Followers

Wednesday, October 3, 2012

Bersahabat sampai ke syurga


Assalamualaikum w.b.t..





Setiap manusia memerlukan seseorang disisi yang boleh dijadikan teman bercerita,teman ketawa,teman bersedih,teman berkongsi segala rasa.Seseorang yang hadir sebagai teman,sebagai sahabat..Pengganti kepada keluarga serta adik beradik. Asas membentuk sebuah persahabatan selalunya dinilai daripada tingkah laku/perwatakan,sikap dan ada juga yang menilai berdasarkan keserasian.Banyak orang banyak ragam,banyak sikap,banyaklah sebab musabab yang tercipta daripada sikap. 

Ramai menginginkan persahabatan yang dibina kekal berpanjangan, namun tidak pula menitikberatkan hak2 didalam persahabatan.Bukanlah hak diri yang dipentingkan,hak yang sebenar adalah hak berukhuwah sesama sahabat. Kita hidup di dunia ini bukanlah bersendirian,kita hidup bermasyarakat...berbeza cara berfikir,berbeza cara mentafsir bahkan berbeza dari segi cara hidup. Namun itu semua bukanlah halangan untuk menjalinkan ukhwah persahabatan. Perbezaan itu sebenarnya adalah titik tolak kepada membentuk persaudaraan islam.

Sayang seribu kali sayang..ketamakan manusia telah menghancurkan ukhuwah islamiah yang ada. Berapa ramai yang sanggup menindas sahabatnya sendiri demi kepentingan diri..berapa ramai yang menggunakan cara kotor agar matlamat diri tercapai...kata orang,rambut sahaja sama hitam..hati lain-lain..

Seorang mukmin itu diumpama satu binaan yang menguatkan sebahagian binaan yang lain kepada seorang mukmin yang lain.Seperti juga satu badan,jika matanya sakit,sakitlah seluruhnya dan jika kepalanya sakit,sakitlah seluruhnya- Hadis Rasulullah s.a.w..

Dipetik daripada sebuah majalah kecil,tetapi besar isinya-GEN Q-

Elemen ukhwah islamiah dapat kita teladani melalui cara-cara berikut :-

1)Melakukan proses Ta'aruf iaitu saling kenal mengenali
2)Melaksanakan proses Tafahum iaitu saling memahami
3)Melakukan proses Ta'awun iaitu saling tolong menolong
4)Melaksanakan proses Takaful iaitu saling menjamin
5)Mempunyai rasa Ithar iaitu melebihkan atau mendahulukan sahabat

Mari kita sama-sama hapuskan sikap suka melaga-lagakan orang, hasad dengki, suka menghina,menipu,bermusuhan dan menanam rasa benci kepada sahabat-sahabat kita. Bina persaudaraan sesama sahabat umpama mereka keluarga kita,saudara kita..umpama punya satu rumah,umpama satu tempat datang dan satu tempat pergi. Jika mata menangis,tangan mengusap air mata, jika tangan terluka, mata pula mengalirkan air mata kerana nyilu luka..

Pertemuan yang dicipta bukan diharapkan di dunia semata, tetapi biarlah sampai ke syurga.Jika persahabatan diakhiri dengan kematian,moga bertemu di akhirat kelak,jika persahabatan dipisah dengan jarak, kita dekatkan dengan jambatan doa..

Ayuh sahabat!! Bersahabatlah sampai ke syurga...