syukur alhamdulillah,hari ini aku masih diberi kesempatan bernafas di bumiMu Tuhan..
ape kabo mike2 semua?aku harapkan kome pun sihat dan gembira selalu..
so,ape tajuk yang ingin ku kongsikan yer hari ini pada pagi ni?
emm...ok,aku pilih untuk berbincang dengan kome berkenaan dengan PERUBAHAN..PERUBAHAN yang bagaimana?marilah kita bersama2 kupaskan hal ini...
Semakin majunya sesebuah negara seharusnya mentaliti masyarakatnya perlu berubah..tetapi dari sudut
bagaimana perubahan yang kita perlukan itu?dan apa yang kita boleh nampak dari anak2 muda kini?
SUNGGUH!!aku sangat2 kecewa dengan apa yang berlaku kini...Perubahan dari negara mundur ke
negara maju nampaknya tidak mendatangkan impak yang positif dalam diri anak2 muda yakni mereka2
yang seusia denganku...walaupun bukan pada kesemuanya..
Kes PEMBUANGAN BAYI..setiap hari akan selalu menyapa muka-muka akhbar..
Bayi2 tu diletak merata2 tanpa ada rasa belas kasihan kepada si ibu yang melahirkan..
Tidakkah mereka terfikir akan rasa sukarnya melahirkan tetapi akhirnya anak itu dibuang macam sampah!!!
benarlah kata orang,
TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR,TERLAJAK PERBUATAN BURUK PADAHNYA!
Ini semua berlaku bukan hanya dari punca terlalu mempercayai teman lelaki,malahan PUNCA UTAMA
adalah HATI mereka sendiri...Hati yang tidak dekat dengan Allah..
sebabnya,kalau mereka masih punya rasa belas kasihan dan menyesali perbuatan mereka,masakan
mereka sanggup pula membuang bayi yang tidak berdosa tu..Seharusnya mereka lebih mengetahui akan balasannya membunuh anak yang tidak berdosa itu..
Ya,PERANAN IBU BAPA juga memang penting dan berkait rapat dalam hal ni..
Kadang-kadang aku merasakan yang disebabkan kemodenanlah yang menyebabkan
ibu dan bapa hanya memikirkan untuk mengumpul harta dari memikirkan soal
memberikan didikan terbaik buat anak2 mereka..
tapi...tidak semua perlu kita salahkan hal ni pada ibu bapa semata-mata..
ada juga ibu bapa yang sudah memberikan didikan agama yang secukupnya,tetapi anak2 itu sndri yang
tidak tahu membezakan yang mana baik atau buruk..
Tidak masuk pula dengan hal anak-anak yang menderhakai ibu bapa mereka..aku pernah terbaca
mengenai satu pandangan yang menulis bahawa "kalau ibu bapa berkira dengan anak2,tak hairanlah anak2 berkira dengan ibu bapa mereka"..aku tak faham dengan maksud apa yang beliau ingin sampaikan..
adakah kerana "ibu bapa berkira" itu kerana berkira "kasih sayang"?atau ibu bapa berkira kerana harta benda"? Pada aku,walau buruk2 mana pun ibu bapa kita,tidak seharusnya seorang anak itu membalas semula apa yang pernah dilakukan ibu bapa mereka kepada mereka..
Tidakkah mereka pernah terbaca sebuah kisah mengenai seorang anak soleh yang menjaga ibu bapanya yang telah bertukar menjadi "khinzir"??Perbuatan ibu bapa yang salah itu,tidak seharusnya dibalas kembali oleh anak2..sepatutnya mereka berdoa supaya ibu bapa mereka berubah ke arah kebaikan..
Kalau benar perubahan itu membawa impak positif kepada ekonomi negara,memang ya..tetapi
pada aku ianya gagal memberikan impak yang positif kepada pembangunan KELUARGA..
Tidak mustahil,sekiranya hal ini tidak diambil kisah oleh DIRI SENDIRI, maka dengan sendirinya MUNDURLAH MARUAH,HARGA DIRI DAN JUGA MARTABAT SESEBUAH KELUARGA..
KOME ADA PANDANGAN?SILA KEMUKAKAN....
ILMU YANG DIKONGSI TIDAK AKAN LUPUT DI DADA..
SEKIAN CORETANKU HARI INI..
WASSALAM..