Followers

Wednesday, February 29, 2012

Page Facebook WAJIB LIKE!!!




Assalamualaikum...selamat petang..hari ini buat sekian kalinya kelas aku batal lagi.Orang lain dah sibuk belajar,buat assignment...selalunya macamtulah, bila hujung semester orang lain dah mula study untuk final exam,aku dan kawan2 masih terkapai buat projek multimedia yang kaw2 punya susah tu..inilah maknanya bersenang2 dahulu,bersusah2 kemudian...hehehe...

entah kenapa aku agak rajin update blog aku hari ni..mungkin kebosanan yang melanda..memang ada buku untuk dibaca..dua buah buku aku beli pun tak habis lagi baca,tapi...tulah,setiap kali baca sejam baca,mulalah menguap..

ermm..sebenarnya bukan dalam buku sahaja kita boleh peroleh pelbagai isian berguna untuk diri..aku maksudkan santapan rohani kita sebagai manusia..Selain urusan harian kita, diri dan jiwa kita perlu juga dipenuhkan dengan ilmu2 akhirat,dan pengisian nurani..Aku memang tak nafikan facebook salah satu medium yang selalu aku bukak..bukan selalu dah,memang dah jadi wajib..haha..senang satu hal nak komunikasi dengan kawan2..kalau tunggu message,lambatlah nak reply..so,medium ni medium paling berkesan la bagi aku..hehe..

ada beberapa page di facebook yang selalu aku akan jengah dan baca..Pengisian yang mereka sampaikan sangat2 bagus dan bukan hanya sekadar cakap2 kosong ataupun copy paste...so,aku kongsikan disini untuk korang pergi terjah dan baca isi2 di dalamnya..jangan hanya tahu nak kutuk2 orang sahaja kat facebook tu..

Rusydee Artz & Syabab Musabab musafir
-Dua orang yang sama..rusydee artz lebih kepada semua lukisan2 dakwah beliau,cuma syabab musabab musafir tu facebook dia,tapi yang uniknya beliau xde add orang dan facebook personal dia tu open kepada semua orang..Aku sangat2 suka dengan page yang dibuat oleh seorang hamba Allah ni...bukan sahaja lukisannya cantik,malahan apabila aku membaca isi2nya membuatkan aku menangis..Allahu robbi..beliau bukanlah seorang ustaz waima wahabi atau alim ulamak,apa yang dia sampaikan semuanya berlandaskan Al-quran dan hadis..Aku percaya beliau seorang yang suka mendalami ilmu Allah..apa yang dia baca,apa yang dia tulis akan diadaptasikan ke dalam bentuk lukisan...Masyaallah..saudara memang baguslah..tapi,aku tak faham masih ramai yang dengkikan beliau..Aku harap beliau tabah hadapi setiap tohmahan dari orang ramai tentang beliau..Aku sokong beliau..beliau pun ada blog..korang boleh pergi ke sini..http://selamattinggal.blogspot.com/2011/12/setia-menanti-bersama-allah.html 

Kisah Wanita
- Ini page untuk para wanita yang tercari2 ayat2 motivasi diri..page ni pun aku selalu jenguk dan baca pengisiannya..Sangat memotivasikan diri aku sebagai seorang wanita. Memang kita sebagai manusia,apabila berada dalam kesedihan,kita perlu berbalik kepada Allah..namun,aku tetap jadikan ayat2nya sebagai motivasi   untuk diri aku dikala kesedihan..Dan yang paling menarik,page ini mengajak orang ramai untuk join contest foto dakwah..aku pun join jugak..hehe...tujuan contest tu bukanlah untuk meraih hadiah,tetapi untuk berkongsi dengan saudara2 seagama kita dan renungi serta muhasabah diri kita kembali sebagai hambaNya..

Langit Ilahi
- Langit Illahi..nama yang sangat unik bagi aku. Sama juga dengan Kisah wanita dan Rusydee Artz, pengisiannya sangat bagus...ayat2nya lebih puitis..Langit Ilahi ni sebenarnya sebuah team website yang menghasilkan baju untuk muslim dan muslimah dan disamping mengajak diri dan masyarakat kembali kepada Allah..Kalau rasa nak beli baju muslimah ke,tshirt muslim ke...korang boleh la like page diorang ok..hehe..

sebenarnya banyak lagi yang ada...setakat petang ni,aku rasa aku kongsikan yang tiga page ni lah ya...aku jamin tak rugi kalau korang datang terjah page facebook diorang..Dari korang like page yang bukan2,yang tunjuk aurat orang,yang suka maki2 orang,lebih baik korang like page2 yang aku cakap kat atas ni...Medium facebook ni xsalah pun sebenarnya,yang salah bila kita sendiri tidak pandai mengendalikannya dan tanpa sedar,kita free2 je dapat dosa kering..Jadi apa tunggu lagi,buang post2 lama yang tidak baik,upgrade dengan post2 yang bermanfaat,buang gambar2 yang tak tutup aurat,upload gambar2 dakwah...ok?

sekian sahaja untuk petang ni..azan dah berkumandang..ayuh kita menghadap Yang Esa...Assalamualaikum...


Perkara yang mendatangkan kebahagiaan




Assalamualaikum..sobahulkhair akhi wa ukhti..semoga kita semua berada dalam rahmat Allah..insyaallah..

Terpanggil diri untuk berkongsi serba sedikit dengan kalian di pagi yang indah ini apakah cara untuk kita menggapai kebahagiaan setelah kedukaan yang kita alami..Banyak sebenarnya yang boleh kita praktiskan dalam kehidupan seharian kita bertujuan untuk melupakan pengalaman atau perkara lalu yang mendukacitakan..jom kita semak dan amalkan..semoga bermanfaat!!!^_^


*nak promote kejap*
belilah buku ni..sangat banyak kata2 motivasi..ni sahabat baik ana yang bagi..
time kaceh yer cik Atikah abu bakar..hehe..


Pertama
 Melakukan sesuatu yang kita senangi semasa waktu kita lapang..contohnya macam yang saya sedang lakukan ni..Menulis.Saya suka bersendirian dan menulis puisi atau kata hati sendiri..walaupun kadang2 apa yang saya tulis tu tunggang langgang jugak ayatnya..haha..Buatlah perkara2 yang anda minat contohnya bersukan,bertemu sahabat2 kesayangan,membaca..ape2 jelah yang bermanfaat..jangan buat benda yang bukan2 sudahlah yer..

Kedua
Rela dan redha menerima kehidupan apa adanya..yakni sentiasa berfikiran positif..jika anda putus cinta sebagai contoh, ianya bukan titik penamat kepada jodoh anda..tanamkan di dalam hati kita, jodoh itu rahsia Allah..tanamkan dalam hati,cinta Allah yang hakiki,yang tiada galang gantinya..Allah telah menjanjikan yang terbaik untuk hambaNya yang sentiasa bertaqwa kepadaNya..insyaallah,kita akan bertemu dengan pasangan yang benar2 mencintai kita,menyayangi kita sepenuh hati..Perempuan yang baik utk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya..insyaallah..

Ketiga
Sentiasa memandang ke bawah iaitu orang2 lain yang menerima nasib yang lebih teruk daripada kita. Manusia selalu berasa diri serba kekurangan dan akan merasa cemburu dengan orang2 yang lebih bernasib baik daripada kita dan disebabkan hal itu,kita mula menyalahkan takdir yang telah ditentukan..Apabila kita selalu memandang ke bawah,kita akan terfikir.."rupa2nya ramai lagi yang lebih susah/lebih teruk/serba kekurangan daripada aku,jadi aku perlu bersyukur.." jadi kita pun akan merasa bahagia dengan kehidupan kita dan berusaha untuk beroleh kejayaan..manusia berusaha,Allah jua yang menentukan..=)

Keempat
Sentiasa melemparkan senyuman kepada orang lain dan sentiasa berkawan dengan mereka yang optimis. Carilah sebanyak mana sahabat,jangan hanya berkawan dengan kelompok sahabat anda sahaja. Berkenal-kenalan dengan orang lain.Tidak ada salahnya asalkan kita masih tahu menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.Bersahabatlah dengan mereka2 yang dari kalangan orang yang baik2 dan yang juga suka membantu dan cuba elakkan dari bersahabat dengan mereka yang suka menyebarkan perkara2 yang tidak baik.

Kelima
Bersedia membantu orang lain supaya mereka merasa bahagia dan kita juga turut merasa puas kerana dapat bantu sahabat2 kita..Jika punya kemahiran ataupun ilmu,kongsikan dengan sahabat2 yang lain..percayalah,kalian akan merasa sangat seronok dan bahagia dapat membantu mereka menyelesaikan masalah mereka..

Keenam
Memandang ke hadapan, fokuskan kepada matlamat hidup anda kerana ianya akan membuatkan kita bersemangat untuk meneruskan jihad kita!!

Ketujuh
Mampu merebut peluang dan kesempatan berharga yang hadir dalam hidup.Jangan sesekali lepaskan peluang yang hadir dalam hidup anda..manfaatkan sebaiknya.Peluang kadang2 tidak akan datang dua kali..mungkin hanya sekali dalam hidup..jadi rebutlah!!


Jalani kehidupan kalian dengan gembira dan lakukanlah dengan bersungguh-sungguh. Dapatkan sesuatu yang dapat mencegah kesusahan sebelum ianya menyerang kalian..Think!!^_^

Saturday, February 25, 2012

Beri aku Kesempatan

Wahai manusia2 yang aku sayangi,
berilah aku kesempatan untuk menyayangi kalian,
janganlah kau bertanyakan kenapa aku menyayangi kalian
kerana aku hanya manusia yang berusaha menghargai
perasaan yang diberi oleh Illahi..

Wahai manusia2 yang aku sayangi,
janganlah kalian bertanyakan mengapa aku berbuat baik,
tolonglah beri aku ruang untuk memperbaiki diri,
memperbaiki perhubungan aku dengan kalian..
kerana siapalah aku untuk mementingkan diri
kerana aku juga peminjam harta Illahi..

Wahai manusia2 yang aku sayangi,
aku juga manusia biasa..
sama lemahnya dengan kalian..
sama khilafnya bila melakukan sesuatu
sama lekanya bila tidak diingatkan..

namun..
aku sedang belajar
bertatih dari mula,
kerana aku bimbang tiada lagi
kesempatan untuk diriku di dunia ini..

Wednesday, February 22, 2012

Redha Segalanya




Assalamualaikum.


Kelmarin hati ini terguris
Dengan satu kenyataan yang menghiris
Sehingga terasa diri ini 

Tidak lagi dipeduli

Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biar pun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan insan yang ku percayai

ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Ku serahkan segala kini pada-Mu Tuhan
Yang berkuasa jua menciptakan perasaan
Kerana hanya Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman dihati
Agar tabah aku menghadapi dugaan ini
Agar tidak aku berhenti di pertengahan jalan


Kini di sini aku sendiri lagi
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali mentari pagi
Setelah malam ku bersalut benci

Friday, February 17, 2012

Dibuka kembali mata hati



Assalamualaikum...




Seringkali alpa, seringkali aku leka
tika hiba menghimpit hati, Dia yang aku cari,
namun tika gembira,Dia aku lupa..
kemudian..tiba2..
Dia mendugaku lagi..
aku mula berputus asa..
mencari kesalahan diri sendiri,
meratapi nasib diri,
manusia aku cari melempias isi hati

itulah manusia!!!itulah aku!!
ketika Dia senantiasa disisi kau,
mengapa Dia kau jauhi?

Pergilah!!pergi kembali kepadaNya,
Dia tak pernah menolakmu,
malah xpernah sedetik menjauh darimu,
buka kembali mata hatimu..
Ya Rabbi,terimalah aku kembali...

-nukilan hati anna farhana-

Thursday, February 9, 2012

Penantian suatu Penyeksaan??



Assalamualaikum...selamat malam..

Kata orang, penantian itu satu penyeksaan..Tidak kira dalam bentuk apa pun penantian itu, contohnya menunggu keputusan peperiksaan..Adakah keputusan yang diperolehi nanti adalah keputusan yang cemerlang atau sekadar lulus sahaja.Aku mula rasa tidak senang duduk, kerisauan mula merajai hati, adakah khabar gembira atau duka..



Ya!!Sudah tentu  menginginkan keputusan yang cemerlang, Sudah hampir seminggu aku memikirkan tentang keputusan peperiksaan yang bakal aku ketahui esok.Debaran mula dirasai..Setelah apa yang telah berlaku untuk semester yang lepas, aku redha dengan apa jua keputusan yang mungkin aku dapat. Bohonglah sekiranya aku katakan yang aku langsung tak risau..sangat2 risau, tapi aku tahu aku perlu kuatkan hati. 

Aku jumpa satu ayat yang membuatkan kepala aku terhangguk2 tanda setuju.

"Penantian satu penyeksaan.Tak tepat. Penantian bersama2 dengan Allah adalah satu kemanisan. Usaha kerana Allah,tawakal pada Allah."

Sebaik2 perancangan manusia, sebaik2 usaha manusia, pasti tidak akan dapat menandingi perancangan Allah. Pernah satu ketika aku merasai kegagalan, dikala itu aku rasa diri ini tidak diadili dengan saksama.Aku kata pada diri,"kenapa aku tak dapat result seperti kawan2 aku yang lain, aku study lebih daripada diorang, carrymark aku lagi tinggi dari diorang, aku bangun pukul4 pagi setiap hari untuk study, puan/encik tak adil bagi aku result macamni.." aku menangis kerana tidak dapat result yang bagus waima aku tidaklah gagal.

Bodohnya aku ketika itu. Menidakkan segala perancangan Allah. Sungguh, Kalau diputarkan masa, aku tak mahu menangis,menyalahkan nasib dan ketentuan hidupku ketika itu. Benar kata seorang rakan, bila sekali kita merasai  kita gagal,itu bukanlah bermakna kita lemah, mungkin usaha kita yang masih tidak kuat atau belum lagi rezeki untuk kita meraih seperti yang kita inginkan.Fikir kembali, apa tujuan sebenar kita belajar?hanya semata2 demi meraih segulung diploma?menunjuk kepada orang lain, akulah hebat diantara semua?buat sekian kalinya aku menangis atas kekhilafan sendiri.

Apa pun keputusannya esok, aku redha..jika baik keputusannya alhamdulillah..jika tidak,bukanlah bermakna aku akan gagal selamanya..masih ada peluang dan jalan untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan..Apa lagi,ubah niat kita..Bersandar pada Allah segala2nya..Menantilah bersama dengan iringan doa semoga diberi ketenangan dan kesabaran..Moga diperkenankan Allah.

cetusan rasa hati- Anna Farhana-

Friday, February 3, 2012

10 Alasan kenapa Blog bersawang

Assalaamualaikum..selamat pagi bersamaan 3 Februari 2012 tepat jam 1.57pagi jari jemariku menaip. Alasannya mudah kenapa aku rajin nak update malam ni..iaitu......... 



MATA TAKMAU TIDUR!!



adakah kerana aku tidur siang tadi?oh,tidak pula..adakah aku sudah terbiasa tidur lambat?ermmm..ada kemungkinan juga,tapi duduk rumah cuti semester..err..itu bukan aku kot tidur lewat..:p

Malam ini hanya bercerita yang ringan-ringan je.ermm...rasa teruja plak nak kongsi 10 alasan kenapa blog aku bersawang sejak beberapa bulan yang lalu..dengan erti kata yang lain,jarang berupdate dan tak menjengah langsung.





Alasan pertama- Jawapan yang dah tentu confirm orang dah tahu, aku busy dengan segala macam assignment dan kuliah..walaupun hakikat nyata yang aku tetap mengonlinekan diri di muka buku.





Alasan kedua- Bila mana aku nak update je, aku hanya click new post dan merenung sedalam-dalamnya kotak title tanpa berkedip..



dalam masa yang sama otak memulakan enjin untuk memerah idea yang mungkin dapat aku coretkan di halaman kosong dan..akhirnya aku lebih suka memilih SIGN OUT..

Alasan ketiga- Jengah belog orang lain tidak,inikan nak jengah blog sendiri hari-hari.

Alasan keempat- Aku Malas

Alasan kelima- Aku malas

Alasan keenam- Aku malas

Alasan ketujuh- Aku mALAS

Alasan kelapan-AKU Malas

Alasan kesembilan- AKU MAlas

Alasan kesepuluh- AKU MAAAALASSSS!!!!


Begitulah berakhirnya cerita 10 Alasan kenapa blog aku bersawang. Main pointnya disini, Kalau dah malas tu, memang tak boleh nak buat apa la..memang tak berupdate la jawabnya blog ni..Walaupun begitu, jangan salah anggap..aku tetap sukakan dunia penulisan, dunia blog kerana disini tercatat segala suka duka, perkongsian ilmu dariku untukmu dan tak mungkin aku akan menutupnya hanya kerana PERKATAAN MUSTAJAB- Malas!!hihihihi...


Hidup Dunia blog!!Hidup Blogger!!


Moral of the story:- perbanyakkan bacaan yang bermanfaat..Baru idea banyak untuk dikongsi..oklah,goodnite!!

Assalamualaikum..



Thursday, February 2, 2012

9 Ciri wanita Idaman Lelaki



Assalamualaikum..

izinkan aku berkongsi sedikit ilmu yang aku baca dari sebuah laman blog yang selalu aku jengah.Penuh dengan informasi yang bermanfaat untuk dikongsi bersama dan diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kita,insyaallah.. Tertawan hati ini berkongsi artikel ini..9 CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI. Moga menjadi panduan untuk para wanita memperbaiki diri menjadi wanita yang bukan hanya cantik di mata suami,tetapi cantik di mata Sang PenciptaNya.



1. Berpegang Kepada Agama
Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.
2. Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.
Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja
Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan
Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia
Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian
Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet
Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki
Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang
Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:
.:: – Bersopan satun
.:: – Senantiasa memaniskan wajah
.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas
.:: – Menutup aurat
.:: – Ramah dan mesra
.:: – Tidak terlalu cemburu
.:: – Menghormati orang lain
.
Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.
Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri.


kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/9-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki/