daun kesum
- garam
-gula

Tumiskan sampai garing ok


Blendkan bawang merah, bawang putih, halia,belacan, cili kering. Kemudian tumis hingga garing. Kemudian,masukkan serai,air asam jawa, sos tiram..kacau lagi..bubuh air sedikit dan masak lagi sampai garing. Agak lama jugak sebenarnya aku masak bahan tumis ni. Lagi lama lagi sedap. Make sure la jgn sampai hangit ok. Lepas tu dah agak gelap warna bahan tumisan, masukkan garam, daun kesum dan gula. Seimbangkan rase mcm biasa. Lidah tu main peranan ok.

Haa, yang ni tumisan yang dah siap. Sedap uolls...

Sapu pada ikan


Dah siap bahan tumis tu, ambik aluminium coil dan sapu bahan tumisan pada aluminium coil kemudian letak ikan.kemudian sapu pulak atas ikan. Korang boleh jugak letak bendi atas ikan tu sebab kalau ikut resepi asal portugis ni, ade sayur bendi. Tapi aku tak letak sebab takde. Kemudian balutkan dengan kemas. Bolehla dipanggang atas api ataupun dengan menggunakan oven dalam 10-15 minit ataus sehingga ikan masak. Nak tahu ikan dah masak, bukak dan cucuk dengan garpu. kalau tak melekat tu,maknanya dah masak la tu..

Pergh, makan dengan nasi, cicah air asam, memang terangkat la weiiiii..hahaha..(tapi aku tgh on diet, aku masak pun untuk family je..sob,sob,sob sedih tak boleh makan nasi)

Ok.baii..

Wednesday, October 14, 2015

Ketam masak cili dengan telur (chili crab with egg)

Assalamualaikum.

Selamat malam seantero dunia. Penat hari ni, tapi kalau tak update entry rase macam tak best pulak. Macam semalam, entry berkenaan masakan jugak..hahaha..cooking is my passion la katekan. So, hari ni aku nak share resepi Ketam pulak.

KETAM MASAK CILI DENGAN TELUR. cam tak sedap pulak nama BM dia..kalau BI tu CHILI CRAB WITH EGG..nampak la grand sikit kan..(konon)..Tanpa membuang masa, silalah sediakan pen dan buku resepi supaya tak membazirkan kuota internet korang kemudian hari.SALIN dalam buku resepi.lain kali boleh tgk balik.



Tuesday, October 13, 2015

Resepi Laksa Kuah Ikan Parang

Assalamualaikum.

Akhirnya ada jugak perkara yang boleh diupdate untuk hari ini. Almaklumlah, sejak dah menginjak usia 27 tahun ni, sel otak kurang berhubung pulak aku rase..hahahaha..Hari ni abah request laksa. So, memandangkan aku ni penganggur yang berjaya dah dekat setahun. Aku menganggur bukan sebab aku malas keje ok..sebab aku jaga mak aku sakit. Itu cerita lain yang aku akan share kemudian. Memang banyak suka dukanya yang buatkan aku menghargai nikmat sihat dan tuntutan sebagai seorang yang bernama anak.

So, semalam abah aku balik dari pasar malam bawak balik Ikan parang bapak besor. Abah aku pun buatlah permintaan.."Long, esok buat laksa, ni abah beli ikan parang." Pagi2 lagi aku dengan angah dah keluar pegi tesco beli  barang- barang nak masak laksa.

Aku tak tahu la resepi yang aku buat ni menepati citarasa korang ke tak, tapi kalau nak cuba silakan sebab style aku buat ni aku olah ikut beberapa resepi yang ada kat google ni. Kebanyakan menggunakan ikan selayang dan kembung. Tapi aku buat guna ikan parang as requested by abah. Rupanya memang sedap gila buat laksa guna ikan parang. Lagi lagi ikan parang yang abah beli ni fresh dan manis isinya. Bila hirup kuah laksa tu, pergh....manis dari isi ikan tu memang terasa..


Aku share sikit gambo laksa aku.



Tu dia...besar gedabak...


 So, ini dia resepi Laksa kuah ikan parang homemade dari #dapurciknana yeahhh...



Resepinya:-

- laksa 2paket
-1 ekor Ikan parang(besar).Cukup untuk portion 4-6 orang makan.Ikan parang dibersihkan kemudian direbus dengan garam dan asam gelugur. Siap rebus, asingkan isi ikan dan tulang serta kepala. Air rebusan ikan tu jangan dibuang sebab kita akan masakkan kuahnya guna air rebus tu.
-isi ikan tu aku asingkan kepada 4 bahagian untuk dapatkan kuah yang sedikit pekat dan ada isi ikan dalam kuah tu. Sebab abah aku tak suka laksa yang terlalu ceroiii..
1)1 bahagian blend hancur
2)1 bahagian aku tumbuk kasar guna lesung batu
3)1 bahagian aku carik2kan guna tangan
4) tulang,ekor dan kepala ikan blend dan kemudian tapis airnya.

Bahan yang lain:-
- 10 ulas bawang merah*
-5 ulas bawang putih*
- 2 inci halia(sebesar ibu jari)*
- 1/2 bawang besar*
-sedikit belacan*
-satu senduk cili kisar
-5-6 keping asam gelugur
- secekup daun kesum
-daun kantan (aku tak letak sebab mak aku tengah pantang sakit)
-garam
-Bahan bertanda * diblend sekali.


Bahan hiasan:-
-telur (belah 2)
-salad dihiris
-timun dihiris
-cili merah -limau kasturi
-bawang besar dihiris
-cili padi hiris



1)Masukkan bahan yang dah diblend ke dalam air rebusan ikan tadi.Tunggu sekejap hingga dah agak menggelegak.
2)Masukkan daun kesum dan bunga kantan(aku tak letak daun kantan)
3)Kemudian masukkan isi ikan yang dah diblend hancur, ditumbuk kasar dan yang dah dicarikkan tadi.Kemudian tapiskan air dari tulang,kepala dan ekor yang dah diblend tadi.
4)kacau sebati, perisakan dengan garam kalau tawar.Kalau tak bape nak masam lagi, bubuh lagi asam gelugur atau bubuh asam jawa sikit pun boleh. Pandai2la lidah korang rasa sebab menang memasak ni adalah dari lidah yang merasa. Hehehe.. 

Ok.Siap.tutup api hidangkan dengan laksa dan bahan hiasan.

P/s:- *portion bahan adalah untuk 4-5 orang makan.

Taktau laksa kola perlih ka, laksa penang ka, laksa kuala kangsor ka, laksa utagha. Aku ikut suka ja..yang penting Kembang kempih kejap idong bile abah kata sedap...wakakakaka..tak sabar dengaq komen mak plak..Kalo betul sedap,sah boleh kawin dah..hahaha 


Ok. Sekian..selamat mencuba!

#dapurciknana #laksa #homemade #laksaikanparang

Sunday, October 4, 2015

Kusut

Assalamualaikum..

Pernah tak rasa bila mana kita sendiri tak faham dengan diri kita sendiri?Pernah tak rasa bila kita rasa apa kita cakap tu betul but at the same time ada satu suara bisik, kita salah sebenarnya?

Entah. Memang terkadang tu aku tak faham dengan diri aku sendiri.Aku akan cakap bila aku rasa aku perlu cakap, tapi beberapa minit lepas tu hati aku kata, aku dah buat silap.Aku tak tahu la.Aku rasa baik aku tak payah berhubung dengan sesiapa pun, supaya hati aku tak terluka, dan hati orang lain pun tak terluka sama.

Kusut.

Saturday, October 3, 2015

Bicara Hati 1



Kita mungkin berjaya di dunia,
Tetapi  belum tentu berjaya akhirat.

Kita mungkin gagah menjejak sang gunung,
Tapi belum tentu gagah di titian sirat.

Siapa yang benar2 berjaya?
Siapa yang benar2 berjaya menawan redhaNya?
Adakah kita mampu?

Walau luaran kita dilihat hebat,
Jauh di hati entah bagaimana..
Adakah benar kernaNya..
Atau sekadar ucapan tiada makna.


-sungguh aku ini benar benar khilaf!